RAKYAT MARHAEN |
- PR ajak rakyat Johor buat perubahan...
- Otak Lembu : Umno dakwa Melayu akan hilang semua kuasa jika ‘Parlimen gantung’
- ABU SEMAN Bongkar Rahsia PATI?
- Mohon SPR Dan JPN Bertindak Secara Profesionalism
- Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa
- UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal
- Jangan sampai dikata SPR, JPN bela ‘hantu’
- 1Lembu : Lagi tahanan mati dalam lokap polis
- Umno to 'bring back the fighting spirit’
- A DAP racist In Perak and the 'Umno-nisation' of his party
- Tuduhan rasuah: PM, Kabinet Kuwait letak jawatan
- Noose closes in on Shahrizat: Insistence NFC "nothing to do with me" adds to public anger
- Is Freedom truly free?
- ‘Tak Nak BN’, jawapan kepada rayuan Najib
- Faktor ekonomi mungkin paksa Najib panggil PRU-13 awal
- Perhimpunan aman: Majlis Peguam gubal RUU alternatif ‘mesra’, notis lima hari
- RUU Himpunan: Transformasi palsu halal kezaliman
- RUU Perhimpunan Aman: Enam pindaan, 48 jam penganjur kena rayu
- 200 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta
- Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa
- Bil Perhimpunan Aman: Surat terbuka kepada MP
- Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap
- Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi
- Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat
- Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad
PR ajak rakyat Johor buat perubahan... Posted: 28 Nov 2011 09:08 PM PST Anwar ajak rakyat berubah Tarikh : November 28, 2011 AYER BALOI - Kesesakan hampir dua kilometer sepanjang jalan menuju ke Kampung Parit Keroma Ayer Baloi, di sini tidak sedikitpun menghalang orang ramai menghadiri ceramah Umum Pakatan Rakyat (PR) yang julung kali diadakan di daerah ini. Read More / Baca Lagi >>Malah, sejak awal lagi bermula pada jam 8.30 malam, hampir 2,000 hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan pemimpin utama parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan golongan muda perlu mengambil contoh kebangkitan di Mesir untuk membawa perubahan di negara ini. |
Otak Lembu : Umno dakwa Melayu akan hilang semua kuasa jika ‘Parlimen gantung’ Posted: 28 Nov 2011 09:05 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov — Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dkwa Ketua Penerangan Umno hari ini. Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud "Parlimen tergantung" seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah. "Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku. "Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan," kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011. |
ABU SEMAN Bongkar Rahsia PATI? Posted: 28 Nov 2011 09:02 PM PST "Pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN". Datuk Wira Abu Seman Yusof Oleh : MUTALIB M.D JAWAPAN Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh 33 Ahli Parlimen Malaysia yang mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 23 November 2011, adalah jawapan tersirat yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah selama ini. Read More / Baca Lagi >> |
Mohon SPR Dan JPN Bertindak Secara Profesionalism Posted: 28 Nov 2011 09:00 PM PST Oleh DR GHAZALI BIN HASBULLAH Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka. Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/bn. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN? Read More / Baca Lagi >> |
Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa Posted: 28 Nov 2011 08:55 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar Beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang. Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara. Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad. Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO sudah sampai ke tahap defensif dalam semua hal Posted: 28 Nov 2011 08:51 PM PST Oleh Aspan ALias Apabila negara sudah sampai ke tahap cerca marba seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini, kita tahu pihak yang memimpin mempunyai masalah. Setakat kesalahan kecil-kecil orang Melayu dan rakyat amnya sentiasa terbuka untuk memaafkan kesalahan yang boleh diperbaiki dan terus sahaja memberikan mandat kepada mereka (BN). Rakyat Malaysia amnya dan lebih khusus lagi orang Melayu sentiasa bersifat pemaaf. Rakyat bukan tidak tahu apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak jujur selama ini. BN tetap mendapat sokongan di setiap kali pilihanraya. Tetapi keadaan itu semua sudah tiada lagi. Rakyat sedar yang BN khususnya UMNO telah mengambil sikap pemaaf orang Melayu itu sebagai kelemahan Melayu. Mereka terus melakukan perkara keji seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kerana mempercayai yang orang Melayu khususnya dan rakyat amnya akan terus memberikan sokongan dan tidak akan lari dari memberikan mandat terus menerus. Read More / Baca Lagi >> |
Jangan sampai dikata SPR, JPN bela ‘hantu’ Posted: 28 Nov 2011 08:41 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov: Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah berkata, jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno BN. "Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Read More / Baca Lagi >> |
1Lembu : Lagi tahanan mati dalam lokap polis Posted: 28 Nov 2011 08:24 PM PST Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas. "Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan. "Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi. - Bernama |
Umno to 'bring back the fighting spirit’ Posted: 28 Nov 2011 08:09 PM PST PETALING JAYA-Umno must recover its old fighting spirit that had brought it many successes since independence. Its leaders have also been asked to shed the "cermin gelap, kereta gelap, baju linen" (dark glasses, dark cars with tinted windscreen and linen clothing) image as people are no longer moved by it. Council of Former Elected Representatives (Mubarak) president Datuk Seri Abdul Aziz Rahman said the spirit which always put the party's interest over that of any other consideration must be instilled in all party members. "The jostling for positions must stop. "Don't be greedy and don't sabotage your own candidates if you are not picked. The next general election is pivotal to Umno's survival," he said. He said all members, especially delegates attending the party's general assembly, must embrace change as any party position would be meaningless if Umno through Barisan Nasional lost in the election. |
A DAP racist In Perak and the 'Umno-nisation' of his party Posted: 28 Nov 2011 08:05 PM PST Not only is fast-rising DAP leader Nga Kor Ming a racist and a chauvinist, but his response to criticisms of his speech where he described the state's chief Minister, Zambry Abdul Kadir, as being 'hitam metalik' (metallic black) exposes him to be a coward and a liar. Read More / Baca Lagi >>It will be quite obvious to those who view the video of Nga's outburst on YouTube, that he was referring to the color of Zambry's skin in a derogatory way. Now, we are not disputing that Zambry is a real freaking pain in a private part and probably guilty of 10,000 sins and more. But that is not the issue. The issue here is racism, and it extends across all barriers, regardless of politics, gender or even blood. Nga's words were clear and it is a reflection of how he thinks. Nga is an adult with full control over his faculties, and thus, it would be a fair extrapolation that he would be far more racist in private conversation when he refers to Malays who are dark complexioned, and, by extension, Indians, who generally are dark-skinned. Sadly, Nga is one of the top DAP leaders in Perak. |
Tuduhan rasuah: PM, Kabinet Kuwait letak jawatan Posted: 28 Nov 2011 07:58 PM PST BANDARAYA KUWAIT- Pemerintah Kuwait hari ini menerima peletakan jawatan kerajaan, iaitu kabinet ketujuh yang berundur dalam masa lima tahun berikutan tuduhan rasuah. "Pemerintah Kuwait, Emir Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah mengeluarkan perintah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri dan menteri kabinetnya," demikian kenyataan istana Kuwait yang disiarkan stesen televisyen tempatan. Pemerintah Kuwait itu meminta itu bagaimanapun meminta Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah, anggota keluarga pentadbir kanan dan beberapa menteri supaya segera menyelesaikan beberapa isu sehingga kerajaan baru dibentuk. |
Noose closes in on Shahrizat: Insistence NFC "nothing to do with me" adds to public anger Posted: 28 Nov 2011 07:56 PM PST Umno Senator Shahrizat Jalil refused to face up to corruption allegations surrounding her family's alleged involvement in the national beef production project, NFC, but her obstinacy may well boomerang and hasten her political downfall. Already calls are growing within Umno, known to be fraught with infighting and there is a long queue eyeing her Women's chief post, for her to relinquish her positions. Whilst outside of Umno, her refusal to take responsibility has added to the public anger against her. Shahrizat is also the federal minister for Women's affairs. "It is no point her leveling the blame at Pakatan Rakyat. Pakatan never forced NFC or her family to buy the two luxury condominiums with public money. Also, without her status in the BN, is she seriously saying the federal government would still have given the project to her husband and children? Do they have sufficient experience or expertise in developing a cattle livestock industry?" PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle. |
Posted: 28 Nov 2011 07:55 PM PST Douglas Tan NOV 29 — After reading so many reports and articles on the Peaceful Assembly Bill especially with accusations being cast on both sides of the political divide, I believe that we have to go back to the root cause of the issue and examine it in a holistic and pragmatic manner. Read More / Baca Lagi >>Trampling on our rights First we must go back to the fundamental question as to whether the law, specifically Malaysian law, really stifles dissent and tramples on human rights. Indeed, we have examples of ministers using their discretionary authority under the law in cases where there is no probable cause. Therefore that would lead us to believe that power was abused. |
‘Tak Nak BN’, jawapan kepada rayuan Najib Posted: 28 Nov 2011 07:51 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov: 'Tak Nak BN' adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini. Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi. Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib. "Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi. "Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar. Read More / Baca Lagi >> |
Faktor ekonomi mungkin paksa Najib panggil PRU-13 awal Posted: 28 Nov 2011 07:48 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan dipaksa untuk memanggil pilihan raya umum ke-13 awal tahun depan bagi mengurangkan kesan ke atas kedudukan politik parti pimpinannya ekoran ramalan kemerosotan persekitaran ekonomi, kata firma Nomura dalam laporannya mengenai prospek 2012 Malaysia. Ketika spekulasi menyebut Najib akan memanggil pilihan raya umum dalam tempoh enam bulan akan datang, mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013. |
Perhimpunan aman: Majlis Peguam gubal RUU alternatif ‘mesra’, notis lima hari Posted: 28 Nov 2011 07:40 PM PST Semalam, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menulis surat terbuka kepada kesemua Ahli Parlimen agar menolak Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, sebaliknya meminta mereka selaku wakil rakyat terpilih mempertimbangkan syor mereka dan merujuk kepada jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Read More / Baca Lagi >> |
RUU Himpunan: Transformasi palsu halal kezaliman Posted: 28 Nov 2011 07:39 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. "Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah," ujarnya dalam sat kenyataan. Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan. "Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. "Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?" tanya beliau. Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu. Read More / Baca Lagi >> |
RUU Perhimpunan Aman: Enam pindaan, 48 jam penganjur kena rayu Posted: 28 Nov 2011 07:38 PM PST Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata tujuh pindaan akan dibawa di peringkat jawatankuasa perbahasan hari ini dan keputusan itu dibuat oleh Kabinet Jumaat lalu. Read More / Baca Lagi >> |
200 peguam, orang ramai berhimpun bantah akta Posted: 28 Nov 2011 07:37 PM PST Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. |
Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa Posted: 28 Nov 2011 02:55 PM PST AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. "Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. Read More / Baca Lagi >> |
Bil Perhimpunan Aman: Surat terbuka kepada MP Posted: 28 Nov 2011 02:54 PM PST Kepada Wakil Rakyat, Read More / Baca Lagi >>Anda mungkin pernah dengar bahawa Majlis Peguam Malaysia menentang Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 ("PA 2011") di atas alasan ia meletakkan sekatan yang tidak munasabah dan tidak seimbang ke atas kebebasan berhimpun yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan. Terdapat peruntukan-peruntukan di dalam PA 2011 yang jauh lebih ketat daripada undang-undang semasa seperti pengharaman "tunjuk perasaan jalanan" (perhimpunan bergerak atau perarakan) dan kuasa tidak terhad yang terletak pada pihak polis untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan kelakuan perhimpunan. Terdapat juga peruntukan-peruntukan dalam PA 2011 yang tidak logik. Sebagai contoh, walaupun pihak polis tidak perlu diberitahu tentang satu perhimpunan agama, perhimpunan seperti itu tidak boleh diadakan di tempat ibadat. Tambahan pula, orang yang tinggal dalam jarak 50 meter daripada tadika atau sekolah tidak dapat mengadakan rumah terbuka bagi perayaan, perarakan pengebumian atau majlis perkahwinan. |
Peneroka mahu saman jika senaraian Felda gagal jamin pendapatan tetap Posted: 28 Nov 2011 02:53 PM PST Di bawah proses penyenaraian itu tanah mereka akan dipajak kepada Felda Global Ventures mulai Januari depan. Sebagai langkah awal, mereka yang diwakili oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) ― sebuah badan diiktiraf oleh Felda, mahu mengemukakan injunksi jika tiada jaminan bertulis daripada pihak berkuasa terbabit sebelum 1 Januari 2012. Read More / Baca Lagi >> |
Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi Posted: 28 Nov 2011 02:52 PM PST Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara. Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN. Read More / Baca Lagi >> |
Akta Perhimpunan Aman : Najib kelirukan rakyat Posted: 28 Nov 2011 02:51 PM PST KUALA LUMPUR 28 Nov : Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Perdana Menteri cuba mengelirukan rakyat berhubung Akta Perhimpunan Aman 2011. Menurut Surendran, kenyataan Najib bahawa akta itu membolehkan notis perhimpunan diberi dalam masa singkat, tidak terkandung dalam Rang Undang Undang yang dibentangkan sebelum ini. "Kalau betul boleh beri notis yang begitu pendek, kenapa tidak dinyatakan dalam RUU sewaktu dibentangkan? Jelas sebelum ini menyebut notis 30 hari, sekarang dia cuba lari kerana RUU itu jelas zalim," kata Surendran. Beliau mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Pakatan Rakyat cuba mengelirukan orang ramai khususnya berkenaan syarat notis 30 hari bagi penganjur perhimpunan memaklumkan pihak polis. Read More / Baca Lagi >> |
Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad Posted: 28 Nov 2011 02:50 PM PST AMPANG, 28 Nov: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) menyokong penuh tindakan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda untuk memfailkan saman ke atas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mazlan berkata, tindakan tersebut wajar memandangkan Isa telah menghina para peneroka yang selama ini memerah keringat kepada Felda. "Kita sangat dukacita dengan penghinaan Isa Samad terhadap peneroka Felda. "Bagi anak ucapannya itu menghina seluruh warga Felda dan kita mintak dia tarik balik," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan