Sabtu, 5 November 2011

shalehudin

shalehudin


Orang minyak mengamuk...

Posted: 05 Nov 2011 10:30 AM PDT

Lembaga hitam didakwa pecah rumah, merogol bimbangkan penduduk

KUANTAN: Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa 'lembaga hitam' yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah. Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.

"Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari mengenai lembaga hitam seakan orang minyak bertubuh kecil dipercayai mengamalkan ilmu hitam yang mengganggu gadis bawah umur selain memecah masuk rumah.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya. Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah.

"Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing.

"Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing," katanya.- Berita Harian

Pesanan kat bini-bini nih... hihi...

Posted: 05 Nov 2011 09:00 AM PDT


Gambar terbaru Najib dan Rosmah kat Arafah

Posted: 05 Nov 2011 08:46 AM PDT

 
Sumber gambar: Pinkturtle

JKKK menguap... kahkahkah...

Posted: 05 Nov 2011 07:45 AM PDT

Hodoh betoi muka Mahathir bila nangis nih... haha...

Posted: 05 Nov 2011 06:00 AM PDT

PPSMI: Mahathir tak wajar masuk campur

Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 5 Nov: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang seolah-olah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menghalang timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dianggap cuba masuk campur.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar)melihat kenyataan bekas Perdana Menteri yang dianggap masih berpengaruh dalam Umno dan kerajaan itu, hanya akan mengusutkan lagi keadaan.

"Dr Mahathir sudah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dan dasar perubahan dalam pendidikan PPSMI diperkenalkan oleh pentadbirannya. Maka setelah dibuat kajian, ratusan ribu pelajar Melayu didapati menjadi mangsa iaitu tercicir dalam pelajaran teras tersebut.

"Jadi apabila Menteri Pelajaran membuat keputusan untuk menghapuskan PPSMI dan kembali kepada bahasa ibunda, beliau (Dr Mahathir) tidak sepatutnya dilihat cuba mempengaruhi keputusan yang telah dibuat menteri betanggungjawab itu," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mahathir dalam kenyataan di Langkawi kelmarin bahawa Perdana Menteri masih boleh menghalang Muhyiddin memansuhkan PPSMI.

Beliau dipercayai memberi respons kepada Muhyiddin yang berkata keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI muktamad walaupun cuba didesak oleh beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page).

Muhyiddin juga menolak sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada tahun 2009 dan ia berbetulan dengan keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

"Pelajar Melayu luar bandar sudah lama tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu. Mereka tidak wajar terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran.

"Setelah beberapa tahun PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir, didapati ratusan ribu generasi pelajar menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi. Pada masa yang sama tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Justeru sudah jelas PPSMI hanya membawa kerugian kepada bangsa Melayu. Oleh yang demikian, PAS Pahang menentang sebarang cubaan menghidupkan semula PPSMI, termasuk cubaan Dr Mahathir untuk mempengaruhi Najib," jelas Tuan Ibrahim.

Raja berlagak jadi hero... haha...

Posted: 05 Nov 2011 05:00 AM PDT

Nafi peranan Selangor, menteri berlagak hero

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa (DPPKT) menyelar sikap sombong Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam isu pentadbiran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

Menurut ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Nong Chik dalam kenyataannya hari ini dengan angkuh menolak penglibatan kerajaan negeri Selangor dalam MAS dan menganggap Wilayah Persekutuan sahaja punyai autoriti terhadap MAS.

"DPPKT menganggap Datuk Raja Nong Chik cuba berlagak hero dengan menafikan peranan Kerajaan negeri Selangor dan kuasa Menteri Besar Selangor terhadap MAS dan Kampung Baru.

"Seolah-olah beliau sahaja layak untuk bercakap soal Kampung Baru dan pentadbirannya," katanya.

Hakikatnya menurut beliau, Menteri Besar Selangor masih berkuasa terhadap Kampung Baru berdasarkan Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 [The Malay Agricultural Settlement Rules 1951] Warta Negeri Selangor No.50/1951.

Tambahnya, kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tersebut masih tidak dibatalkan atau dipinda atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan Parlimen, dan oleh itu ia masih lagi berkuatkuasa sehingga hari ini.

Kawasan MAS seluas lebih kurang 221.5 ekar ini adalah kawasan penempatan bagi orang-orang Melayu dan telah diwujudkan melalui perizaban tanah di bawah Seksyen 6 Enakmen Tanah Selangor 1897, yang mana Enekmen Tanah ini tidak pernah dimansuhkan walaupun dengan wujudnya Kanun Tanah Negara pada tahun 1965.

"Bagaimana beliau boleh menafikan penglibatan Menteri Besar Selangor dalam Kg Baru sedangkan ia telah tersurat sejak sekian lama.

"Menolak penglibatan Menteri Besar Selangor terhadap MAS menunjukkan ada unsur campurtangan politik dalam MAS sendiri.

"Rakyat melihat betapa rakusnya Menteri Wilayah Persekutuan dalam menentukan isu Kampung Baru, seolah-olah nasib dan masa depan kampung tersebut ada ditangannya," katanya tegas.

Menurut Suhaimi, jika benar Nong Chik tiada niat unsur politik dalam isu Kampung Baru, sebaiknya beliau duduk berbincang bersama dengan Kerajaan Selangor memandangkan ia berkait dengan undang-undang yang melibatkan Kerajaan Selangor dengan Wilayah Persekutuan.

Nong Chik ujarnya, perlu menunjukkan keikhlasan beliau untuk membangunkan Kampung Baru dengan mengajak semua pihak termasuk pembangkang duduk semeja bagi membincangkan masa depan pentadbiran kampung tersebut.

"Seharusnya beliau insaf dan malu dengan kerajaan Selangor yang berusaha menyelamatkan tanah warisan orang Melayu itu dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan terhadap penduduk termasuk MAS.

"Sepatutnya RUU PPKB 2011 tersebut dibincangkan dulu dengan penduduk Kampung Baru dan penduduk diberikan salinan undang-undang tersebut untuk pemahaman mereka sebelum Menteri secara gelojoh dan tergesa-gesa meluluskan RUU PPKB 2011 hanya 2 hari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat," tambahnya lagi.

PANAS!! Anak pemimpin Umno rupanya... kahkahkah...

Posted: 05 Nov 2011 04:15 AM PDT

Panas: Rupanya "Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi "Dalang Di Sebalik Penganjuran" Program Festival Seksualiti Merdeka Di Negara Kita Semenjak 2008!

Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksuakiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan.

Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut.

Maka, dengan kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?

Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri?.


Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu

Kenyataan Marina yang disiarkan dalam lama rasmi Seksualiti Merdeka

Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan.

Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marnia mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut.

Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade"jika ia dianjurkan di negara-negara barat sebenarnya.

 
Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka Marina pula kini menjemput Ambiga rasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011

[Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival "haram" yang memperjuangkan hak asasi "kaum"homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir. Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini. Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].- Pahang Daily

Ni tandanya Umno dah kecut teloq... kahkahkah...

Posted: 05 Nov 2011 02:30 AM PDT

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

ISU AUKU UKM 4: TINDAKAN KABINET MEMBUAT RAYUAN MEMBUKTIKAN BARISAN NASIONAL MENZALIMI MAHASISWA DAN MENGHINA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4 NOVEMBER 2011

Tindakan Kabinet pemerintah UMNO Barisan Nasional yang membenarkan Kementerian Pengajian Tinggi membuat rayuan dalam keputusan mahkamah dalam isu UKM4 di bawah undang-undang zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan bahawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional takut kepada kebangkitan anak muda dan mahasiswa.

Biro Mahasiswa AMK Malaysia percaya bahawa tindakan yang menekan dan manzalimi mahasiswa ini tidak sama sekali mengentarkan perjuangan anak muda dan mahasiswa di dalam menunutut kebebasan dan keadilan.

Tindakan pimpinan UMNO-Barisan Nasional ini juga bukan sahaja zalim malah menghina mahkamah dan tidak menghormati kedaulatan undang-undang. Mahkamah yang telah membuat keputusan dan menegaskan bahawa AUKU ini adalah tidak mengikut perlembagaan. Undang-undang umpama milik peribadi parti pemerintah.

Biro Mahasiswa AMK Malaysia berpandangan bahawa Mahasiswa seharusnya diberi ruang untuk beraktiviti dan mencurah pandangan mereka selaku kelompok terdidik dalam masyarakat. Mahasiswa bukan lagi pelajar sekolah sehingga segalanya perlu dikawal oleh pemerintah. Ruang untuk aktivisma dan menggarap idealisma serta intelektualisma mahasiswa ini mampu untuk melahirkan generasi muda pelapis kepimpinan Negara yang berkarisma.

Dengan ini Biro Mahasiswa AMK Malaysia mendesak agar dihentikan penindasan terhadap mahasiswa dan menyeru kepada seluruh mahasiswa untuk bangkit menentang penguasa zalim.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah Biro Mahasiswa,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
merangkap
Ketua Penerangan,
AMK Selangor

Betoi ka Melayu meluat kat Umno...

Posted: 05 Nov 2011 02:06 AM PDT

Orang melayu menyampah dan meluat kepimpinan umno?

Kalau orang Melayu mempunyai masalah dengan kepemimpinan parti itu yang di istilahkan benci, menyampah dan meluat sudah tentu calon yang tak bersih pasti tak menang.

Dalangnya yang jelas sebagai pengkhianat Negara pun boleh menang mudah dan 67 peratus rakyat Malaysia beri amanah memerintah.

Jadi, menyampah dan meluat orang melayu kepada kepimpinan umno hanya kata kata yang dimanipulasikan oleh sesetengah kalangan penyokong kuat umno. Tak lebih daripada itu.

Mereka bukan menyampah dan meluat sebaliknya 67 orang Melayu masih komited dan sayangkan Umno miskipun pemimpin macam "dajal" dan pengkhianat Negara.

Lebih lebih lagi yang mengatakan dia menyampah dan meluat itu semacam dajal juga, kerana memanipulasikan sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Kalau benarlah orang Melayu penyampah dan meluat dengan kepimpinan yang sedia ada mana mungkin mereka masih memberi undi kepada dajal dajal yang jelas dajalnya.

Orang Melayu sudah sekian lama dibeli oleh pemimpin umno dan sebati serta tetap setia dengan umno miskipun Negara hampir hampir tergadai dek pemimpin yang penting diri sendiri.

Mereka dapat saja duit RM 50.00 hilang segala dan mudah lupa akan yang menimpa kepala dengan kenaikan harga barang, terutama sekali kenaikan harga minyak yang barangkali akan naik bila bila saja.

Seperkara lagi kebanyakan orang Melayu telah ditambat hatinya dengan habuan (rasuah) yang dianggap hadiah (tak salah)dari pemimpin yang memerintah.

Pada hal itu adalah rasuah yang akan dibalas dengan seksaan diakhirat nanti.Ingat Allah tak mungkir janji.

Dengan itulah hati mereka cinta dan sayang pada kejahatan dan benci pada kebaikan sehingga mereka menganggap yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik.

Atas sebab itulah kepimpinan dajal pun boleh menang dengan mudah dalam setiap kali musim pilihanraya umum.

Oleh itu menyampah dan meluat itu hanya dibibir mulut saja dihati tidak.

Dapat duit hilang segala.Bagi saya umno akan memerintah selagi ada banyak duit hatta melakukan salahgunakuasa dan penyeleweangan yang bermaharajalela sepertimana laporan audit Negara itu.

Orang melayu tak marah dengan laporan Audit negara yang jelas melakukan penyeleweangan suatu pengkhianatan.

Cuba bayangkan binokular marin yang berharga RM1,940 di beli pada harga RM 56,350.

Didapati 2,805 peratus lebih mahal.

Percayalah orang Melayu tak marah pun dan tak benci pun.Jika mereka benci sudah lama umno berkubur, kerana segala yang berlaku itu adalah direstui kepimpinan umno sejak sekian lama.

Lagi 21 Nyawa Terkorban di Syria

Posted: 05 Nov 2011 12:50 AM PDT

DAMSYIK, 5 Nov 2011 - Aktivis pembangkang mendakwa kerajaan Syria melanggar pelan perdamaian dalam menghalang keganasan dan mendesak perlatakan jawatan Presiden Bashir Al-Assad setelah 21 lagi nyawa orang awam terkorban, semalam.

Rabu lalu, kerajaan Syria mengumumkan bersetuju dengan pelan perdamaian anjuran Liga Arab dalam mengundurkan pasukan keselamatan dari bandar-bandar utama, melepaskan tahanan politik serta membenarkan pihak luar untuk mengawasi pelan tersebut.

Namun tindakan pasukan keselamatan mengepung beberapa masjid setelah orang ramai menunaikan solat Jumaat serta menggunakan senjata api bagi menghalang tindakan demonstrasi bertukar menjadi satu lagi tragedi terbaru di Syria.

Kejadian tersebut merupakan satu lagi titik hitam setelah lapan bulan lamanya rakyat mengadakan demonstrasi aman bagi mengadakan pilihanraya baru dan menamatkan tindakan kekerasan pasukan keselamatan, bertukar menjadi demonstrasi anti-kerajaan dan desakan perletakan jawatan Presiden Bashir al-Assad.

Jawatankuasa Koordinasi Tempatan (LCC), yang menganjurkan protes diseluruh negara mengeluarkan kenyataan seramai 3,834 nyawa telah terkorban sejak tindakan protes anti-kerajaan bermula Mac lalu.

Dalam kejadian semalam, pasukan keselamatan telah mengepung masjid Abu Bakr di Baniyas dan mencederakan orang awam mengakibatkan ramai terkandas dalam masjid bagi menghalang tindakan demonstrasi diadakan. Pasukan keselamatan juga telah dikerah ke Fattahi, sebuah masjid di Latakia.

Satu letupan turut menggegarkan bandar Daraa. Pasukan keselamatan menggunakan senjata api dalam usaha menyurai demonstrasi jalanan di Deir Ezzor. Turut dikerah adalah pasukan penembak tepat yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik berdekatan masjid dan pasar.

Laporan sebelum ini menyebut sembilan nyawa terkorban di Homs, dua di Daraa dan satu di Saqba, sebuah bandar bedekatan ibu negara Damsyik.

Agensi berita Syria SANA melaporkan seramai 13 anggota pasukan keselamatan turut terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas di Hama, Homs dan Idlib.

Agensi berita tersebut turut melaporkan pasukan keselamatan telah membunuh salah seorang anggota kumpulan pengganas dalam pertempuran dengan pasukan tentera yang berpaling tadah menyokong aktivis pembangkang.- KLpos.com

Kesian kat Hassan Ali... kahkahkah...

Posted: 04 Nov 2011 11:31 PM PDT

Kes Hasan Ali tak perlu dipolemik

Subky Latif
KEHADIRAN Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Selangor dalam HIMPUNAN sejuta ummat di Stadium Shah Alam 22 Oktober lalu telah menjadi pertikaian panas dalam media.

Yang terjadi demikian ialah kerana partinya, PAS membuat keputusan tidak menyertai himpunan memprotes gejala murtad yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam.

Kerajaan Selangor yang dia adalah Exconya menyatakan tidak terlibat lalu menyerahkan kepada rakyat sama ada menyertainya atau berkecuali.

Lalu tiada mana-mana pemimpin PAS menjenguk ke stadium itu kecualilah Dr. Hassan. Demekian juga tidak diketahui mana-mana pimpinan kerajaan negeri hadir kecuali Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi yang ulung. Sebelum bidang motivasi itu dikenali umum, maka Dr. Hassan sudah terjun ke situ. Ada dipercayai puluh ribu orang mendapat manfaat didikan dan latihan minda dari khidmatnya itu. Tidak terhingga bilangan orang yang telah terbuka mindanya setelah mendapat asuhan daripada kursus motivasi yang dianjurnya.

Jika sekalin yang kurang terbuka minda dari khidmatnya, maka tentulah sebagai pemecah kebekuan minda semua orang, lebih terbuka mindanya dari semua orang.

Tiada sebarang kesalahannya kepada partinya dan kerajaan yang didukungnya dengan kehadirannya itu. Partinya membuat keputusan tidak serta kerana menghormati penganjur tidak mahu ada penglibatan politik dalam himpunan itu, tetapi parti itu tidak melarang sesiapa menyertainya.

Jika pemimpinnya seperti Dato' Dr. Haron Din, atau Mohamad Sabu atau Mustafa Ali hendak pergi, maka mereka boleh pergi, bukan mewakili parti, tetapi atas nama diri sendiri. Bagaimana pun mereka menggunakan kelonggaran yang diberi oleh partinya.

Yang diketahui pergi Dr. Hassan. Tidaklah dia salah apabila dia menggunakan kelonggaran yang ada itu.

Kerajaan Negeri Selangor juga tidak melarang mana Exco dan kaki tangan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri atau Penasihat Undang-Undang. Mereka boleh pergi dan boleh tidak pergi. Maka tiada exco yang dilihat kecuali Dr. Hassan. Kerana tidak larangan dari kerajaan, tiadalah salah bagi Dr. Hassan.

Dr. Hassan adalah pakar motivasi, pemecah segala fikiran yang buntu, pembuka saluran kepada pemikiran yang sempit. Jika dia boleh selesaikan semua masalah orang yang tersimpul, maka tentulah dia amat tahu apa yang dibuatnya.

Justeru itu kehadiran Dr. Hassan ke himpunan tidak wajar menjadi topik polemik mana-mana pihak kerana tindakannya tidak bercanggah dengan mana undang-undang dan prinsip demokrasi.

Partinya dan kerajaannya juga tidak membuat peraturan yang melarangnya hadir di majlis itu.

Hassan memiliki kelebihan dan keistimewaan dari lain-lain orang politik termasuk Dr. Mahathir. Orang lain payah pisahkan politiknya bila menyertai mana-mana kegiatan yang bebas politik. Kalau Dr. Mahathir dan isteri singgah ke mana-mana gerai di pasar malam atau Najib jenguk pondok India miskin, tanpa sebarang motif politik, tetapi orang kata adalah politiknya.

Kalau Tok Guru Nik Aziz singgah sembahayang sunat di mana-mana surau, lalu orang surau melihatnya minta beliau bagi sedikit tazkirah. Tetapi ia katakan berpolitik juga.

Payah bagi mereka hendak menyangkutkan baju politik di luar dinding.

Tetapi Dr. Hassan boleh sangkut jeket politik di luar pagar stadium untuk menyertai protes anti murtad itu dan tidak sesiapa melihat dia membawa sebarang makna politik.

Orang yang hadir tidak terasa dia orang politik dan yang tidak pergi yang melihat gambar hadir juga tidak terasa dia orang politik. Mungkin orang lebih melihatnya sebagai pakar mativasi.

Dalam polemik kehadirannya itu dia telah menyatakan pendiriannya tentang mengapa dia hadir walau pun partinya membuat keputusan tidak hadir. Kenyataannya itu langsung tidak berbau politik dan tiada sebarang kesan politik. Dia sangat berjaya membebaskan diri dari ikatan politik. Itulah agaknya dia jadi orang politik pembangkang yang sangat disenangi oleh Prof. Zainal Kling.

Saya teringat mula-mula Dr. Hassan Ali mula-mula menyertai PAS. Tak sampai beberapa tahun dia hendak bertanding Naib Presiden. Dia tanya pandangan saya.

Kata saya, 'Masuklah! Tiada undang-undang yang melarang dan demokrasi dalam PAS tidak menyekat.'

Dia menang. Dia kata pada saya, 'Orang cepat naik, cepat juga turun...!'

Saya gelak saja. Apa yang dia kata itu, macam dia meramalkan dirinya.

Polis ramai2 ni buat apa pulak...

Posted: 04 Nov 2011 08:00 PM PDT

POLIS CUBA GAGALKAN KEMPEN PAS?

SERBU…..Sebahagian anggota polis yang berkawal berdekatan Pejabat PAS Kalabakan untuk menarik perhatian orang ramai agar menghindari majlis berkenaan.

Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

HAMPIR 20 anggota polis 'menyerbu' Pejabat PAS Kalabakan sebagai usaha menghalang orang ramai daripada mendengar penjelasan mengenai penjualan pulau-pulau Sabah oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu.

Menurut Naib Ketua Pemudanya, Noryusri Ahmad, kejadian ini merupakan situasi pertama yang berlaku di Tawau sepanjang sejarah penganjuran ceramah umum, termasuk yang melibatkan tokoh politik PAS dari semenanjung yang hadir berceramah di situ.

"Ramai pimpinan PAS dari semenanjung datang ke sini, termasuk Mohamad Sabu pernah ceramah di Tawaupun tidak berlaku seperti malam ini. Dulu yang datang hanya 2-3 orang sahaja termasuk Cawangan Khas. Tapi malam ini umpama satu batalion datang menakut-nakutkan orang ramai yang mahu mendengar isu pulau," dakwanya.

Sementara itu, Lahirul yang dalam ucapan ceramahnya kepada orang ramai yang hadir menegaskan, kehadiran anggota polis yang begitu ramai bukanlah penyebab utama halangan untuk beliau dari terus mengadakan 'road show' ke seluruh pelusuk negeri Sabah bagi memberi kefahaman dan maklumat berhubung isu tersebut; termasuklah mengenai isu tanah rakyat Sabah yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sehingga ke hari ini.

"Datanglah berapa puluh ribu sekalipun, saya sama sekali tidak berganjak untuk menoleh ke belakang membelakangi hak rakyat Sabah," tegasnya.

Beliau juga mendakwa, Ketua Menteri Sabah sebagai Menteri yang 'pengecut' kerana tidak berani menyahut cabaran Pemuda PAS berhubung isu tersebut yang sudah melepasi tempohnya.

"Musa Aman terpaksa menggunakan polis sebagai usaha terdesak beliau mengekang dari maklumat ini sampai kepada rakyat."

Beliau sebelum ini mengasak Musa Aman untuk turut berada di lapangan politik Sabah sebagai 'anak tempatan' yang bertindak sebagai penjaga amanah dan menghalang dari khazanah negeri tergadai bukan mendiamkan dirinya.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan turut bertindak menghalau keluar tiga anggota polis yang menyamar sebagai orang awam daripada menyertai majlis penerangan tersebut.

"Malam ini, kebanyakan Mat Rempit serta penjenayah bersenang-lenang merempit dan merompak apabila polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan awam bertindak mengawasi perjalanan ceramah PAS," sinisnya semasa berucap menyampaikan ceramahnya.

Walaupun kehadiran polis seramai itu, namun ianya tidak menggentarkan hampir 100 orang yang datang dari Semporna, Tawau serta Kalabakan. Jumlah tersebut bagaimanapun dijangka meningkat setelah kebanyakan darinya terpaksa berpatah balik apabila mengetahui kehadiran polis yang begitu ramai.

Isu penjualan pulau Sabah kini tersebar luas setelah kenyataan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Osman Jamal yang mengakui terdapatnya pulau-pulau yang ingin dijual.

Penjualan pulau-pulau ini, bagaimanapun mendapat bantahan serius oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang menjalankan pelbagai usaha menghalang penjualan pulau tersebut termasuklah menghantar memorandum bantahan serta yang terbaru melancarkan kempen 'Selamatkan Pulau Sabah'; dengan mengutip tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan bantahan yang mensasarkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Musa Aman; serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen.

Lahirul bersama Ketua Penerangan dan rombongan kini dalam rangka lawatan kerja pilihanraya dan Penerangan Pemuda PAS ke kawasan Kudat, Lahad Datu, Kota Kinabatangan, Sandakan, Semporna dan Kalabakan termasuk melawat beberapa buah pulau yang diiklankan untuk dijual.

Mat Sabu oii, patut la Umno ni meluat sangat kat hang... kahkahkah...

Posted: 04 Nov 2011 06:30 PM PDT

Kisah gadis Buddha memeluk Islam...

Posted: 04 Nov 2011 03:30 PM PDT


Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian. "Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, pada Pencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk," kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.

"Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan," sambungnya. Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.

Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen. Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang. "Aneh, malah saya merasakan diri saya aneh, saya tertarik dengan mereka dan berkeinginan ingin mempelajari dan memahami agama mereka lebih jauh."

"Saya perhatikan mereka sangat bahagia, saya terkesan dengan keterbukaan dan kemesraan mereka pada saya dan pada orang lain. Tapi yang lebih penting, saya terkesan dengan kebanggaan dan rasa memiliki terhadap agama yang selama ini selalu dianggap dengan hal-hal negatif," kata Aisya.

Sedikit demi sedikit, ia merasa kagum pada Islam, dan melalui proses edukasi, penghormatanya terhadap agama Islam bertambah tinggi, bahkan jika dibandingkan dengan penghormatan terhadap agama Kristian yang selama ini ia kenali.

Asiya tercengang ketika menyedari kesalahan tentang pandangannya selama ini terhadap Islam, terutama panilaiannya yang salah tentang kedudukan perempuan dalam Islam. "Saya menyedari realiti tentang gaya hidup Islam dan kebenaran dikaitkan dengan istilah yang diciptakan orang-orang Amerika tentang 'fundamentalisme Islam'," kata Asiya.

"Makin banyak literatur, tanda-tanda dan bukti yang diungkapkan pada saya, daya intelektual saya makin terstimulasi dan jiwa saya, merasakan suka. Saya ingin tahu semuanya tentang Islam dan saya sudah merasakan persaudaraan dan rasa memiliki diantara orang-orang Islam," jelasnya. Asiya memberitahu, yang paling membuatnya terkesan pada Islam adalah, Islam adalah agama yang praktik dan bagaimana Islam memberikan mengatur kehidupan semua makhluk hidup.

"Dan atas kurnia Allah, saya akhirnya memahami kesalahan konsep teologi agama Kristian dan konsep yang sebelumnya saya terima tanpa pertanyaan," tambah Asiya. Klimaks dari itu semua terjadi pada 4 Ogos 1994. Di hadapan 20 saksi, Asiya mengucapkan dua kalimat syahadat dan secara rasmi menjadi seorang muslim.

"Saya tidak akan pernah melupakan hari penuh rahmat itu, dan bagaimana hidup saya berubah drastik hanya dalam waktu satu tahun. Saya sering ditanya, bagaimana rasanya menjadi mualaf dan kesukaran apa yang saya hadapi. Walaupun saya tidak mahu membicarakan masalah ini, saya tetap memberikan contoh apa saja kesukaran yang saya alami," ujar Asiya.

Ia mengakui beratnya tantangan semasa ia menjalani puasa pada bulan Ramadan pertamanya. Belum lagi sikap keluarganya yang belum boleh menerima keislaman Asiya. Asiya sering menerima umpatan kasar bahkan ancaman dari keluarganya. Dalam berbagai kesempatan, Asiya juga mengalami serangan keganasan, biliknya dirosak-rosak, buku-bukunya banyak yang hilang secara misteri dan pesanan sms berisi fitnah terhadapnya, yang dikirim ke teman-teman dan orangtua teman-teman Asiya.

"Jika saya ingin membaca, atau bercakap di telefon, semuanya dilakukan dengan cara diam-diam. Begitu pula jika saya ingin pergi ke masjid atau tempat-tempat yang menggadakan acara keislaman. Jika Saya mahu solat, saya memastikan tidak ada orang di sekitar saya, dan saya juga tidak boleh menunjukkan kegembiraan saya semasa Ramadan tiba, dan tidak bersama mengecap kebahagiaan melihat teman-teman muslim yang sudah mengenakan tudung," kata Asiya.

Tapi Asiya tidak menganggap semua itu sebagai penderitaan hidupnya, kerana setelah memeluk Islam, Asiya merasakan kepuasan dan kedamaian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya./tulahan

Tiada ulasan: