Ahad, 6 November 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUARA HATI SAEKOR LEMBU

Posted: 06 Nov 2011 06:23 PM PST




TERCEKIK LEHER AKU











SUARA HATI AKU


ini shaer aku untuk kau wahai bani melayu

aku tahu kau nak ke syurga
wahai bani melayu
aku tahu apa kau lakukan
wahai bani melayu
tercekek leher aku
dalam perjalanan kau ke syurga

apakah tidak terlintas otak kamu wahai bani melayu
bahawa aku juga adalah hamba allah
aku juga merasa kesakitan

wahai bani melayu
kau ingin melakukan kebaikkan
kau memasang niat ingin melakukan kebaikkan
ingatlah
aku telah melihat banyak niat yang baik ini
yang membawa kesakitan

ANAK ANK MUDA BERSEDIA BERSIH 3.0

Posted: 06 Nov 2011 11:41 AM PST




HAJI MALBORO ZZZZZZZZZZZ



nota:
ada orang pergi mekah dapat haji mabrur
tapi mat ngantuk hanya dapat haji malboro
kah kah kah





PAKATAN SEDIA SOKONG PROTES JIKA NAJIB PANGGIL PRU SEBELUM SYOR PANEL KHAS
- minsider

Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

"Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.




"Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan.

"Jadi dua kumpulan itu merasakan bahawa kita telah diperdaya, kemungkinan akan ada sokongan, Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan langkah menyokongnya kerana kami telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini," kata beliau yang juga anggota jawatankuasa itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata, beliau akan berusaha untuk melakukannya menerusi jawatankuasa berkenaan sebelum memberi kata dua mengenai protes.

"Pada masa sekarang, kami melihat pada opsyen-opsyen yang ada tetapi kita cuba untuk melakukannya menerusi jawatankuasa pilihan khas ini," kata beliau yang juga anggota panel khas itu.

"Jika ia (pilihan raya) diadakan, kita perlu membuat keputusan kemudian. Kita tidak boleh membuat andaian sekarang, kami akan mengadakan mesyuarat susulan Khamis depan," katanya lagi merujuk kepada pertemuan berkala jawatankuasa berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang juga berkata, terlalu awal untuk mengatakan sama ada satu protes jalanan besar-besaran diperlukan pada masa sekarang.

"Saya tidak mahu membuat jangkaan buat masa sekarang, tetapi harapan rakyat adalah tinggi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KESIAN HAJI MALBORO..... kah kah kah..

kah kah kah...PERGI MEKAH KERANA NAK LOBBI TOK ARAB SAUDI....kah ka kah..

kah kah kah.....MINTA IMAM MASJID KAABAH DATANG UNTUK NIKAHKAN MULUT BESAR ATAS BAWAH...kah kah kah

kah kah kah...NANTI AKAN SAMPAI TOK ARAB JUAL MINYAK ATTAR.... UNTUK TIPU MAK CIK FELDA...kah kah kah..

kah kah kah... PULANG PULANG....ADA BERSIH 3.0 ...kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH NASIB HAJI MALBORO..... kah kah kah

INI TUNTUTAN ORANG RAMAI


SENYUM PAGI INI

Posted: 06 Nov 2011 10:29 AM PST




JANGAN BUAT KERJA BANGANG INI







NOTA:
nikmatilah gaya hidup yang sehat
untuk kemana mana sila berjalan kaki
atau sila gunakan khidmat pengangkutan awam

jangan lakukan kerja bodoh ini
kah kah kah

PILIHANRAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA

Posted: 06 Nov 2011 01:29 AM PDT





TUNAIKAN INI DULU - BARU PRU















RAKYAT MENUNGGU BERSIH 3.0


orang ramai
anak muda
semuanya menunggu bersih 3.0

tak perlu cakap banyak
tak perlu kelintau

bersedia
jika 8 tuntutan tidak ditunai
kita turun ke jalan raya






TERUS JADIKAN DEMONTRASI AMALAN BUDAYA KITA

Posted: 05 Nov 2011 07:18 PM PDT




SILA TUNGGU BERSIH 3.0


kita tunggu berita baik bersih 3.0
kita jadikan demonstrasi budaya kita
mat rempit dah pandai berdemo
orang kampong dah pandai berdemo
pak haji dah pandai berdemo
orang asal dah pandai berdemo

dulu hanya kaum buruh
dulu hanya warga miskin kota
dulu hanya setinggan
dulu hanya mahasiswa
dulu hanya pelajar

kini semua telah tahu betapa kuatnya pengaruh demo
pakatan rakyat tak akan menang pada 8 marcah dulu
kalau tak ada demo
ini hakikat


DEMO BUKAN BUDAYA KITA? KAH KAH KAH




PENDUDUK UGUT BUAT DEMONSTRASI
- meloya

Penghuni Taman Teluk Kumbar mengugut mengadakan demonstrasi jika masalah yang mereka hadapi sejak 16 tahun lalu gagal diselesaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dalam tempoh dua minggu.

Mereka berhasrat untuk berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi persatuan penduduk taman itu, Kadir Mohd. Pitchay, 62, tindakan tersebut diambil berikutan terlalu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak memandang serius masalah yang mereka hadapi.

"Kami sudah tidak tahan lagi dengan sikap endah tak endah kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang hanya mengatakan tindakan akan diambil tetapi tiada apa-apa dilakukan sampai sekarang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

NOTA:
syabas !
tahbniah!

kita telah berjaya menjadi demonstrasi budaya kita
ini petanda baik
ini petanda amat baik
ini petanda bahawa rakyat tela sedar hanya demonstrasi yang boleh mengubah
ini petanda bahawa orang ramai tahu kekuatan demonstrasi
ini petanda orang ramai sedar jika ingin melakukan apa apa perubahan
mereka wajib turun ke jalan raya

NOTA:
mahathir muhamad
sila hantuk kepala ke dinding
kah kah kah

Tiada ulasan: