Sabtu, 26 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar: RUU Perhimpunan Aman sangat lemah, Najib patut batal saja

Posted: 26 Nov 2011 09:31 PM PST

JOHOR BARU, 27 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Barisan Nasional (BN)  tidak meneruskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang digubal dengan begitu lemah sehingga memburukkan lagi kebebasan rakyat negara ini.
Ketua Pembangkang itu mendakwa pentadbiran Najib kini mahu rang undang-undang itu dibahaskan dengan hanya melakukan pindaan ke atas tujuh peruntukan, dalam beberapa hari selepas dibentangkan di Parlimen.
Ketika ditemui The Malaysian Insider di sini, Anwar (gambar) berkata, rang undang-undang itu sewajarnya ditarik balik manakala Seksyen 27 Akta Polis, yang memerlukan permit polis untuk mengadakan perhimpunan awam, dimansuh tanpa membawa sebarang akta baru.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa 6 : Kongres KeADILan Ke 8

Posted: 26 Nov 2011 09:19 PM PST

Lensa 5 : Kongres KeADILan Ke 8

Posted: 26 Nov 2011 07:55 PM PST

Lensa 4 : Kongres KeADILan Ke 8

Posted: 26 Nov 2011 07:25 PM PST

Pakatan won't back 'Malay PM only' amendment

Posted: 26 Nov 2011 06:42 PM PST

PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak

Posted: 26 Nov 2011 06:41 PM PST

Wan Azizah - PKR Perketat Pemilihan Calon Elak lompat parti

Posted: 26 Nov 2011 06:40 PM PST


Peminggiran Dalam Politik Punca Wanita Sukar Komited Pada Pakatan

Posted: 26 Nov 2011 06:39 PM PST

YB Ng Suee Lim - Membongkar Fitnah UMNO/BN di Selangor

Posted: 26 Nov 2011 06:35 PM PST

20111125 Kongres PKR - Wakil AMK Sg Petani

Posted: 26 Nov 2011 06:34 PM PST

20111126 Kongres PKR - Joe Baharom basking

Posted: 26 Nov 2011 06:34 PM PST

20111125 Kongres PKR Ucapan Dasar Ketua Wanita

Posted: 26 Nov 2011 06:33 PM PST

20111125 Kongres PKR Ucapan Dasar Ketua AMK

Posted: 26 Nov 2011 06:31 PM PST

Suara Rakyat - Fadiah Nadwa Fikri

Posted: 26 Nov 2011 06:29 PM PST

Hijratur Rasul bukan perayaan suka-suka

Posted: 26 Nov 2011 05:56 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: "Sesungguhnya menyambut ulang tahun Hijratur Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, sambutan Hijratur Rasul sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah.
Menurutnya, sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.
"Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'?" soalnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Hijrah: Anak muda berperanan untuk agama, negara

Posted: 26 Nov 2011 05:55 PM PST

Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini. Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda).  Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia  berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili  43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Berubah sempena 1433 Hijrah

Posted: 26 Nov 2011 05:51 PM PST

BANDAR JENGKA, 27 Nov: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mengajak semua rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1433.
Tuan Ibrahim menjelaskan, ini sesuai dengan semangat hijrah itu sendiri iaitu keluar daripada kegelapan yang penuh mungkar menuju sebuah negara berkebajikan dan adil sebagaimana diidam-idamkan oleh seluruh rakyat.
"Marilah kita sama-sama berusaha ke arah melakukan perubahan sehingga terbentuk negara yang di berkati oleh Allah SWT. Gagasan kita negara berkebajikan iaitu kerajaan beramanah, jujur dengan rakyat  dan negara serta bertanggungjawab dengan Allah.
Read More / Baca Lagi >>

Undi Melayu: PKR tumpu sokongan peneroka Felda

Posted: 26 Nov 2011 05:51 PM PST

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda.

Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan.

"Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hijrah membentuk negara Islam

Posted: 26 Nov 2011 05:10 PM PST

Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
– Surah al-Nisa' ayat 100
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari: Saya tiada hasrat tanding PRU, Umno pun boleh jemput jika sudi

Posted: 26 Nov 2011 05:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Prof Dr Abdul Aziz Bari yang diselubungi siri kritikan termasuk teguran Sultan Selangor baru-baru ini menegaskan, beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian.
Pakar perlembagaan itu menjelaskan, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik.
Sebaliknya, menurut Aziz (gambar), beliau terpaksa menggunakan peluang-peluang diberikan apabila ruang-ruang lain ditutup dan disekat, antara lain ditarik balik jemputan menyampaikan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) minggu lalu pada saat-saat akhir.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan dicadang patenkan Buku Jingga

Posted: 26 Nov 2011 08:00 AM PST

JOHOR BAHRU 26 Nov: Buku Jingga dicadang dipatenkan sebagai harta intelek milik Pakatan Rakyat, kata perwakilan dari Kelantan, Muhamad Hisomuddin pada Kongres Nasional KEADILAN ke lapan.
Ini kerana beberapa dasar dalam Buku itu sedikit demi sedikit mula ditiru pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun Presiden Umno itu enggan mengakuinya.
"Paten ini penting kerana jika idea dan dasar dalam Buku Jingga dicuri lagi oleh pentadbiran Datuk Najib, kita boleh saman mereka di mahkamah," katanya pada perbahasan menyokong dasar ucapan Presiden dalam kongres hari ini.
Beliau yang merupakan pembahas terakhir turut menyelar tindakan Umno mempolitikan isu penjawat awam.
"Umno mempolitikan kononnya penjawat awam akan dikurang jika kita perintah.
"Suka saya ingatkan bahawa sejak Pakatan Rakyat perintah di empat negeri tiada seorang pun penjawat awam dikurangkan," katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN ibarat ‘kepala seorang peninju’ dalam Pakatan

Posted: 26 Nov 2011 07:57 AM PST

JOHOR BAHRU 26 Nov: Wakil dari Perak, Tan Kar Hing berkata, KEADILAN merupakan sebuah parti yang kuat dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Disebabkan itu katanya, parti itu sering menjadi sasaran Umno BN kerana ia ibarat 'kepala seorang peninju' yang akan diserang terlebih dahulu.
"Kalau nak serang musuh dalam tinju orang serang kepala dahulu," kata Tan Kar Hing sewaktu perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden KEADILAN di Kongres KEADILAN Nasional di Pulai Resort petang tadi.
Menurutnya lagi, parti itu digeruni kerana berjaya menyatukan Pas dan Dap, sekaligus menafikan dakwaan bahawa KEADILAN adalah sebuah parti yang lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil Srikandi: Wanita wajar diberi peranan lebih besar

Posted: 26 Nov 2011 07:54 AM PST

JOHOR BAHRU 26 Nov: Wakil Srikandi KEADILAN, Murni Hidayah Anuar menggesa wanita diberikan peranan yang lebih besar jika parti itu serius mahu berubah dan maju ke depan.
"Saya percaya perubahan KEADILAN perlu bermula dengan perubahan minda ahli parti, terutamanya berkaitan isu wanita,"
"Kita perlu mereformasi pemikiran dan hapus stigma wakil rakyat lelaki bawa isu lelaki, wakil rakyat wanita bawa isu wanita," kata Murni Hidayah.
Beliau yang merupakan seorang pengamal undang-undang sepenuh masa berucap buat pertama kali dalam Kongres Nasional Tahunan KEADILAN..
Read More / Baca Lagi >>

Wakil OKU gesa tambang Percuma

Posted: 26 Nov 2011 07:52 AM PST

JOHOR BAHRU 26 Nov:   Wakil Orang kelainan Upaya (OKU), Isaiah Jacob mencadangkan agar golongan itu memperoleh faedah tambang percuma jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk  kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau yang juga seorang OKU berkata, pertimbangan itu penting kerana ia membantu OKU yang sebahagian besarnya tiada pendapatan tetap di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan: Renung kembali Deklarasi Permatang Pauh

Posted: 26 Nov 2011 07:51 AM PST

JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan Melaka, Abdul Wahab Ibrahim meminta ahli dan pimpinan KEADILAN supaya merenung kembali Deklarasi Permatang Pauh yang dibacakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Katanya, semangat terkandung dalam deklarasi  berkenaan perlu dilaksana dalam gerak kerja parti itu.
"Sebab itu keseluruhan pimpinan di atas perlu luangkan masa untuk buat jadual ke negeri yang belum menang. Di Johor, Umno dah kalah di dua kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: