Tukar Tiub |
- BERITA TERKINI DARI TUKAR TIUB
- TRADISI PERJUANGAN ANAK ANAK MUDA
- INI FATWA PUJANGGA KITA
- SEKALI LAGI KITA TURUN KE JALAN RAYA
- KITA TAK DARURAT - YANG DARURAT BRITISH
- FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK
- PUTUS HARAPAN NAK BAYAR HUTANG
- KAUM BURUH - KULI BATAK KAYAKAN TOWKAY
BERITA TERKINI DARI TUKAR TIUB Posted: 24 Nov 2011 06:30 PM PST DARI LAMAN YAHOO MALAYSIA HISHAMUDDIN RAIS MENULIS DI YAHOO bermula dari hari ini hishamuddin rais akan menulis di laman yahoo malaysia untuk mengetahui apa yang akan muncul ikutilah laman yahoo: http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/pecah-berderai-frus-menonggeng-110237167.html;_ylt=AhBsO1Kn6SzyGDpBclE5mFJBV8d_;_ylu=X3oDMTNsOW4ydjhhBG1pdAMEcGtnA2Q2ZjM0ODgxLWViNmQtM2E5Yy05MTYwLTdiODhhN2M3ZTdjZgRwb3MDMQRzZWMDbG5fWWFob29OZXdzcm9vbV9nYWwEdmVyAzEyYjU5ODQwLTE2OTMtMTFlMS1iZjJmLTVlZjZhZDJkZTliNA--;_ylv=3 sila cari disini: www.yahoo.com.my |
TRADISI PERJUANGAN ANAK ANAK MUDA Posted: 24 Nov 2011 05:32 PM PST LIHAT DAN TONTON anak anak muda mesir meneruskan perjuangan untuk membawa ke matlamat akhir menghancur kuasa ganas tentera BERITA DARI DATARAN TAHRIR anak anak muda akhirnya dunia ini adalah milik kamu anak anak muda bersedia anak anak muda sedarlah kapitalis antarabangsa sedang merancang kaum pemodal sedang merancang orang orang kaya sedang merancang towkay towkay sedang merancang untuk memastikan harta kekayaan mereka terselamat di mesir anak anak muda telah bangun kembali anak anak muda melawan rejim tentera anak anak muda mahukan pilihan raya adil anak anak muda tidak mahu ditipu lagi anak anak muda tidak mahu pengundi hantu anak anak muda tidak mahu undi pos anak anak muda tidak mahu undi tentera lalu aku sampikan berita sedih berita perjuangan anak anak muda mesir di dataran tahrir 33 orang anak muda telah gugur angka terus meningkat di dataran tahrir kemah dan demo masih berterusan di dataran tahrir anak anak muda masih berkumpul di dataran tahrir kini masuk ke minggu ke dua di dataran tahrir perjunagn akan diteruskan anak anak muda di amerika telah bangun ke jalan raya they no longer take the shit dari coca cola dan pepsi cola anak anak muda sedang melawan untuk menewaskan kaum pemodal telah hampir 4 bulan anak anak muda ke jalan raya anak muda kini menentang kubu kuat kapitalisma anak anak muda sedang mengepong wall street new york seattle chicago boston los angles anak anak muda sedang berkumpul dengarkan tempikan anak anak muda di london paris milan tel aviv lisboa roma athens semua turun ke jalan raya mengoncang sistem kapitalis yang ada anak anak muda akhirnya dunia ini milik kamu di kuala lumpur rejim yang ganas sedang merancang di kuala lumpur undang undang baru akan di luluskan di kuala lumpur ruang demokrasi makin di sempitkan semuanya bertujuan untuk memastikan united malay national organisation terus berkuasa semua ini untuk memastikan vincent tan ananda daim lim goh tong syed mokhtar yeoh tong lai freddy fenandez mukzani terus kaya terus kita dijadikan hamba anak anak muda jika kamu membaca tulisan ini kamu ada lah sebahagian dari arus perubahan anak anak muda jika kamu membaca tulisan ini kamu ada di barisan hadapan mencanai fikrah anak anak muda di hadapan kamu ialah kapitalisma di hadapan kamu ialah penindas di hadapan kamu ialah kezaliman anak anak muda yakinlah masa depan malaysia di tangan kamu anak anak muda yakinlah dunia ini akhirnya milik kamu! NOTA: anak anak muda berjuang untuk jadi yb berjuang untuk dilihat oleh ketua umum berjuang dengan baju batik lengan panjang adalah satu kehinaan yang paling hina kah kah kah |
Posted: 24 Nov 2011 04:26 PM PST NOTA: sila rujuk apakah makna fatwa sila tanya mereka yang faseh berbahasa arab bukan kah fatwa ini hanya pandangan fatwa juga memberi makna cadangan pandangan dan cadangan datang dari fikrah manusia kalau takm guna akal fikiran lebih baik jadi hydra lebih baik jadi amiba APA FATWA ANDA BILA MELIHAT INI? FATWA FATWA DARI PEMBACA Contoh mudah....cuba lihat penaung AGAMA ISLAM itu sendiri disetiap negeri ada berapa kerat bini bini mereka menutup aurat,sedang itu asas yang WAJIP dalam hukum agama juga kepada diri sendiri...cuba dengar dan lihat para KADI dan MUFTI berceramah tentang hukum hakam,confirm mereka tak berani nak tegur puak dedalu dipohon rendang ini...sedangkan itulah pokok utama diperbetulkan dahulu..gerabak akan ikut kepala keretapi..,KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN UNCLE MAHATHIR kata... alasan popular KADI atau MUFTI mereka makan gaji FATWA ikut bayaran...tak kan nak lawan tokey, dedalu dipohong rendang..semakin kuat menegur harapan nak dapat gelaran DATO atau TAN SRI amat tipis dan gelap...ini bentuk perniagaan yang amat menguntungkan...bukan mamak saja jual agama gantung ayat Quran dalam restoran..kena faham betul betul..selagi ada dedalu dipohon rendang ISLAM dan HUKUMNYA tetap jua dicelah kangkang..selagi ada makan bersuap berak mencangkung ISLAM ITU tetap jua dibawah tempurung.. By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/25/11 Fatwa nie adalah untuk benda2/perkara2 yang baru. Adapun suara perempuan sama ada aurat atau tidak ianya telah lama dikeluarkan hukum. Fatwa nie misalnya nak beri hukum bila hendak menggunakan jantung babi ganti jantung manusia, hukum merokok dan sebagainya yakni hukumnya tiada dikeluarkan oleh ulamak terdahulu. Penulis syaitan nie bercakap menggunakan otak syaitan. Yang tukang siar pun sama jer.... By Wassini on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/25/11 Sah tulisan ni dari si kafir ni...sebab tu dia tak boleh ulas pakai otak...macam agama dia gak...berhala perut buncit pun dia sembah...kah..kah..kah.. By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11 Eh...ada gak yang bengap macam ni buat statement...tak sesuai dengan kehebatan tukartiub...ni menjatuhkan imej tukartiub yang penuh rasional..tapi fatwa-fatwa bodek ni betul-betul bengap tidak bertahap... maka siJebon ni geng anti hadith le ni nak masuk jarum...he..he..he.. Orang putih masuk Islam dia guna kepala otak...orang melayu keluar islam - murtad dia guna kepala lutut...kalah tak pun kepala bana... By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11 Bro TT, lu dasyat bab main ayat. Cara lu simpulkn satu2 situasi politik mmg gua kagum. Tp tulisan bodoh mcm ni xkn lu x mampu nilai. Jgn jd mr bean la TT. Kpd penulis mangkuk tu: kalo lu islam, baik lu taubat n berharp lu x mati sbelum taubat. Kalo lu kafir, baik ko kaji n cari rasional disebalik sembah patung2 n jgn msk campur dlm bab agama aku! Phm By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11 wey celaka , mu boddo ugama mu duk diam la boddo . mu boddo ugama , mu g blajo . dok komen ikut suka pala hotak mu . mu ingat Islam ni milik mu ? wey isham rais . kau ni pun satu . semua orang tau mufti malaysia makan gaji . base mufti tak dok telur . kau tak payah la nak bawok pengikut kau ni jadi sesat pulak. sampai suka - suka mentafsir Islam ikut kepala hotak sendiri . kau tak faham agama , kau belajar lah boddo . bukan cerita pasal pencerahan minda itu ini sampai pengikut kau boleh komen suka hati . kau pun nak rekrut Allah jugak ke ? aku sokong kalau kau banned mufti sebab hanya keluar fatwa hanya perkara remeh sedangkan perkara besar tak dok fatwa macam rasuah semua tu . tapi jangan sampai kau racun pemikiran supaya berfikir di luar batasan . kau faham tak ? Socrates pun bukan macam ni cara melawan orang munafik . Socrates sendiri mengajar agar fikrah anak muda Yunani kembali kepada konsep monotheisme . kembali kepada monotheisme daripada menganut paganisme . kau pula ? nak ajak orang jadi apa ? jadi konpius pasal Islam ? tak payah laa . orang Islam skrg da cukup konfius la isham wey . blog ko ni kalau bab politik , bab lawan aku salut . tapi bila bab agama , fail . sejak kau bersyair John Lennon adalah nabi itu dah cukup fail bagi aku . ingat Isham . kau nak ajak orang berfikir , nak ajak orang pecahkan 'bonsification' mesti ada cara . bukan cara begini . akhirnya pengikut2 kau berfikir melampaui batas pemikiran kau sendiri . satu lagi , Dajjal Al Masih tidak pernah berkahwin . dan buta sebelah matanya . jangan sampai kerana pengikut kau berfikir luar batasan , tuhan butakan sebelah mata kau . kau nak buat baik pada tamadun , tapi kau sebenarnya pembawa fitnah . ingat tu isham . lawan tetap lawan . kau nak terima ini atau tidak terpulang . aku sebagai rakan yang boleh dikatakan rapat dengan kau cuba bagi pandangan . ikhlas . 'sahabat kau' By Anonymous on FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK on 11/24/11 LAWAN TETAP LAWAN |
SEKALI LAGI KITA TURUN KE JALAN RAYA Posted: 24 Nov 2011 11:34 AM PST ANAK MUDA BERSEDIA BERSIH 3.0 UNDANG UNDANG PERHIIMPUNAN AMAN PERLU ELAK DEMONSTRASI - meloya BANDAR BAHARU 24 Nov. - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dua hari lepas perlu mendapat sokongan daripada semua Ahli Parlimen kerana ia akan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan, kata Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, langkah kerajaan memperkenalkan undang-undang itu menunjukkan kesediaan pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang lebih luas kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dan halangan tetapi dalam keadaan terkawal. "Ini sepatut dilihat sebagai perkembangan proses transformasi politik yang lebih besar," katanya. Katanya, jika pembangkang tidak menyokong dan tidak berpuas hati dengan undang-undang baru itu, ia mungkin diandaikan mereka melihat ia sebagai sekatan dan halangan untuk mereka. "Ada perlakuan mereka tidak disenangi rakyat seperti demonstrasi jalanan. Dengan rang undang-undang baru ini, demonstrasi jalanan tidak dibenarkan. Kalau nak suarakan, (mestilah) ikut peraturan... ini sudah disediakan ruang lebih luas untuk rakyat suarakan pandangan," katanya. - Tiewnama NOTA: undang undang anti demo ini diwujudkan dengan harapan PAS akan setuju undang undang ini memastikan gerombolan akan terus berkuasa undang undang ini wajib dilawan undang undang seperti ini jika tidak dilawan maka gerombolan akan terus berkuasa hingga hari kiamat kenyataan sembab lebih jujur undang undang ini bertujuan untuk menghalang orang ramai dari berani keluar untuk berdemo sembab jujur bukan macam mat mongol yang berkelintau dalam usaha untuk menipu mak cik felda apakah masuk akal apabila mat mongol kata bahawa undang undang ini amat revolusineer dan akan membawa demokrasi nampak jelas mat momgol tak boleh berfikir dan memezakan mana yang menindas dan mana yang revolusineers TUNGGU DAN NANTI BERSIH 3 |
KITA TAK DARURAT - YANG DARURAT BRITISH Posted: 24 Nov 2011 02:28 AM PST GEROMBOLAN YANG DARURAT PEMANSUHAN TIGA PROKLAMASI DARURAT Pakatan Rakyat menyokong pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk: (i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak; (ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan (iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan; 2. Kita gembira kerana YAB Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011. Tambahan lagi, pendirian PM diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat: "Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut: (a) adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan (b) kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan Negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada. Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi. Pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 3. Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini. 4. Pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan untuk menghadkan pergerakan ahl-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah. 5. Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat. 6. Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA |
FATWA FATWA - SEMUA BUAT FATWA BODEK Posted: 24 Nov 2011 02:21 AM PST INI PUN PERLU SATU FATWA SAHEH NOTA: bila agaknya satu fatwa akan keluar yang menfatwakan lembu tidak boleh duduk dalam kondo\ kah kah kah PANDANGAN DARI PEMBACA Majlis Fatwa patut keluar fatwa mengharamkan wanita Muslim daripada bernyanyi kerana suara perempuan yang enak dan merdu boleh menyebabkan lelaki Melayu Islam Mazhab Rajah Gopal berkhayal melakukan hubungan seks dengan penyanyi-penyanyi Melayu yang cun macam Siti Norhaliza dan Ziana Zain. Suara merdu penyanyi Melayu wanita yang cun boleh menyebabkan ramai lelaki Melayu Muslim Malaysia menggunakan suara merdu ini semasa merancap. Jika tengok rambut perempuan pun sudah fikirkan seks, apatah lagi bila dengar suara merdu Siti Nurhaliza yang boleh menggodakan umat Islam Malaysia berketurunan Ketuanan Melayu. Jadi fatwa ini patut dikeluarkan dengan serta merta untuk mencegah umat Islam Malaysia daripada melakukan maksiat. Wanita Melayu Muslim tidak harus menyanyi di khalayak ramai sebab ianya sama dengan pertandingan Ratu Cantik. Ratu cantik menggunakan tubuh badan mereka yang gebu untuk bertanding manakala penyanyi wanita pula menggunakan suara mereka yang enak dan merdu untuk bertanding. Jadi pertandingan Juara Muzik juga patut diharamkan sebab pada dasar dan asasnya ianya sama dengan pertandingan Ratu Cantik. Oleh sebab itu konsert patut juga diharamkan di Malaysia sebab ia boleh menyebabkan lelaki Melayu Muslim merancap didalam hati mereka. Fatwa ini patut disokong oleh semua pihak sebab pada pilihanraya yang akan datang, Najib tidak boleh lagi menggunakan Siti Nurhaliza untuk berkempen. Selepas itu, Majlis Fatwa patut mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita Muslim di Malaysia daripada memandu kereta macam di Arab Saudi sebab pemandu wanita boleh menyebabkan kemalangan kerana ramai lelaki Muslim berketurunan Melayu akan tergoda melihat pemandu wanita semasa memandu dan ini boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya. Pertandingan Bina Badan lelaki juga patut diharamkan sebab ianya memang sama dengan pertandingan Ratu Cantik. Dato' Malek Noor - Wira Bina Badan Negara Mr. Malaysia patut dihukum disebat 100 kali kerana mempamerkan tubuh badannya dikhalayak ramai. By MUFTI INTERNET on KESIAN TAK ADA YANG AMBIL POT on 11/24/11 SATU LAGI FATWA PUJANGGA |
PUTUS HARAPAN NAK BAYAR HUTANG Posted: 23 Nov 2011 11:28 PM PST KALAU JADI MB DAPAT BAYAR HUTANG NOTA: bayangkan hasan ali jadi mb selangor dapat dia bayar hutang pada bank tu pasal laaa buat silap di semenyeh buat summer camp nak buat apa summer camp malaysia ini panas sepanjang tahun patutlaaa bangkrap kah kah kah MAHFUZ: PAS TETAP KEKAL PASUKAN PAKATAN – TIDAK AKAN SERTAI PASUKAN UMNO – minsider PAS menegaskan parti itu akan kekal sebagai "anggota pasukan" Pakatan Rakyat sambil mendakwa Umno sengaja mahu meneruskan gambaran negatif kononnya parti Islam itu sebagai "angkuh dan sombong." Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata, Umno selaku parti teras dalam Barisan Nasional (BN) sedia tahu dan sedar bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan seumpama itu lagi, dan dengan itu pihak berkenaan mahu meneruskan retorik lama, yang dimulakan pada 2008, mempelawa agar dibentuk kerjasama politik dan kerajaan perpaduan. "PAS sudah banyak kali menegaskan pendirian kami bahawa kami akan kekal bersama Pakatan Rakyat, pasukan Pakatan Rakyat... bukannya pasukan Umno-PAS. "Itu sudah jelas. Jadi mengapa nak terus mengajak kami? Jadi ia tidak lain tidak bukan untuk memberi persepsi bahawa PAS ini seolah-olah sombong dan angkuh, tidak mahu menerima pelawaan Umno," kata Mahfuz ketika dihubungi sambil menegaskan PAS bukannya sombong tetapi tidak mahu menerima kerjasama politik Umno. "Itu jelas. Kami akan kekal dalam pasukan Pakatan Rakyat untuk menggantikan pasukan Umno-BN," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... MANA HASSAN ALI?.... kah kah kah.. kah kah kah..MANA NASARUDDIN MAT ISA?..... kah kah kah... kah kah kah.... MANA TANTAWI?...... kah kah kah.. woit...MAHFUZ INI GEDEBE BETUL.... kah kah ka... kah kah kah...SEBELUM BUAT KENYAATAAN INI WASPADALAAAAH.... kah kah kah kah kah kah..SEDIAKAN AMBULAN DULU.... kah kah kah.. kah kah kah..TAKUT HASASN ALI DAPAT SERANGAN JANTUNG....kah kah kah.. kah kah kah...NASA SESAK NAFAS.... kah kah kah.. kah kah kah.... TANTAWI TEKEJUT BEROOOOOK HINGGA DEMAM....... kah kah kah woit...HANCUR BIN LEBUUUR HARAPAN YOUJI.... kah kah kah PERANJATKAN LAGI DENGAN BERSIH 3.0 |
KAUM BURUH - KULI BATAK KAYAKAN TOWKAY Posted: 23 Nov 2011 08:27 PM PST MAMPOSSLAH KALAU SOKONG LAGI MTUC ADALAH PERHIMPUANAN DESAK KERAJAAN BATAL PINDAAN AKTA KERJA 2 DISEMBER - minsider Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Shah Alam, Selangor pada 2 Disember ini — tindakan susulan bagi menggesa Putrajaya agar menarik balik pindaan kontroversial Akta Kerja 1955. Perhimpunan dua jam itu akan merumuskan pendirian seterusnya dan deklarasi bagi menggesa kerajaan membatalkan peruntukan berkaitan dengan sistem kontrak bagi tenaga kerja. Pengerusi MTUC Bahagian Selangor dan Wilayah Persekutuan N. Gopal Kishnam ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi berkata masa dan lokasi telah pun diputuskan semalam. "Kita memutuskan untuk mengadakan pada hari kerja, selepas waktu kerja di dewan Seksyen 19 Shah Alam," kata beliau."Kami memutuskan untuk mengadakan 2 Disember, selepas waktu kerja supaya orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin kesatuan boleh berhimpun selepas waktu kerja," katanya memberi sebab kepada pemilihan tarikh itu. Sebelum ini beliau berharap agar perhimpunan itu dapat diadakan pada 3 Disember sebagai simbolik kepada dua piket sebelum ini yang berlangsung pada 3 Oktober dan 3 November lalu. "Kami menjangkakan kehadiran sekitar 3,000 orang, kami juga menjemput pertubuhan dan pemimpin sivil agar sertai perkhimpunan ini... MTUC akan menyampaikan mesej yang jelas mengenai pindaan terbaru membabitkan Akta Kerja ini," kata beliau lagi. NOTA: kaum buruh telah mula sedar gulungan pekerja mula sedar ini petanda baik ini tandanya gerombolan sedang diasak ini tandanya gerombolan mengambil yang mengkayakan pemodal pindaan ini akan: tak ada lagi overtime tak ada cuti sakit tak ada epf boleh dibuang bila bila masa tak ada dakwa dakwi betul ke? tak ada dakwa dakwi? kenapa? kerana semua pekerja akan jadi buruk kontrek semua menjadi pekerja sambilan tidak ada lagi pekerja tetap buruh kontrek takada hak tujuan pindaan ini ilah untuk memastikan keuntugan maksima untuk kaum pemodal kalau ini ini tak faham lagi mapooooslaaaaaaa |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan