Tukar Tiub |
- DUA PEMIMPIN NEGARA ISLAM
- KENYATAAN MEDIA
- PENJIHAD ISLAM YANG HEBAT DAN GAH
- ROS - KAKI TIPU - MENIPU UNTUK ROSMAH
- SATU MALAYSIA AKAN GUMBIRA - NAJIB DI BAWA KE MAHKAMAH
- KAUM BURUH TELAH BAGUN KEMBALI
- SUARA ANAK MUDA
Posted: 04 Nov 2011 11:30 AM PDT NOTA: lihat dua gambar gambar rosmah dan najib dari malaysia gambar ahmadinejad dari iran satu presiden satu perdana menteri satu dikelilingi oleh soldadu kuncu dan kaki bodek satu dikelilingi oleh orang biasa satu naik lori satu lari naik orang inilah beaza pemimpin berjiwa rakyat dengan pemimpin yang tak tentu hala TENGOK DAN BANDINGKAN |
Posted: 04 Nov 2011 11:29 AM PDT ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA ISU AUKU UKM 4: TINDAKAN KABINET MEMBUAT RAYUAN MEMBUKTIKAN BARISAN NASIONAL MENZALIMI MAHASISWA DAN MENGHINA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 4 NOVEMBER 2011 Tindakan Kabinet pemerintah UMNO Barisan Nasional yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional takut kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa. Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menunutut kebebasan dan keadilan. Tindakan pimpinan UMNO-Barisan Nasional ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah. Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan bahawa Mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan Negara yang berkarisma. Dengan ini Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim. MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan Malaysia merangkap Ketua Penerangan, AMK Selangor |
PENJIHAD ISLAM YANG HEBAT DAN GAH Posted: 04 Nov 2011 03:20 AM PDT CERAMAH HEBAT PERJUANGAN UMMAT zul nordin seorang penjihad islam telah mengutuk orang kristian yang cuba mendakwah zul nordin telah juga telah menyelar mengutuk memaki dan menghamun setiap pemimpin pakatan rakyat yang menyokong demokrasi dan hak asasi zul nordin telah memberi ucapan berapi-rapai ini di hadapan lebih darin 2000 buah kerusi kah kah kah CERAMAH PERDANA PENJIHAD ISLAM NOTA: lihat gambar ini bukan fitnah kah kah kah |
ROS - KAKI TIPU - MENIPU UNTUK ROSMAH Posted: 04 Nov 2011 12:59 AM PDT NOTA: buatlah kerja lain menipu untuk rosmah dan najib ini adalah stu kerja yang paling hina leboh hina dari makan hasil lendir kah kah kah TIDAK BUAT PERMOHONAN , PAKATAN NAFI KENYATAAN ROS - keadilan daily Pakatan Rakyat menafikan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru bagi mendaftarkan ia sebagai sebuah entiti. Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sehingga kini ROS tidak membuat keputusan mengenai permohonan Pakatan yang dibuat sejak dua tahun lalu. Beliau memetik Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Osman kononnya pakatan rakyat tidak berusaha berbuat demikian. |
SATU MALAYSIA AKAN GUMBIRA - NAJIB DI BAWA KE MAHKAMAH Posted: 04 Nov 2011 12:01 AM PDT LAPORKAN MAT NGANTUK II KES SAMAN BAPA ALTANTUYA: TAK MUSTAHIL DIBAWA KE ICC – keadilan daily Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian, sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh. "Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja. "Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan," katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis. Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara. NOTA: ini satu cadangan yang terbaik ini satu cara global melayu unggul ini satu cara glokal – fikir secara global dan tangkap orang lokal laporkan najib laporkan razak baginda biar mereka sama seperti: Jean Bemba Combo dari Afrika Tengah Slobodan Milosevic dari Yugoslav atau Al-Bashir dari Sudan ketiga ekor malaon ini adalah penjenayah antarabangsa kita juga ada penjenayah antarabangsa najib razak dan razak baginda akan membuktikan melayu baru akan membujktikan malayu unggulakan membuktikan malaysia boleh kah kah kah JEAN-PIERRE BEMBA GOMBO DARI AFRIKA TENGAH Jean-Pierre Bemba Gombo is the first suspect and the first detainee in the situation of the Central African Republic (CAR). Bemba was the alleged President and Commander in chief of the "Mouvement de Libération du Congo" (MLC). He is the former Vice-President of the Democratic Republic of Congo and a Senator in the Parliament of the DRC. On 15 June 2009, ICC Judges decided to move his case to trial and confirmed war crimes and crimes against humanity charges. His trial began on 22 November 2010. SLOBADAN MILOSEVIC DARI YUKOSLAV On 28 June 2001, Milošević was transferred by Yugoslav government officials from the jail in Belgrade where he was being held to United Nations custody just inside Bosnian territory. 28 June as St. Vid's Day was possibly deliberately chosen as a significant date in Serbian history. He was then transported to the International Criminal Tribunal for the Former Yugoslavia. The Yugoslav Constitution prohibited extradition of Yugoslav citizens and Koštunica formally on legal grounds opposed the transfer that has been ordered by Serbian Prime Minister Zoran Đinđić. Al-BASHIR DARI SUDAN On 14 July 2008, the Chief Prosecutor of the International Criminal Court (ICC), Luis Moreno Ocampo, alleged that al-Bashir bore individual criminal responsibility for genocide, crimes against humanity and war crimes committed since 2003 in Darfur.The prosecutor accused al-Bashir of having "masterminded and implemented" a plan to destroy the three main ethnic groups, the Fur, Masalit and Zaghawa, with a campaign of murder, rape and deportation. The arrest warrant is supported by NATO, the Genocide Intervention Network, and Amnesty International. TANGKAP INI JUGA |
KAUM BURUH TELAH BAGUN KEMBALI Posted: 03 Nov 2011 07:16 PM PDT BURUH TELAH MULA KE JALAN RAYA! RIBUN PIKET SELURUH NEGARA BANTAH PINDAAN AKTA KERJA - mkini Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi. Di Kuala Lumpur, kira-kira 200 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut MAT NGANTUK II NOTA: ZZZZZZZZZZZZZZZ ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ |
Posted: 03 Nov 2011 01:01 PM PDT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN ISU YURAN DAN KEBAJIKAN MAHASISWA KUIS Merujuk kepada beberapa aduan yang telah disuarakan oleh mahasiswa KUIS & ibu kepada mahasiswa KUIS mengenai isu bebanan yuran serta permasalahan lain yang menimpa mereka di ruangan media tempoh hari, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) menasihatkan agar barisan kepimpinan mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) lebih bersifat merakyat dan responsif terhadap isu tersebut. MPMN melihat isu bebanan yuran yang tinggi serta permasalahan kebajikan yang menimpa mahasiswa KUIS bukanlah isu yang boleh dipandang enteng oleh kepimpinan mahasiswa di kolej universiti tersebut kerana isu ini melibatkan elemen-elemen kebajikan serta hak asasi yang harus diberi perhatian khusus oleh barisan kepimpinan mahasiswa. MPMN difahamkan bahawa yuran pengajian & asrama di KUIS telah dinaikkan atas beberapa faktor yang masih kurang jelas kepada mahasiswa. Malah permasalahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga telah menjadi masalah utama yang dihadapi oleh mahasiswa KUIS saban tahun. Sebagai contoh bagi permasalahan yuran penginapan di KUIS, yuran penginapan asrama bagi asrama jenis D (yang paling murah di KUIS) telah dinaikkan kepada RM786.50 bagi satu (1) semester daripada RM550.00 pada semester yang sebelumnya dan difahamkan bahawa tiada penambahbaikan dari segi fasiliti di asrama tersebut yang dilakukan. Oleh yang demikian, MPMN menggesa agar barisan kepimpinan mahasiswa di KUIS terutamanya Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS mengambil inisiatif yang lebih bersifat merakyat bagi membantu mahasiswa menangani permasalahan tersebut. Pimpinan mahasiswa KUIS juga harus menjadi agen saluran yang telus dan diyakini oleh mahasiswa untuk membuat sebarang aduan dan memastikan agar aduan tersebut benar-benar sampai ke peringkat pentadbiran KUIS untuk diselesaikan. Selain itu, MPMN juga menggesa pihak pentadbiran KUIS agar lebih serius untuk memastikan kebajikan mahasiswa di institusi pengajian tinggi Islam tesebut benar-benar terjamin dan dalam pada masa yang sama mampu melahirkan mahasiswa yang lebih berintelektualisme, idealism & aktivisme. Dalam pada masa yang sama, MPMN juga menyeru kepada seluruh kepimpinan mahasiswa KUIS agar menghidupkan kembali pengamalan pendidikan politik yang lebih jitu kepada seluruh mahasiswa seperti budaya Sudut Pidato, Pilihanraya Kampus yang sihat serta aktiviti-aktiviti lain yang mampu mendidik anak muda mahasiswa untuk kembali kepada peranan mereka yang sebenar seperti menjadi ejen semak dan imbang kepada Negara dan mampu merencana masa hadapan Negara yang lebih baik. Tuntas, MPMN percaya bahawa segala permasalahan kebajikan yang menimpa mahasiswa KUIS mampu diselesaikan dengan cara yang terbaik melalui peranan yang perlu dimainkan oleh barisan kepimpinan mahasiswa KUIS dan MPMN akan terus menyokong usaha-usaha untuk menjamin kebajikan mahasiswa di KUIS terus terjaga. Yang benar, Mohd Syahid Zaini, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), BANGUN DAN LAWAN PERATUAN KUIS SEMAKIN MENGARUT Assalamualaikum. Saya seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ingin membuat aduan mengenai peraturan baru yang dikenakan terhadap pelajar KUIS. Baru-baru ini, KUIS telah mengenakan peraturan baru yang dianggap tidak relevan dan banyak membebankan pelajar. Peraturan tersebut ialah: Pelajar tidak dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam kawasan kolej sama ada untuk ke kelas, atau ke asrama. Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama. Dan pelajar yang tinggal di luar kawasan kolej dikehendaki masuk dan tinggal di asrama. Kami para pelajar telah berbincang dan 'bertekak' dengan pihak pentadbir mengenai peraturan baru ini namun, pihak kolej tidak mahu bertolak ansur demi pelajar. Bagi peraturan pertama, tindakan KUIS melarang pelajar untuk membawa kenderaan masuk ke dalam kawasan kolej telah membebankan para pelajar untuk ke kelas, keluar makan, balik kampung, ke perpustakaan luar, membeli barangan harian, dan sebagainya. Apabila kami mahukan sebab, pihak kolej memberikan alasan tidak munasabah seperti tidak mahukan berlaku pencemaran udara, tidak cukup tempat letak kereta, masalah pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, dan masalah kesesakan lalu lintas. Hal ini menunjukkan seolah olah pentadbir di KUIS adalah seorang budak yang tidak matang. Mereka melarang pelajar menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada serta mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai masalah kekurangan tempat letak kereta sedangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar KUIS terlalu tinggi. Sebut pasal yuran, KUIS pernah popular suatu ketika dahulu apabila pelajar membuat satu demonstrasi membantah kenaikan yuran pengajian. Mana tidaknya, yuran pinjaman bagi seorang pelajar ijazah lepasan stpm adalah sebanyak RM64000. Soal duit, KUIS memang pakar namun kebajikan pelajar tidak terjaga. Apabila motosikal atau kereta tidak dibenarkan dibawa, pelajar akan sukar untuk pergi ke kelas yang jauhnya adalah hampir 1 kilometer dari asrama. Sekiranya hujan, sudah tentu pelajar tidak dapat ke kelas sementara menunggu alor gajah yang kian lama sedang dibina. Pelajar juga lebih gemar makan di luar disebabkan makanan di cafe mahal dan tidak sedap. Pernah sekali pelajar mengalami keracunan disebabkan kebersihan cafe tidak dijaga. Jadi, peraturan ini benar-benar membebankan pelajar KUIS. Bagi peraturan kedua, semua pelajar dipaksa tinggal di asrama disebabkan semakin ramai pelajar memilih untuk tinggal di luar kawasan kolej. Hal ini kerana yuran penginapan yang dikenakan ke atas pelajar terlalu mahal berbanding sewa rumah di luar. Yuran yang dikenakan adalah sekitar RM1000 untuk 4 bulan pengajian atau 1 sem. Berbanding tinggal di luar atau rumah sewa, pelajar hanya perlu membayar maksimum RM100 sebulan. Perbezaan ini amat ketara dan disebabkan tinggal di luar lebih murah, pelajar memilih untuk tidak memasuki asrama KUIS. Jadi, peraturan baru ini telah membebankan ramai pelajar terutamanya pelajar yang miskin dan pelajar yang tidak membuat pinjaman. Saya mendapat maklumat, pihak kolej membuat peraturan ini kerana ingin membayar hutang yang semakin menimbun. Wallahua'am. Kami pelajar KUIS berharap, perubahan dapat dilaksanakan demi kepentingan semua, bukan hanya kepentingan pihak pentadbiran KUIS. Mohd Saifuddin Ibrahim, Pembela Mahasiswa KUIS. |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan