AdukaTaruna |
- Adam Adli dipelawa ke Kelantan.
- Adam Adli : Mohon Pemuda PAS masuk campur.
- Kah3.. Armand UMNO diejek budak2 Myspace.
- Bonda Jeming Hassan menemui Allah.
Adam Adli dipelawa ke Kelantan. Posted: 20 Dec 2011 09:09 AM PST Oleh : AdukaTaruna Kepada adik Adam Adli, gua dan rakan2 Kelantan mempelawa lu ke sini. Kelantan ni dah macam tempat perlindungan politik dah. Masa Anwar dalam UMNO, dia la raja kutuk PAS dan Kelantan. Bila kena pecat, susun kubu, dan raih simpati di Kelantan. Mahathir pun untuk roadshow lawan Paklah, Kelantan juga. Bergaduh sampai kena spray pemedih mata. Gua pun ke Kelantan juga. Tapi gua takpala.. dah memang bini gua Kelantan. Ngee.. Gua dengan bantuan sek2 Kelantan, insyaallah boleh adjust lu di sini. Untuk sementara waktu. Maybe lu bleh ajar kami cara2 menurunkan bendera Najib tanpa dilihat oleh pengawal keselamatan dan polis. Tinggi gak ilu lu tuh. Jika lu terbaca ini, dan berhajat untuk ke Kelantan, sila pertimbangkan tips gua ini : 1. Cabut sim kad yang didaftarkan dengan nama lu. Setakat off hp tak berapa yakin. Guna sim kad orang lain. 2. Jangan lakukan urusan duit di ATM milik akaun lu. Guna akaun orang lain. Kasi (dedahkan) no akaun lu untuk kutipan derma, dan serahkan kad bank kepada orang yang lu percaya. Orang ini akan masukkan duit ke akaun yang lu guna sementara tu secara berpecah. Contoh : RM100 didermakan atas akaun lu. Kad ATM ada pada si Ali. Si Ali keluarkan cash RM100, balik rumah. Bagi RM10 kepada 10 orang. 10 orang tadi akan masukkan ke dalam akaun sementara lu secara berasingan. ATM lain2, tarikh lain, waktu lain. Kalau nak follow kena kerahkan 10 SB. Payah sikit. Tapi, jangan buat dengan kerap. 3. Potong rambut K Pop lu tuh. Pakai kemeja dan seluar slack. Tukar dress up. UMNO ni ganas dengan bantuan polis utk anak2 Melayu. Kalau polis bebas, kita boleh tgk true color diorg sekor2. 4. Sampai Kelantan, cari CC. Mesej gua melalui FB. Gua atau member lain pikap lu kat memana. Bukan nak kata UMNO di Kelantan tak ganas, tapi boleh tahan la sikit. Insyaallah. 5. Tabahkan hati, cakap dengan Allah banyak2. Semoga terbaik untuk lu. |
Adam Adli : Mohon Pemuda PAS masuk campur. Posted: 19 Dec 2011 11:29 PM PST Keluarga diugut,Adam Adli sembunyikan diri.[1] Sebelum memohon bantuan terhadap Pemuda PAS, gua terpaksa stand falsafah dalam kes ini. Ini kerana terdapat sekumpulan Pemuda PAS yang mengecam penghinaan bendera musuh walau bermusuh. Ianya bukan tindakan Islam. Memang, pada gua mahasiswa itu telah melakukan perkara yang tidak diputuskan oleh BEBAS. Tetapi keadaan sudah pun berlaku. Apa pun falsafahnya, Adam Adli tidak harus menerima hukuman tidak bertamadun seperti mencederakan fizikal. Dan untuk peringkat [1] ini, gua terpaksa kemukakan gambar ini : [2] Selain dari pendekatan PAS sendiri, gua mencadangkan agar Pemuda PAS membawa Adam Adli bersama dalam pertemuan dengan Pemuda UMNO. Adam Adli belum sehebat Mat Sabu atau Ketua Pemuda PAS sendiri yang mempunyai jemaah yang kukuh. Memang kesal sangat. Tetapi inilah wajah UMNO. Hanya samseng dengan bangsa sendiri dalam masa yang sama claim pejuang bangsa Melayu. Dengan Namawe takut pula. Sekiranya Pemuda PAS menganbil kira rayuan gua, gua sanggup berhenti kritik lu orang selama setahun. Jangan gelak plak. Gua siyes ni. Gua tak tau apa tawaran gua untuk memohon bantuan Pemuda PAS. Nak guna nama Allah segan plak gua. Memang Adam Adli bukan adik gua, tapi ini macam tanggungjawab kita la bro.. Nak harapkan PDRM memang payah bro. Ni zaman BN. Terpaksa harapkan Pemuda PAS untuk berdiplomasi. [3] Sekiranya Adam Adli diberhentikan UPSI, gua mohon jasa baik MB Selangor untuk menempatkan Adam Adli di Unisel. Atau mengikut pertimbangan yang munasabah kepada kerajaan negeri Selangor. Sekali lagi gua takda tawaran untuk tawar-menawar. Nak gua janji basuh kereta MB Selangor selama seminggu, mesti lu orang gelak. Tapi gua sanggup bai.. Apa pun gua harap perkara ini mendapat pertimbangan, perhatian pihak Pemuda PAS misalnya, AMK misalnya. Sekian, terima kasih. |
Kah3.. Armand UMNO diejek budak2 Myspace. Posted: 19 Dec 2011 07:41 PM PST Sumber : http://youtu.be/Mz5oohVmjzM |
Bonda Jeming Hassan menemui Allah. Posted: 19 Dec 2011 07:25 PM PST Gambar oleh Syaz GEGAR Oleh : AdukaTaruna Bonda kepada aktivis yang paling dikenali di Kelantan, Jeming Hassan, telah menemui Allah pagi tadi sekitar jam 2 pagi. Beliau dipercayai mengidap penyakit darah tinggi. Meh la kita sedekahkan Al Fatihah kepada bonda Jeming Hassan yang tercinta. Sesiapa yang tak setuju sedekah Al Fatihah, jangan dok baloh2, kita pakat2 doakan yang terbaik untuk beliau. Doa kompom sampai. Makbul ke tak jer tajuknya. Solat jenazah selesai jam 10 pagi tadi. Lokasinya di rumah Jeming. Kepada yang mahu ziarah, tetapi tak tahu rumah Jeming Hassan Full, harap janganlah tertepon2 Jeming. Sudah tentu dia sibuk ya amat. Apatah lagi dalam keadaan sedih. Datang jer kat padang bola Penjara Pengkalan Chepa, anda pasti akan nampak kereta banyak2. Jangan masuk penjara tu plak. Tu tempat Jean Francoise selepas PRU13 nanti. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan