Jumaat, 25 November 2011

shalehudin

shalehudin


Adegan yang aneh dilihat

Posted: 25 Nov 2011 07:07 AM PST

Lucu Bila Anak Tidak Izin Ayah Masuk

Kalau ayah yang ada kuasa terhadap rumah yang didiami tiba-tiba dilarang masuk oleh anak-anak sendiri, itu tanda dunia sudah terbalik dan sudah jadi cacar merba. Kelakar dan lucu apabila rumah sendiri pun tak boleh masuk.

Itulah ibaratnya yang berlaku kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah apabila dihalang untuk menghadiri program di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) malam tadi. Pihak pentadbiran UIA dilaporkan telah membatalkan program In Person with Dato' Saifudin untuk membicarakan e-book beliau yang bertajuk: "Kalau Saya Mahasiswa".

Bagaimana seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap UIA boleh dihalang dan dibatalkan programnya sedangkan umum mengetahui UIA di bawah seliaan beliau melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jika Ketua Dewan Ulamak PAS yang dihalang untuk menghadiri program tersebut maka ia tidaklah mengejutkan kerana beliau tiada kuasa di universiti tersebut.

Ataupun UIA ingin menunjukkan kuasanya terhadap timbalan menteri tersebut. Ini mungkin ada kaitannya dengan nasihat beliau kepada rektor UIA, Datuk Zaleha Kamaruddin untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari apabila didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" berikutan ulasannya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Jelas bahawa UIA bukan hanya melanggar kebebasan akademik dalam isu Prof Dr Abdul Aziz Bari bahkan tidak menghormati seorang timbalan menteri yang menjaga hal ehwal yang berkaitan Pengajian Tinggi di Malaysia.

Jika ini berlaku, nyata bahawa UMNO yang memerintah negara tidak dapat mengawal keadaan ini dan menguruskannya dengan baik. UMNO sedang membawa negara mundur ke belakang walaupun di sana sini dinyatakan bahawa hanya UMNO yang boleh membawa pembangunan. Hakikatnya walaupun bangunannya banyak tetapi isinya kosong.

Bahruddin bin Hashim
Ketua Unit Penyelidikan
Ulamak Pelapis PAS Pusat

Kesian kat Rosmah, Najib Playboy lemah... kahkahkah...

Posted: 25 Nov 2011 03:00 AM PST

Rosmah "low profile" sebelum Perhimpunan Agong Umno

Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.

Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.

Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.

Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Setelah dalam pagar Putrajaya!

Ramai rakyat Malaysia yang telah menonton video beliau di Youtube yang memburukkan beliau dan menuduh beliau melakukan pelbagai perkara jahat dengan niat. Sehingga kini, beliau belum lagi menangkis tuduhan-tuduhan tersebut atau menyaman mereka yang menuduh beliau.

Kemudian, tibalah masa beliau dapat tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri yang beliau dambakan itu yang terletak di Putrajaya.

Itu belum cukup memuaskan beliau kerana selepas menduduki kediaman itu, beliau terus membelanjakan RM65 juta untuk mencantikkan kediaman itu seperti yang dilaporkan sebuah media online.

Kemudian, beliau memberi tumpuan kepada pejabat rasmi suaminya dengan mengadakan pejabat sendiri yang beliau panggil FLOM (First lady of Malaysia/Wanita pertama Malaysia). Tidak pastilah sama asa untuk melihat gerak geri suaminya itu atau menghalang pertemuan dengan mana-mana jurubahasa Mongolia, atau pun untuk beliau sama-sama membelanjakan akaun perbelanjaan suaminya yang tidak akan habis.

Suaminya sangat takut atau sangat menghormati beliau sehingga sanggup menghantarnya untuk mewakili negara di beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi.

Disebabkan beliau tiada jawatan rasmi, beliau telah dituduh campur tangan dalam pentadbiran Suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Mereka yang ada di Putrajaya turut bercakap mengenai beliau yang pernah memarahi suaminya yang besar tetapi lemah itu.

Sumbangan beliau setakat ini

Mari kita lihat sumbangan beliau setakat ini.

Wanita Pertama, Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan wanita-wanita pertama daripada negara Komonwel. Untuk ini, beliau telah dituduh melakukan perbelanjaan besar untuk suatu perhimpunan yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara walaupun negara terpaksa berhadapan dengan kesempitan bajet.

Malangnya, Rosmah juga telah dibabitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seorang jurubahasa. Beliau telah menangkis tuduhan tersebut dan polis juga telah mengenakan tuduhan fitnah ke atas penuduh beliau. Orang kata, beliau sentiasa dapat apa yang beliau mahu- katakan sahaja.

Rosmah juga pernah digambarkan membawa sebuah beg Birkin yang direka dan dikeluarkan oleh Hermes of Paris. Harga beg tersebut dikatakan benilai USD9000 hingga USD150000 mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya.

Beliau juga pernah dilihat memakai gelang Zebra safari hitam putih 65.77 karat yang dibuat daripada berlian hitam putih dan emas putih 18-karat. Gelang ini datang daripada Jacob & Co, yang telah menghantar kepada beliau cincin bernilai USD 24 juta untuk di "inspek".

Gaya hidup mewah

Kegilaan Rosmah terhadap kehidupan mewah di New York dan Bandar-bandar besar serata dunia telah di dokumenkan dengan begitu lengkap. Ini ada kaitan dengan keakraban beliau dengan seorang hartawan muda Low Taek Jho aka Jho Low, yang sering membelanjakan wang yang banyak bersama wanita-wanita terkenal samada pelakon dan selebriti.

Pada 16 April 2010, New York Post telah melaporkan bahawa beliau dan suami beliau telah diberikan penghormatan dalam sebuah parti mewah kerana beliau mendapat anugerah yang ramai percaya hanya direka pihak perhubungan awam beliau sendiri.

Parti tersebut telah di emcee oleh pelakon dan pelawak Jaime Fox dan dihadiri ramai pelakon termasuk Charlize Theron dan Robert De Niro. Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy Leona Lewis juga membuat persembahan dan juga Harlem Boys Choir.

"Low Profile" sehingga tamat persidangan Umno

Walaupun dengan pelbagai pencapaian beliau dan sikap berani mati beliau, ada juga awan hitam yang membayangi Rosmah. Beliau dikatakan sebagai antara punca kejatuhan Umno.

Dengan Perhimpunan Umno yang dijadualkan bulan depan, tidak hairanlah beliau terpaksa beralih ke bawah tanah dan jadi "low profile" sehinggalah ianya selamat untuk beliau keluar bersuka ria kembali.

Beliau mungkin mengkritik pembangkang tetapi beliau semestinya tahu bahawa musuh sebenar beliau adalah orang Umno yang beliau pelawa dengan senyuman untuk masuk ke kediaman indah beliau di Putrajaya. Mereka inilah yang akan mendapat faedah daripada kejatuhan suami beliau, presiden Umno yang semakin goyah setiap hari.

Sudah ada buku anti-Najib yang dikeluarkan oleh bekas ketua Umno bahagian yang menyeru Ahli Umno untuk menyingkirkan Najib yang dilihat sebagai Playboy lemah dan bukanlah pemimpin yang dinamik yang diperlukan Umno.

Tidak lama lagi aka nada buku beracun yang sememangnya tren orang Umno yang akan menjadi buku yang laris yang akan menjatuhkan Rosmah seraya menyedarkan beliau kepada realiti.

Malaysia Chronicle

Blogger disiasat, siar gambar hina Islam...

Posted: 25 Nov 2011 01:30 AM PST

Blogger Singapura disiasat siar gambar hina Islam

SINGAPURA - Polis Singapura sedang menyiasat seorang blogger selepas dia dilapor menyiarkan gambar menghina Islam di akaun Facebooknya, kes ketiga seumpamanya di Singapura dalam tempoh seminggu.

Donaldson Tan yang juga editor laman web komentar New Asia Republic dilapor menyiarkan gambar Kaabah bersama khinzir disertai kenyataan 'ini adalah mesej hasutan. Anda diberi amaran'.

Tan dalam reaksinya kepada Channel NewsAsia berkata, dia menyiarkan gambar tersebut bagi menyedarkan orang ramai tentang perbuatan hasutan yang kini berleluasa di Facebook.

Dia juga enggan menarik balik penyiaran gambar itu walaupun didesak rakan-rakan Facebooknya kerana percaya kepada kebebasan suara dan menurutnya Islam adalah agama yang boleh dipersoalkan.

Tan turut mengakui, sebagai seorang bukan Islam tindakannya itu bersifat anti Islam dan boleh menimbulkan kemarahan di Internet.

Ini merupakan kes ketiga bersifat perkauman dan menghina agama di Singapura dalam tempoh seminggu.

Kes pertama melibatkan bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo yang disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah.

Beberapa hari kemudian, anggota tentera kebangsaan (NSF), Christian Eliab Ratnam disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuat kuasakan secara paksa'.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata, polis sedang menyiasat beberapa aduan melibatkan kenyataan menghina agama di Internet dan meminta orang ramai bersabar sementara siasatan dijalankan.

MHA turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyiarkan ulasan tentang agama yang boleh menyakitkan hati di Internet kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

- Agensi

Video: Artis Filipina peluk Islam...

Posted: 25 Nov 2011 12:00 AM PST

Alhamdulillah..Artis Terkenal Filipina Peluk Islam Dan Berjilbab

Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.

"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilapurkan

Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata "dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat".

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah.

Nyawa Anwar terancam?

Posted: 24 Nov 2011 11:00 PM PST

"Harga politik terlalu tinggi", Syed Husin bimbang nyawa Anwar terancam

Lim Hong Siang
"Harga politik kadang-kadang terlalu tinggi. Ada kalanya ia harus dibayar dengan nyawa. Oleh kerana itulah aku selalu menaruh bimbang akan keselamatan Anwar Ibrahim. Kedudukan dan pengaruh beliau jauh lebih besar. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai mencabar dan mengancam kuasa mereka. Aku melihat segala fitnah ke atas dirinya yang bertalu-talu sebagai percubaan untuk menamatkan hayat politiknya."

"Apakah akan berlaku sekiranya semua percubaan ini gagal? Adakah akan timbul pula percubaan ke atas nyawanya sendiri? Aku sentiasa berdoa semoga Allah melindungi hambanya yang benar. Benarkanlah yang benar dan dustakanlah yang dusta."

Demikianlah catatan dalam Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, dalam bab penutupnya dengan tajuk "Menghadapi Cabaran Dan Ancaman", setelah mendedahkan percubaan pembunuhan terhadap dirinya yang berlaku ketika beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 1960-an.

Syed Husin Ali mengisahkan pengalamannya bagaimana motorsikal yang diboncengnya disondol sebuah kereta dari belakang, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mertuanya di Kelantan. "Motor tidak tumbang. Entah macam mana aku sempat memegang dengan kuat 'bumper' kereta itu. Nik Aziz pula sempat menahan motornya daripada tumbang dengan kakinya. Akan tetapi motorsikal itu senget dan pedalnya terkena pada jalan. Kami ditolak oleh kereta itu lebih 50 ela."

Syed Husin (gambar kanan) mengalami kecederaan yang agak teruk dalam kejadian tersebut, begitu juga kawannya Nik Aziz, Pengerusi PRM Kelantan ketika itu. Ia berlaku pada tengah malam selepas Syed Husin Ali mengadakan perbincangan dengan pemimpin PRM di ibu pejabat Kelantan. Mereka sebenarnya diekori kereta. Namun, pemandu kereta sempat melarikan diri, dan Syed Husin diberitahu kemudian bahawa pembawa keretanya memang terkenal sebagai samseng ganas.

"Kalau perlu habiskan"

Syed Husin akhirnya menyedari bahawa ianya satu cubaan membunuh selepas seorang pelajar perempuannya mendapati apa yang menimpa Syed Husin, menepati perbualan Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama kawannya. Pelajar perempuan itu sahabat rapat kepada isteri Timbalan Menteri Dalam Negeri, dan berada di rumahnya untuk membantu kawannya melayan tetamu yang dijemput makan pada satu malam. Semasa mereka berbual-bual, pelajar perempuan itu bersama isteri Timbalan Menteri dibiarkan duduk mendengar sama segala perbualan.

Menurut pelajar perempuan tersebut, mereka, termasuk seorang pemimpin UMNO Kelantan tidak suka dengan kegiatan Syed Husin Ali dan perkembangan PRM di Kelantan pada ketika itu. "Beliau mendengar seorang yang hadir menekankan pendapat bahawa aku perlu diajar. Lebih kurang katanya, akan tetapi dalam loghat Kelantan, 'Kita mesti ajar dia. Kalau perlu, habiskan.'"

Itu sebabnya pelajar perempuan itu menyeru nama Allah dan beristighfar lalu berkata, "Ya Allah, betullah!" ketika ternampak tangan Syed Husin Ali berbalut akibat kecederaan. Bagaimanapun, pelajar itu meminta agar Syed Husin tidak menceritakan hal ini selagi hidup. Syed Husin hanya mendedahkan hal ini selepas pelajar ini meninggal dunia.

"Pada masa itu aku bukan berpengaruh sangat. Cabaran aku terhadap UMNO Kelantan aku sendiri rasa tidak sebesar mana. Tiap-tiap kali aku terkenangkan peristiwa ini aku teringat kepada apa yang berlaku ke atas Abdul Samad Gul dan Zulkifli Muhammad..."

"Samad ditamatkan riwayatnya dengan kapak kecil yang dikatuk atas kepalanya. Zulkifli meninggal selepas kenderaan dinaikinya dikatakan berlanggar dengan atau dilanggar oleh kenderaan lain dari depan, khabarnya di lorong Zulkifli sendiri. Aku teringat juga akan rancangan terhadap Aziz Ishak, yang terselamat hanya kerana ia dibongkar oleh pengawalnya sendiri, yang telah ditugas untuk menamatkan ceritanya."

Syed Husin Ali bimbang dengan keadaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sekarang, yang mana Pakatan Rakyat dilihat sebagai gandingan politik yang paling berkemungkinan menjatuhkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional dalam sejarah politik Malaysia.

Anwar Ibrahim pernah berselindung di Kedutaan Republik Turki pada Jun 2008, mendakwa nyawa dirinya dalam bahaya. Pada tahun ini, pemandunya Abdullah Sani Said membuat laporan polis bahawa terdapat usaha jahat untuk mensabotaj kereta yang lazim digunakan majikannya sehingga berlaku kemalangan pada 19 April 2011.

Video: Anwar cari pasai lagi...

Posted: 24 Nov 2011 09:30 PM PST

Najib tau pembunuh Altantunya... kahkahkah...

Posted: 24 Nov 2011 08:00 PM PST

"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam" .

Itu kata Najib pdrm [penghisap darah rakyat Malaysia] menyahut cabaran debat Anwar Ibrahim.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, maklumat pembunuh Altantunya Shaaribu juga tentu ada padanya.

Jelas dengan kata-katanya itu dia mendedahkan bahawa telah menggunakan Polis untuk menutup kes wanita Mongolia yang mati berkecai akibat dibom oleh babi bertopengkan manusia.

Najib pdrm yang dicabar berdebat oleh Anwar Ibrahim, peneroka Felda pula yang ditanya pendapat dan diminta kebenaran.

Woi Najib pdrm ! Hang cuba tanya peneroka FELDA itu, "perlukah saya mendedahkan pembunuh Altantunya ? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat tentang Altantunya. Kalau saya dedahkannya... adoi... pembunuh Altantunya dan mereka yang bersyubhat akan demam"

Semakin lama semakin nampak kebodohan Najib pdrm yang dilantik oleh Mahathir Mohamed sebagai ahli kabinet.

Najib pdrm tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi Menteri Besar atau ahli kabinet. Hanya kerana mahu membalas jasa Tun Razak kepadanya, Mahathir mengambil penghisap darah rakyat Malaysia ini bagi mengisi tempat mudah merompak khazanah negara.

Sebagai Perdana Menteri, bukan sahaja peneroka FELDA tetapi rakyat Malaysia pelbagai keturunan mahu hang dedahkan siapa pembunuh Altantunya !- MR

Sapa nak jawab bagi pihak Noh Omar nih...

Posted: 24 Nov 2011 07:00 PM PST

P'raya berasingan: Sarawak boleh, kenapa Selangor tidak?

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor telah mengisytiharkan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri berasingan dari Pusat sekiranya dipanggil sebelum Jun 2012.

Bagi saya sebagai anak jati Selangor, ia adalah tindakan bijak. Umno yang memerintah Kerajaan Pusat telah sekian lama menikmati kelebihan menentukan tarikh pilihan raya seluruh Malaysia

Sering kali parti-parti yang bukan Barisan Nasional terperangkap dan tidak bersedia sepenuhnya angkara perkara ini.

Pertama kali dalam sejarah, Umno dipulangkan paku buah keras. Saya lihat sendiri betapa gusarnya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terhadap keputusan Menteri Besar Selangor ini. Datuk Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dengan secara terbuka mengecam keputusan Yang Amat Berhomat Menteri Besar Selangor ini.

Namun alasan-alasan yang diberikan oleh beliau di blog beliau (nohomar.net/portal) adalah sangat-sangat dangkal, bagi saya. Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihan raya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

Saya menyeru mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan ini supaya memikirkan semula pendirian mereka

Mahafiraun II... kahkahkah...

Posted: 24 Nov 2011 06:00 PM PST

BN/UMNO, PM Najib Razak Kejam Dan Zalim Macam Firaun

Respon dengan AKTA PERHIMPUNAN AMAM 2011 yang dibentang dalam parlimen sekarang adalah AKTA ATAU BIL YANG ZALIM DAN DARI AKTA POLIS 1967, SEKSYEN 27 DAN 27A. Untuk rekod Akta Polis 1967 sudah bersifat zalim, iaitu akta yang digunapakai sekarang kepada rakyat Malaysia.

Parlimen Malaysia melalui Datuk Sri Nazri Aziz telan membaca dan membawa AKTA PERHIMPUNAN AMAM 2011 BAGI MENGANTIKAN AKTA POLIS 1967. BN/UMNO dan PM Najib Razak menyekat perhimpunan amam dalam apa jua suasana jika perhimpinan dianjurkan oleh badan atau ngos atau parti politik yang berlawan dengan BN/UMNO.

Jika akta baru ini dluluskan oleh parlimen "AKTA PERHIMPUNAN AMAM MENGANTIKAN AKTA POLIS 1967 ,Rakyat Malaysia "digari" oleh kerajaan BN/UMNO. Pemimpin UMNO bagaikan berpenyakit yang sukar diubati mungkin penyakit lembu gila atau apedemik lembu gila dihinggap dalam otak pemimpin Melayu yang bernama UMNO.

Secara rengkas AKAT PERHIMPUNAN 2011 YANG DIBAWA KEPARLIMEN IALAH UNTUK MENGANTI AKTA POLIS 1967.

AKTA POLIS 1967 , ADALAH AKTA YANG ZALIM DAN CUKUP JAHAT.

AKTA PERHIMPUNAN 2011 LEBIH JAHAT DAN LEBIH KEJAM JIKA DIBANDINGKAN DENGAN AKTA YANG SEDIA ADA.

LAJNAH UNDANG UNDANG GUAMAN PAS DAN AJK PAS PUSAT Sdr. Mohamed Hanipa Maiden memberi komen dalam harakahdaily berkata, Jika AKTA POLIS 1967 SEKSYEN 27 DAN 27A SUDAH BERSIFAT DRACONIAM DAN ZALIM, AKTA PERHIMPUNAN 2011 YANG DIBACA DIPARLIMEN DAN DIGUBAL OLEH BN/UMNO BERIBU RIBU KALI ZALIM DAN LEBIH ZALIM DARI AKTA POLIS 1967.

Kita mengharap semua wakil rakyat PR berhujah dalam parlimen bagi menyekat akta perhimpunan 2011 diluluskan dalam parlimen.

Malah seluruh wakil rakyat BN/UMNO dalam parlimen menyekat dan menarik balik akta perhimpunan 2011 ditarik balik. Jika diluluskan satu lagi bala bencana terhadap rakyat Malaysia."

Umno penyangak besaq...

Posted: 24 Nov 2011 05:00 PM PST

Patutlah UMNO tak mahu hudud! Ini sebabnya......

Assalamualikum,
Entah apa gerangannya selama ini UMNO beriya iya sangat tidak mahu hudud dilaksanakan di bumi Malaysia yang baru ditukar nama 1Malaysia oleh Najib. Sedangkan secara lahirnya ahli UMNO adalah Islam, yang sama sama berjemaah di masjid (ada yang gah memakai jubah dan serban), sama sama menunaikan fardu puasa Ramadan serta Bertarawih, sama sama menunaikan fardu haji dan sama sama menghidupkan sistem perbankan Islam, juga kelihatan sama sama memelihara perintah munaqahak terutama dalam soal nikah kahwin tetapi tetap keras hati untuk melaksanakan hudud.

Selama 1/2 abad UMNO bersungguh sungguh mahu menganut ISLAM tanpa hudud sehingga satu ketika mereka memperkenalkan istilah Islam hadhari lengkap dengan prinsip prinsipnya sekali.Sehingga kini, UMNO tetap mahu Islam yang diamalkan di Malaysia Islam yang tanpa hudud.Kenapa?

Pemimpin tertinggi UMNO sejak zaman awal penubuhannya lagi sudah memulakan usaha melahirkan Islam tanpa hudud ala Islam Mustafa Kamal artartuk.Pemimpin utama UMNO pernah kedengaran mengeluarkan kata kata seperti "hukum Islam sudah lapuk","Kalau Hudud dilaksanakan negara akan mundur kerana akan ramai rakyat yang kudung tangan dan kaki".Sementara seorang ulamaknya yang bernama Dr.Mashitah secara terbuka mempersoalkan hudud seolah olah beliau seorang yang jahil tukil.

Sudah agak lama meneliti kesungguhan UMNO dalam soal penolakan perlaksanaan hudud terutama ketika ramai tok tok guru dan ustaz tampil menyatakan kewajiban pihak berkuasa ISLAM menlaksanakan hudud atas perintah yang qatie dari ALLAH yang tidak boleh diubah ubah atau dipersoalkan,akhirnya terjawab juga kenapa UMNO bersikap sedemikian rupa.

UMNO menerusi pemimpin mereka rupa rupanya mengetahui juga apa itu hudud, kesalahan dan hukumannya.Kesalahan hudud ini rupa rupanya tidak disenangi oleh pemimpin mereka kerana hampir lebih separuh dari mereka merupakan pesalah hudud.Antara kegemaran mereka ialah 'ZINA,ARAK,MENCURI DAN JUDI',yang merupakan kesalahan hudud yang membawa hukuman yang zalim pada mereka.

Pendedahan demi pendedahan skandal pemimpin UMNO kebanyakannya memilih elemen elemen di atas yang merupakan bukti jelas bahawa merekalah sebenarnya pesalah hudud yang majoriti di bumi Malaysia ini.

Inilah puncanya kenapa UMNO menolak perlaksanaan hudud kerana kalau hudud dilaksanakan, sudah tentu mereka tidak berpeluang lagi melakukan kegemaran mereka. Oleh itu mereka lebih gemar kepada Islam tanpa hudud tetapi mereka lupa bahawa dengan menolak hudud maka carahidup Islam akan menjadi cacat serta tercemar kerana hudud sebenarnya asas yang kuat untuk melahirkan satu carahidup yang dipandu arah oleh panduan Islam sekaligus boleh menyelelesaikan permasalah seperti murtad tanpa perlu berhimpun dan masalah soisal yang kronik lainnya.

UMNO dalam usaha melahirkan cara hidup tanpa hudud tanpa disedari telah membuka ruang kepada ulamak tempatan untuk menghasilkan sebuah kitab yang bernama 'MASTIKA HADIS' yang dikeluarkan oleh Jabatan perdana Menteri dan dalam kitab ini ada satu bab yang membicarakan tentang MURTAD dan RIDDAH.Dalam bab ini antara lain disebut panduan para ulamak mengenai perbuatan dan perkataan yang boleh menyebabkan gugurnya iman seseorang. UMNO menerusi perdana menteri dan menteri menterinya tidak menyedari bahawa kata kata mereka ketika menolak perlaksanaan hudud itu mungkin termasuk dalam perkara yang menggugurkan iman seperrti diterangkan dalam kitab Mastika Hadis keluaran UMNO sendiri.

Inilah UMNO dulu, kini tetapi tidak selamanya. Para penyokong yang selama ini diberi makan dengan RM100-00 atau RM200-00, beras sebungkus perlu sedar dari tidur mereka. Tolak UMNO sekarang dan sokonglah perlaksanaan hudud demi masa depan anak anak. Ingatlah terlaksananya hudud bermakna bermulalah satu detik permulaan kepada cara hidup yang diredhai ALLAH.

Lawak antarabangsa... kahkahkah...

Posted: 24 Nov 2011 04:00 PM PST

Please tell me "WHY"

WHY (can anyone give the answers)

1. Why do we press harder on a remote control when we know the batteries are getting dead?

2. Why do banks charge a fee on "insufficient funds" when they know there is not enough money?

3. Why does someone believe you when you say there are four billion stars, but check when you say the paint is wet?

4. Why doesn't glue stick to the bottle?

5. Why do they use sterilized needles for death by lethal injection?

6. Why doesn't Tarzan have a beard?

7. Why does Superman stop bullets with his chest, but ducks when you throw a revolver at him?

8. Why do Kamikaze pilots wear helmets?

9. Whose idea was it to put an "S" in the word "lips"?

10. If people evolved from apes, why are there still apes?

11. Why is it that no matter what color bubble bath you use the bubbles are always white?

12. Is there ever a day that mattresses are not on sale?

13. Why do people constantly return to the refrigerator with hopes that something new to eat will have materialized?

14. Why do people keep running over a string a dozen times with their vacuum cleaner, then reach down, pick it up, examine it, then put it down to give the vacuum one more chance?

15 Why is it that no plastic bag will open from the end on your first try?

16. How do those dead bugs get into those enclosed light fixtures?

17. When we are in the supermarket and someone rams our ankle with a shopping cart then apologizes for doing so, why do we say, "It's all right?" Well, it isn't all right, so why don't we say, "That hurt, you stupid idiot?"

18. Why is it that whenever you attempt to catch something that's falling off the table you always manage to knock something else over?

19. In Winter, why do we try to keep the house as warm as it was in Summer, when we complained about the heat in Summer?

20. How come you never hear father-in-law jokes

Kita bukannya heran kepala masam Muhyiddin...

Posted: 24 Nov 2011 02:30 PM PST

Inilah demokrasi cara Umno, inilah jugak cara pemerintahan jahilliyah Umno yang turun temurun diwarisi mereka sejak berzaman.

Kedegilan rakyat Kelantan memilih PAS sebagai pemerintah telah dihukum sekian lama. Malah kini Muhyiddin bagai memberi satu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13, sekiranya mereka hendakkan masalah air Kelantan dapat diselesaikan.

Manakala jika rakyat Kelantan terus degil mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini. Biar mampus, padan muka dengan rakyat Kelantan kerana BN tidak akan membantu...



PAS dakwa Muhyiddin angkuh beri syarat selesai air Kelantan

KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Pemuda PAS pusat mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai angkuh apabila memberi jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata pandangan Muhyiddin itu satu kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.

Riduan menambah Pemuda PAS berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Tambah Riduan, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan.

"Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

"Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka," ujarnya lagi.

Lebih dari itu, katanya masalah kebersihan air adalah masalah negara yang juga dialami oleh negeri-negeri yang lain, bukan setakat Kelantan.

Menurutnya, rakyat umumnya sudah mengerti bahawa air yang mengalir keluar dari paip di rumah, tidak selamat unutk diminum begitu sahaja melainkan perlu dimasak terlebih dahulu.

Malah, ujarnya penduduk di ibu kota juga menghadapi masalah yang sama, dengan kadar kebersihan air yang amat diragui.

Oleh kerana itu, katanya mesin pemprosesan dan penyulingan air laris di jual di merata-rata rumah di negara ini.

Beliau menambah, ia adalah masalah nasional yang perlu diselesaikan secara bijak dan berhikmah tanpa sentimen tertentu.

Justeru itu, kata Riduan, Pemuda PAS berpendapat bahawa jika Muhyiddin benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan, tidak perlu tunggu mandat dari rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

"Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini," katanya.

Tiada ulasan: