RAKYAT MARHAEN |
- Nusantara : Dua Penyokong Indonesia MATI Kerana KUNCI Ambulans HILANG
- 1Lembu : Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC ,,,,,,ada berani gomen...!!!
- In Malaysia, Muslim preachers now wear tudung
- Pakatan: ISA replacement ‘old wine in new bottle’
- 1Lembu : K'jaan BN tak cadang daftar pengundi secara automatik
- Bisness Politik : Saham Harvest merundum selepas anak Najib undur
- Rakyat Mesir Berhimpun Di Tahrir, Pelajar Malaysia Bimbang
- PMUKM : Sistem Pilihanraya Kampus UKM Kelakar!
- Najib terima pecacai siber kaki fitnah, petanda PRU kotor, penuh penipuan
- GST: Dari sudut mana sekali pun, rakyat yang menanggung beban
- Pertahan kedaulatan Islam di Malaysia
- Azmin Wakil Rakyat Paling Sistematik
- Apa makna Audit Negara?
- 1Lembu : Shahrizat susahkan Umno
- 1Lembu : Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN
- Umno sudah habis ikhtiar
- 2 died as Malaysia won gold medal
- Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang!
- Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata
- Dr M: Najib terlalu sibuk “membaiki” Umno, orang Cina mengambil alih
- Dari Jalan Istana ke Jalan Duta
- LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI
- Najib's son quits Harvest board amid talk of using stock market to raise funds for GE-13
- Ini baru nama...Bumi Di Pijak Milik Orang..!!
- Forum : GST zalimi golongan miskin
Nusantara : Dua Penyokong Indonesia MATI Kerana KUNCI Ambulans HILANG Posted: 21 Nov 2011 08:53 PM PST JAKARTA – Kepedihan warga Indonesia malam tadi semakin bertambah apabila menerima perkhabaran dua penyokong fanatik mereka terkorban di sektor 15 Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) kerana dipijak penyokong lain. Maklumat yang diperolehi dari pasukan perubatan, salah seorang mangsa dikenali sebagai Reno Alvino, salah seorang drummer band DOT. Manakalan seorang lagi masih belum dikenal pasti.Read More / Baca Lagi >> |
1Lembu : Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC ,,,,,,ada berani gomen...!!! Posted: 21 Nov 2011 08:52 PM PST Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing. Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.Read More / Baca Lagi >> |
In Malaysia, Muslim preachers now wear tudung Posted: 21 Nov 2011 08:42 PM PST The reason for this phenomena, the paper appeared to suggest, was because there was a significant gender role in Islam that could only be filled by women. |
Pakatan: ISA replacement ‘old wine in new bottle’ Posted: 21 Nov 2011 08:40 PM PST He cited countries such as the United States, United Kingdom and Australia as examples of governments that exercised detention without trial in the fight against terrorism, naming the US's Patriot Act as well as the UK and Australia's Anti-Terrorism Acts. |
1Lembu : K'jaan BN tak cadang daftar pengundi secara automatik Posted: 21 Nov 2011 08:39 PM PST Kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pengundi didaftarkan secara automatik, parlimen diberitahu hari ini. Read More / Baca Lagi >>Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan memutuskan demikian memandangkan sebahagian besar rakyat Malaysia didapati tinggal di alamat yang tidak mengikut rekod kad pengenalan mereka. |
Bisness Politik : Saham Harvest merundum selepas anak Najib undur Posted: 21 Nov 2011 08:38 PM PST Harga saham Harvest Court Industries Bhd hari ini menjunam ke bawah tahap 30 peratus selepas anak kedua Perdana Menteri, Nazifuddin Najib mengumumkan perletakan jawatannya sebagai pengarah semalam. |
Rakyat Mesir Berhimpun Di Tahrir, Pelajar Malaysia Bimbang Posted: 21 Nov 2011 08:32 PM PST Kaherah, 21 Nov : Para pelajar Malaysia di Mesir dilanda kebimbangan ekoran kekacauan yang berterusan di ibu kota negara berkenaan ekoran rusuhan melibatkan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah sejak kelmarin. Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat. Read More / Baca Lagi >> |
PMUKM : Sistem Pilihanraya Kampus UKM Kelakar! Posted: 21 Nov 2011 08:31 PM PST Bangi, 21 Nov : Majlis Perwakilan Pelajar UKM atau lebih sinonim PMUKM (Persatuan Mahasiswa) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu tujuh ahli kabinetnya yang telah bergraduan dan tidak mempunyai baki pengajian semester ini. Read More / Baca Lagi >> |
Najib terima pecacai siber kaki fitnah, petanda PRU kotor, penuh penipuan Posted: 21 Nov 2011 08:29 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Nov – Apabila Datuk Seri Najib Razak secara rasminya mengiktiraf pencacai siber kaki fitnah pro-UMNO, ia jelas membuktikan Barisan Nasional terlibat dalam kempen politik kotor yang penuh dengan fitnah dan penipuan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Perdana Menteri akhirnya mengakui BN bukan sahaja memaafkan tindakan keji pecacai siber pro-BN, malah menggalakkan mereka meneruskan kerja-kerja kotor itu. "Najib menyokong pencacai siber yang telah menyebarkan fitnah dan penipuan liar bukan sahaja terhadap Pakatan Rakyat, malah termasuk pemimpin-pemimpinnya dan kanak-kanak yang tidak berdosa," katanya dalam satu kenyataan. Read More / Baca Lagi >> |
GST: Dari sudut mana sekali pun, rakyat yang menanggung beban Posted: 21 Nov 2011 08:26 PM PST KUALA LUMPUR, 22 NOV – Rakyat perlu menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana telah terbukti pemerintah gagal menggunakan wang rakyat secara amanah dan bertanggungjawab. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata bahawa oleh kerana sudah banyak kes rasuah dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan BN, mereka tidak berhak meminta lebih wang dan cukai daripada rakyat. "Kini pun ramai orang tidak mampu membayar cukai. Statistik menunjukan bahawa 75 peratus daripada pekerja sekarang tidak mampu untuk membayar cukai pendapatan. "Jika GST dilaksanakan, semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang dan status, kesemuanya terpaksa membayar cukai. Dan sistem percukaian ini tidak adil terutamanya kepada mereka yang miskin," katanya di forum bertajuk 'GST dan Inflasi' di sini malam tadi. Turut hadir dalam forum itu ialah Ketua Eksekutif Majlis Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli (PKR), Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS). Read More / Baca Lagi >> |
Pertahan kedaulatan Islam di Malaysia Posted: 21 Nov 2011 08:23 PM PST Oleh ABU FIRDAUS SEJAK Parameswara dan keturunannya menjadi Sultan Melaka, wilayah semenanjung Melayu ini berada di bawah kedaulatan Islam.Malah bukan saja semenanjung Melayu tetapi kepulauan Melayu yang sekarang muncul dalam bentuk negara moden Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menerima Islam. Sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah negara moden, sekular dan demokratik dengan memiliki perlembagaan bertulis dan diiktiraf masyarakat antarabangsa. Namun, kedudukan Malaysia sebagai wilayah yang berada dalam kedaulatan Islam sejak Kesultanan Melaka tidak terjejas walaupun ia dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Read More / Baca Lagi >> |
Azmin Wakil Rakyat Paling Sistematik Posted: 21 Nov 2011 08:22 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar TIDAK melampau kalau saya isytiharkan Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali adalah wakil rakyat yang bersistematik berdasarkan pengalaman saya sendiri. Belum pernah saya terjumpa cara berkerja dan juga melayani rakyat seperti dilakukan oleh Azmin. Saya bergaul dengan lebih 300 orang wakil rakyat dari semua fraksi, Umno, Pas, PKR dan juga DAP. Tetapi tidak ada seorang pun dari 300 orang wakil rakyat itu termasuk menteri yang berhubung dengan rakyat atau menyatakan terima kasih kepada rakyat seperti mana Azmin walaupun perkara kecil. Maaf ... dalam hal ini wakil rakyat Pas terkebelakang sekali. Selain dari Azmin ada dua tiga orang lagi wakil rakyat yang menggunakan surat untuk berintraksi dengan saya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Nov 2011 08:20 PM PST Oleh DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Laporan Ketua Audit Negara dan teguran terbuka adalah mencegah dengan lidah. Kebencian dalam hati adalah tidak menyokong lagi pemimpin yang dibejati mungkar. GENERASI awal Islam menerima pendidikan Ilahi daripada Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya dalam semua aspek ibadah, cara hidup bermasyarakat dan berpolitik.Ia adalah amalan manusia yang dimasukkan dalam perhitungan baik dan jahat, adil dan zalim, seterusnya dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Apabila seorang yang ditugaskan ke suatu wilayah, pulang membawa hasil pungutan harta zakat dan cukai, lalu menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w. dengan menyatakan: "Ini semua adalah tugas saya memungutnya dan ini pula diberi hadiah kepada saya," dengan murka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah sekiranya kamu berada di rumah ibu dan bapa kamu tanpa menjalankan tugas ini, maka hadiah ini diberi juga kepada kamu?" Read More / Baca Lagi >> |
1Lembu : Shahrizat susahkan Umno Posted: 21 Nov 2011 08:19 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) patut meletakkan jawatan, tegas Timbalan Pengerusi BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) Dato' Bung Mohtar Radin. Tegasnya ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. Read More / Baca Lagi >> |
1Lembu : Ada cubaan gagalkan Kongres KEADILAN Posted: 21 Nov 2011 08:17 PM PST AMPANG 22 Nov: Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah berkata, wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres Nasional KEADILAN yang dianjurkan di Johor 25 hingga 27 November ini. Ini kerana katanya, beberapa minggu lalu, petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan Pulai Spring Resort, tempat kongres itu bakal berlangsung. "Wujud pihak tertentu' yang seolah bertujuan mahu menggagalkan kongres KEADILAN yang berlangsung di Johor kali ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Nov 2011 08:14 PM PST Oleh LANJUSOH BIARPUN Dato' Seri Najib Razak menolak nujum awal pilihan raya pada tanggal 11.11.2011, namun semboyannya sudah lama ditiup. Orang politik sedia maklum mainan di belakang tabir sekarang. Inilah kelebihan yang masih dipertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila rahsia tarikh pilihan raya menjadi keramat milik Perdana Menteri atau Presiden Umno. Sedangkan status quo seperti itu sudah lama ditinggalkan negara lain. Inilah keunikan Malaysia yang masih kekal di bawah ketuanan Umno dan BN sehingga melewati lebih 54 tahun. Ketuanan diktator lain yang dikatakan sangat kebal sebelum ini, satu demi satu jatuh dan tersungkur. Ramai masih ingat nasib Suharto dan Marcos sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
2 died as Malaysia won gold medal Posted: 21 Nov 2011 08:12 PM PST Two fans died in a stampede at the Southeast Asian Games football final in Jakarta, a report said on Tuesday, overshadowing a win on penalties for defending champions Malaysia against hosts Indonesia.The two men, wearing Indonesian red-and-white football team T-shirts were taken to hospital at 8:30 pm, around 90 minutes after the stampede broke out, according to a report by the Detik.com news portal, which cited a paramedic. Local media reported that several other spectators had been taken to hospital, including a nine-year-old boy who had fallen into a coma, as tens of thousands of fans swarmed to the Gelora Bung Karno stadium for Monday night's final. |
Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang! Posted: 21 Nov 2011 08:11 PM PST Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010. Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen. Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri. |
Tidak layak jadi PM, popularity Najib palsu semata Posted: 21 Nov 2011 08:10 PM PST Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Bagi kaji selidik lain pula, yang kononnya daripada parti-parti pembangkang dan beberapa universiti yang dikawal oleh kerajaan – mereka ini seolah-olah tidak mengambil endah akan hakikat bahawa beliau banyak dibabitkan dengan skandal dan sudah pasti hati nurani Najib sekarang sedang membunuhnya, walaupun secara perlahan-lahan. |
Dr M: Najib terlalu sibuk “membaiki” Umno, orang Cina mengambil alih Posted: 21 Nov 2011 08:07 PM PST Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh penting dalam Umno, adalah pemimpin terbaru untuk menawarkan pandangan beliau mengenai kesihatan parti menjelang perhimpunan tahunan yang dijadualkan pada awal Disember. Walaupun Mahathir yang berusia 85 tahun itu berhati-hati untuk menutup belang beliau, ia adalah jelas bahawa beliau berjaya untuk mengatakan apa yang beliau mahu tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi parti, untuk kemajuan rohani semua ahli. Najib bukannya pengubah Umno. Beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian, walaupun tiada siapa yang tahu apa yang beliau buat bagi menghabiskan masa. Ini merupakan intipati kata-kata Mahathir dalam temu bual dengan akhbar Utusan milik Umno. |
Dari Jalan Istana ke Jalan Duta Posted: 21 Nov 2011 07:47 PM PST Secara umumnya, Istana Negara merupakan tempat bersemayam rasmi bagi DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong yang merupakan simbol kedaulatan serta ketua negara tertinggi di dalam sistem raja berperlembagaan negara ini.Asalnya, Istana Negara terletak di satu kawasan seluas 11.34 hektar di Jalan Istana, Bukit Petaling pada kedudukan yang berhadapan dengan Sungai Klang. Menurut sejarah, bangunan tersebut telah dibeli dari seorang jutawan dari negara China, Chan Wing, pada harga RM150,000 yang kemudiannya digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga RM328,000 selepas Jepun menyerah kalah. |
LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI Posted: 21 Nov 2011 07:45 PM PST BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik. Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada. Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini. Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta. Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Najib's son quits Harvest board amid talk of using stock market to raise funds for GE-13 Posted: 21 Nov 2011 07:44 PM PST Amid talk that Prime Minister Najib Razak was stirring up the market for funds to finance an imminent general election and to pay off Umno warlords for their support, his 28-year-old son, Nazifuddin Najib, has resigned from the board of Harvest Court Industries Bhd Read More / Baca Lagi >>Although Nazifuddin was appointed to the Harvest board less than a month ago, he was previously on the boards of Sabah-linked firms Sagajuta and 1Green Enviro, two firms controlled by East Malaysian tycoon Raymond Chan Boon Siew. The 39-year-old Chan controls about 15.7 per cent of Harvest Court, while filings to the stock exchange show that Nazifuddin holds nearly four million Harvest Court shares. All eyes are now on whether Nazifuddin is still a shareholder or has sold off for a tidy profit. |
Ini baru nama...Bumi Di Pijak Milik Orang..!! Posted: 21 Nov 2011 07:42 PM PST Senario di Jalan TAR memalukanLAPORAN mengenai longgokan warga asing yang menjadi peniaga benar-benar menecewakan saya. Saya amat malu kerana pihak berwajib hanya membiarkan sahaja perkara ini berlarutan sehingga menjejaskan mata pencarian anak Malaysia sendiri. Bukan sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) malahan kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan warga asing sehingga saya kadang-kadang berasa berada di negara luar. Kita kena tegakkan nasib kaum bumiputera di Malaysia. Jangan kerana dek rasuah habis negara tergadai. Peniaga dari Pakistan dan negara- negara lain dikatakan mempunyai sejumlah wang modal yang besar dan tidak hairanlah sekiranya ada pihak- pihak yang tidak bertanggungjawab meminta duit daripada warga asing ini sebagai perlindungan untuk mereka berniaga. |
Forum : GST zalimi golongan miskin Posted: 21 Nov 2011 07:22 PM PST AMPANG 22 Nov: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menzalimi golongan miskin. Itu antara kesimpulan dalam Forum GST yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, GST secara teorinya nampak baik kerana setiap peringkat perniagaan dari pengilang hingga pembeli dikenakan cukai. Namun dari segi praktikalnya, kata beliau, ia sebenarnya zalim kepada golongan berpendapatan rendah yang terbeban sekiranya cukai itu dilaksanakan. "Bagaimana golongan miskin hendak membayar cukai dalam keadaan pendapatan mereka rendah," soalnya. Selain beliau, turut hadir dalam forum berkenaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Petaling Jaya Utara, Tony Phua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan