WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- ORANG PAS SOKONG LYNAS ? MANA PENDEDAHAN CMK ?
- BETULKAN KEKELIRUAN, AMK BUKAN MAHU PERALAT BERSIH 3.0 UNTUK ANWAR
- PERJUANGKAN NASIB DS ANWAR TETAPI BUKAN MELALUI BERSIH
ORANG PAS SOKONG LYNAS ? MANA PENDEDAHAN CMK ? Posted: 25 Nov 2011 07:30 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS BENARKAH ada `orang kuat' PAS di Pahang bersekongkol dengan projek Lynas di Gebeng? Tempoh seminggu yang telah diberikan oleh Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) kepada PAS Pahang untuk menyiasat telah pun tamat, dan mengikut CMK beliau akan dedahkan siapa `orang kuat' PAS itu sekiranya PAS Pahang gagal menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang-orang berkenaan. Saya sejak awal lagi menanti-nanti pendedahan CMK itu kerana bagi saya isu ini serius apatah lagi CMK menyebut tokoh-tokoh berkenaan juga menyalurkan dana yang banyak kepada PAS Pahang. Sudah tentu mengikut hukum akalnya, sudah pasti PAS Pahang akan menolak dana yang diberikan jika terbukti bahawa dana itu datang dari umpan projek Lynas yang ditentang oleh rakyat Pahang itu. Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) Persoalannya, siapakah sebenarnya `pembelot' yang dimaksudkan oleh CMK itu? Benarkah mereka itu `orang kuat' PAS atau ahli PAS dan mungkin juga bukan ahli mana-mana parti tetapi menyokong PAS? Maka, saya teruja untuk membaca blog CMK di SINI yang saya harapkan dapat merungkai rahsia siapa orang itu kerana janji CMK akan mendedahkan orang yang didakwa terlibat menyokong projek Lynas tersebut. Bagi saya, ini lah saat yang ditungu-tunggu oleh kita semua lebih-lebih lagi kepada pimpinan PAS Pahang untuk mengenali siapakah orang berkenaan bagi memudahkan siasatan atau tindakan seterusnya. Malang sekali, CMK terus menjadikan isu ini misteri apabila beliau gagal mendedahkan siapakah orang itu sebenarnya. Sama juga seperti kisah `Datuk T' yang mulanya menjadi misteri, tetapi akhirnya Rahim Thambi Chik berani juga mendedahkan siapakah `Datuk T' itu. Tetapi, CMK masih tidak berani mendedahkan siapa mereka yang dikatakan `orang kuat' PAS tersebut sekadar beliau gelar sebagai `Dr. S' dan 'Haji Z'. Mengapa perlu gelaran, mengapa tidak didedahkan sahaja nama mereka yang sebenarnya? Jika dakwaan CMK itu benar, maka tiada sebab untuk PAS biarkan ianya berlaku tetapi jika dakwaan CMK itu salah, maka mereka yang didakwa oleh CMK itu boleh mengambil tindakan saman ke atas CMK sebagaimana Saiful Bukhari (jika tidak silap saya) pernah menyaman CMK dan PahangDaily di mana akhirnya permohonan maaf telah dibuat kepada Saiful Bukhari. Nampaknya isu ini masih menjadi misteri kepada kita. Mengapa perlu menyusahkan PAS untuk menyiasat siapa itu `Dr. S' dan 'Haji Z', sedangkan CMK sudah ada maklumat dan bukti kukuh? Jika ada maklumat dan bukti kukuh, kita percaya mereka yang dituduh itu pasti tidak akan berani menyaman CMK. Saya bimbang nanti ada tuduhan yang menyebut bahawa CMK sengaja mahu mencipta isu agar dapat menarik sokongan orang-orang PAS kepadanya untuk beliau bertanding di atas kapisiti calon Bebas nanti. Oleh itu, CMK harus menjadi berani dengan dakwaannya tanpa ada selindung lagi. Kita akan menghargai pendedahan CMK jika beliau berjaya mendedahkan mereka yang belot itu kerana bagi kita tiada maaf bagi mereka yang bersekongkol dengan projek yang bakal membawa binasa ini./wfauzdin.blogspot.com |
BETULKAN KEKELIRUAN, AMK BUKAN MAHU PERALAT BERSIH 3.0 UNTUK ANWAR Posted: 25 Nov 2011 01:37 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS SAYA secara ikhlas dan jujur mahu menarik balik kritikan atau teguran ke atas Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar seperti yang saya catatkan di dalam blog saya di SINI. Di dalam penulisan saya, saya menyebut tindakan Ketua AMK tersebut ingin mempergunakan himpunan BERSIH 3.0 untuk membela DS Anwar sekiranya Ketua Umum PKR tersebut dipenjarakan adalah suatu salah faham. Setelah saya menyemak isi ucapan beliau dengan seorang rakan yang hadir semasa ucapan Ketua AMK tersebut, jelas bahawa Sdr Shamsul menyebut bahawa perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar hanya akan dilakukan SEBELUM perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang pada bulan Feb tahun depan. Ertinya, setelah kes DS Anwar disambung pada 08 Dis ini, maka akan ada satu perhimpunan tertakluk kepada keputusan mahkamah nanti. Kenyataan Ketua AMK ini juga diperjelaskan lagi di dalam laporan Malaysiakini yang dipetik seperti berikut; " Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari. "Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat. "Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya) /(Malaysiakini). Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK di dalam isu DS Anwar dan juga isu BERSIH 3.0. Oleh yang demikian, saya menyeru agar rakan-rakan Blogger yang lain yang juga mungkin terkeliru dengan kenyataan Ketua AMK tersebut agar membuat pembetulan di dalam tulisan mereka masing-masing. Saya dapati ramai daripada Bloggers yang mengkritik Ketua AMK berkenaan dengan isu yang kononnya perhimpunan BERSIH 3.0 akan dijadikan satu perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar. Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Ketua AMK serta semua pembaca blog saya dengan kekeliruan yang timbul. Sokongan akan terus diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebenaran dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com |
PERJUANGKAN NASIB DS ANWAR TETAPI BUKAN MELALUI BERSIH Posted: 25 Nov 2011 08:19 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS KENYATAAN Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar (SAM) untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya DS Anwar disabitkan bersalah dan dipenjarakan adalah satu kenyataan yang `silap tempat'. Beliau menyatakan demikian dalam ucapan penggulungannya pada kongres pergerakan itu di Johor Bahru semalam. Beliau tidak boleh kelirukan rakyat dengan perjuangan BERSIH selama ini. Begitu juga BERSIH tidak boleh disamakan dengan perjuangan membebaskan DS Anwar walaupun perjuangan BERSIH untuk membersihkan amalan pilihanraya di negara ini adalah sejajar dengan perjuangan Ketua Pembangkang itu. Namun demikian, BERSIH mempunyai isu yang berbeza melampaui isu yang dihadapi oleh DS Anwar. Walaupun niat dan tujuan Ketua AMK itu dilihat baik dan jujur, namun tidak kena dengan tempatnya dan dilihat kurang bijak. Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar Difahamkan DS Anwar akan kembali ke mahkamah pada 08 Dis ini dan kemungkinan beliau terpaksa dibebaskan kerana rakyat memahami tiada sebab Ketua Umum PKR itu patut dipenjarakan. Namun demikian, kita mesti bersedia dengan langkah untuk diambil sekiranya kezaliman ke atas DS Anwar berterusan lagi. Justeru itu, sekiranya AMK merasakan perlu ke hadapan untuk membela nasib DS Anwar maka sudah pasti usaha tersebut akan disokong oleh pencinta keadilan, tetapi perancangan biarlah betul dan bertepatan dengan tempat dan isunya bukan menempek di atas perjuangan BERSIH. Jika isunya DS Anwar, maka gerakan juga mesti berpaksikan keadilan untuk beliau dan BERSIH bukan tempatnya. Jika isunya menuntut pilihanraya yang adil, maka BERSIH adalah tempatnya. Adalah diharapkan AMK di bawah Sdr Shamsul Iskandar akan memikirkan kaedah lain untuk mencapai matlamatnya dan jangan khuatir apa yang baik tetap akan disokong oleh rakyat. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan