Addin |
- Papagomo Gelar BigDog 'Anjing', Rockybru 'Rockynyah'..
- Gempar!! Ali Rustam Gemar Aktiviti Bertelanjang?
- Pasti Anwar Akan Terkorban.. Yang Penting Lawan Tetap Lawan!!
- Blogger Pencacai No. 1 Ni Sudah Mati..
Papagomo Gelar BigDog 'Anjing', Rockybru 'Rockynyah'.. Posted: 18 Dec 2011 02:00 PM PST Kalau perjuangan berdasarkan duit, nama dan pengaruh.. inilah jadinya. Dalam satu kem pun.. serang menyerang dan inilah yang berlaku ke atas blogger-blogger pencacai UMNO. Fitnah sana.. fitnah sini akhirnya terfitnah kawan sendiri. Apa sudah jadi blogger UMNOporno?? Papa Gomo gelar blogger Bigdog dan Rocky Bru sebagai 'anjing' dan 'Rockynyah', manakala blogger Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal menghentam Papa Gomo sebagai lupa daratan serta blogger jalanan. Inilah hasil didikan UMNO, generasi penfitnah.. jahanam UMNO!! Blogger-Blogger Kerajaan Bertelingkah? Para blogger ternama pro-kerajaan terus tidak sehaluan, berpecah belah dan tidak segan silu menyerang antara satu sama lain meskipun telah diberitahu pucuk pimpinan UMNO untuk melenyapkan persengketaan itu menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir.Pergaduhan di kalangan blogger pro-kerajaan semakin menjadi-jadi sepanjang tahun ini di mana secara terang-terangan mereka menulis di blog masing-masing mengenai pertikaian yang dipercayai berpunca dari persoalan 'siapa dapat apa?'. Papa Gomo menggelar blogger Bigdog dan Rocky Bru sebagai 'anjing' dan 'Rockyngah', manakala blogger Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal menghentam Papa Gomo sebagai lupa daratan serta blogger jalanan. Baru-baru ini Papa Gomo telah menyerang lagi Bigdog di dalam tulisannya mengenai isu menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011. Dalam tulisannya, Papa Gomo menyatakan bahawa Bigdog telah melakukan khianat kepadanya kerana membocorkan maklumat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa dia akan turut bersama Setiausahan DAP itu ketika menyelam bersama KD Tun Razak, Jumaat lalu. "Apa pun Musuh Dari Dalam Lebih Merbahaya dari luar….. Terima Kasih Blogger Big Dog atas Pengkhianatan yang anda lakukan dalam menjadi Mulut Tempayan kepada Lim Guan Eng," kata Papa Gomo di blognya. Selain mendakwa dianiaya Bigdog, Papa Gomo turut mempersoalkan mengapa tidak seorang pun mempertikaikan tindakan Bigdog yang menaiki helikopter Superlinks bersama Guan Eng ketika itu. Papa Gomo dan Bigdog pernah bergaduh di blog mengenai isu kononnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, telah merogol seorang amahnya yang merupakan seorang warga Indonesia. Di dalam kes itu, Papa Gomo mendakwa Bigdog telah menjadi punca fitnah tersebut dengan menyebarkan maklumat kepada blogger Rocky Bru untuk menimbulkan dakwaan itu sehingga menjadi bahan serangan para blogger pro-Pakatan Rakyat. Dakwaan berkenaan terbukti palsu apabila Rais menang di dalam saman beliau terhadap seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, Amizuddin Ahmat, dan pemilik blog sharpshooterblogger itu diarahkan mahkamah untuk membayar RM300,000 kepada Menteri berkenaan. Para pemerhati blog-blog politik di negara ini juga menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara Papa Gomo dan Tun Faisal, yang saling menyerang serta mengutuk antara satu sama lain. Tun Faisal misalnya menuduh Papa Gomo sebagai penipu, ego, bongkak, lupa daratan dan menyerang peribadi blogger tersebut yang dikatakan berpendidikan rendah serta menyara hidup dengan berniaga barangan tiruan di uptown. Papa Gomo membalas dengan menggelar Tun Faisal sebagai 'Tun F**kzal' dan mengutuk Ketua UMB itu sebagai bacul serta berbohong di blognya. Mereka turut bergaduh di laman sosial Facebook dan Twitter mengenai soal remeh temeh berkenaan peruntukan, disiplin, bodek membodek Pak-Pak Menteri serta modus operandi "psy-war". Persoalannya kini, di kala para pemimpin Barisan Nasional (BN) membayangkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir, mengapa blogger-blogger pro-kerajaan ini masih berbalah dan bergaduh sesama sendiri lagi? Tidakkah mereka rasa malu pada pembaca dan blogger pro-pembangkang yang tertawa melihat sikap keanak-anakan yang dipamerkan? Apakah dengan menggelar rakan seperjuangan yang lain dengan gelaran-gelaran keji sebegitu mampu memenangkan BN pada PRU ke-13 nanti? Sampai bila mereka mahu menunjukkan ketidakmatangan mereka dan bertelingkah sedangkan mereka berada di dalam satu jemaah yang berjuang demi Islam, bangsa dan negara? Itu baru jadi blogger. Kalau mereka dilantik jadi pemimpin, calon BN, ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri, mungkin huru-hara jadinya nanti. Justeru itu, sudah-sudahlah bergaduh macam budak-budak dan sikap tersebut hanya akan membuat Pakatan Rakyat ketawa terbahak-bahak saja. Merapatkan saf perjuangan adalah lebih baik ketika ini. ~mk |
Gempar!! Ali Rustam Gemar Aktiviti Bertelanjang? Posted: 18 Dec 2011 01:03 AM PST Kadang-kadang Addin nak tergelak jugak, Ketua Menteri yang dah sah kaki rasuah dan cakap tergagap-gagap ni punya cerita. Macam-macam event yang nak di buat di Melaka ni, senang cerita semua event kat Malaysia ni nak di sumbat kat Melaka. Yang terbaru program 'Hari Tandas Sedunia'.. tapi Addin bukan nak bercerita pasal tu. Nanti ada kesempatan lain, Addin akan bercerita event yang kelakar ni. Yang Addin nak cerita pasal pertandingan sukan telanjang.. Opps!! bukan.. 'Mr. Muscle Beach Melaka' yang diadakan pada 9-12 Disember lepas di pantai Tanjung Bidara. Addin rasa Ali Rustam ni mungkin pengemar aktiviti telanjang kot.. lepas ni event telanjang apa pulak yang nak di sumbat kat Melaka ni. Maka bertambahlah umat di Sekolah Harapan.. tak gitu!! Acara Mr. Muscle Beach Melaka Mencemar Agama Dan Budaya Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu. Merujuk acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara. Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung. Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach. Apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak. Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam. Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh? Ianya juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai. Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini. Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan. Bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa. Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini. Oleh: Ketua Penerangan DPPN Melaka ~aizat legendz |
Pasti Anwar Akan Terkorban.. Yang Penting Lawan Tetap Lawan!! Posted: 17 Dec 2011 09:44 PM PST Pagi tadi Addin ada terima e-mel dari sahabat blogger, Suara Pakatan Rakyat. Beliau emelkan satu artikel yang bertajuk 'Benarkah Anwar Boleh Di Korbankan?'. Setelah Addin membaca artikel beliau ni, ada perkara yang Addin setuju dan juga sebaliknya. Suara Pakatan Rakyat mengatakan pentingnya Anwar berada bersama Pakatan Rakyat daripada berjuang dari tembok penjara. Addin setuju tentang itu, tapi siapa kita untuk menentang sistem kehakiman dan undang-undang negara ini yang sudah korup. Sudah kita sedia maklum, dari mula kes liwat ini di timbulkan kita semua penyokong Pakatan Rakyat sudah tahu Anwar akan di sumbatkan ke penjara buat kali ke 2. Itu sudah pasti!! Tidak mungkin Anwar akan terlepas kali ini. Jikalau boleh.. UMNO akan pastikan Anwar mati dalam penjara. Yang pasti rakyat Malaysia bukan berjuang kerana Anwar tetapi menuntut keadilan yang sudah kian pupus di bawah pentadbiran UMNO BN. Anwar mungkin salah seorang pencetus gerakan rakyat ini. Jangan kita lupa Nelson Mendela berjuang berpuluh tahun dalam penjara dan akhirnya... kemenangan memihak kepadanya dan rakyat Afrika Selatan. Memang agak pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat sebuah perjuangan... Yang penting lawan tetap lawan!! Benarkah Anwar Boleh Di Korbankan? DALAM apa yang penulis anggap sebagai cubaan untuk menyediakan dan mengekalkan semangat penyokong Pakatan Rakyat dalam berhadapan kemungkinan Datuk Seri Anwar dipenjarakan semula atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari, beberapa blog dan portal berita yang diketahui pro Pakatan Rakyat telah memberikan gambaran bahawa Anwar adalah seperti mana pemimpin biasa yang boleh dikorbankan tapi tidak kepada parti yang dipimpinnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Penulis ingin bertanya semula, benarkah begitu ceritanya? Mungkin bagi parti-parti politik lain seumpamanya di Malaysia, ungkapan sedemikian adalah terpakai, tapi tidak sama halnya dengan PKR, malah penulis menganggap orang yang bersangkaan sedemikian tidak faham dengan landskap politik yang membentuk PKR dari awal penubuhannya sehingga hari ini. PKR dan Anwar Ibrahim adalah satu. PKR ditubuhkan semata-mata untuk menyediakan platform politik dalam memastikan keadilan yang sewajarnya ditegakkan ke atas Anwar Ibrahim berhubung kes perbicaraan liwatnya yang pertama pada 1998. Keperluan itu wujud kerana pada waktu itu, PAS dan DAP masih terikat dengan prinsip asas perjuangan masing-masing dan tidak ada ruang yang cukup untuk memastikan keadilan ke atas Anwar dapat ditegakkan. Jika Anwar 'ke dalam' kali ini, PKR mungkin boleh bertahan tapi penulis risau kalau Pakatan Rakyat akan tinggal nama sahaja. Penulis berkata demikian kerana, selain menjadi pengasas bersama Pakatan Rakyat, Anwar juga adalah satu-satunya pemimpin yang berjaya mengelakkan beberapa isu besar seperti hudud dan PPSMI, memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam lantaran perbezaan pendapat yang ketara antara PAS dan DAP. Dalam keadaan Pakatan Rakyat ingin menguasai Putrajaya atau paling tidak mengekalkan kuasa di 4 buah negeri yang dikuasai sekarang, kehadiran Anwar adalah sangat penting. Walaupun Anwar telah berikrar akan terus menguatkan Pakatan Rakyat walaupun ditahan dipenjara, keadaan itu masih tidak sama jika beliau berada diluar. Bila bercakap tentang Anwar, kita tidak boleh menolak faktor 'sentuhan peribadi' yang menjadi kekuatannya. Setiap kali Pakatan Rakyat menghadapi pergolakan dalaman, Anwar akan ada disitu untuk menjernihkan keadaan, peranan Anwar ini sangat penting dalam memastikan keutuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik alternatif kepada Barisan Nasional (BN). Penulis tidak dapat melihat bagaimana Anwar boleh memainkan peranan tersebut disebalik tembok penjara. Tambahan pula bila tidak ada pemimpin lain yang mempunyai karisma dan aura yang sama seperti Anwar di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Nurul Izzah mungkin calon yang sesuai tapi penulis melihat perjalanan beliau masih panjang lagi untuk menjadi seperti bapanya. Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan itu, ada sebab kenapa laman ini begitu kritikal terhadap Ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh yang dilihat gagal memastikan Anwar mendapat pembelaan yang sepatutnya. Dari kenyataan-kenyataan yang diberikan Anwar sebaik perbicaraan ditangguhkan pada 15hb Disember, jelas kelihatan beliau tidak yakin dengan keupayaan pasukan pembelaannya dan dapat merasakan beliau akan kembali semula ke penjara. Selain dari kejayaan menangguhkan kes untuk satu tempoh yang panjang, Karpal gagal sama sekali menyanggah fakta-fakta saintifik yang dikemukakan pihak pendakwa selain pemilihan saksi yang tidak relevan dengan kes. Tambah mengejutkan Karpal juga menafikan kewujudan teori konpsirasi dalam menyokong permohonan pasukan pembelaan untuk mensapina Perdana Menteri dan isteri bagi memberi keterangan di mahkamah. Sama ada sedar atau tidak, Karpal telah merosakkan kes Anwar sehingga beliau berhadapan kemungkinan untuk dipenjarakan sekali lagi. Penulis tidak nampak ada sebab lain disebalik pelbagai kesilapan yang dilakukan Karpal Singh dalam membela Anwar melainkan alasan kepentingan politik DAP. Mungkin DAP mengintai peluang untuk mengambil alih peranan PKR sebagai parti dominan dalam Pakatan Rakyat tapi kerana Anwar masih disitu, tugas itu agak sukar malah mustahil dilakukan. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai DAP kebelakangan ini dan keyakinan telah menguasai sepenuhnya kawasan-kawasan bandar seperti dilihat dalam Piilihanraya Negeri Sarawak yang lepas menjadikan DAP bongkak dan tidak lagi melihat kepentingan Anwar. Tapi harapnya Karpal jangan lupa, segala kejayaan DAP terutama selepas Pilihanraya Umum 2008 adalah disumbangkan oleh Anwar. Jika bukan kerana kejayaan Anwar mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP, jangan harap DAP boleh berada dikedudukkan sekarang. Ketiadaan Anwar hanya akan menjejaskan DAP terutama di Pulau Pinang dimana DAP menguasai kerajaannya. Kesimpulannya, adalah penting untuk Anwar kekal berada di luar membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Jika Karpal gagal atau sengaja untuk menggagalkan kes Anwar, kita masih ada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang siap sedia mempertahankan Anwar sehingga ke akhirnya melalui gerakan 901 yang telah dimulakan. Yang penting, jangan berputus asa dan berhenti dari mengharap. ~ Suara Pakatan Rakyat |
Blogger Pencacai No. 1 Ni Sudah Mati.. Posted: 17 Dec 2011 08:13 PM PST Addin sebenarnya bukanlah nak layan blogger pencacai no.1 UMNO ni.. ni blogger penfitnah. Di sebabkan Papagomo ni blogger 'ayam tambatan' UMNO.. jadi Addin terpanggil dengan isu yang di bawa oleh Papagomo ni. Antara posting sampah terbaru blogger Papagomo ni ialah, PUNKS Note Dead - Jangan Bersikap Kejam Pada Mereka Ni. Gara-gara si Papagomo ni pengikut punk dan skin head.. blogger fitnah cakap tindakan pihak berkuasa Acheh memotong rambut pengikut punk adalah kejam. Apa rasionalnya Papagomo bercakap demikian? hanya kerana dia bekas pengikut punk dan skin head. Semasa Addin muda-muda dulu, geng-geng punk head dan skin head ni lah yang selalu buat 'gempak' dalam studio jammin. Melalok-lalok tak tentu pasal.. Budaya punk dan skin head, ialah salah satu pengaruh daripada barat yang ingin menjajah minda umat Islam terutamanya golongan muda. Dari lagu dan muzik yang keras. dan kekadang di sulami dengan perkataan yang lucah. Adakah ini nilai Islam yang yang ingin dibawa? Tak mustahil Papagomo meminati Punk dan Skin Head.. kerana Papagomo pun memang peminat perkara-perkara lucah dan tidak berakhlak. Apa-apapun Addin berasa kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa kerajaan Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam. Kepada pencinta Islam di Malaysia, tindakan seperti ni hanya boleh dilakukan di Malaysia apabila kerajaan UMNO BN ini tumbang. Addin : Taubatlah Papagomo sebelum hati kamu betul-betul mati.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan