Tukar Tiub |
- SILA LIHAT SEKALI LAGI
- KERIS MAKAN TUAN
- HANYA INI CARA UNTUK JANGAN KENA TIPU OLEH MAT INDON DAN MAT BANGLA
- YAGAN UTANG MANYAK MAYANK
- KOTA BAHRU TAK HUJAN HARI INI
- GEREMBOLAN SUDAH NAZAK - PAKAI YB KITAR SEMULA
- LEMBU SHAHRIZAT LEMBU
Posted: 19 Nov 2011 06:30 PM PST NOTA: lihat dan lihat bagaimana orang melayu jadi bodoh dan ditakut takutkan |
Posted: 19 Nov 2011 05:27 PM PST HARI INI DI DEWAN CHINA BAWA LAH KERIS LAGI ANGKAT KERIS : HIDUP MELAYU PERJUANGAN SEMPIT – harakag daily Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan 'mengangkat keris' dan melaungkan 'Melayu' adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas. "Pada saat pihak lain 'mengangkat keris' dan melaungkan-laungkan 'hidup bangsa' dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat 'persamaan darah' dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum," ujarnya. Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam. "Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan 'khazanah' di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu," jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH AKH woit... HABIS LAAAAA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah.. kah kah kah.... HABIS LAAAA MIMPI NAK JADI TUAN..... klah kah kah.. woit... GEROMBOLAN NAK JADI TUAN.... kah kah kah.. kah kah kah...SIAPA NAK JADI HAMBA?..... kah kah kah... kah kah kah...MUNGKIN HASAN ALI... ZUL NORDIN DAN ZAH HUJAN NAK JADI HAMBA.... kah kah kah.. woit... TAK PAYAH LAAA CABUT CABUT KERIS... kah kah kah.... kah kah kah..TAK ADA ORANG AMBIL POT LAGI.... kah kah kah PAHLAWAN - MUKA MACAM INI? |
HANYA INI CARA UNTUK JANGAN KENA TIPU OLEH MAT INDON DAN MAT BANGLA Posted: 19 Nov 2011 02:57 AM PST HANTU MAT INDON DAN MAT BANGLA MB: DUN SELANGOR TAK AKAN DIBUBAR HINGGA JUN 2012 - mkini Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012. "Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu. "Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan. "Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit....KANTOI... MANTOI... kah kah kah.. kah kah kah....RANCANGAN PAK HAJI NAKEMPRU GAGAL.... kah kah kah.. kah kah kah...NANTI KITA BUAT PILIHAN RAYA ADUN LEPAS SATU SATU.... kah kah kah.. kah kah kah...MULAKAN DENGAN TANJUNG... KEMUDIAN KEDAH.... KEMUDIAN KELANTAN.... DAN AKHIR SELANGOR..... kah kah kah.. kah kah kah...LEPAS SATU SATU ....BARU KITA ADA MASA.... kah kah kah kah kah kah...UNTUK KITA TENGOK MUKA MAT INDON DAN MUKA MAT BANGLA... kah kah kah NOTA: bomoh guru ji dari bombay telah meramalkan bahawa: kalau rosmah tak hilang 20 kilo maka barisan nasional jamin akan kalah |
Posted: 19 Nov 2011 12:08 AM PST UMAT ISLAM DIUMPAN INJIL BERTENAGA SOLAR - mkini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam. Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible'. Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...KALAU NAK MASUK GEROMBOLAN.... MASUK SAJE LAAAA..... kah kah kah.. kah kah kah... TAK PAYAH BUAT SIBUK SIBUK DENGAN SOLAR POWER.... kah klah kah.. kah kah kah...PENGUNDI GOMBAK KATA PERGI... GEROMBOLAN KATA MARI.... kah kah kah.. woit... INI MACAM PERANGAI ZOO BERDENG.... kah kah kah.. kah kah kah...INI MACAM PERANGAI GOBALA.... kah kah kah SATU ANGKATAN NOTA: apa macam hutang bank okay ke? kah kah kah ESOK DI DEWAN CHINA K.LUMPUR |
Posted: 18 Nov 2011 08:26 PM PST DARI KOTA BAHRU kelmarin hampeh – kapalterbang lewat ada member kata syarikat ini macam bus ha haa ha tapi ok lepas jam 7 baru sampai dalam peswat ramai cik mek molek mungkin mahasiswi yang pulang bercuti -memang cun tapi balak balak semuanya pecah pecah kah kah kah menginap tepi sungai – dah pernah duduk di hotel yang sama satu masa dulu dg adman adam – masa jalan jalan cari makan tapi dulu bila buka tingkap belakang ada bising bunyi suara dan nyanyian burung walit kali ini dah TUTUP makan makan : gagal –ini kerana ada orang yang ajak tuan yang jemput bawa tempat chick/style milo tapi aku tak minat masakan aji no moto tom yam siam aku nak cari masakan mek Kelantan – gagal PAGI INI Wow! minum pagi terbaik – untuk pertama kali aku dapt menikmati kopi yang hampir setaraf dengan kopi dapor aku – ini kedai kopi tiam kita ini kedai makan MESTI DATANG – kerana kalau tak ada masa panjang semua masakan pagi – nasi kerabu nasi belauk – nasi dagang – nasi lemak yang terbaik di keliling kota bahru semua terkumpul dlm kedai ini – hanya nasi kang kang tak ada kopi tiam ini pust makanan pagi – cukup popular – penuh aku makan nasi berlauk ikan dari pasir mas – nak hormat pada braheng – aku tambah dengan makan nasi tumpang - dua dua ikan tongkol – orang sini panggil ikan ayooo tapi aku tak makan sangat nasi takut membadak – kemudian minta telor setengah masak. telor dicapur kuah ikan – jawabnya : hahah… cubalaa PASAR KHADIJAH siapa sampai ke kota bahru wajib masuk ke pasar ini yang aku cari kulat kering – cendawan kukur cakap orang n9 aku beli budu terbaik dari ketereh –daging lembu : batang pinag pan peha - bukan daging epok – ini daging ori – beras hitam ,rempah rampai kampong – dan satu kilo daging kambing kampong – setiap kali aku datang aku beli pada mek ini dia cun – hinggakan dia ingat dulu aku dtaang pakai topi seluar pendek dan ada jaket kah kah kah kali ini aku tak beli ikan – aku tanya harga sekilo ikan patin agak mahal dari pasar chow kit – di chowkit 5- 7 ringgit di temerloh 14RM di sini 12 RM - di miri ikan patin lebih mahal hamper sama dg harga di termerloh KUEH MUEH aku juga melintasi kedai kueh mueh wow! manis manis bukan lalat yg berterbang tetapi lebah aku melintasi juga warong makan wow! udang besar – aku tanya 1 udang25 RM 1 sotong 12 RM 1 ketam 10 RM aku juga ampak banyak gulai untuk makan tengah hari paling menarik lala yang kecil nak beli tapi takut lala ini mati NOTA: daging lembu dan kambing yang kau beli sedang berehat di dapr hotel NOTA: untuk semua jantan yang tak tahu masak mula la belajar memasak kalau di eropah sesiapa tahu memasak dia kan punan sesiapa pandai memasak maka katilnya tidak pernah kosong kah kah kah |
GEREMBOLAN SUDAH NAZAK - PAKAI YB KITAR SEMULA Posted: 18 Nov 2011 07:48 PM PST TANDA MAUT SAMPAI BN MUNGKIN LETAK CALON KITAR SEMULA DI PERLIS PADA PRU-13 - meloya KANGAR 17 Nov. - Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon "kitar semula" pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, . Md Isa Sabu hari ini. Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu. "Mungkin akan berlaku "re-cycle" atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... INI SUDAH TEROOOOOK..... kah kah kah... kah kah kah... DAH MACAM SURAT KHABAR LAMA?..... kah kah kah... kah kah kah...DAH MACAM BOTOL KOSONG.... kah kah kah.. woit...KITAR SEMULA AMAT BAIK.... KALAU BOTOL KOSONG.... kah kah ah.. kah kah kah...KALAU ADUN PUN KITAR SEMULA....INI TANDA NAK MAPOOOOS...kah kah kah kah kah kah... INI MACAM NAK BAGI JALAN SHAHIDAN JADI MB BALIK..... kah kah kah... INI MUSUH MAK CIK FELDA |
Posted: 18 Nov 2011 07:38 PM PST SKANDAL NFC: SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut: 1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC 2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor 3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil 4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009) 5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil 6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar 7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta 8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian 9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku. Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan. Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta: 2008(tahun pertama) 2009 Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk 4,141 ekor - Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar 245 ekor - Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia 8 ekor - Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot 15 ekor - Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah 45 ekor 56 ekor Lembu yang mati di Pusat Fidlot 42 ekor 78 ekor Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain 11 ekor 3 ekor Lembu yang disembelih untuk dijual 113 ekor 1,562 ekor Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual 121 ekor (nisbah 1:1) 137 ekor (nisbah 1:11) Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri RM542,201 RM613,897 Dalam temuramah dengan Berita Harian pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa. Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta. Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan: 1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil; 2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan 3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya. Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini. Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI 18 NOVEMBER 2011 |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan