Khamis, 10 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JAMIL KHIR TOLONG JAWAB UNTUK HAJI NAJIB PASAL TWITTER

Posted: 10 Nov 2011 08:21 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS


DI DALAM Twitter Haji Najib sewaktu di Mekah, beliau ada mencatatkan bahawa beliau dan isteri telah selesai menunaikan ibadah Haji.  Walhal pada waktu Twitter tersebut, masih ada Rukun Haji yang belum dilaksanakan, dengan itu membuatkan Mufti Perlis jadi `pening' dan terperanjat.

Isu ini menjadi bahan lawak jenaka di dalam Face Book dan blog.  Sekembalinya Haji Najib dari Mekah, beliau tidak menjawab isu ini.  Ini bukan tuduhan sesiapa, ini adalah catatan dari Haji Najib sendiri di dalam Twitter beliau.  Sewajarnya beliau boleh menjawab isu tersebut atau mengaku beliau tersilap mencatatkan selesai Haji.

Samada disuruh atau `tersuruh', mungkin juga sebagai bukti `kesetiaan' terhadap bos, maka yang menjadi tukang jawab Haji Najib adalah Jamil Khir.  Bekas Pengarah KAGAT yang kaki golf ini muncul menjawabnya.  Jamil Khir berkata, " Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.  "PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.  Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.  "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau (Malaysiakini).

Begitulah hebatnya Jamil Khir.  Beliau tahu bagaimana untuk melepaskan Haji Najib.  Hajah Rosmah selepas ini jangan khuatir jika ada yang menegur beliau yang menampakkan `jambul' rambut di depan selepas balik dari menunaikan Haji.  Jamil Khir tentu ada `dalil' lain untuk melepaskan Hajah Rosmah nanti.  Jadi, Jamil Khir boleh lah bersiap sedia untuk menjadi calon di dalam PRU akan datang. /wfauzdin.blogspot.com

GILA CINCIN, GILA LEMBU, PENYOKONG JADI LEMBU GILA?

Posted: 10 Nov 2011 10:27 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

APALAH nak jadi dengan negara kita ni.  Ada pemimpin jantan tetapi tak boleh nak kawal pengikut betina bahkan bininya sendiri.  Memang kejantanannya sering diuji, tetapi ternyata seperti tidak jantan yang hakiki.


Apabila dicabar berdebat, kecut seluruh urat saraf.  Tetapi kalau bercakap depan TV, bukan main hebat lagi, berdegar-degar gegendang kita mendengar ucapannya.  Bayangkan dia kata, jangan cuba untuk mencabarnya berdebat, nanti ada yang demam katanya.  Itu di dalam TV, dan kata-kata beliau disambut dengan sorakan mengilai pencacai-pencacainya yang selalu lapar minta diisikan perut mereka.

Berbeza apabila dicabar berdebat secara anak jantan.  Beliau menjadi lebih betina dari betina.  Tidak seperti di dalam TV, kali ini beliau pula yang nampak macam demam.  Demam penikus, namanya.  Itulah standard pemimpin yang puak sekular sekutu Apco ini ada.  Sebab itu, kebanyakan ahli-ahli bawahan pemimpin penikus ini tahu kelemahannya.  Beliau cukup lemah apabila digosok dan dijilat.  Maka, lahirlah penjilat-penjilat tegar seperti Ezam sesumpah, Zul lembu Kulim, Nalla, Zahrain katak, Berahim alkataki dan sebagainya. 

Satu lagi kelemahan anak Pekan, Pahang ini adalah dengan betina.  Oleh kerana bini dia ni seorang betina, maka kerana takut kepada betina terpaksalah juga mengikut kehendak bini sendiri.  Kalau pergi melawat ke luar negara samada tugas rasmi apatah lagi tidak rasmi, beliau terpaksa membawa bininya.  Maka, satu kegemaran bininya adalah `bershopping'.  Tempat tidor bininya pula mestilah canggih, mungkin kedap bunyi dengkuran.  Jadi, pelik apanya jika hotel yang didiaminya berharga ratusan ribu ringgit satu malam.  

Betina dia diperkatakan orang ada memiliki gelang ratusan ribu ringgit.  Baru-baru ini terbongkar kisah cincin 24 juta ringgit sehingga kini tiada sesiapa pun yang disaman oleh bininya atas isu cincin puaka ini.  Cincin itu kononnya masuk negara ini untuk pameran tetapi tempat pameran dan tarikhnya rahsia.  Wah !  Ini sudah seperti jual beli senjata perang.  Apa pun, ada juga puak mereka yang percaya cincin 24 juta ini masuk hanya untuk pameran yang rahsia.  Di mana otak mereka agaknya?  Tau-tau cincin telah pun dibawa keluar tanpa diistiharkan oleh pihak berkuasa.  Apakah masuk direkodkan dan keluar tanpa rekod?  Wah !! Ini sudah macam kisah Altantuya, beliau masuk ke negara ini bukan sebagai Pendatang tetapi secara sah, peliknya namanya `hilang' di dalam komputer.  

Itu kisah betina yang gila cincin.  Terbaru kisah betina lagi tetapi gila lembu pula.  Bukan lembu gila, tau.  Hanya bermodalkan lembu, maka kaya raya keluarganya sampai boleh membeli banglo tunai jutaan ringit.  Bayangkan, lembu sahaja boleh buat keturunannya senang lenang tetapi rakyat yang di bawah yang setia menyokongnya itu tetap menjadi `lembu' juga, tetapi lembu pawah.  Kesihan juga melihat nasib puak-puak mereka yang di bawah itu.  Dua orang betina perabihkan duit-duit mereka dengan cincin, gelang dan beg tangan serta lembu, mereka yang di bawah itu saling tak ubah macam lembu pawah yang kurap.

Jadi, eloklah pakat-pakat ubah.  Cukup-cukuplah betina-betina ini menghabiskan harta dalam ini negara.   Takkan kita nak biarkan mereka yang telah di`lembu'kan itu terus menjadi lembu pawah.  Elok kita selamatkan mereka agar menjadi insan yang bermaruah.  Ubahlah sebelum parah !!/wfauzdin.blogspot.com


SHAHRIZAT JALIL BARU SEDAR MARUAH KELUARGA ITU PENTING

Posted: 09 Nov 2011 11:08 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS


RUPA-rupanya Shahrizat Jalil ada perasaan juga terhadap keluarganya sendiri.  Di dalam isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC), beliau menyuarakan kekesalannya bernada sedih apabila Pembangkang banyak memperkatakan tentang projek tersebut yang ada kaitan rapat dengan keluarganya.

Nada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggamit simpati terutamanya kepada ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang beliau selaku Ketuanya. Beliau berkata,
" Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya," katanya (Malaysiakini).
Bagaimana agaknya jika beliau di tempat DS Wan Azizah atau keluarga DS Anwar Ibrahim apabila bertahun-tahun DS Anwar diaibkan?  Seluruh media kerajaan dikerah saban hari untuk memburukkan DS Anwar sehingga ke tahap paling mengaibkan dengan video dan foto lucah dipamerkan di akhbar dan TV.  Ketika itu, pernahkah Shahrizat merasa apa yang dirasai oleh keluarga Mantan TPM itu bahkan bekas bos Shahrizat sendiri? 
Cuba kita bandingkan setakat mana sangat apa yang dilalui oleh Shahrizat itu jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan terhadap DS Anwar.  Saya rasa sebanyak tahi kuku pun tidak sampai apa yang dialami oleh Shahrizat.  Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana pemimpin Umno, mereka tidak pernah fikirkan perasaan orang lain tetapi apabila terkena sedikit pada batang hidung sendiri, ketika itu baru mahu bercakap soal keadilan dan maruah.
Di dalam isu Projek Feedlot ini, kita boleh bandingkan apa beza pimpinan PR dengan pemimpin Umno.  KM P.Pinang, Lim Guan Eng awal-awal mengambil alih P.Pinang secara tegas dan terbuka menyebut `haram' bagi ahli keluarganya memohon tanah hatta seinchi pun atau sebarang projek di P.Pinang.  MB Kelantan pula, Tuan Guru Hj Nik Aziz sanggup mengeluarkan menantunya Ariff Fahmi sebagai CEO PMBK apabila ada yang mempertikaikannya walaupun terbukti siasatan SPRM tiada berlaku sebarang penyelewengan di perbadanan tersebut.  Ertinya, Tuan Guru Nik Aziz bersedia menerima teguran dari sesiapa pun.

Bagaimana dengan pemimpin Umno?  Siapa Nazir Najib?  Dan, kini keluarga Shahrizat pula.  Baru `digertak dan disakat' sedikit oleh Pembangkang, gelabah dibuatnya hinggakan Noh Omar terpaksa `bersilat' siang malam di TV sehinggakan terpaksa menjawab panjang lebar di dalam wawancara akhbar Sinar hari ini. 

Adakah isu itu akan selesai selepas ini?  Tidak, rakyat akan menilai bukan sahaja dari segi salah laku projek tersebut, tetapi mengapa projek itu dapat kepada keluarga Menteri ini.  Bayangkan jika ini terjadi kepada keluarga MB Selangor, Tan Seri Khalid maka sudah tentu hiruk pikuk TV 3 dibuatnya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: