shalehudin |
- Baguih sungguh la rakyat kita, rasuah jadi bahan jenaka...
- Sapa Profesor Kangkung nih...
- Biaq pi la UMNO nak gila talak...
- Kesian kat para pengkhianat...
- Mahasiswa dihukum pasung...
- Ni dia rahsia BTN... haha...
- Umno paling kuat di Melaka, bukan Johor... kahkahkah...
- Mahasiswa dah boleh berpolitik?
- Cara Artis tak haram rupanya...
- Tobat lahom kalau UMNO berani... kahkahkah...
- Orang bengong dilarang tonton... kahkahkah...
- Mana aci, lagi-lagi Najib yang hampa persalahkan... kahkahkah...
- Depa ni hamba kita...
- Kesalahan lelaki dalam berpakaian
Baguih sungguh la rakyat kita, rasuah jadi bahan jenaka... Posted: 26 Nov 2011 08:00 AM PST Wan Azizah: Rasuah Umno-BN makin ketara hingga jadi jenaka rakyat Oleh Mohd Farhan Darwis JOHOR BARU, 26 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata skandal dan penyelewengan Umno-BN, yang berkuasa sejak lebih lima dekad lalu, semakin ketara sehingga menjadi bahan jenaka rakyat termasuk dengan sindiran "lembu-lembu kondominium." 'Lembu-lembu kondominium' menjadi rujukan kepada masalah yang menyelubungi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno. Ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara akhir bulan lalu, PKR menjadikan sebagai isu dan ia kini disiasat oleh polis. Pemimpin PKR mendakwa sebahagian wang itu digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar. "Mujurlah rakyat Malaysia ini kuat berjenaka – bila wang berbilion ringgit dibazirkan membeli peralatan perang terpakai yang tidak berfungsi, rakyat Malaysia berseloroh tentang kapal selam yang tidak boleh tenggelam. "Bila wang ratusan juta yang sepatutnya sampai kepada penternak hilang di tengah jalan, rakyat Malaysia berjenaka tentang lembu-lembu di kondominium," kata beliau dalam ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini. Di bahagian tajuk kecil "Pentadbiran Beramanah", Dr Wan Azizah berkata, muafakat dalam Pakatan Rakyat kian matang dan pimpinan PKR di semua peringkat harus memastikan bahawa ikatan itu kian mantap malah kerjasama intim ketiga-tiga parti harus diadakan di semua peringkat. "PKR akan teguh dan kukuh bersama Pakatan Rakyat menuntut Islah, reformasi yang murni dan benar serta menolak kezaliman, penindasan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. "Sejak tsunami politik 2008 kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelumnya dirampas secara rakus), kita telah buktikan keupayaan kita membanteras rasuah, melaksanakan tata kelola yang lebih baik dan mampu mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat," kata beliau lagi. Sebaliknya gelagat Umno-BN, kata beliau, masih di takok lama dengan keanggkuhan dan kerakusan kuasa. "Malah lebih ketara skandal rasuah dan penyelewengan mereka," kata beliau lagi. |
Posted: 26 Nov 2011 07:00 AM PST UMNO Upah 'Profesor Kangkung' Pinggir Pejuang Sebenar - Azmin Ali. PERAK 26 Nov. - PKR menyelar beberapa sejarawan yang sanggup menjadi 'Profesor Kangkung' memutarbelit sejarah demi kepentingan UMNO. Timbalan Presiden PKR, YB. Azmin Ali mendakwa, tindakan tersebut menggambarkan perbuatan keji UMNO sehinggakan sanggup mendapat khidmat 'pertolongan' UMNO bagi menipu fakta sebenar. "Pakatan Rakyat harus membakul sampah buku sejarah tulisan profesor kangkong dan menulis semula sejarah dengan fakta tepat dan adil," kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sambutan Aidilfitri anjuran cabang Pasir Salak dihadiri lebih 200 orang, semalam. Azmin turut kesal dengan meminggirkan beberapa tokoh dan pejuang kemerdekaan seperti Dr. Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestamam dan Tok Janggut demi menonjolkan produk UMNO semata-mata. Azmin berkata demikian selepas menyampaikan hamper kepada 50 orang masyarakat miskin setempat. Turut hadir ke program tersebut termasuklah Osman Abdul Rahman (Ketua Cabang KEADILAN Cabang Pasir Salak merangkap Penyelaras Dun Sungai Manik) dan Abdul Razak Ismail (Penyelaras Parlimen Pasir). PKR telah memulakan Kongres Parti sejak dari semalam dengan menyatakan ikrar mengisytihar Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ketujuh dengan kemenangan cemerlang pada PRU13 kelak. |
Biaq pi la UMNO nak gila talak... Posted: 26 Nov 2011 05:30 AM PST Royalti Minyak DiPertaruhkan Jika PAS Dan UMNO Tidur Sebantal ? DI DALAM lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan semalam, dijaja lagi oleh beliau soal penyatuan Umno dan PAS. Nampaknya `gila talak' Umno kepada PAS begitu lama sekali sehingga bersilih ganti PM isu ini masih bermain di bibir pemimpin Umno. Parti sekular ini tiak pernah merasa tebal muka atau malu menagih simpati dari PAS kerana mereka sedar riwayat parti yang banyak menyusahkan orang-orang Melayu dan Islam yang didukungi oleh mereka akan berakhir tidak beberapa lama lagi. Amat memalukan jika mereka waras, apabila PAS telah bersedia dan sedang berusaha dengan kempen `PAS ganti Umno', Muhyiddin datang dengan tebal muka menyarankan agar dilakukan penyatuan Umno - PAS. Untuk apa? Agama? Jauh sekali. Penyatuan yang mereka mahukan hanya semata-mata untuk `perut' dan `duniawi'. Muhyiddin jelas menyebut, "Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan. Perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri", kata beliau apabila mengulas mengapa Kelantan dinafikan hak royalti minyak. Beliau tidak sebut penyatuan itu hendaklah berasaskan Agama Islam yang maha suci. Sedangkan, PAS dari awal lagi menyebut bahawa penyatuan Umno - PAS hendaklah berpaksikan Al-Quran dan penyatuan itu mestilah melibatkan rakan sekutu PAS di dalam PR terutamanya PKR yang juga mempunyai pemimpin Melayu dan Islam. Jika Umno dan PAS sahaja bersatu, apa akan jadi kepada parti lain yang juga ramai ahli mereka yang berugama Islam? Jelas, Umno hanya mahu menjadikan hak royalti minyak sebagai `pertaruhan' untuk penyatuan Umno - PAS. Adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS sanggup tidor sebantal dengan parti sekular yang menolak hukum Islam ini demi kerana `pitih' minyak? Jawapannya sudah pasti tidak. Maka, biarkan sahaja Umno terus `gila talak' sehinggalah sampai masa parti sekutu Apco ini dikuburkan selepas PRU akan datang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com |
Kesian kat para pengkhianat... Posted: 26 Nov 2011 04:00 AM PST Pengkhianat tidak jejas KEADILAN- Saifuddin (Oleh: Masdar Wahid) JOHOR BAHRU 26 Nov: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menegaskan wakil rakyat yang bertindak mengkhianati dan keluar dari parti itu sebelum ini, tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap KEADILAN. Perkara itu katanya, dibuktikan apabila Cabang Kulim Bandar Baharu misalnya mencatatkan pertambahan keanggotaan kedua tertinggi bagi tahun ini. "Ahli Parlimen Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sentiasa diberi ruang oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia, RTM untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat. "Adakah ia menjejaskan sokongan parti? jawapannya tidak," katanya menjawab soalan media pada Kongres Nasional yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini. Mengulas lanjut katanya, pertambahan keanggotaan di cabang itu membuktikan KEADILAN sentiasa diberi kepercayaan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU)-13 akan datang. Awal pagi tadi, dalam ucapannya, beliau mengumum Cabang Kulim Bandar Baharu mencatat keanggotaan baru seramai 790 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Cabang Tenom yang mencatat 812 anggota baru bagi tempoh sama. Sijil penghargaan anugerah cabang itu disampaikan sendiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lain-lain cabang yang berjaya mencatat pendaftaran keanggotaan baru dalam 10 cabang tertinggi termasuklah Hulu Selangor seramai 340 orang, Kalabakan (370 orang), Permatang Pauh (395), Gombak (405), Kota Marudu (425), Kapar (446), Serian (673), Kuala Langat (751) dengan Cabang Tenom menyaksikan paling ramai sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 812 anggota. KEADILAN memiliki 218 cabang dan empat lagi kini bertaraf penaja serta menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS). |
Posted: 26 Nov 2011 02:30 AM PST Umno pasung minda mahasiswa (Oleh Sidiqin Omar) JOHOR BAHRU 25 Nov: Falsafah pendidikan yang berteraskan kekuasaan politik yang berlaku hari ini hanya melahirkan mahasiswa dan pensyarah pasif serta mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat, kata Mohamed Azmin Ali. Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, budaya Umno yang tidak meraikan kebebasan dan keberanian berfikir serta tidak bercita-cita untuk memastikan anak muda berfikiran kritis dan bebas membungkam dan memasung minda mereka. Justeru, pencerahan yang membawa maksud perkembangan pemikiran perlu digalakkan, bukan sekadar menjadi generasi penghafal dan mengingat secara teknikal. "Selari dengan slogan pencerahan, 'sapere aude' iaitu berani menggunakan pemikiran sendiri, kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sintesis yang dilontarkan. "Keberanian berfikir untuk membongkar pembelengguan jiwa dan minda adalah antara langkah pertama untuk keluar dari segala bentuk eksploitasi manusia ke atas manusia," kata Azmin. Beliau turut memetik ungkapan pujangga besar Keraton Jawa, Ronggo Warsito yang pernah meramalkan akan tiba satu zaman yang dikenali sbagai 'zaman edan' atau zaman gila. Ini berpunca dari tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi dalang memastikan Auku (Akta Universitti dan Kolej Universiti) untuk menyekat keapuhan daya fikir yang menjadi senjata membongkar mitos hegemoni Umno. "Kerana takutkan pensyarah seperti Profesor Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 menyatakan kritikan terhadap pemerintah, maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas. "Akhirnya kita memiliki generasi muda yang pasif," kata Azmin seraya membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, 'Takut 66, Takut 98′. Justeru tegas Azmin, generasi yang kukuh kekuatan daya cipta serta berani bersaing dan tidak tercabut dari akar budaya akan berjaya. "Inilah tema sebenar yang harus dibawa oleh sistem pendidikan kita untuk memenuhi cabaran pada masa akan datang," katanya. |
Posted: 26 Nov 2011 01:30 AM PST |
Umno paling kuat di Melaka, bukan Johor... kahkahkah... Posted: 26 Nov 2011 01:14 AM PST Perwakilan: Renung kembali Deklarasi Permatang Pauh (Oleh: Sidiqin Omar) JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan Melaka, Abdul Wahab Ibrahim meminta ahli dan pimpinan KEADILAN supaya merenung kembali Deklarasi Permatang Pauh yang dibacakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Katanya, semangat terkandung dalam deklarasi berkenaan perlu dilaksana dalam gerak kerja parti itu. "Sebab itu keseluruhan pimpinan di atas perlu luangkan masa untuk buat jadual ke negeri yang belum menang. Di Johor, Umno dah kalah di dua kerusi. "Ini bermakna Umno paling kuat di Melaka sebab tak pernah kalah. Sebabnya tak pergi ke ceramah dan tak tahu. Bermakna kita menjadi mata dan telinga kepada parti," kata Abdul Wahab dalam usul perbahasan ucapan Presiden di Kongres KEADILAN ke lapan. Dalam pada itu, beliau yang merupakan bekas pegawai Bank Bumiputera, bertanyakan sama ada Umno pernah memulangkan pinjaman berjumlah RM368 juta dari bank berkenaan. "Saya ada tanya perkara ini pada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar agar ia dibangkitkan di Parlimen. Saya dulu bekas pegawai di Bank Bumiputra," "Umno kata nak pertahankan orang Melayu, tapi Bank Bumiputra pun tak dapat nak pertahankan. Apakah pinjaman Umno yang berjumlah RM368 juta itu telah diselesaikan?" soal Abdul Wahab yang kini berniaga secara kecil-kecilan. Sementara itu, Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (Bippa), Ahmad Kassim menyarankan supaya budaya dialog dan perbicangan sesama masyarakat disuburkan bagi mengatasi sentimen kaum dan agama di negara ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, cara itu mampu mengekang tindakan Umno yang menggunakan isu kaum dan agama demi kepentingan politik sempit mereka. "Matlamat akhir budaya dialog ini bertujuan mengharmonikan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam negara," katanya dalam menyokong ucapan dasar Presiden. |
Mahasiswa dah boleh berpolitik? Posted: 26 Nov 2011 12:00 AM PST Mahasiswa dibenarkan berpolitik PELAJAR universiti kini bebas berpolitik setelah Seksyen 15 AUKU 1971 dipinda. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam. "Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa. "Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya.- Kosmo |
Cara Artis tak haram rupanya... Posted: 25 Nov 2011 10:00 PM PST Gaji Artis Tidak Haram Ada seseorang bertanya soalan dalam Facebook tentang status gaji para artis yang berlakon atau menjadi model; apakah hasil gaji mereka itu halal atau haram. Mendapat persoalan sebegitu, terasa agak pelik. Mengapa persoalan sebegini dibangkitkan. Diberitahu bahawa dalam TV 3 baru-baru ini, kononnya berlaku sedikit perkelahian antara seorang ustaz dengan dua orang artis tentang status gaji itu. Ustaz terbabit tetap berkeras menyatakan bahawa gaji artis atau model adalah haram, jika dalam lakonan mereka itu ada unsur yang haram, seperti membuka aurat dan seumpama dengannya. Secara peribadi, aku menganggap bahawa tindakan menyatakan hasil atau gaji artis yang bekerja dalam bidang lakonan atau nyanyian atau model yang membuka aurat sebagai haram secara mutlak adalah satu tindakan yang gopoh, dan tidak sepatutnya berlaku. Mengapa aku menyatakan demikian? Mari kita perhatikan dari sudut penghujahannya. Pertama; Hukum haram itu, tidak boleh dilihat dari satu bentuk sahaja. Ini kerana, dalam pengajian ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, hukum haram itu hendaklah dilihat kepada dua bentuk, iaitu haram mutlak dan haram liwasfih (melayu : haram berfaktorkan sifat). Lalu, haram liwasfih ini terbahagi pula kepada dua pula, iaitu haram liwasfih al-mujawir dan haram liwasfih al-lazim. Maksud haram mutlak adalah sesuatu itu adalah haram yang tidak ada ruang untuk menyatakannya sebagai halal. Ia seperti Allah SWT mengharamkan makan daging babi yang termasuk juga tulang dan segala-gala yang berkaitan dengan babi. Dengan erti kata lain, pengharaman makan daging babi itu adalah haram mutlak. Adapun maksud dengan haram liwasif al-mujawir adalah pengharaman terhadap sesuatu berfaktorkan sifat. Dan sifat tersebut pula, boleh direnggangkan. Contohnya adalah pengharaman solat dengan memakai pakaian curi atau berpuasa nazar pada satu syawal. Hukum solat dalam keadaan pakaian curi adalah haram, tetapi perbuatan solat itu adalah sah. Serupa juga hukum menunaikan puasa nazar pada satu syawal, yang mana hukum puasa itu adalah sah, tetapi perbuatan berpuasa pada satu syawal itu adalah haram. Berpuasa dan solat itu adalah amalan yang baik. Tetapi, memandangkan ada sifat yang tidak baik (haram) berdempek dengan amalan tersebut, maka ia dikira sebagai haram juga. Dengan erti kata yang lain, hukum solat itu adalah halal; hukum berpuasa itu adalah halal, ekoran itu puasa dan solat itu adalah sah. Tetapi, solat itu dilakukan dalam keadaan memakai pakaian curi, maka haramnya pada sifat curi itu. Begitujuga pada puasa yang dilakukan pada satu syawal. Dengan maksud, puasa itu adalah halal, ekoran itu ia adalah sah. Tetapi, puasa itu dilakukan pada satu syawal, maka haramnya itu pada satu syawal tersebut. Adapun hukum haram liwasfih al-lazim pula adalah haram pada sifat. Sifat tersebut pula, tidak boleh berenggang langsung, tidak sepertimana pada haram liwasfih al-mujawir. Ia diumpamakan seperti hukum haram riba. Riba merupakan sifat kepada jual beli. Tetapi, apabila disebut riba, mesti ia berkaitan dengan jual beli, sedangkan tidak semua jual beli itu adalah riba. Kedua; Memahami perkara ini, cuba kita perhatikan pula kepada hukum hasil kewangan yang terhasil oleh para artis yang berlakon yang mempunyai unsur yang tidak sepatutnya seperti buka aurat dan seumpamanya, seperti filem Tahajud Cinta, ayat-ayat cinta dan banyak lagi filem-filem yang lain. Hukum berlakon tidak haram. Tetapi, dalam lakonan tersebut ada unsur maksiat seperti buka aurat dan seumpama dengannya. Ini dapat difahami bahawa haram yang dimaksudkan disini adalah haram liwasfih al-mujawir, bukan haram mutlak. Dengan erti kata yang lain, duit yang terhasil dari lakonan itu adalah halal, tetapi perbuatan membuka aurat itu adalah haram. Makanya, unsur buka aurat itu wajib diberikan teguran dan ia tidak memberi kesan kepada penghasilan dari lakonannya, sepertimana sahnya puasa nazar, waima dilakukan pada satu syawal sekalipun. Ia berbeda dengan lakonan bagi filem lucah. Ia adalah haram liwasih al-lazim. Dengan maksud, pengharaman tersebut memang dilihat pada sifat, tetapi sifat (lakonan lucah) itu tidak boleh berenggang dengan filem terbabit. Dalam bentuk ini, barulah duit yang terhasil dari lakonan itu adalah haram. Dari penghujahan ini, aku mengira tindakan Ustaz terbabit yang amat mudah mengatakan duit gaji artis itu sebagai haram tanpa mengklasifikasikan bentuk-bentuk haram ini terlebih dahulu merupakan tindakan yang tidak cermat, dan sepatutnya ia tidak berlaku langsung. Sekian Wallahu 'Alam.- MR |
Tobat lahom kalau UMNO berani... kahkahkah... Posted: 25 Nov 2011 08:00 PM PST Beranikah Umno Perjuangkan Royalti Untuk Kelantan HUJUNG bulan ini Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya kali ke- 62 Kerana perhimpunan ini adalah berdekatan dengan pilihan raya umum ke-13 tentulah ia akan memberi fokus lebih kepada pilihan raya. Perwakilan Umno seramai 4,500 akan berbahas dan mengemukakan apa-apa saja idea, pandangan dan cadangan untuk memastikan Umno menang besar dalam pilihan raya nanti. Pilihan raya ke-13 menjadi ibu segala pilihan raya kepada UBN - bakal menentukan perjalanan masa depan apakah terus atau terhenti! Pilihan raya ke-13 pasti akan menjadi perhatian dunia. Hajat utama Umno ialah menang dengan mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Kegagalan UBN berbuat demikian adalah keaiban paling besar buat parti tersebut. Tidak mustahil UBN akan terpaksa surrender sebelum cukup tempoh penggal parlimen ke-13 sekiranya parti itu gagal mendapat majoriti 2/3. Apa lagi kalau UBN gagal merampas balik Selangor dan Kedah ia akan mempercepatkan untuk Umno kibar bendera putih. Kalaulah menang. Hajat lebih besar serta terdesak dari itu ialah untuk merampas balik Selangor dan Kedah yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. Untuk itu saya yakin Umno akan mengatur tektik dan strategi khusus untuk kedua negeri berkenaan. Tidak mustahil kalau pilihan raya ke-13 ini 'berjeluah' dengan kejebatakan dan kejahatan. Mungkin manifesto khas dikeluarkan untuk negeri-negeri yang menjadi fokus itu. Walaupun hajat sama ada terhadap Kelantan tetapi hati kecil Umno mengakui ia masih sukar. Kenyataan untuk merampas Kelantan setakat ini hanya sebagai mimpi saja. Umno Kelantan masih tercari-cari siapakah tokoh paling layak untuk mengambil alih tempat Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keserabutan dan perebutan untuk menjadi calon di kerusi tertentu di beberapa kawasan boleh menyebabkan momentum yang baik untuk Umno menang akan musnah. Politik cas keting masih berlaku di Kelantan. Golok dan parang untuk memacung di antara satu sama lain sedang bergemerciangan diasah dan dikilir. Berlainan dengan Terengganu nampaknya dengan senang Umno boleh menggulung Pas seperti menggulung tikar buruk sekiranya Pas tidak bangkit melakukan perubahan. 'Kewakyahan' menteri besar Terengganu Mat Said hari ini tidak diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pas. Pas Terengganu seakan hilang akal bagaimana hendak merebahkan UBN. Justeru ada sesuatu perkara yang besar dan penting yang perlu dilakukan Pas Terengganu kalau mereka mahu memakan telor penyu pada pilihan raya ke-13 nanti. Pengorbanan besar di kalangan pemimpinnya harus dilakukan. Peminat apa yang saya namakan sebagai pemimpin Van C twenty perlu berkorban. (Akan diulas di lain masa). Di sini saya hanya akan mengulas mengenai peluang Umno di Kelantan saja. Saya ingin menabur idea sedikit kepada Umno Kelantan sekiranya mereka benar berhajat untuk menggulung tikar penguasaan Pas Kelantan dan menyandarkan di batang sejarah. Harap Mustapa Mohamed mendengar dan berani mengambil tindakan ke atas cadangan saya ini. Ia bukan memerlukan modal besar dan kewangan yang banyak. Ia hanya memerlukan kebernanian dan politik yang rasional. Apa yang saya maksudkan ialah Umno Kelantan harus mengubah pendekatan politik mereka. Politik bebal dan ego yang diamalkan Awang Adek Hussein yang bukan saja tidak mahu menyokong agar royalti minyak diberikan kepada Kelantan, tetapi poster kempen royalti juga ditolak dan ditekis hendaklah ditohok jauh dari hidup Umno. Sudah sampai masanya Umno mengambil pendekatan terbuka dan ikhlas kepada rakyat Kelantan. Politik peninggalan Mahathir Mohamad yang menganiayaan Kelantan berpuluh tahun perlu disingkirkan. Sikap mementingkan diri sendiri menerusi parti tidak wajar diamalkan lagi. Kenapa pemimpin Umno Kelantan tidak menyokong supaya royaliti minyak diberikan ialah kerana mereka lebih mementingkan diri dan perut sendiri. Kalau mereka meletakkan kepentingan rakyat Kelantan di hadapan mereka akan menyokong agar royalti diberikan. Mereka akan mengangkat sepanduk mendesak Ha Najib memulangkan wang dan hak rakyat Kelantan menerusi instrument undang-undang sepatutnya. Mustapa sendiri kena ubah sikap dan pendekatan. Sebagai ketua beliau harus berfikir untuk rakyat bukan untuk parti dan diri sendiri. Beliau kena putarkan kepalanya ke arah lawan jam bukan mengikut denai dan lorong yang diamalkan selama ini. Beliau harus berani mencipta sejarah dan bukan hanya membaca sejarah. Orang Umno lain juga perlu bersikap dinamik dalam hal ini. Makanya di dalam perhimpunan Umno hujung bulan ini Umno Kelantan harus berani merombak paradigma lama yang lapok dan menyebabkan parti itu tidak polpular di kalangan rakyat Kelantan. Untuk tujuannya ini hendaknya Mustapa akan berani membuat keputusan mendesak atau pun membenarkan kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan secara jujur dan ikhlas. Kalau Mustapa sendiri merasa malu alah untuk bercakap, beliau boleh beri green light kepada kepada perwakilan lain untuk melontarkan cadanagan itu. Mereka yang dilantik menjadi jurucakap Umno Kelantan perlu diberikan keizanan untuk mereka menjadi berani dan kurang ajar meminta Ha Najib memberikan royalti minyak kepada kerajaan Kelantan bukannya menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atas nama wang ehsan. Tindakan dan keberanian seperti itu menyalahi adat. Tetapi saya yakin dalam berdepan dengan rakyat Kelantan dan pengundi berpendidikan mereka suka dan menerima cadangan dan keberanian itu satu transformasi terbaik oleh Umno. Politik menghukum, mendenda membalas dendam sudah tidak sesuai lagi dizaman manusia lain sudah berani dan memiliki ilmu untuk hidup. Saya rasa jurucakap Umno Kelantan nanti tidak akan segan silu untuk membuat desakan dan permintaan. Dalam hal ini orang paling layak ialah Mohamad Alwi Che Ahmad (foto). Serahkan kepada Mohamad Alwi. Lagi pun selama ini beliau menampakkan akan politik terbuka dan rasional. Walaupun dalam hal tertentu beliau bersetuju tindakan politik menghukum rakyat Kelantan diamalkan di zaman regim Mahathir turut dibencinya. Apakah Mustapa berani membuat keputusan dan mengambil risiko ini? Iya kalau Mustapa seorang pejuang tulen dan anak jantan beliau tidak ada masalah untuk menerima idea ini demi kebaikan Umno juga. Saya cukup optimis perkembangan dan senario baru politik Kelantan selepas perhimpunan agugn Umno akan dapat disaksikan kalau cadangan ini menjadi realiti dalam perhimpunan agung Umno kelak. |
Orang bengong dilarang tonton... kahkahkah... Posted: 25 Nov 2011 07:00 PM PST |
Mana aci, lagi-lagi Najib yang hampa persalahkan... kahkahkah... Posted: 25 Nov 2011 06:00 PM PST Najib disalahkan: Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13 Vladimir Putin telah digambarkan sebagai lelaki yang membawa kebanggaan kembali ke Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet di bawah Gorbachev. Beliau yang dikeluarkan dalam gambar rasmi kerajaan, menunjukkan fizikal, imej macho, menunggang kuda dan berenang di Sungai Moscow yang sejuk. Tetapi baru-baru ini, beliau dicemuh oleh sebahagian besar penonton 20,000 lebih apabila beliau masuk ke dalam gelanggang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang siaran perjuangan seni mempertahankan diri yang ganas secara langsung di TV di seluruh negara.Tidak menghairankan, berlakunya penutupan berita untuk mengawal kerosakan dan melindungi beliau dari publisiti negatif. Parti pemerintah Putin, United Russia akan melalui pilihanraya parlimen dalam masa dua minggu, dan walaupun beliau sudah pasti menang, sebenarnya populariti beliau telah melendut. Itulah mengapa apa jua cara dan kaedah yang digunakan penasihat perhubungan awam itu untuk meningkatkan imej tidak benar-benar bekerja seperti mana yang dihasratkan. Begitu juga untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. beliau juga telah cuba untuk memperbaiki imej beliau di peringkat tempatan dan global, menggunakan beberapa pasukan perunding imej profesional yang mahal pada kos yang besar kepada pembayar cukai. Tetapi dari APCO hingga Media FBC ataupun pasukan bekas imej Tony Blair, tiada satu pun yang mampu untuk melakukan perkara yang mustahil, iaitu menukarkan katak menjadi Putera. Sebaliknya, usaha mereka telah menjadi bencana terang-terangan - menjadikan Najib dan Malaysia sebagai mangsa lawak golongan diplomatik, yang kagum dengan egonya yang besar. Walaupun Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjaya ke tahap tertentu dalam menggambarkan diri mereka sebagai lelaki yang dinamik yang boleh diharapkan untuk melakukan perkara-perkara yang baik, perkara-perkara yang perlu untuk kebaikan orang negara mereka, Najib masih dilihat sebagai seorang pemimpin yang berparut skandal dan rasuah, bertukar-tukar fikiran dan bersedia untuk menggunakan kekerasan bagi berpaut kepada kuasa. Kadang-kala, tidak ada berapa jumlah cat pun yang boleh menutup wajah yang cacat. Najib harus mengakui bahawa sebahagian besar daripada ketidakupayaannya untuk menang pada permainan persepsi adalah disebabkan oleh hakikat bahawa beliau lemah, ragu-ragu dan tidak tegas dengan isu-isu kritikal yang terlalu banyak. Ini adalah fakta-fakta yang sedih dan kenapa rakyat Malaysia perlu membenarkan dia untuk terus mencurahkan wang hasil titik peluh mereka ke dalam longkang untuk menutup kegagalan peribadi dan profesional sendiri! Terlalu sibuk Walau bagaimanapun, ia tidak nampak seperti Najib akan berhenti. Beliau telah sibuk dengan meningkatkan imej sehingga mengabaikan keadaan ekonomi negara dan kebajikan rakyat. Malah pemimpin-pemimpin tertinggi dalam parti Umno berfikir bahawa beliau telah mengabaikan mereka, terlalu sibuk dengan perjalanan-perjalanan ke luar negara hingga ramai rakyat Malaysia tidak dapat melihat beliau lebih dari seminggu di Malaysia pada satu-satu masa. Pada masa kini, rakyat Malaysia tahu betapa marahnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada Najib. Bekas Presiden Umno itu masih sangat kuat dan nampaknya telah kehilangan semua kepercayaan pada Najib, baru-baru ini beliau mencerca Najib kerana terlalu sibuk untuk "menetapkan" semua perkara salah dalam UMNO. Dan kita semua tahu berapa banyaknya kesalahan dalam UMNO! Mahathir terus mengatakan bahawa sebagai hasil daripada pengabaian, UMNO telah menjadi begitu lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan imej sehingga sekarang telah berbaik dengan kumpulan-kumpulan perkauman seperti PERKASA untuk menjadi kukuh sekali lagi. Logik yang pelik? Tetapi itu adalah Mahathir sebenarnya. Beliau adalah seorang yang muktamad. Beliau katakan apa yang beliau mahu kata, pastikan semua orang tahu apa yang beliau katakan dan bahawa beliaulah orang yang mengatakannya. Dan bukan saja itu, beliau hanya katakana apa yang akan memberi manfaat kepada rancangannya! Walau bagaimanapun, kisah panjang dan pendek tentang apa yang berlaku selepas Mahathir membuat komen "terlalu sibuk" kepada Najib dalam temu bual dengan akhbar Utusan adalah jelas kepada semua. Ia menghancurkan keyakinan pasukan Najib, dengan sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein cuba untuk mempertahankan beliau, manakala saingan Najib dalam UMNO - timbalannya Muhyiddin Yassin - bersetuju dengan Mahathir. Ya, terdapat banyak buah busuk dalam UMNO tetapi ia boleh dibaiki (sudah tentunya oleh beliau, itulah implikasinya!). Huru-hara lebih teruk di dalam BN Sesungguhnya sebagai media BN, terutamanya Star, suka menuding dan menuduh Pakatan Rakyat kerana tidak pernah dapat bersetuju dan sentiasa bersengketa dengan satu sama lain, ia sebenarnya dalam BN di mana huru-hara terbesar dan pertelagahan dalaman sedang berlaku. Ia amat sengit dalam UMNO, dengan calon saingan berentap dengan satu sama lain di Terengganu, Negri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor disebabkan kerusi, kedudukan dan bagaimana untuk membahagikan harta rampasan permainan politik ini. Parti seterusnya yang paling bermasalah ialah sudah tentu MCA, kini di bawah Chua Soi Lek yang dicemari skandal. Bahawa ia telah melalui dua pecah-belah EGM tidak membantu untuk mendekatkan jurang antara puak yang dipimpin oleh pemimpin lama seperti Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat. Sebaliknya semua sedang menunggu untuk isyarat yang tepat untuk menumbangkan Soi Lek, yang mereka semua tahu mesti berhenti kerana skandal DVD seks itu adalah liabiliti terlalu besar kepada masa depan parti. Sama juga dalam Gerakan, di mana semua sedang menunggu untuk membuang Presiden tempang Koh Tsu Koon dan kroninya. UMNO tidak yakin dengan Tsu Koon hingga UMNO mahu membuat keputusan berkenaan Gerakan. Tetapi nampaknya Najib, Soi Lek, Tsu Koon dan pengikut terkuat mereka lebih rela mati daripada mengakui ini. Soi Lek percaya beliau boleh memerintah MCA selama-lamanya kerana beliau mempunyai kawalan ke atas media yang paling berkuasa untuk memutar berita palsu bagi pihaknya – iaitu The Star dan cabangnya yang pelbagai termasuk stesen radio bahasa Cina yang popular. Tetapi seperti Najib dan UMNO, Soi Lek dan MCA tidak mungkin lebih silap. Mengapa? Kerana di bawah semua rupa, mesti ada isi. Orang ramai bukannya bodoh. Mereka boleh diperbodohkan kadang-kala tetapi bukan selalu! Perkara Sebenar! Lihatlah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, beliau mungkin kelihatan seperti seorang tokoh populis yang tahu bila dan bagaimana untuk mendebar-debarkan dadanya untuk memenangi hati pengundi nasionalis. Tetapi jangan silap, beliau juga seorang pengurus ekonomi yang sangat arif dan, bagi orang ramai, reformis kebenaran yang inginkan Turki untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang ekonomi dan politik pada peringkat global, bermula dengan Eropah. Berdasarkan laporan majalah Time, sepanjang tempoh Erdogan berkhidmat, pendapatan per kapita di Turki meningkat tiga kali ganda, eksport meningkat empat kali ganda, dan inflasi telah menurun dari setinggi 37% kepada di antara 5% dan 8%. Turki mempunyai ekonomi ke-17 terbesar di dunia, dan Goldman Sachs meramalkan ia akan memecah masuk ke dalam 10 teratas menjelang 2050, dengan mengandaikan semuanya berjalan lancar. Jadi ya, Erdogan telah berjaya. Beliau dialu-alukan oleh ahli-ahli revolusi dalam kerajaan Spring Arab Mesir, Tunisia dan Libya. Beliau sangat dihormati sehinggakan kata-kata beliau juga sangat bermakna bagi Perdana Menteri Israel Netanyahu. Bolehkah Najib dan Soi Lek berani berharap untuk dibandingkan dengan tahap tersebut? Seperti membandingkan kecantikan dengan keburukan, bukan? Kedua-dua rakyat Malaysia ini tidak mempunyai sebarang hasil konkrit untuk ditunjukkan. Kedua-duanya dibelenggu skandal peribadi yang besar. Juga tidak imaginatif, kreatif ataupun mempunyai kualiti asas bagi menginspirasikan kepercayaan dan rasa hormat. Dan ini adalah jujur, menjaga perkataan seseorang, kebolehpercayaan dan amanah. Berapa ramai rakyat Malaysia benar-benar boleh mengatakan yang mereka percaya atau hormat dengan apa-apa yang telah ditawarkan oleh Najib atau Soi Lek? Rakyat Malaysia tidak penting bagi Najib Najib – mempunyai risiko tertinggi - lebih prihatin tentang rupa dan bagaimana beliau akan muncul dalam buku-buku sejarah. Rakan-rakan UMNO-BN dan kroni mereka tidak berminat untuk meningkatkan ekonomi, tetapi seolah-olah lebih berminat untuk menggoyahkan dana negara dengan mengorbankan keperluan rakyat. Najib tidak pernah menunjukkan kebimbangan sebenar bagi rakyat. Ia adalah terlalu terlalu susah bagi si lembut seperti beliau. Beliau sudah biasa untuk kehidupan yang baik dan lebih suka gaya hidup mewah sehingga beliau lebih daripada cukup kaya untuk menyokong. Dan cuba teka siapa yang harus diterima kasih untuk semua harta benda yang mewah? Bagi Najib untuk menggulung lengannya dan menangani pelbagai masalah di negara ini adalah tidak sama sekali, bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada isteri beliau Rosmah Mansor. Dia mungkin satu-satunya orang yang boleh membuat beliau bekerja, tetapi ia kelihatan seperti dia lebih suka lorong pantas yang mahal lebih daripada suaminya. Benar, sekarang, ia harus jelas bahawa pasangan tersebut di Malaysia benar-benar mempunyai kepentingan yang sangat sedikit untuk mengetahui apa yang akan dibuat Ali, Ah Chong dan Muthu dan keluarga mereka berasa sedikit lebih selamat dan lebih makmur. Sudah tentu, sebaliknya ia kelihatan seperti Najib dan Rosmah, UMNO dan BN lebih berminat untuk mengetahui bagaimana mereka boleh menjadikan diri mereka lebih selamat dan makmur! Malaysia Chronicle |
Posted: 25 Nov 2011 04:00 PM PST Kerajaan: Bos atau pekerja untuk rakyat? Oleh Fairuz Azhan Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary). Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka. Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan. Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut. Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut. Demokrasi terpimpin atau suara rakyat? Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara. Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat. Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat? 'Demokrasi terpimpin' atau pun 'suara rakyat'? Leaders know best or people know best? Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, 'cerdik pandai'. Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor. Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan 'demokrasi terpimpin'? Pemimpin lebih bijak dari rakyat? Perlukah kita dengan sistem para 'cerdik pandai' yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita? Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat. Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat? Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega. Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing. "Kami lebih tahu dari anda" Sikap ini berpunca dari sifat angkuh "kami lebih tahu dari anda" yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati. Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi 'demokrasi terpimpin' yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat. Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat. Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin. Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin. Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin. Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia. Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi. Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas. Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan. Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com |
Kesalahan lelaki dalam berpakaian Posted: 25 Nov 2011 02:30 PM PST Kesalahan-kesalahan dalam berpakaian Lelaki Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat. Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini kita berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat. 1. Isbal. Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar. Rasulullah SAW bersabda: "Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka." (HR. Al-Bukhari, shahih). Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar. Nabi SAW bersabda: "Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur." (Muttafaq Alaih, shahih). Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda: "Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan." (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih). Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah. Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat. Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat. Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya. Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit. Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan 2. Mengenakan pakaian nipis dan ketat. Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan. Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan." (Al-A'raf: 26). Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan. Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu. 3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita. Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat. Dalam hadis shahih disebutkan: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Al-Bukhari). Sebagian ulama berkata, 'Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.' Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita. Rasulullah bersabda: "Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Shahihul Jami' , 5071) . 4. Mengenakan pakaian mengikut trend. Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t'shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing. Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut. Padahal Nabi bersabda: "Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan). Imam Asy-Syaukani berkata, 'Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.' 5. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat. Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya. Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma'mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda: "Wahai Ma'mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat." (HR. Ahmad). "Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu." (HR. Imam lima kecuali An-Nasa'i dengan sanad hasan). 6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid. Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan. Allah berfirman: "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Al-A'raf: 31). Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia. 7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam." (HR. Muslim). "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar." (HR. Al-Bukhari). Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka. 8. lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera. Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya. Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda: "Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!' Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!' Dia menjawab, 'Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya." (HR. Muslim, 3/1655). Dan Rasulullah SAW bersabda: "Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa'i, shahih). Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan