Rabu, 2 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERJUANGAN S.AMBIGA SALAH, KAMI TETAP MENENTANGNYA

Posted: 02 Nov 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA dahulu saya menyokong S.Ambiga kerana perjuangannya menuntut Pilihanraya yang adil di negara ini sejajar dengan sokongan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap BERSIH 2.0, tetapi kali ini di dalam isu `Seksualiti Merdeka' yang mahu diperjuangkan oleh tokoh yang sama saya samasekali tidak menyokongnya malahan akan terus membantahnya.

Bersetuju dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat yang membantah keras program yang bakal diadakan tidak beberapa hari lagi, saya berharap S.Ambiga memikirkan kembali sensitiviti semua masyarakat yang bertamaddun di dalam negara ini. Walau apa jua bangsa dan ugama, apa jua fahaman politik yang ada di negara ini, mereka semua pasti menentang budaya barat yang jijik dan kotor itu dan tidak harus diperkenalkan di negara ini.

Kononnya, program itu untuk meluahkan hati dan perasaan golongan gay dan lesbian tetapi bukan dengan cara sedemikian. Mereka tidak perlu mengadakan program yang lebih bersifat mempromosikan budaya jijik berkenaan, dan tidak perlu hati dan perasaan mereka diluahkan secara itu. Tersembunyi di sebalik program itu adalah budaya kotor yang mahu diresapkan ke dalam jiwa anak bangsa di bumi Malaysia ini.

Ada di antara puak-puak Umno yang mendakwa mengapa kali ini kita menentang S.Ambiga sedangkan di dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kita bersamanya, jawapannya mudah iaitu kita menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga tetapi adalah berdasarkan isu yang diperjuangkan oleh BERSIH. Buktinya, di dalam BERSIH 1.0 bukan S.Ambiga yang mengetuainya tetapi Sdr Syed Shahir dan kita tetap menyokong BERSIH waktu itu. Ertinya, kita pertahankan BERSIH yang kebetulan sekarang di bawah S.Ambiga adalah kerana isu yang dibawa oleh BERSIH iaitu untuk membersihkan Sistem Pilihanraya di negara ini.

Kali ini atas isu juga, maka kita menentang S.Ambiga. Beliau cuba untuk membawa satu program yang kurang sihat dengan budaya rakyat di negara ini, apatah lagi yang bertentangan dengan Islam maka atas isu itu kita akan menentang beliau. Itulah beza kita dengan Umno dan pemimpin mereka.

Di dalam Umno, apabila Pembangkang mendesak hapuskan Akta ISA tetapi pemimpin Umno tetap mempertahankannya atas alasan keperluan keselamatan negara, maka kesemua pemimpin dan pengikut Umno bersetuju dengan pemimpin utama mereka. Namun, apabila pemimpin mereka baru-baru ini berkata akan menghapuskan Akta ISA, mereka kesemuanya bersuara bahawa memang wajar Akta ISA dihapuskan. Itu adalah standard Umno yang terus menjadi `burung belatuk'.

Kita berbeza samasekali. Kita sokong jika ianya benar, tetapi jika tidak benar dan bersalahan kita tetap akan bantah. Kita sokong S.Ambiga jika beliau berjuang atas landasan yang betul, tetapi pada ketika beliau berjuang di landasan yang salah kita pasti bangun menentangnya. Tidak timbul soal kenang budi atau sebagainya, benar tetap benar dan salah tetap salah./wfauzdin.blogspot.com

BLOG PRO UMNO MERUNGUT DENGAN ANUGERAH SENATOR

Posted: 02 Nov 2011 01:45 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang dijangkakan, pengurniaan Senator kepada beberapa orang `pencacai dan pengampu' tidak disenangi banyak pihak di dalam penyokong Umno/Bn sendiri. Lojik juga mereka merasa marah dan tidak puas hati, bayangkan berpuluh tahun mereka berjuang dan setia bersama parti sekular Umno/Bn itu secara tiba-tiba orang yang pernah memaki hamun Umno/Bn dapat jawatan Senator.

Membaca satu blog pro Umno di sini, ternyata blog berkenaan tidak berpuas hati dengan perlantikan Senator dari kalangan bekas Pembangkang, dan paling hebat hampir kesemuanya dari bekas PKR. Jika dahulu Ezam sesumpah, kini Datuk Nalla pula. Jasanya cuma burukkan DS Anwar sahaja. Ertinya, PKR hebat melahirkan tokoh sehingga dikutip oleh Umno untuk menjadi Senator. Jika orang `sehebat' itu boleh dikutip oleh Umno, bayangkan yang masih berjuang di dalam PKR sekarang.

Pemimpin Umno bawahan tentunya terasa hati tetapi apakan daya di dalam pemikiran mereka Umno sumber rezeki, biarpun mereka dapat `kerak' dan nasi dimakan oleh Senator ini, janji mereka dapat makan. Itulah Umno. /wfauzdin.blogspot.com

PROGRAM PR DI MELAKA MALAM TADI HEBAT, DI MANA ZUL KULIM MENYOROK?

Posted: 02 Nov 2011 12:00 AM PDT

Zulkifli Noordin Terkicit..

Lebih dari 1,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR. Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR.


Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.


Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut. Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak./mutaligat

Addin:

Zulkifli Noordin mungkin terkicit sebab dengar cabaran berani dari PJ Melaka, Hj. Adly Zahari.. kah..kah.. kah..

Tiada ulasan: