Tempayan Retak |
Haram sekongkol dengan Yahudi untuk menyerang Iran - Fatwa Al Azahar Posted: 10 Nov 2011 06:30 PM PST Syeikh Abdul Hamid al-Atrash Setiap Negara Islam yg bersengkokol atau kerjasama dengan Amerika mahupun Israel untuk menyerang Iran boleh membuat satu dosa dan haram. Fatwa dari Syeikh Abdul Hamid al-Atrash yg pernah menjawat selaku Ketua Suruhanjaya Fatwa al-Azhar Mesir. Syeikh al-Atrash itu berkata bahwa setiap setiap negara Arab yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam perang melawan Iran, bermakna telah melakukan kejahatan terhadap Islam, kerana membantu pihak musuh yang membuat kerosakan iman kepada Allah Swt dan rasul-Nya. Lapur akhbar Al-Jumhuriyah, Mesir kelmarin 10/11. Untuk seminggu dua kebelakangan ini pihak Israel dan propaganda media terus memainkan peranan nya yg mengatakan Israel bakal menyerang pusat nuclear Iran. Walau bagaimana pun beberapa Negara utama memberi tentangan dan kecaman terhadap hasrat untuk menyerang Iran, termasuk Perancis, Rusia dan China. Syeikh Abdul Hamid al-Atrash juga menegaskan, "ini kerana Allah Swt berfirman bahwa kaum mukminin adalah bersaudara." Beliau turut menegaskan sepatutnya Negara Negara lain perlu menentang kepada mana mana pihak yg membantu Amerika dan kaum zionis Israel untuk menghancurkan sebuah Negara Islam. Pejabat al Azhar itu menambah, ini merupakan keperluan asas kewajiban kepada setiap Negara Islam untuk mempertahankan Negara Islam lain serta tidak bersengkokol dengan Negara luar barat dan Yahudi, malah kepada mana mana Negara Islam yg tidak melakukan apa apa langsung turut terlibat dengan dosa, tambah nya lagi. - mjr teks irib/al Jumhuriyah |
You are subscribed to email updates from Tempayan Retak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan