Khamis, 3 November 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Bayar Hutang BN

Posted: 03 Nov 2011 06:22 AM PDT





GEORGETOWN 3 NOV : Sejak mengambil alih Pulau Pinang pada Mac 2008, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat berjaya melangsaikan sejumlah RM600.47 juta atau 95.29 peratus jumlah hutang kerajaan negeri terdahulu.

Kejayaan ini menjadikan baki hutang semasa kerajaan negeri sekarang ialah RM29.66 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Menteri pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di sini baharu-baharu ini.

Guan Eng menjelaskan baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Arcade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Kita telah bayar hutang ini, tetapi kebanyakannya adalah kerana projek air yang mana telah diusahakan oleh kerajaan dulu (BN).

"kita merasakan ianya perlu dilangsaikan kerana kalau tidak ia akan menjadi beban kepada kerajaan Pulau Pinang,"jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang Adun Barisan Nasional yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang gagal menguruskan kewangan negeri sejak memerintah.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 jelas menunjukkan kedudukan kewangan kerajaan negeri meningkat walaupun terpaksa melangsaikan hutang kerajaan terdahulu.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu, meningkat pada tahun lepas.

Sebagai makluman, Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009).

BUAT APA PERGI CHOGAM KALAU NEGARA TIDAK PERNAH DIJAJAH

Posted: 03 Nov 2011 06:17 AM PDT

Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

NONEJusteru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily.

NONESelain itu, laporan bertajuk 'Delegates go shopping and sightseeing' atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Pekerja Swasta Harus Risau Pindaan Akta Kerja

Posted: 03 Nov 2011 06:13 AM PDT




SHAH ALAM 3 NOV: Rakyat asing akan membentuk tenaga kerja terbesar di negara ini sehingga pekerja tempatan disisihkan jika pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan.

Pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Pekerja, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keadaan ini bakal berlaku jika pindaan kontroversial itu diteruskan tanpa agenda perlindungan buruh tempatan yang jelas.

Abdullah Sani berkata tren semasa menunjukkan majikan mengenepikan tenaga kerja tempatan untuk pekerja asing yang sanggup bekerja dengan gaji yang murah, dan tanpa perlindungan undang-undang buruh.

Menurut Abdullah, tren ini wujud di sektor perkilangan, dan menular ke sektor perkhidmatan, perhotelan bahkan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya sedih kerana bank pun dimasuki pekerja asing. Saya terperanjat bila diberitahu NUBE bahawa ribuan akan datang. Bagaimana dengan pekerja tempatan?"

Tambahnya lagi, pindaan ini membuka lebih banyak peluang kepada majikan induk untuk melantik kontraktor mengimport pekerja asing dan pekerja kontrak.

Abdullah berkata demikian dalam satu program bual bicara, Fokus Berita terbitan TV Selangor.

Hari ini, beribu-ribu pekerja sektor swasta bakal mengadakan demonstrasi diseluruh negara bagi membantah pindaan pada akta berikut.

Kebiasannya, perkerja kontrak diambil oleh dan dibawah jagaan kontraktor buruh. Kontraktor-kontraktor ini kemudian membekalkan perkerja sebagai tenaga buruh kepada kilang-kilang, ladang-ladang, kedai-kedai dan juga hotel.

Majikan induk hanya perlu membayar komisen kepada kontraktor-kontrator ini. Mereka tidak perlu memberi faedah-faedah lain seperti gaji "overtime", perlindungan kesihatan atau elaun seperti yang biasanya dibekalkan kepada perkerja tetap.

"Di kilang lebih dari 67 peratus adalah pekerja asing. Majikan yang menguruskan mereka bukan dari pengurusan kilang, sebaliknya dari syarikat dua ringgit yang dilantik untuk mengisi pekerja. Mereka ambil orang dan selepas tu ambil komisen pekerja-pekerja mereka. GLC juga buat begitu."

Menurut Abdullah, statistik semasa menunjukkan hampir 42 peratus kekosongan sumber manusia diisi tenaga kerja kontrak.

Pekerja kontrak yang diambil bekerja tidak dilindungi undang-undang buruh.

"Kalau skim seperti ini dibenarkan undang-undang, ini akan menyebabkan masa depan pekerja samar. Kerja kontrak 6 tahun, tamat kontrak, renew lagi secara berterusan, dan akhirnya umur cecah 40 tahun. Selepas tu kemana pekerja tu nak pergi?"

"Syarikat Nikko lari tengah malam dan 4,000 lebih pekerjanya langsung tak dapat pampasan. Kalau yang dikawal pun tak terkawal, bagaimana keadaannya bila ruang dibuka seluas-luasnya."

Di program yang sama, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW) A Navakumundan berkata sokongan kesatuannya kepada pindaan itu adalah sokongan bersyarat.

Tegas beliau, NUPW percaya pindaan ini akan melindungi pekerja-pekerja berpendapatan rendah tempatan dan asing di sektor perladangan.

Namun Navakumundan berkata pindaan ini memerlukan kerajaan mengetatkan pemantauan keatas kontraktor melalui perlantikan kontraktor secara telus, serta pemeriksaan yang tegas dan berterusan.

"Kini kita ada pekerja asing mencecah jutaan orang. Apabila pasaran buruh semakin kompleks, ada kontraktor yang mengambil kesempatan dan menggunakan golongan ini untuk mengeksploitasikan mereka."

NUPW dan Pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Pekerja bersetuju bahawa pindaan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya, dan kerajaan perlu memberi pengkhususan mengikut sektor.

"Okay pindaan sudah berjalan. Kita minta peraturan kepada pindaan dan kita mahu tindakan susulan. Sektor-sektor lain juga memerlukan perhatian."

NUPW berkata kerajaan perlu bertindak bagi memastikan pengambilan kontraktor tidak menjejaskan kepentingan tenaga kerja tempatan.

"Mungkin dalam keadaan tertentu kita memerlukan kontraktor untuk mengisi keperluan sumber manusia. Jika ada keperluan mesti ada asas untuk membenarkan."

LHDN Upah 2000 Pekerja Tambahan, Bazir Duit Rakyat

Posted: 03 Nov 2011 06:04 AM PDT

KERJAYANG SEPATUTNYADIBERIKANKEPADAJABATANKEBAJIKANMASYARAKAT DIBEBANKANEPADALEMBAGAHASILDALAMNEGERI


SHAH ALAM, 3 Nov : Keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengupah 2000 pekerja tambahan bagi menguruskan permohonan bayaran wang bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000 disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa, kata AdunKampung Tunku Lau Weng San.

Langkah yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni mengejutkan rakyat Malaysia, bahkan membuktikan ketidakcekapan urus tadbir kerajaan persekutuan.

Weng San dalam kenyataan medianya menyifatkan, keputusan untuk memberi bantuan itu sebagai tindakan "mi segera" daripada kerajaan persekutuan yang perlu diselit ke dalam Bajet 2012 pada saat-saat akhir sehingga tidak menjangka bahawa seramai 2000 pekerja tambahan diperlukan untuk menjalankan proses ini.

Weng San berkata, untuk melaksanakan program ini, kerajaan persekutuan t memperuntukan sejumlah RM1.8 bilion.

Jelasnya, mengikut angka daripada LHDN, terdapat kira-kira 3.5 juta keluarga di seluruh Malaysia dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000 sebulan.

"Justeru, daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM1.75 bilion adalah untuk menampung pembayaran kepada 3.5 juta keluarga ini. Peruntukan yang selebihnya, iaitu RM50 juta ialah peruntukan luar jangka kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3000 yang belum berdaftar dengan LHDN," katanya.

Dengan perkataan lain, daripada peruntukan RM1.8 bilion ini, kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.

Adakah kerajaan persekutuan mendapati terdapat banyak kepincangan dengan dasar ini sehingga mereka perlu mengupah 2000 pekerja tambahan dan kos ini akan dimasukkan kemudian dalam Bajet Tambahan?," soalnya.

Tambah beliau, sekiranya 2000 pekerja tambahan diperlukan dengan gaji purata mereka adalah RM1500 sebulan, maka kerajaan persekutuan perlu membelanjakan RM3 juta sebulan ataupun RM36 juta setahun.

Selain itu, Weng San turut mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini dengan alasan ia adalah sebagai alat pancing undi.

"Jikalau ini yang berlaku sebenarnya, maka jelas menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan.

Malahan kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri," selar Weng San.

Rombongan PKR, NGO Dilarang Masuk Pusat Fidlot Keluarga Shahrizat

Posted: 03 Nov 2011 06:02 AM PDT

GEMAS, 3 Nov : Hasrat rombongan pimpinan PKR ke Pusat Fidlot Nasional hari ini gagal apabila dilarang memasuki kawasan ladang lembu tersebut.

Pihak pengawal keselamatan yang bertugas melarang rombongan yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan pihak media.

Walaupun pihaknya cuba berunding dan menjelaskan bahawa PKR telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Pusat Fidlot Kebangsaan adalah dimiliki oleh National Fidlot Corporation (NFC), mempunyai keluasan kira-kira 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa.

Malah, menurut Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu Pusat Fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

"Ini kemudahan kerajaan, bukan milik swasta," kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang didakwa dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu," kata Rafizi lagi.

Walau bagaimanapun pengawal keselamatan yang bertugas menyatakan, beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Lapor keadilandaily, Rafizi meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dilayan.

Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Sementara itu, di dalam pagar NFC kelihatan tiga individu lelaki sedang membuat rakaman video.

NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi.

Sehingga hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun.

Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat.

Turut serta dalam rombongan itu Adun Sikamat, Aminuddin Harun, aktivis NGO seperti Jingga 13.

Tiada ulasan: