SharpShooter |
- Dr Zul cabar Kementerian Pengangkutan benarkan semak dokumen pembelian gerabak EMU 38 set
- ESOK SPR PAMIR SENARAI 42,051 PENGUNDI HANTU
- Video antara hujah @saifnasution @khairykj dalam isu @ShahrizatJalil dilembu hitamkan dan bahan bukti
- Dua buah pusat hemodialisis rakyat akan dibuka di Pulau Pinang
Dr Zul cabar Kementerian Pengangkutan benarkan semak dokumen pembelian gerabak EMU 38 set Posted: 16 Nov 2011 12:49 AM PST Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mencabar Kementerian Pengangkutan membenarkan beliau sendiri menyemak dokumen pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari Zhuzhou Electric Locomotive Co. Ltd (ZELC) dengan kos RM1.9 bilion secara runding terus memandangkan siasatan pihak berkuasa menunjukkan tiada unsur penyelewengan. Dakwaan sebelum ini menyebut pembelian itu untuk kegunaan KTM Berhad dari syarikat China itu dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga ditawarkan melalui tender sebelumnya. "Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU, yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku penokoktambahan harga yang tidak munasabah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. "Saya memohon jasa baik YB Menteri Pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang telah saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU yang telah dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC," katanya. Wakil rakyat PAS itu menambah, memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pengangkutan, "saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya." Katanya, melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, beliau percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EMU enam gerabak terbabit. Sehubungan itu, beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat bertanya "apakah semua pegawai KTMB yang ditemu bual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?" "Apakah SPRM telah menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China?" katanya lagi yang membangkitkan isu ini di Parlimen pada 29 Jun 2010. Dzulkefly menambah, beliau difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC yang berpejabat di Hong Kong memandangkan ZELC, yang berpangkalan di Zhuzhou dikawal selia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi melibatkan keluar masuk wang. "SPRM (juga) dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC," katanya lagi. Katanya, berdasarkan spesifikasi diberi oleh KTMB, semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan set yang mempunyai harga tidak akan mempunyai jurang perbezaan besar. "Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China termasuk ZELC dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini. "Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk 'elemen komisyen' atau lebih tepat lagi 'kickback' ejen tempatan," katanya. Pada Julai 2010, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mendesak SPRM menyiasat urusan pembelian 38 unit EMU terbabit kerana pembeliannya didakwa melebihi harga asal tender. (1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas? Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak. Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010. (2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak? Pohon semak dokumen Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut? Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC. Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta. (3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC. Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya. Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC. Kawal ketat kerajaan China (4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah? (5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China. Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu. SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang dikemukakan oleh ZELC. (6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar. Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini. Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk 'elemen komisyen' atau lebih tepat lagi 'kickback' agen tempatan. (7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
ESOK SPR PAMIR SENARAI 42,051 PENGUNDI HANTU Posted: 16 Nov 2011 12:01 AM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai esok hingga 31 Disember ini. Senarai nama itu akan dipamer melalui laman web SPR dan laman web pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara. Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata langkah itu bagi membolehkan pemilih berkenaan atau waris kepada nama-nama yang dipamer tampil membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka. "Jika nama pemilih itu ada dalam senarai berkenaan, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenalpasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya," katanya dalam kenyataan. Dipetik Bernama Online, kata beliau, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau melalui faks 03-8888 9112 atau menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri. Pengumuman mengenai pameran nama-nama diragui itu diumumkan awal bulan lalu. Ia telah dipamerkan di 1,000 lokasi awam selama seminggu sejak 27 Oktober lalu. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 15 Nov 2011 10:59 PM PST Mari kita hayati betul-betul dalam video dibawah ini apa yang dihujahkan oleh MP Machang dalam Parlimen tentang isu Shahrizat Jalil lembu Hujah ketuat pemuda umporno dalam isu lembu... Jawapan balas MP Machang Saifudin Nasution dan MP Batu Tian Chua terhadap Khairy Jawapan Rafizi Ramli Jom kita baca dan faham skandal lembu shahrizat ni betul2 siap dengan bahan bukti sekali... Skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar menjadikan episod pendedahan disebalik anugerah projek mega Pusat Fidlot Kebangsaan bernilai RM250 juta yang sudah terbukti milik keluarga Datuk Shahrizat Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) semakin berpanjangan. Melihatkan lokasi kondo mewah tersebut sahaja, membuatkan kami menarik nafas panjang. Mana tidaknya, kalau anda "tiada kemampuan" untuk membeli kondo mewah ini sekitar RM2 juta sehinggalah harganya yang setinggi RM11 juta, janganlah bermimpi untuk memiliki mana-mana unit kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini. Kami sertakan 2 keping gambar kondo mewah di One Menerung, Bangsar ini di sini utnuk tatapan anda… Dan paling pentingnya di sini, kaitan dengan kondo mewah tersebut dengan anugerah projek Fidlot (Feedlot) Kebangsaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bernilai RM250,000,000,000 (RM 250 juta), sehingga dibongkarkan satu lagi skandal pembelian kondo mewah RM9.8 juta tersebut melalui 4 transaksi yang berjaya dikesan pada 2 Disember 2009. Di bawah ini adalah butiran bergambar yang dikesan menunjukkan transaksi yang berlaku pada tarikh yang dinyakan di atas bagi pembeli kondo mewah RM9.8 juta : National Feedlot Corporation (NFC) didakwa telah melakukan :
Kemudian tak cukup dengan itu, kami akui Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah menteri, Datuk Seri Noh Omar telah menjawab isu projek Fidlot Kebangsaan ini. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini terdapat percanggahan maklumat yang ada: 1) Pertamanya, berdasarkan semakan hansard kenyataan Datuk Seri Noh Omar pada 31 Oktober 2011 bahawa hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Bermaknanya di sini berdasarkan kenyataan menteri, dana tersebut belum disalurkan sepenuhnya kepada NFC. OKEY. Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini, melalui carian rasmi di SSM telah menunjukkan secara jelas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri daripada :
2) Persoalannya yang seterusnya, juga sekali kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan projek ini telah pun tercapai sasarannya. Kalau begitu tahniah kami ucapkan kalau dah tercapai sasarannya. Tetapi, persoalan keduanya di sini sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan sendiri oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sebelumnya adalah seperti berikut :
P/S : Tugas menteri dan pihak-pihak terlibat dalam isu ini mudah sahaja, perjelaskan isu pembelian kondo mewah RM9.8 juta ini dan juga penjelasan "setelus mungkin" mengenai isu dan status projek mega fidlot kebangsaan ini. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Dua buah pusat hemodialisis rakyat akan dibuka di Pulau Pinang Posted: 15 Nov 2011 06:41 PM PST Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membina dua buah pusat hemodialisis untuk rakyat yang menghidapi sakit buat pinggang dengan hanya RM30 sekali berurusan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Baginya, pusat tersebut amat perlu bagi rakyat miskin kerana kos rawatan yang dikenakan sebelum itu mahal sama dari hospital atau swasta. "Untuk meringankan bebanan rakyat kerajaan negeri telah dan akan membina pusat berkenaan, satu di sebelah pulau dan satu lagi di Seberang Perai. "Itu semua untuk rakyat sejajar dengan slogan 'kerajaan berjiwa rakyat'," tegasnya ketika berucap di majlis penyerahan pakaian sekolah kepada keluarga daif di Pusat Banjir Pengkalan Bongor dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga semalam. Katanya, di sebelah pulau telah wujudkanya di Kompeks Pasar Balik Pulau dan satu lagi kemungkinan di Seberang Perai Tengah di mana lokasi paling tengah antara Seberang Perai Utara dan Selatan. "Selepas ini masyarakat yang menghidapi kencing manis atau sakit buah pinggang sehingga memerlukan hemodialisis boleh daftarkan nama di tempat berkenaan," katanya. Kerajaan Pakatan Rakyat katanya, tetap mengutamakan rakyat tidak sebagaimana Barisan Nasional (BN) yang hanya pandai mengalunkanya di bibir padahal dalam masa yang sama menekan rakyat dari belakang. "Kerajaan BN bijak ketika berjanji tetapi malas untuk melaksananya. Maka, jangan harap lagi pada BN kerana setiap slogan yang dicipta semata-mata mengabui mata rakyat sahaja," jelasnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan