Selasa, 1 November 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SAKAR IALAH SAJAK DALAM KARTON

Posted: 01 Nov 2011 11:53 AM PDT




DARI SAKAR ZUNAR









NOTA:
siapa ada lihat laporan kaji cuaca?
berita telah keluar tentang mekkah
yang dilanda gegaran walapun daerah
ini tidak ada gunung berapi


AJARAN AGAMA GEROMBOLAN

Posted: 01 Nov 2011 11:34 AM PDT




INI ARWAH AHMAD JAIS BUKAN JAIS




JAIS KELUAR WARAN TANGKAP BOB LOKMAN - minsider

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh jabatan itu Jumaat lalu.

"Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya," katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah, dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...DALAM AJARAN AGAMA ISLAM MANA ADA TAULIAH... kah kah kah..

woit...NAK AJAK ORANG BUAT BAIK...MANA PERLU TAULIAH... kah kah kah..

kah kah kah...DALAM QURAN TAK ADA PUN SEBUT TAULIAH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI SEMUA KERJA GEROMBOLAN.... kah kah kah...

kah kah kah...INI ADALAH AJARAN AGAMA GEROMBOLAN.... kah kah kah...

woit...DALAM QUARAN MANA ADA CAKAP HAL TAULIAH...kah kah jkah..

kah kah kah...DALAM QURAN MANA ADA CAKAP HAL JAIS...HAL RAJA KRTUA AGAMA...kah kah kah...

woit...JANGAN TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah



INI PUAN SHARIZAT


NOTA:
ini gambar shahrizat
ini bukan gambar lembu
kah kah kah


SHAHRIZAT IALAH MENTERI LEMBU

Posted: 01 Nov 2011 11:16 AM PDT






LEMBU



NAJIB DEFENDS CATTLE PROJECT LINKED TO MINISTERS FAMILY - minsider

Najib Razak has dismissed allegations of abuse of power in the federal government's RM250 million soft loan to a company owned by Shahrizat Jalil's husband that operates the National Feedlot Corporation (NFC).

Najib, who is also Finance Minister, said today in a written reply to a parliamentary question that the company — Agroscience Sdn Bhd — had been selected to operate the NFC project to create Malaysia's "Beef Valley" after a tender process involving five other companies.

The Auditor-General's Report released last week had criticised the project, and pointed out that it was now "in a mess".

It said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH




PROJEK FEEDLOT RM73 JUTA DIAKUI MILIK KELUARGA SHAHRIZAT - mkini

Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



DUA LEMBU - NAJIB DAN NOH OMAR


JAWAPAN NAJIB DAN NOH OMAR MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Noh Omar di Parlimen semalam yang mempertahankan prestasi National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diterajui suami dan anak-anak Shahrizat Jalil.

Antara lain, Noh Omar mengumumkan bahawa Barisan Nasional menganggap projek itu berjaya atas beberapa alasan seperti berikut:

1. Pusat Fidlot Kebangsaan telah membawa masuk sebanyak 8,016 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; kononnya bertepatan dengan sasaran untuk membawa masuk 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010;

2. Pusat Fidlot Kebangsaan telah menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; dan

3. Peruntukan dalam bentuk geran yang berjumlah RM13 juta dan pinjaman murah berjumlah RM250 juta belum diberikan sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Noh Omar sewajarnya menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut, apatah lagi apabila projek Pusat Fidlot Kebangsaan adalah projek berimpak tinggi yang dikendalikan oleh kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Noh Omar, lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot Kebangsaan ini dengan pegawai-pegawai beliau.

Sasaran ini (dilampirkan bersama dengan kenyataan akhbar ini) dipaparkan secara jelas untuk diteliti oleh orang ramai di laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar di alamat:

http://www.dvs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b4321724-2eb7-463a-86b9-6077bb3182a6&groupId=28711

Oleh yang demikian, prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan untuk menentukan sama ada projek berimpak ini gagal atau berjaya perlulah diukur dengan sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut:



1. JUMLAH TERNAKAN LEMBU

Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas. Angka yang dicapai hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010; iaitu kurang dari 3,000 ekor lembu setahun.

Pada masa yang sama, sebagai integrator projek syarikat tersebut juga perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun, menjadikan sasaran ternakan lembu sebanyak 186,000 ekor setahun. Sasaran ini gagal sama sekali kerana Pusat Fidlot Kebangsaan masih belum pun menjalankan skim untuk membangunkan penternak-penternak kecil.

Kementerian juga menetapkan supaya Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersil bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun. Sasaran ini juga gagal kerana syarikat yang dikenalpasti telah menarik diri.

Oleh itu, sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan ini adalah 276,000 ekor lembu setahun, iaitu sasaran yang lebih munasabah berbanding dengan sasaran 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010 seperti yang disebut Datuk Seri Noh Omar.



2. JUMLAH DAGING YANG PERLU DIBEKALKAN DAN SEMBELIHAN

Kementerian menetapkan sasaran pengeluaran bekalan daging mencecah 50,000 tan setiap tahun menjelang 2009, iaitu memenuhi sasaran 40% permintaan daging Malaysia.

Mengikut perkiraan kasar dengan anggaran seekor lembu menghasilkan 150 kg daging mentah, sasaran 50,000 tan daging lembu setiap tahun bersamaan dengan penyembelihan sebanyak 330,000 ekor lembu setiap tahun. Sasaran penyembelihan ini bertepatan dengan sasaran ternakan lembu sebanyak 276,000 ekor lembu setahun seperti yang ditetapkan Kementerian.

Angka yang dicapai oleh Pusat Fidlot Kebangsaan hanyalah 5,742 ekor lembu disembelih di antara tahun 2008 dan 2010; jauh lebih rendah dari sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



3. KONSEP PELAKSANAAN PROJEK FIDLOT KEBANGSAAN

Kertas dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggariskan beberapa fungsi utama Pusat Fidlot Kebangsaan sebagai integrator projek; termasuklah membangunkan penternak satelit, membekalkan baja organik, membekalkan makanan ternakan bermutu, membina rangkaian pemasaran dan lain-lain.

Sehingga kini, semua fungsi lain yang diamanahkan masih belum dilaksanakan. Malah, bekalan daging yang disembelih (anggaran 20 ekor sehari seperti yang dimaklumkan pekerja di ladang yang ditemuramah) sebenarnya dibekalkan kepada restoran-restoran mewah milik keluarga Shahrizat Jalil di bawah jenama-jenama Meatworks, Senor Santos dan Brawns (turut beroperasi di Singapura).

Ini bertentangan dengan kaedah dan konsep asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan rangkaian pemasaran menyeluruh dan membekalkan daging mentah ke seluruh negara, bukannya menjadi pusat penyembelihan peribadi untuk restoran-restoran mewah milik keluarga menteri.



4. DANA KEWANGAN

Noh Omar menyebut bahawa tidak ada sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) di dalam projek ini dan dana masih belum dibayar sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Setakat ini, sebanyak RM6 juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Melihatkan kepada prestasi seperti yang dihuraikan di atas, jumlah ini adalah satu jumlah yang besar dan membazir memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos sebanyak RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan 9,000 ekor setahun dengan pulangan keuntungan 27.59% setahun.

Oleh itu, kos yang telah dibelanjakan sebanyak RM141 juta untuk menternak 8,000 ekor lembu selama 3 tahun (purata 3,000 ekor setahun) adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Huraian-huraian di atas secara jelas membongkarkan kedangkalan Noh Omar yang seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan jumlah ternakan lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara. Rakyat Malaysia boleh mengira dan faham bahawa peruntukan RM141 juta setakat ini untuk menternak 8,000 ekor lembu adalah melampaui batas.

Oleh kerana Shahrizat Jalil masih belum bersuara dalam perkara ini, seperti yang dijanjikan minggu lepas, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan menjejaki lembu di Pusat Fidlot Kebangsaan pada hari Khamis 3 November 2011 dengan diketuai oleh YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat), Saudara T Kumar (Timbalan Setiausaha Agong) dan Saudara Fariz Musa (Ahli Majlis Pimpinan Pusat) untuk meninjau sendiri prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN/AHLI PARLIMEN AMPANG
RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN

1 NOVEMBER 2011



AKIDAH TERGUGAT OLEH PENINJU ISRAEL

Posted: 01 Nov 2011 04:05 AM PDT



SIMPAN GAMBAR INI UNTUK PRU 13









NOTA:
sila simpan gambar ini
bila berkempen pilihanraya
sebarkabn seluas munkin

jamin mat mulut berbuih buih akan kalah
kalah macam kena tendangan tomoi
kah kah kah


NOTA:
si zionis itu berdiri
di belakang sabri



PENINJNU ISRAEL: SHABERY MESTI BERTANGGUNG JAWAB
– harakah daily

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek menjawab serta menjelaskan bagaimana kehadiran seorang peninju dari Israel, Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sedangkan sepatutnya tidak ada seorang rakyat Israel pun dibenarkan masuk ke Malaysia sebagaimana rakyat Malaysia diharamkan memasuki Israel.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KENAPA PEJUANG GAZA SENYAP.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA YG NAIK KAPAL KE GAZA CARI ZIONIS...kah kah kah..

kah kah kah...BILA ZIONIS SAMPAI SINI...SEMUA SENYAP.... kah kah kah...

kah kah kah...MANA DIA PEJUANG ISLAM JIHADI ZUL NORDIN...kah kah kah..

kah kah kah...APAKAH SIBUK NAK CARI DUIT NAK BAYAK HUTANG ...kah kah kah..

kah kah kah...APA JADI DENGAN KHIRY JAMALUDDIN.... SIBUK KE GAZA.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA ISRAEL MASUK...MENGAPA MENIKUS... kah kah kah..

kah kah kah...MANA DIA NGO BUMIPUTERA MELAYU ISLAM... kah kah kah..

kah kah akh.... ISLAM TELAH TERGUGAT OLEH SEORANG PENINJU ISRAEL..... kah kah kah..

kah kah kah...ISLAM TERHINA KERANA PENINJU ISREAL MASUK MALAYSIA..... kah kah kah..

nota:
cakap berdekah dekah
menentang israel konon
kah kah kah


ZIONIS MENCARI PEJUANG JIHADI


LEPAS BELI CINCIN BELI MUTIARA PULAK

Posted: 01 Nov 2011 01:36 AM PDT




LAGI KESAH MAK JANDA BERSHOPPING




ROSMAH WANITA PERTAMA BELI MUTIARA RM487,000 DI AUSTRALIA – suara keadilan

Ketika berita mengenai anak Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar suami Najib , Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..SLOOOO LAAA SIKIT....kah kah kah..

kah kah kah..BIK MAMA SEDANG NAK BUAT AJI.... kah kah kah..

woit.. BIK MAMA NAK TAUBAT..... kah kah kah..

kah kah kah....NANTI BANYAK GAMBAR DARI MEKAH.... kah kah...

kah kah kah...MACAM GAMBAR SAIFOOL DULU... jkah kah kah..

kah kah kah.... NI SEMUA RANCANGAN NAK TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah....NAK TIPU MAK CIK FELDA...kah kah kah...

kah kah kah..NAK KELENTONG UNDI.... kah kah kah...


LAWAK NAJIB DAN ROSMAH NAIK HAJI

Seorang perempuan kaki rasuah yang bernama najib menunaikan ibadah haji
pada saat melempar jamrah kaki rasuah hairan kerana tiap kali lempar batunya balik lagi ke dia, di lempar lagi, balik lagi ke muka nya, setelah beberapa kali melempar terdengar bisikan di telinganya… "boss sesama syaitan jangan saling lempar dong…" (kutip dari internet) kah kah kah


MENGENAL SALASILAH ROCK n ROLL UNTUK YANG POYO

Posted: 31 Oct 2011 10:13 PM PDT




COOL DUDE ROCK n ROLL











HANYA YANG BEBAL DAN MALAS MEMBACA TAK TAHU SEJARAH GITAR

gitar memainkan peranan yang amat dalam musik rock
rock n roll ialah satu genre musik
konsert rock adalah pesta bunyi gitar yang kuat
gitar dimainkan oleh p ramlee
gitar dimainkan oleh kassim masdor
gitar yang dimainkankan oleh lennon
digunakan oleh prince
digunakan oleh bob dylan
digunakan oleh rolling stone


gitar bukan berasal dari sepanyol
gitar berasal dari dunia arab
kaithaar adalah alat musik dari arab
guitar hanya perkaatan spanyol dari alat musik arab
nama arabnya ialah qitara


bila datang ke konsert rock nanti
ingatlah kepada al- kindi
inilah guru rock ori
inilah papa rock sebelum mick jagger
inilah papa rock sebelum ramlee sharif

al-kindi datang dari gedung ilmu
dari gedung ilmu baitul hikmah
dizaman khalifah harun aminulrashid
dizaman khalifah maamun
dizaman penyaer abu nawas


QITARA BERASAL DARI ARAB






NOTA:
pemikir dan ahli falsafah di baitul hikmah
berfikir untuk mengubah dunia
bukan menentang konsert rock









ROCK ON BROTHER - ROCK THE WORLD


SURAT DARI MAHASISWA TERSEKSA

Posted: 31 Oct 2011 09:39 PM PDT




TERSEKSA DISEKSA MENYEKSA













YURAN KUIS MEMBEBANKAN - MAHSISWA TERSEKSA


Salam mahasiswa,

Saya merupakan salah seorang mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kini berada di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian). Saya amat tertarik & tersentuh dengan luahan hati seorang ibu kepada pelajar KUIS yang mengadu tentang masalah kewangan yang menimpa anaknya di KUIS dan beberapa kepincangan yang berlaku di KUIS yang telah disiarkan di Malaysiakini tempoh hari.

Saya selaku salah seorang mahasiswa di KUIS berasa terpanggil untuk turut meluahkan beberapa permasalahan yang telah menghantui mahasiswa di KUIS.
Antara masalah yang begitu merunsingkan mahasiswa di KUIS adalah mengenai 'paksaan' untuk mewajibkan semua pelajar supaya tinggal di asrama pada sesi kemasukan yang akan datang iaitu pada awal November ini. Sebenarnya paksaan untuk mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama ini telah bermula pada sesi yang lepas, namun ia semakin diketatkan pada sesi kemasukan yang akan datang.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar untuk tinggal di asrama ini ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran asrama yang semakin tinggi & ia tidak termasuk dengan yuran pengajian lagi. Sebagai contoh, asrama di KUIS mempunyai empat (4) jenis iaitu A,B,C & D. Asrama jenis D adalah yang paling murah sekali di KUIS. Jika sebelum ini yuran asrama jenis D ini berjumlah RM550.00 setiap seorang (4 orang untuk 1 bilik), kini yuran asrama jenis D tersebut telah meningkat kepada RM700 lebih setiap seorang (tanpa ada penambah baikan pada asrama jenis tersebut). Kenaikan ini juga berlaku kepada asrama jenis A,B & C yang yurannya mencecah kepada RM1000 ++.

Paksaan untuk mewajibkan pelajar tinggal di asrama ini juga diketahui berpunca daripada perjanjian yang telah termeterai antara pihak pengurusan KUIS (institusi bawah Kerajaan Negeri Selangor) dengan pihak pemaju yang menjalankan projek membina dan mengurus asrama tersebut iaitu Redha Resources Sdn Bhd. Penulis difahamkan pihak KUIS dikehendaki membayar sebanyak berbelas jutaan ringgit setahun kepada syarikat pemaju tersebut dan mengikut perjanjian ia harus dibayar selama 30 tahun. Oleh yang demikian, untuk mendapat pulangan kewangan kembali, pihak KUIS telah memaksa para pelajarnya untuk wajib tinggal di asrama tersebut dan ini telah mengakibatkan pelajar berada di dalam keadaan tersepit dan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius.

Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian yang mahal dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun. (Pernah meningkat sebanyak 100%)

Selain itu, akibat daripada kekangan kewangan yang menimpa mahasiswa di KUIS, bukan sahaja terdapat sebilangan pelajar KUIS yang terpaksa bekerja separuh masa untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi dan yuran yang mahal di KUIS, malah terdapat juga beberapa mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian & berhenti pengajian di KUIS akibat daripada masalah kewangan yang telah menimpa mereka.

Masalah ini telah banyak kali dibangkitkan oleh mahasiswa di KUIS kepada pihak pentadbiran KUIS dan kepada perwakilan mahasiswa di KUIS namun tiada sebarang tindakan yang dapat mengurangkan beban kami dapat dilakukan oleh mereka. Yang dapat dilakukan oleh mereka hanyalah sekadar mendengar rungutan, luahan hati kami dan mereka akan memberi janji untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya janji tersebut hanya tinggal sebagai janji kosong sahaja kerana masalah kewangan terus menghantui kami selaku mahasiswa.

Oleh yang demikian, saya selaku antara ribuan mahasiswa KUIS yang terseksa dengan masalah yuran,kewangan & kos sara hidup yang tinggi di KUIS ini mengharapkan supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak pengurusan tertinggi KUIS dan Kerajaan Negeri Selangor dapat mengambil tindakan susulan dengan secepat mungkin untuk menangani masalah ini dan dapat menjadikan KUIS sebagai salah satu pusat pengajian tinggi yang mesra mahasiswa & kondusif kepada semua lapisan masyarakat.

Yang benar,
Mohd Saifuddin Ibrahim,
Mahasiswa Terseksa.


PAPA ROCK DARI BAITUL HIKMAH

Posted: 31 Oct 2011 08:21 PM PDT




SALUT PAPA ROCK






Abu Yuqub ibn Ishaq al-Kindi
lahir 801 di kufa iraq
wafat 873 di baghdad




DR ASRI: PAS PERLU TUNJUK SIKAP DEMOPKRATIK SEBELUM JADI KERAJAAN
- minsidert

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang kelmarin diselar oleh Dewan Pemuda PAS berkenaan kenyataan berkaitan dengan isu konsert artis Elton John berkata, sayap parti Islam itu wajar memperlihatkan sikap yang demokratik kerana pihak berkenaan bercita-cita mahu menjadi kerajaan.

"Apabila PAS bercita nak jadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka sepertimana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang.

"Maka, Pemuda PAS wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah," kata beliau dalam satu ulasan yang diemel kepada The Malaysian Insider.

Justeru katanya, sikap cabar-mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjukkan sikap kurang terbuka.

KOMENTAR
amat menghairankan
setiap kali ada konsert maka pemuda pas
akan meloncat dan mengambur membuat batahan

jangan silap faham – konsert bukan budaya barat sahaja
di bumi melayu ini telah wujud kosert sebelum woodstock
di bumi melayu ini telah wujud konsert sebelum glustonbury
orang melayu ada pesta wayang kulit
orang melayu ada pesta main gasing
orang melayu ada pesta laga ayam
orang melayu berkonsert ketika nikah kahwin
konsert ialah merayakan kehidupan secara beramai ramai
disetiap budaya bangsa akan akan perhimpunan untuk sama-sama
dirayakan

musik?
musik adalah milik anak semua budaya
musik adalah milik anak semua bangsa
musik adalah sebahagian dari kehidupan


ada yang kurang faham asal usul musik
musik ada pernyataan hati murni manusia terhadap yang maha esa
dari sejak zaman berzaman musik ada pengucapan kata hati manusia
untuk berterima kaseh kepada yang maha esa yang memberikan kehidupan
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada hujan
musik lahir kerana manusia berterima kaseh kepada laut
musik lahir kerana mansuia berterima kaseh kepada sawah dan padi

hanya mereka yang bebal yang buta musik yang akan menentang musik
musik adalah oxygen untuk kehidupan
musik adalah dna manusia untuk merayakan kehidupan
kalau di pakistan akan ada pesta bermalam malam
menari dengan musik sufi dengan gesekan sitar
bercampur dengan asap hashih
kalau di turki ada pesta darwish
menyanyi dan menari untuk bertemu dengan yang maha esa
kalau di iraq lebanon musik dan pesta bermula tengah malam
dan akan tamat awal pagi

konsert selalu dikaitkan dengan yang muda
ketika perang vietnam
joan baez jannis joplin bon dylan
john bin lebai lennon telah membuat konsert anti perang
ketika nelson mandela di penjara
boy george, george michel, sting telah berkonsert menuntut mandela di bebas
ketika bush ingin menyerang iraq
hampir satu juta anak anak muda telah berkonsert menentang perang
dalam kota london
anak anak muda berkonsert menentang bush dan blair
hanya yang bebal tidak tahu fakta ini

mereka yang bebal dan malas membaca
tidak pernah bertemu dengan al-kindi
ahli falsafah keluaran baitul hikmah di baghdad
al- kindi menulis 7 buah buku tentang falsafah musik
buku musik yang amsih menjadi rujukan pemusik hari ini
kalau al-kindi wujud dikurun ini
pasti al kindi akan bersama merayakan
glustonbuury dan woodstock

apa yang menghairankan ialah pas
kini sedang menawarkan diri untuk mentabir negara
maka ramai anak muda akan berfikir:
apakah kebebalan, kejahatan dan kezaliman hari ini
akan diganti dengan satu lagi bentuk kebebalan , kejahatan dan kezaliman?
apa gunanya memilih parti yang akan menyusahkan hidup

anak muda akan berfikir:
hari ini siang kita ditindas oleh united malay national organisation
malam kita akan ditindas oleh parti islam se malaysia

NOTA:
kalau gerombolan bijak
maka setiap bulan atau dua bulan sekali
akan diadakan konsert
setiap kali ada konsert pemuda pas akan heboh
maka undi untuk pas akan terus merosot
dan mainkan heboh heboh anti konsert ini dimedia
lihat hasilnya
pas akan tonggeng
tak perlu guna zionis apco
untuk dapat pandangan
lu pikir sendirilah
kah kah kah



Tiada ulasan: