Tukar Tiub |
- ANAK MUDA BERI NASEHAT PADA RAJA
- BERITA TERBAIK - MELAYU SUDAH PECAH
- DARI DULU LAGI PATUT DISERBU
- ANAK ANAK MUDA BERSEDIA UNTUK BESIH 3.0
- KENYATAAN DARI KAMI
- YANG PENTING MODAL BUKAN AGAMA
- HARI INI PADA JAM 11 PADA BULAN 11 DAN HARI 11 - 1918
ANAK MUDA BERI NASEHAT PADA RAJA Posted: 11 Nov 2011 07:01 PM PST ANAK MUDA BANGUN MELAWAN JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : RAJA MUDA PERLIS - meloya Para pelajar dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebaliknya para pelajar perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif. "Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang, kita bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," titah baginda. Sehubungan itu, titah baginda, para pelajar perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat. JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : ANAK MUDA PERLIS -tukartiub Raja raja telah dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini. Pelajar-pelpajar dan anak muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi telah berkata, sebaliknya raja raja perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif. "Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang seperti membuat projek hospital tetapi tidak siap, menjadi taiko judi bola, berjudi di luar negara, menjadi orang perantaran antara towkay dengan politikus, meminta tanah balak atau menjual derajah kenamaan. Kami pelajar tahu pekara ini sedang berlaku. Kami bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," kata satu kumpulan pelajar." Sehubungan itu, kata para pelajar lagi, raja dan sultan perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak membuatnya. Jangan hanya pandai memberi nasehat tetapi diri sendiri tidak terjaga. PROGRAM PENCERAHAN MINDA |
BERITA TERBAIK - MELAYU SUDAH PECAH Posted: 11 Nov 2011 05:32 PM PST PECAH MEMANG DIRANCANG NOTA: kalau melayu tak pecah melayu terus di bawah eeeeeeeeeeeeeee kah kah kah MELAYU BERPECAH : MAHATHIR NYANYI LAGU LAMA – harakah daily Mahathir Mohamad masih menyanyi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. "Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Mahathir yang dilaporkan Bernama semalam bahawa orang Melayu akan menjadi kumpulan minoriti yang tidak mampu memperjuangkan hak mereka jika mereka terus berpecah belah. Sambil menyatakan orang Melayu kini berpecah kepada tiga kumpulan, katanya hanya dengan bersatu, orang Melayu boleh menjadi kumpulan majoriti yang berkesan untuk bertindak memelihara kepentingan mereka. Mengulas lanjut, Idris berkata zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Menurutnya, mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...ADA LAGI CITA PERPADUANG INI... kah kah kah.. woit...ADA LAGI NAK BERPADU PADU..... kah kah kah.. kah kah kah... BAGUS MELAYU BERPECAH.... kah kah kah.. kah kah kah.... MEMANG TEBAIK MELAYU BEPECAH.... kah kah kah.. woit...KALAU TAK BERPECAH MELAYU SEMUA JADI BENGONG.... kah kah kah.. kah kah kah..JADI BODOH ... JADI HAMBA GEROMBOLAN...kah kah kah.. kah kah kah...SATU KAPAL MEALAYU KENA BODOHKAN OLEH NASI KANG KANG ROSMAH MANSOR.... kah kah kah... JANGAN LUPA PAGI ESOK |
Posted: 11 Nov 2011 10:22 AM PST SERBU MENYERBU SAT CARA BARU SPRM SERBU PETRONAS, SIASAT RASUAH BABITKAN PEGAWAI KANAN - minsider Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber. "Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan. Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru. Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM. "Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katany KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... SERBU MENYERBU.... kah kah kah.. kah kah kah..DULU PEGAWAI KHALWAT SERBU HOTEL..... kah kah kah.. kah kah kah...DULU JAIS SERBU GEREJA... kah kah kah kah kah kah...MEMANG PATUT PETRONAS DISERBU.... kah kah kah... NOTA: mungkin ramai warga malaysia tidak tahu bahawa syarikat minyak negara ini tidak di audit seperti jabatan atau syarikat kerajaan yang lain ramai warga tak tahu bahawa laporan keewngan syarikat minyak negara ini hanya diketahui oleh perdana menteri kah kah kah itu pasal anak madey dapat kontrek besar dari petronas BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0 |
ANAK ANAK MUDA BERSEDIA UNTUK BESIH 3.0 Posted: 11 Nov 2011 02:37 AM PST LEMBU CARI KONDO PROJEK LEMBU: BELI KONDO UNTUK PELABURAN, KATA KHAIRY - mkini Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta. Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net. "Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan? "Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasurtion dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam. Pembelian untuk kondominium berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...TAHU TAK KENAPA KHAIRY SOKONG ANAK MAMI.... kah kah kah... kah kah kah...JAWAPAN PALING BODOH...PALING BANGANG...kah kah kah... woit... HAIRAN KE... KENAPA KJ SOKONG ANAK MAMI?.... kah kah kah... kah kah kah... INI KERANA PROJEK INI DI LULUS ZAMAM DOOLAAA ZZZZZ.... kah kah kah.. kah kah kah...INI SAJE SABABNYA?..... kah kah kah.. kah kah kah...ADA LAGI TAK? kah kah kah.. kah kah kah.... ADA SATU SEBAB YANG PENTING.... kah kah kah... kah kah kah...KHAIRY INI BERMINAT DENGAN ORANG GEDEBAB.... kah kah kah.. BERSEDIA BERSIH 3.0 |
Posted: 11 Nov 2011 01:12 AM PST MAT NGANTUK II ZZZZZZZZZ MAHSISWA DIKASARI KETIKA NAK MELIHAT NAJIB Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi. Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174" kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Najib Razak. Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner. Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak. Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka. "Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai. Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut. Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: ini mesti pakai teknik silat arab silat tomoi arab kerana najib baru saja pulang dari belajar silat arab kah kah kah kah kah kah kah kah kah |
YANG PENTING MODAL BUKAN AGAMA Posted: 10 Nov 2011 10:22 PM PST INI KERAJAAN PAKATAN DI KEDAH KECEWA TINDAKAN KERAJAAN KEDAH - meloya ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini. Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah. Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu. "Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010. "Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta. Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH NOTA: apa maknanya ini? sebuah madrasah yang berumur 100 tahun akan diruntuh bukan kah ini sejarah dan warisan bangsa? apa maknanya ini? tanah ini untuk beri laluan kepada gedong membeli belah tanah ini untuk buat kondo mewah apa maknanya semua ini? maknanya kapitalisma lebih kuat dari islam maknanya lobi kaum pemodal boleh menundukkan islam maknanya duit lebih berkuasa dari sejarah agama dan bangsa apa yang berlaku ini cukup baik apa yang berlaku ialah kuliah politikal ekonomi yang terbaik apa yang berlaku ialah kuliah politik yang terbaik dengan serta merta orang ramai akan faham bahawa kaum pemodal lebih berkuasa agama hanya memainkan peranan kecil dengan ini segala heboh heboh tentang agama itu hanyalah retorik yang asas ialah ekonomi yang menjadi kemudi dunia ialah ekonomi ekonomi adalah induk untuk kita dapat memahami apa yang sedang berlaku sekarang dalam kes ini ekonomi yang dimaksudkan ialah sistem ekonomi kapitalis tidak ada booooook tidak ada beeeeek NOTA: dalam sistem ekonomi kapitalis apa boleh jual akan dijual asalkan mendapat untung ini hukum kapitalis dalam sistem ekonomi sosialis bukan keuntungan menjadi pedoman tetapi kesejahteraan ramai INI KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR |
HARI INI PADA JAM 11 PADA BULAN 11 DAN HARI 11 - 1918 Posted: 10 Nov 2011 07:38 PM PST SETIAP KALI IANYA DATANG SETIAP KALI IANYA DATANG aku pun sampailah ke dalam kota kecil yang dipanggil wavre lalu aku menginap dalam dadanya lalu dia mengajar aku tentang sejarah dan perjuangan lalu dia membuka mata aku pada nadi hati manusia setiap kali 11.11 sampai aku pun sedar 20 juta anak-anak muda gugur gugur tanpa kubur gugur tanpa nesan setiap kali aku ke kota london setiap kali aku melintasi flanders mata aku mengintai hati aku tunduk mengingatkan anak anak muda yang gugur anak anak muda yang gugur anak anak muda yang meninggalkan ibu dan ayah anak anak muda yang meninggalkan kaum keluaarga anak anak muda yang meninggalkan kekaseh anak anak muda yang dijadikan pekakas oleh raja dan kaiser anak anak muda yang dijadikan pekakas oleh kaum pemodal anak anak muda yang gugur agar raja dan kaiser terus bertahta anak anak muda yang menjadi mayat untuk kaum pemodal memiliki dunia biar aku kesah kan disini disatu pagi satu ketika yang lama dahulu aku masih teringat lagi dalam bas perjalanan ke brussels oooh terlupa nama kota ini hanya mata hati aku merakamkan apa yang aku lihat dipagi itu pada 11.11.1987 dari cermin tingkap bas aku ternampak 7 orang datuk berbaju soldadu dengan lencana dan bendera mereka berkawat untuk mengingati sejarah merekalah anak anak muda yang sempat pulang merekalah anak anak muda yang menemui kekasih merekalah anak anak muda yang membawa pulang cerita merekalah anak anak muda yang tidak gugur di flanders jika kau membaca tulisan aku ini sila cari kembali sajak bunga popi jika kau membaca tulisan dan aku ini kau akan faham apa yang ditulis oleh tongkat waran ketika aku melintasi padang-padang rumput di flanders ingatan aku subur kembali kepada sajak bunga popi lalu aku ngerti mengapa tongkat menulis bunga popi bunga darah bunga nanah pada 11.11.2011 ini aku tuliskan ingatan ini agar seribu tahun lagi jika sesiapa menemui tulisan ini maka dia akan berkata: bahawa masih jauh lagi perjalanan kita sebagai manusia BUNGA POPI NOTA: seluruh eropah ditutup pada 11.11 ini untuk mengingati roh dan arwah anak anak muda yang telah gugur di medan perang dunia pertama hari ini juga pada pada jam 11 hari 11 tahun 1918 perjanjian perdamain telah di tandatangai untuk menamatkan perang dunia pertama |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan