Sabtu, 17 Disember 2011

Addin

Addin


Blogger Pencacai No. 1 Ni Sudah Mati..

Posted: 17 Dec 2011 09:24 AM PST

Addin sebenarnya bukanlah nak layan blogger pencacai no.1 UMNO ni.. ni blogger penfitnah. Di sebabkan Papagomo ni blogger 'ayam tambatan' UMNO.. jadi Addin terpanggil dengan isu yang di bawa oleh Papagomo ni. Antara posting sampah terbaru blogger Papagomo ni ialah, PUNKS Note Dead - Jangan Bersikap Kejam Pada Mereka Ni. Gara-gara si Papagomo ni pengikut punk dan skin head.. blogger fitnah cakap tindakan pihak berkuasa Acheh memotong rambut pengikut punk adalah kejam. 

Apa rasionalnya Papagomo bercakap demikian? hanya kerana dia bekas pengikut punk dan skin head. Semasa Addin muda-muda dulu, geng-geng punk head dan skin head ni lah yang selalu buat 'gempak' dalam studio jammin. 

Melalok-lalok tak tentu pasal.. Budaya punk dan skin head, ialah salah satu pengaruh daripada barat yang ingin menjajah minda umat Islam terutamanya golongan muda. Dari lagu dan muzik yang keras. dan kekadang di sulami dengan perkataan yang lucah. Adakah ini nilai Islam yang yang ingin dibawa?

Tak mustahil Papagomo meminati Punk dan Skin Head.. kerana Papagomo pun memang peminat perkara-perkara lucah dan tidak berakhlak. Apa-apapun Addin berasa kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa kerajaan Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam. Kepada pencinta Islam di Malaysia, tindakan seperti ni hanya boleh dilakukan di Malaysia apabila kerajaan UMNO BN ini tumbang. 

Addin : 

Taubatlah Papagomo sebelum hati kamu betul-betul mati.


Rupanya.. 2 Orang Mamat Ni Tak Mati Lagi

Posted: 16 Dec 2011 11:36 PM PST

Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan. Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.
 
Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain."

Mulai Jan 2012 Polis Akan Tangkap Facebook Kutuk UMNO

Posted: 16 Dec 2011 10:20 PM PST

Perhatian semua kepada member-member gua yang wat group salah guna jaga-jaga. Start bulan Januari 2012 cybergurt akan block mana-mana pihak yang salah guna facebook dan group yang melampau ke batasan atau page. Dan pihak polis serta pihak facebook malaysia bersama-sama cybergurt akan turun padang untuk selesai kes ini. 

Dan juga admin-admin yang salah guna facebook, group dan page pula akan di kenakan penjara 1 tahun serta denda RM5000 Bagi mana-mana pengikut akan di kena denda RM5000 serta penjara 5 bulan. ~kijang59

Addin :

Addin beranggapan ni salah satu cara UMNO untuk menyekat kebebasan internet.. terutama nak dekat PRU 13. Laman blog, fb dan twitter yang pro pembangkang akan di sekat melalui pelbagai cara. Salah satu caranya ialah menyekatnya melalui rang undang-undang Bil Juru Komputer.. sila baca di sini dan di sini.


Terkini!! Utusan Biadap.. Siar Kartun Hina Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 16 Dec 2011 09:57 PM PST

Utusan Malaysia sekali lagi cuba mencari masalah apabila media milik UMNO ini menyiarkan kartun yang secara jelas menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang tua yang sudah terlalu uzur tapi masih mahu bertanding dalam pilihanraya akan datang. Penghinaan ini adalah lanjutan dari desakan sama yang dibahaskan perwakilan UMNO dalam perhimpunan mereka beberapa minggu lepas. Menyandarkan kepada polemik semasa di dalam PAS yang memperlihatkan pertelagahan beberapa pihak dengan kumpulan yang pro Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pencalonannya dalam pilihanraya akan datang. Utusan mengambil peluang untuk menangguk di air yang keruh dengan menghinakan Tuan Guru pula.

Sedangkan apa salah Tuan Guru? Beliau secara jelasnya tidak berpihak dalam isu ini sebaliknya mengarahkan pemimpin yang mempunyai masalah sesama mereka agar merujukan masalah tersebut kepada Pesuruhjaya Negeri masing-masing untuk mencari jalan penyelesaian.

Seperti yang telah disebut, soal pencalonan Tuan Guru dalam piliharaya datang, bukan sama sekali masalah mana-mana pihak. Ia adalah keputusan yang dibuat dan ditentukan sepenuh oleh Majlis Syura Ulama dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang ditubuhkan di dalam PAS.

Ketika ini memang kesihatan Tuan Guru sedikit terganggu, ini adalah lumrah kepada orang yang berusia 80 tahun sepertinya. Tapi itu sama sekali tidak menghalang Tuan Guru dari menjalankan tugas hakikinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan ADUN Chempaka dalam masa yang sama.

Tuan Guru masih lagi sihat dan aktif walaupun pergerakannya sedikit terbatas akibat dari keuzuran.

Penulis juga melihat apabila Utusan menggambarkan Tuan Guru seperti seorang tua bongkok, pada penulis itu adalah satu bentuk penghinaan bukan sahaja kepada Tuan Guru dan PAS, malah juga semua ulama secara keseluruhannya. Menjadi seorang ulama itu sendiri tidak ada tempoh luput melainkan maut, selagi mampu, dakwah perlu diteruskan walaupun terpaksa menongkat dagu.


Perkara inilah yang tidak mudah difahami UMNO yang terdidik dengan fahaman sekular dan nasionalis sejak dari penubuhannya lebih 60 tahun dulu.  Idea dan buah fikiran seorang ulamak dan umarak dalam masa yang sama seperti Tuan Guru Nik Aziz tidak terganggu dek kemorosotan usia, melainkan dibuktikan sebaliknya.

Keadaan Tuan Guru sekarang adalah jauh berbeza daripada banyak desakan untuk bekas Perdana Menteri melepaskan jawatannya satu ketika dahulu.  Tuan Guru tidak sama sekali pernah berada dalam keadaaan yang dialami Tun Mahathir dan UMNO/BN pimpinannya yang hilang sokongan majoriti besar rakyat seperti dibuktikan dalam pilihanraya 1999.

Lagipun Tuan Guru tidak pernah terbabit memfitnah sesiapa, tidak seperti Tun Mahathir pada satu ketika dulu.  Jadi sekarang kita bercakap mengenai 2 keadaan yang jelas berbeza.  Tidak bolehlah pencacai UMNO menyamakan keadaan dengan Mahathir dahulu dengan Tuan Guru sekarang.

Sekali lagi penulis nak ingatkan kepada UMNO dan Utusan Malaysia, Tuan Guru adalah aset PAS, keputusan untuk mencalonkan Tuan Guru adalah ditentukan oleh PAS dan PAS tidak memerlukan pihak luar untuk masuk campur dan menentukan apa yang patut dan tidak patut dibuat.

UMNO sendiri ada banyak masalah yang perlu diselesaikan daripada menyibuk dalam hal rumah tangga orang lain. ~suaraPR

Addin :

Addin sendiri pun sudah lama tak baca akhbar sampah ni.. memang terus boikot. Utusan tak ubah seperti blogger-blogger pencacai Umno tetapi versi bertulis. Beritanya adalah fitnah dan tohmahan semata-mata. Addin.. jikalau kat ofis tu.. ambik Utusan ni buat bungkus barang-barang jer.. tidak pun campak je kat tong sampah. Punya sial utusan ni.. kalau bebudak nak ambik exam janganlah baca.. boleh gagal..hi..hi..


Bukti Malaysia Salah Sebuah Negara Penyumbang Ekonomi Israel

Posted: 16 Dec 2011 08:36 PM PST

Sebenarnya hubungan Malaysia - Israel dah lama terjalin dari tanpa disedari rakyat Malaysia. Salah satu buktinya ialah kerajaan UMNO BN mengiktiraf pertubuhan Freemason iaitu satu pertubuhan rahsia yang menjamin kelangsungan kewujudan negara haram Israel. Freemason berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Sila baca di sini. Kat bawah ni Addin sertakan bukti yang mengiyakan wujudnya hubungan Malaysia -Israel...

Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin. Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Dalam satu sisi regim UMNO ini memunculkan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah Regim ini pula mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin olehpemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang langsung dan tidak langsung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Di Perpustakaan MITI dengan jelas banyak terdapat bahan untuk promosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, bukuAdvantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.










Di atas ialah bukti jelas bergambar bahan – bahan rujukan berkaitanperdagangan Malaysia – Israel yang terdapat di perpustakaan MITIdi Kuala Lumpur.Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.



Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini. Persoalan hubungan dagang inilah yang menyebabkan YB Er Teck Hwadiarah keluar oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia apabila YB Er Teck Hwa terus meminta penjelasan dan jawapan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato' Seri Mustapha Mohamed yang enggan menjawap persoalan ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat.

Dimaklumkan Speaker telah mengarahkan bentara secara fizikal menarik dan menolak Er Teck Hwa keluar dari dewan kerana ketegasan beliau menuntut respon dari Menteri yang bertanggungjawab. Kejadian ini seharusnya diangkat dalam media dan menjadi catatan sejarah penting dimana membuktikan betapa munafiknya negara ini. Dalam satu wajah kita mengajak rakyat bersimpati terhadap perjuangan dan penderitaan Palestin tetapi dalam satu wajah yang lain kita membantu ekonomi negara haram Israel.

Satu lagi rekod yang perlu ditandakan hari ini ialah perjuangan pembebasan Palestin ini sudah melangkaui agama dan bangsa. Er Teck Hwa bukan Islam bangkit perkara ini dalam dewan malangnya mana suara ahli parlimen Islam lain khususnya dari Umno ?

Memerangi Israel wajib ke ke atas semua kerana kezaliman mereka. Lebih lagi kita umat Islam ia ialah perang pembebasan kiblat pertama Umat Islam. Kita tidak mampu untuk memikul senjata memerangi tentera Israel tetapi percaya dan yakinlah sama 'maqamnya' dengan memerangi Israel apabila kita bangkit menjatuhkan Umno Bn kerana dengan jatuhnya Umno Bn kita akan menghentikan hubungan dagang dengan Israel dan seterusnya melumpuhkan sumber ekonomi mereka.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…'muhadaroh' telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel.Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita semua bagaimana negara kecil seperti negara haram Israel boleh masih bertahan walaupun ramai membencinya. Jawapannya mudah, ini semua kerana ada banyak negara khususnya negara pimpinan umat Islam yang munafik yang masih memberikan sokongan khususnya dengan membuat hubungan dagang secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan negara haram ini terus mampu bertahan.

Malaysia sebuah negara yang kononnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Itulah persepsi yang cuba diwujudkan kononnya kerajaan Barisan Nasional ini membentuk polisi anti-Israel dan pro Palestin. Akan tetapi sedar atau tidak kita sebenarnya mempunyai hubungan dagangan secara langsung dan tidak langsung dengan Israel dan ini merupakan pengkhianatan terhadap polisi negara ini.

Malah, ia seperti menipu dunia dan rakyat Malaysia berkaitan hal ini. Sebelah tangan kita anti-Israel tetapi sebelah tangan lagi kita membantu ekonominya. Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.



Ini gambar Menteri Umno dan dibelakang beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia – Thailand.

Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara Malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononnya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar.Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri darikerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan.

Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas namapersidangan dan sukan. Walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. Maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Gempar!! Pelajar Tajaan Petronas Kahwin Gay

Posted: 16 Dec 2011 05:37 PM PST

Ya, anda sampai juga ke laman eksperimen sosial kami — atau lebih di'kenali sebagai eksperimen kami lapar trafik. Ini kisah Ariff Alfian Rosliyang sedang mencipta nama di'Malaysia sejak beberapa jam yang lalu. Satu kenyataan dan gambar yang di'hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.

Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di'khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di'khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay.



~rotikaya

Addin :

Cerdik dan bijak tapi tidak bertunjangkan iman dan Islam... inilah jadinya. Akhirnya mengambil tindakan melanggar norma-norma kehidupan.


Sejarah Lambang Bulan Bintang Dalam Islam

Posted: 16 Dec 2011 05:00 PM PST

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah. Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia. Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia.

Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam. Rasulullah bersabda, "Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. 
Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat.." Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana.

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam. Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:

- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
- di tengahnya adalah Benua Eropah.

Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah. Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.

Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke. Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid. ~tulahan


Tiada ulasan: