shalehudin |
- Betoi kata Mahathir, Umno tinggai yang bodo-bodo
- Wajib baca, cara-cara UMNO bodohkan Melayu...
- Sah dia ni sakit otak pulak dah...
- Berita yang boleh mengecutkan rambut kembang Rosmah... kahkahkah...
- Bangsa UMNO jangan baca, pasai hampa memang bangang... kahkahkah...
- Tak baik tau Nurul Izzah pitnah Hj Najib... kahkahkah...
- Kalau Bob Lokman, dah berkilo surat saman kena...
- Umno ngan anak haram ni sama ja, depa pun pernah kena haram...
- Tukar Tiub ni merapu apa pulak dahh... kahkahkah...
- Kesian pulak kat UMNO... kahkahkah...
- Padan muka, undilah Umno lagi... kahkahkah...
- Lekeh sungguh la KERAjaan Najib... kahkahkah...
Betoi kata Mahathir, Umno tinggai yang bodo-bodo Posted: 21 Nov 2011 08:06 AM PST Pakatan 'racuni' peminat Indonesia benci M'sia Hazlan Zakaria Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. "Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia. "Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini. "Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya 'Maling' yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini. Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan. |
Wajib baca, cara-cara UMNO bodohkan Melayu... Posted: 21 Nov 2011 04:23 AM PST Kebenaran Tentang 'Subsidi'… Sharizat Dapat Projek Ladang Tembikai Oleh reformisanakmuda Semasa cuti dihujung minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan 'Subsidi' yang kononnya diberi oleh kerajaan BN : ....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari. Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan. Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka. Meningkatkan Kualiti Ladang Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najib, datang untuk meneruskan operasi ladang. Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang". Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang. Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari. Penswastaan Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari. Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizat. Sharizat berkata : "Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik". Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najib dan Sharizat berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen. Mari kira berapa banyak Najib dapat setiap hari : keuntungan bersih jualan - RM20 untung dari peningkatan kos ladang - RM10 jualan tembikai kepada pekerja - RM5 Secara keseluruhan, Najib mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha. Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari. Subsidi Atas desakan isterinya, Najib menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini : Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : "Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1". "Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli". "Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini". "Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua". Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 ....... Apa Rakyat Perlu Buat Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan. Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan. Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri … Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . .. Reformis Anak Muda memohon anda memberitahu kepada seluruh Rakyat, terutamanya golongan Pekerja... mengenai penipuan pemimpin UmnoBn dan hakikat sebenar siapa sebenarnya yang mendapat subsidi… Dan… beritahu mereka apa yang boleh kita buat? ... Mengundi dengan bijak. |
Sah dia ni sakit otak pulak dah... Posted: 21 Nov 2011 02:30 AM PST Dr M: 'Saya tahu pandangan saya masih relevan' Dr Mahathir mendakwa pihak-pihak yang mengkritis beliau turut menikmati manfaat DEB. — Foto fail KUALA LUMPUR, 20 Nov — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus popular dengan kritikan mengenai pelbagai isu semasa termasuk dasar-dasar kerajaan sejak bersara pada 2003 menegaskan bahawa pandangan beliau masih relevan walaupun ramai menganggapnya sebagai konservatif dan sudah tua. "Dalam blog saya ada orang Melayu yang mengatakan bahawa saya ini sudah lama (tua) dan tidak relevan. "Tapi saya tahu bahawa pandangan saya masih relevan kerana yang berkata itu jika tidak dengan pertolongan, dia tidak akan ada di situ," kata beliau dengan menekankan pihak-pihak yang mengkritiknya sebenarnya mendapat manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970. "Dia ada di situ kerana dia ditolong melalui DEB," katanya lagi menjawab soalan dalam Mingguan Malaysia hari ini bahawa pendapat dan pandangannya dilihat sudah tidak lagi relevan dan terlalu konservatif. Dalam ulasannya itu Dr Mahathir yang mempunyai blog chedet.cc berkata, "kita tidak ambil semua harta orang Cina." Bekas perdana menteri ini juga dilabel sebagai rasis ekoran kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini. "Melalui dasar ini, kita bagi separuh kepada orang Melayu dan orang Cina kita bagi juga. "Tapi orang Melayu tidak berani kata sekarang yang dulu kita bagi juga pada orang Cina," kata Dr Mahathir. Sejak melepaskan jawatannya lapan tahun lalu, Dr Mahathir pernah mengecam teruk penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Malah sejak kebelakangan ini beliau juga dari semasa ke semasa menyuarakan pandangan lantangnya berkenaan dasar-dasar pengganti Abdullah, Datuk Seri Najib Razak. Baru-baru ini beliau mengesyorkan agar pentadbiran Najib mengadakan referendum berkenaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang dimansuhkan. Dasar itu diperkenalkan oleh Dr Mahathir beberapa bulan sebelum bersara. Dalam temu bual ini, Dr Mahathir juga berkata Umno sudah rosak dengan teruk apabila Abdullah mengambil alih kepimpinan. "Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. "Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya," katanya sambil menambah, "sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki." "Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. "Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru," katanya lagi.- TMI |
Berita yang boleh mengecutkan rambut kembang Rosmah... kahkahkah... Posted: 21 Nov 2011 01:30 AM PST Guan Eng: Pakatan sepakat tentukan tarikh pilihan raya DUN Pulau Pinang Oleh Melissa Chi Lim berkata tidak mahu mengecewakan rakyat Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. — Foto fail SERDANG, 20 Nov — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat. Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan. "Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu. "Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat," kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar. Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada "kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya." |
Bangsa UMNO jangan baca, pasai hampa memang bangang... kahkahkah... Posted: 21 Nov 2011 12:00 AM PST Najib tidak layak terajui negara Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB & ROY RASUL KUALA LUMPUR : Dato' Seri Najib Tun Razak tidak layak menerajui negara selaku Perdana Menteri kerana terlalu boros menggunakan dana wang awam. Demikian kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas isu pemborosan Najib dan ahli keluarganya menggunakan dana awam bagi tujuan peribadi. Beliau ditemui di Pejabat Editorial Harakah ketika lawatan PAS Perak ke sini pada 3 November lalu. "Perdana Menteri terlalu boros menggunakan dana awam untuk ke luar negara termasuk semasa urusan meminang di Kazakhstan. Lebih daripada itu, kita di Parlimen ada meminta penjelasan mengenai isu pembelian cincin RM24 juta oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor "Namun tiada jawapan. Mereka kata dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, tetapi mengapa dalam surat perakuan tidak dikenakan cukai? "Jika sekadar untuk pameran sementara mengapa tidak dikenakan cukai? Sehingga kini isu ini tidak terjawab," kata Mujahid yang juga AJK PAS Pusat. Selain itu Mujahid memaklumkan, Najib dan keluarga dilihat terlalu boros menggunakan dana awam dalam lawatan-lawatan ke luar negara termasuk dalam urusan peribadi. PAS tidak membantah jika Najib ke luar negara atas dasar rasmi seperti rombong an ekonomi dan mencari pelaburan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kata Mujahid lagi. Sebelum ini terdapat dak waan mengenai Rosmah yang membelanjakan RM100,000 sehari untuk menyewa hotel di Dubai, katanya. "Kita mahu bertanya daripada mana wang itu diperolehi. Terlalu bermewah," ka tanya. Beliau memaklumkan, per untukan bagi Jabatan Per dana Menteri sahaja menjangkau RM2 bilion dan ianya dibantah oleh Pakatan Rakyat. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 di bawah pentadbiran Najib, hutang awam mencatat kadar kenaikan 12.3 peratus iaitu kenaikan sebanyak RM44.72 bilion dan menjadikan hutang berjumlah RM407.11 bilion pada 2010. Mengulas isu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, ia merupakan lonjakan besar jika dibanding dengan jumlah sebanyak RM362.39 bilion pada tahun 2009. Paling dikesali, pentadbiran Najib gagal mendedahkan elemen perjanjian dengan IPP walaupun beliau tahu TNB sudah mengalami kerugian sebanyak RM453 juta kerana TNB membeli dari IPP pada harga yang jauh lebih mahal. Setiap tahun kira-kira RM19.7 bilion dibayar kepada IPP yang semuanya dikawal oleh kroni sedangkan risiko akhir akan ditanggung rakyat yang berdepan peningkatan harga elektrik mungkin dalam masa terdekat, katanya. "Isu pentadbiran ekonomi, kadar inflasi yang tinggi dan tekanan kepada ekonomi rakyat. Kita menghadapi masalah ekonomi tetapi PM Najib Razak berbelanja besar untuk publisiti luar," ujarnya yang ditemui 3 November lalu, Rakyat dimaklumkan, jum lah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Najib dan isterinya (Rosmah) membelanjakan RM1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 sehingga Jun 2011. Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman. Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07. Parlimen pula sebelum ini turut diberitahu bahawa kos bagi penyelenggaraan rumah Najib dan timbalannya mencecah |
Tak baik tau Nurul Izzah pitnah Hj Najib... kahkahkah... Posted: 20 Nov 2011 10:00 PM PST ISA: Nurul Izzah dakwa Najib bohong Oleh Melissa Chi KUALA LUMPUR, 20 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berbohong apabila menjanjikan pembaharuan politik sedangkan pada masa yang sama menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). September lalu Najib berjanji akan memansuhkan ISA. "Ia (apa yang diperkatakan) hanya kerja perhubungan awam di pihak perdana menteri. Anda telah berbohong kepada rakyat Malaysia," kata beliau selepas melancarkan Program Sumbangan Yayasan Aman di pejabat Pusat Perkhidmatan Ahli Lembah Pantai di sini hari ini. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib berkata akan memansuhkan ISA dan akan digantikan oleh dua akta baru. "Jika ada bukti yang membuktikan mereka (13 tahanan) amat berbahaya kepada masyarakat, maka dakwa mereka di mahkamah terbuka," kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu lalu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau. Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara. "Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya. Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit. |
Kalau Bob Lokman, dah berkilo surat saman kena... Posted: 20 Nov 2011 08:00 PM PST Negara Seks : 5 peserta Rantu Cantik beragama Islam tetap berdegil KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin. Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini. Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu. "Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin)," katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat. Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan. "Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini," katanya. Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir. Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais. Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan. Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti. Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan 'tugas Jais sudah selesai'. "Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai. "Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan. "Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja," katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham. |
Umno ngan anak haram ni sama ja, depa pun pernah kena haram... Posted: 20 Nov 2011 07:00 PM PST Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia. DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal. DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah. Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara. Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah. Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi. Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara. Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini. DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali. Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat. DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak. DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat. Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan. Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini. Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama. Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini. Disediakan oleh; MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ Timbalan Ketua Dewan pemuda PASWilayah Persekutuan |
Tukar Tiub ni merapu apa pulak dahh... kahkahkah... Posted: 20 Nov 2011 06:00 PM PST |
Kesian pulak kat UMNO... kahkahkah... Posted: 20 Nov 2011 05:00 PM PST Umno Bermasalah Mencari Pemimpin - Mahathir KUALA LUMPUR, 20 Nov — Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik. Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini. Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan "kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan." "Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah. "Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini," kata beliau sambil menambah, "kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini." Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa negeri itu harus ditawan semula dalam apa jua cara. Dr Mahathir (gambar) menjawab soalan sama ada orang Melayu seolah-olah sudah agak kritikal terhadap Umno ketika ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik parti itu, sempena perhimpunan agung tahunan hujung minggu ini. Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, "saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja." "Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku," kata beliau lagi. Dr Mahathir sejak Mac 2008 menegaskan bahawa kuasa politik orang Melayu sudah mula terhakis selepas Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri. Bagaimanapun pendirian itu dinafikan oleh parti-parti Melayu yang lain termasuk PAS yang bersedia untuk menjaga kepentingan Melayu jika Umno sudah tidak berkuasa. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak boleh mengharap sahaja tetapi perlu bertindak bagi menjaga kedudukan mereka. "Mereka kena berusaha dan saya berpendapat masalah paling besar adalah perpecahan orang Melayu. "Sekarang ini keadaan terbahagi kepada tiga pihak, mungkin Umno yang paling besar," katanya lagi. Kata beliau, "katakanlah Pakatan Rakyat dapat undi lebih daripada kita sekarang, itu pun sudah membahayakan." Beliau seterusnya memberitahu, satu lagi adalah PAS yang menurutnya sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan undi orang Cina. Sumber MalaysianInsider |
Padan muka, undilah Umno lagi... kahkahkah... Posted: 20 Nov 2011 04:00 PM PST RM 3 Sebiji di Terengganu KUALA TERENGGANU - Ramai pengguna terutamanya suri rumah terkejut mendapati harga kelapa meningkat antara RM2.50 hingga RM3 sebiji dan beberapa penjual berkata kenaikan itu kerana bekalan yang berkurangan. Menurut mereka, harga kelapa mula meningkat sejak beberapa hari lalu dan santan segar pula dijual dengan harga RM9 satu kilogram. Yusof Abdullah, 43 peniaga kedai runcit di sini berkata sebelum ini kelapa dijual antara RM1.20 dan RM2 sebiji, bergantung pada saiz dan dia terpaksa menjual dengan harga tinggi daripada biasa kerana kurang mendapat bekalan. "Pembekal juga menjual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan," katanya. Sementara itu, penjual nasi dagang Fatimah Awang, 46, berkata harga nasi dagang sekarang dijual RM2.50 sebungkus kerana kenaikan harga bahan asas termasuk kelapa. "Sekarang susah hendak cari nasi dagang dengan harga lebih rendah seperti dahulu terutama di bandar ini," katanya. Katanya, kenaikan harga kelapa itu bukan sahaja melibatkan peniaga nasi dagang tetapi juga peniaga makanan yang lain. Pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu ketika dihubungi berkata ia akan menyiasat kenaikan harga kelapa, sementara pengarahnya Hasan Jusoh meminta pemborong kelapa menghubungi bahagian operasi Fama untuk mendapatkan bekalan jika perlu. Beliau berkata Fama akan berusaha mendapatkan bekalan kelapa tempatan dan import dalam mengatasi masalah kekurangan bekalan di negeri ini. - Bernama |
Lekeh sungguh la KERAjaan Najib... kahkahkah... Posted: 20 Nov 2011 02:30 PM PST BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah Jimadie Shah Othman Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat. Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik. "Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat. "Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik. Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu. Langgar batasan Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik". "Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya. Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam. "Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan. "Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena. Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam. "Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan