SharpShooter |
- @syedhusinali bongkar rahsia buatkan senatak raja sesumpah @EzamNor dan katak @zulkiflinoordin bak cacing kepanasan
- Tol Tidak Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang
- DAH LAMA DAH....WAJIB TUKAR...
- Kajian - Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”
- Ustaz Asri @mindatajdid bidas @drhasanali
Posted: 18 Nov 2011 01:29 AM PST Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah. Dalam bab yang dinamakannya, 'Alasan Ezam keluar parti' - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya. "Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup. "Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti," tulisnya dalam buku itu. Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor. "Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya," Ezam didakwa berkata. Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno". "Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu. "Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali," tulis Syed Husin lagi. Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya. "Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang," katanya. Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR. "Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan. Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya. Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran. "Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu. Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin. "Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin. "Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM." Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Tol Tidak Adil Kepada Rakyat Pulau Pinang Posted: 18 Nov 2011 01:21 AM PST Setelah anda tonton sampai habis...jawabnya mudah sudah sampai masanya b-end dan umporno dikuburkan.... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
DAH LAMA DAH....WAJIB TUKAR... Posted: 17 Nov 2011 08:53 PM PST |
Kajian - Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.” Posted: 17 Nov 2011 07:56 PM PST Pengundi Melayu Pulau Pinang masih beranggapan bahawa kerajaan negeri itu kini ditadbir oleh kaum Cina meskipun kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak 2008 popular berbanding dengan pemimpin-pemimpin Umno. Kajian kendalian Ilham Centre merumuskan walaupun dahulu Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN), sehingga ia tewas pada 2008, tetapi orang Melayu tidak melihat dahulunya negeri tersebut ditadbir oleh pemimpin dari keturunan Cina, sebalknya dipimpin perikatan diketuai Umno. Ia menambah perkembangan tersebut menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai "kerajaan Cina atau DAP" memberi kesan positif di kalangan kaum Melayu dan dilihat berjaya. "Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat," kata hasil kajian yang dikeluarkan hari ini. Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memimpin negeri itu selepas pilihan raya umum Mac 2008. Kajian itu menambah, walaupun imej Lim sangat dikenali dan dihormati oleh hampir 30 peratus responden, tetapi mereka masih beranggapan bahawa orang Cina yang mentadbir Pulau Pinang. Lim menerima 30 peratus sokongan responden berhubung soalan tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati. Lim disusuli dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Umno negeri Datuk Zainal Osman. "Sama seperti mereka melihat DAP iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina. "Walaupun begitu, Lim Guan Eng lebih dikenali dan disegani dengan sikap 'humble', mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang. Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu," kata hasil kajian bertajuk "Persepsi dan Tanggapan Pengundi Melayu Terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Pulau Pinang". Kajian yang dikendalikan antara 7 hingga 9 Oktober lalu melibatkan 720 pengundi Melayu berdaftar di kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor serta Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, kesemua dikuasai oleh Umno-BN. Daripada jumlah itu, 43 peratus respoden merupakan orang Umno manakala baki 57 peratus adalah pengundi atas pagar. Kajian itu menunjukkan bahawa PAS tidak menjuarai kepentingan memandangkan parti Islam tersebut tidak memberikan kesan di hati pengundi Melayu. Malah menurut kajian itu, kehadiran PAS tidak dilihat sebagai pembela Melayu-Islam manakala tokoh-tokoh dan kepimpinanya kurang dikenali oleh pengundi berbanding tokoh-tokoh Umno. "Pada pengamatan Ilham, ini kerana PAS di bawah Pesuruhjaya (PAS) Salleh Man terlalu lemah dan gagal meletakkan PAS dikenali dan disegani oleh pengundi sama ada dari segi kebajikan, program kemasyarakatan, dakwah semuanya tidak membekas di hati orang Melayu," katanya lagi. Mengenai kepimpinan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr. Mujahid Yusof, kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang, ternyata dilihat jauh daripada politik Pulau Pinang dan mereka dikatakan tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. "PAS pula dikaitkan sebagai boneka DAP. "PKR tidak dilihat boleh membela Melayu walaupun Datuk Mansor dan Exco Abdul Malik Abul Kasim merupakan tokoh Melayu berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri," kata kajian ini. Ia menambah, PKR dilihat sebagai parti pelbagai kaum yang agak tidak berideologi Melayu, maka pengundi Melayu melihat bahawa ia tidak dapat membela nasib Melayu. "Faktor (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak dilihat dapat mempengaruhi keseluruhan pengundi Melayu di Pulau Pinang, dan hanya berkesan di beberapa kawasan terutama di Permatang Pauh. "Selain itu, isu yang melibatkan PKR juga sedikit sebanyak memberikan perspektif negatif seperti isu Timbalan Ketua Menteri lama (Fairus Khairuddin) dan isu lompat parti," katanya lagi. Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang. Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri. Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008. Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus. Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus. Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno. Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka. Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, "jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain." "(Mereka) mahukan bantuan 'one-off' dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri. "Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap 'bias' dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan," katanya lagi. Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah 'down to earth' dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka. Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu "berketurunan mamak." "Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini. Namun begitu, orang Melayu masih lagi melihat dan meyakini bahawa Umno adalah harapan dan pilihan terbaik bagi mereka untuk terus membela nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang," katanya lagi. Di samping itu, Umno yang memiliki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri, yang kesemuanya dimenangi tiga tahun lalu, tidak mempunyai tokoh yang dikatakan berkaliber dan berdedikasi setelah kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam PKR dan Pakatan Rakyat dan peletakan jawatan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, dipecat dari Umno pada September 1998 dan kemudian menubuhkan PKR. "Namun rakyat masih lagi bergantung harap dengan Umno," katanya lagi. Ilham Centre juga berkata orang Melayu di kawasan kajian tidak mengetahui segala dasar baru kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. "Mereka lebih cenderung kepada segala manfaat yang mereka akan terima secara 'one-off' sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan dan barang-barang keperluan harian seperti; beras, gula, tepung, telur dan wang tunai kerana ia lebih dirasai berbanding dengan pengumuman program dan rancangan pembangunan yang bernilai jutaan ringgit," katanya lagi. FAKTA 1 : P.Pinang sejak dari dahulu berada di bawah pemerintahan Ketua Menteri Cina 1. Wong Pow Nee (MCA), 2. Lim Chong Eu (Gerakan), 3. Koh Tsu Koon (Gerakan), 4. Lim Guan Eng (DAP).FAKTA 2: Tetapi isu perkauman / agama tidak timbul dahulu kerana pembangkang dahulu (DAP/PKR/PAS) adalah rasional dan matang, bukan seperti parti pembangkang sekarang (UMporNO/BN) FAKTA 3: Utusan Melayu adalah media umporno yang penuh dengan unsur2 propaganda perkauman terlampau.. FAKTA 4: Lim Guan Eng memerintah dan mengendalikan P.Pinang jauh lebih baik daripada Koh Tsu Koon Dua Poster di bawah adalah sebahagian yang telah sharpshooter siapkan..yang lain akan menyusul...klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Ustaz Asri @mindatajdid bidas @drhasanali Posted: 17 Nov 2011 06:21 PM PST Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak," kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini. Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari. Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — "solar-powered talking bible". "Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran," kata beliau lagi. Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik jawapan bertulis Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias bahawa ada sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin. Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu. Dalam reaksinya, Asri berkata, "bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi." "Hari ini segala bacaan sama ada al-Quran ataupun Injil boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini. Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya," katanya lagi. Asri menambah, beliau berpendapat bahawa kenyataan Hasan tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar kitab Injil yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah. "Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup. Setiap yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki. "Peranan golongan agama di era ini, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang," katanya lagi. Kata Asri lagi, jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara Muslim, "maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan Jais membuat kerja yang lebih bermanfaat dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya." "Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana. Jais boleh pastikan dulu alat itu 'mendapat tauliah' supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas," katanya yang akhir 2009 dikenakan tuduhan oleh Jais berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan