RAKYAT MARHAEN |
- Tiada alasan untuk Khairy tolak debat skandal NFC
- Majlis Peguam lancar tabung untuk kes Orang Asli
- ISA: PAS harap polis hormati PM
- Money, money, money: It's an Umno crony's world
- Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi..
- Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah
- Memali: Sejarah berdarah melawan ISA
- Buang kakitangan awam jadi agenda sempit Umno BN
- ISA: Ulamak PAS tuntut penjelasan Najib
- ROSMAH'S US$55,000 BRACELET....????
- Amalan KORUP, PENYELEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA kerajaan BN/UMNO CEMARKAN AGAMA
- 'NFC's statement show it's more a grant than a loan'
- Once, twice, thrice bitten but never shy
- MELAYU DI BODOHKAN LAGI
- Sedarlah Wahai Bangsa Melayu...!!!!
- Isu Wang Dalam Simpanan Polis Hilang: KPN Kata Beliau Malu...Pagar Makan Lembu..!!!
- 1Lembu : Najib nampaknya gemar ke luar negara
- 1Lembu : SPRM Rompak, Polis Curi
- Jangan Ulangi Kesilapan NFC!
- Fakely popular Najib isn’t man enough for the PM’s job
- BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah
- Calon boleh menang: OK, tapi jangan jadi macam sarkas
- Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu
- MCLM: Najib perlu bebas 13 jika hargai ‘janji 15 Sept’
- Suhakam gesa bebas 13, henti guna ISA hingga akta baru digubal
Tiada alasan untuk Khairy tolak debat skandal NFC Posted: 18 Nov 2011 08:59 PM PST KUALA LUMPUR 19 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Ketua Pemuda Umno menyahut cabaran debat oleh Rafizi Ramli berkenaan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan tidak berdolak-dalik. "Tidak ada alasan untuk Khairy Jamaluddin menolak jemputan ini memandangkan beliau sendiri telah menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan sesiapa saja," kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Najwan Halimi. Rafizi semalam mencadangkan debat tersebut dibuat pada 12 Disember ini dan telah menghantar surat jemputan kepada Khairy dengan menyatakan cadangan tarikh berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
Majlis Peguam lancar tabung untuk kes Orang Asli Posted: 18 Nov 2011 08:56 PM PST Majlis Peguam hari ini melancarkan tabung khas untuk menanggung kos mahkamah bagi kes melibatkan Orang Asli. Read More / Baca Lagi >>Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tabung berkenaan bertujuan menanggung kos untuk memfailkan kes dan juga kos perundangan lain. Ambiga berkata, peguam yang menangani kes berkenaan bagaimanapun tidak akan mengenakan yuran guaman, katanya lagi yang turut merasmikan Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam hari ini. Halangan besar untuk Orang Asli mengemukakan kes mereka ke mahkamah, terutama berhubung hak ke atas tanah mereka adalah kos mahkamah. |
ISA: PAS harap polis hormati PM Posted: 18 Nov 2011 08:54 PM PST KUALA LUMPUR, 19 Nov: PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan. AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Money, money, money: It's an Umno crony's world Posted: 18 Nov 2011 08:50 PM PST The Auditor-General has done a very good job in producing the audit report showing clear and indisputable findings on how our money has been spent and wasted by the UMNO-BN government and its machineries in 2010. Recently the UMNO-BN federal government informed us that it has to borrow more money for expenses in 2012 of RM45.9 billion, about 4.7% of GDP as tabled in Parliament. While economists have been trying to find ways to boost the economy, reduce spending and reduce borrowing; more or less to achieve a balanced budget, those who have connection to those in power have other plans. They are in fact cohorts in trying to divert the proposed expenditure and siphon the money out for themselves. |
Aku Rasa Aku Tak Salah.. Tapi.. Posted: 18 Nov 2011 08:47 PM PST Tapi sebenarnya salah aku kerana aku membuat maksiat, lalai dari mengingati yang bahawanya tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah. Aku tidak ingin merubah diri sendiri dan orang lain sampai Allah murka dan menurunkan bala kepada umat manusia. Aku rasa aku tak salah jika maksiat, zina, buang bayi berlaku tiap-tiap hari dan makin meningkat setiap masa, iyalah, bukan aku yang lakukan hal terkutuk itu. Aku buat kerja aku sahaja. Tapi sebenarnya salah aku kerana aku tak mahu peduli tentang masyarakat. Tidak mahu menjadi contoh yang baik agar masyarakat beringat menjauhi maksiat. Aku sendiri banyak mengikut budaya-budaya barat dan aku sendiri meremehkan hubungan lelaki dan perempuan sebelum nikah sampai tanpa tak sedar dengan bertambahnya orang macam aku, membuat orang yang lain berasa tidak malu untuk ke arah zina dan berzina. |
Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah Posted: 18 Nov 2011 08:44 PM PST Bayangkan anda baru mendapat berita bahawa anak anda ditangkap merokok di sekolah. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda. Itu tidak betul, ini tidak betul. Anda mungkin akan bertindak dengan memarahi pelanggan itu. Dengan tindakan anda ini, anda akan kehilangan pelanggan ini buat selama-lamanya. Dalam keadaan normal, mungkin tindakan anda jauh berbeza. Anda mungkin akan mendengar kritikan ini dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan keadaan. Read More / Baca Lagi >> |
Memali: Sejarah berdarah melawan ISA Posted: 18 Nov 2011 08:43 PM PST Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM). Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama. As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal. Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali. Read More / Baca Lagi >> |
Buang kakitangan awam jadi agenda sempit Umno BN Posted: 18 Nov 2011 08:39 PM PST KETIKA desas-desus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertiup kencang, Umno dan Utusan tidak heti-henti cuba menarah pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Usaha yang sama terus dilakukan mereka terhadap PAS dan KeADILan. Peluang dan ruang diguna sepenuhnya bagi meragukan sokongan rakyat terhadap Pakatan. Apa jua isu yang dirasakan boleh "membeli" hati orang-orang Melayu, akan terus diputar semahunya tanpa rasa bersalah sekalipun ianya fitnah. Minggu lalu, organ Utusan melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif. Read More / Baca Lagi >> |
ISA: Ulamak PAS tuntut penjelasan Najib Posted: 18 Nov 2011 08:30 PM PST KUALA LUMPUR, 19 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan berkenaan penahanan 13 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini. Penahanan tersebut disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu berkenaan dengan ISA. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita pada 14 November lalu yang menyebut bahawa seramai 13 orang ditahan, 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
ROSMAH'S US$55,000 BRACELET....???? Posted: 18 Nov 2011 08:28 PM PST I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah. By Ah Cheong |
Amalan KORUP, PENYELEWENGAN dan SALAH GUNA KUASA kerajaan BN/UMNO CEMARKAN AGAMA Posted: 18 Nov 2011 08:17 PM PST Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam. |
'NFC's statement show it's more a grant than a loan' Posted: 18 Nov 2011 08:08 PM PST |
Once, twice, thrice bitten but never shy Posted: 18 Nov 2011 08:02 PM PST The ruling coalition has failed to learn from the humbling 2008 General Election experience. And leading the pack of the unreformed is the deputy prime minister Take the high-handed show of power by Deputy Prime Minister and Education Minister Muhyiddin Yassin who stubbornly declared that the teaching of Maths and Science in English be reverted to Bahasa Malaysia – this despite pleas by parents for their children to have the option of choosing between either. Muhyiddin, however, remained adamant of completing his mission of making the Malay agenda his top most priority. It was a pleasant end to this controversy when Muhyiddin failed to fulfill his wish, one which served more of a personal agenda instead of the nation's. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Nov 2011 08:01 PM PST LAPORAN AKHBAR KAMPONGAN 2 SEKOLAH HARUMKAN NAMA NEGARA - meloya KUALA LUMPUR 17 Nov. – Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, Sarawak dan SM Sains Tuanku Syed Putra, Perlis memenangi Anugerah Emas sempena Pameran Rekacipta Antarabangsa Inova 2011 kali ke-36 di Zagreb, Croatia dari 8 hingga 13 November lalu. Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan memberitahu, pada pameran itu, SM Sains Kuching mempersembahkan ciptaan bertajuk Potential Antifungal, Antibacteria, Antiplasmodial and Termiticidal Activity of the SELUKAI (Goniothalamuslongistipites). Read More / Baca Lagi >> |
Sedarlah Wahai Bangsa Melayu...!!!! Posted: 18 Nov 2011 07:59 PM PST Entry ini adalah hasil daripada Kepala Otak Tuan Sadiq (gua rembat dari FB), untuk membuka minda melayu2 keparat berjiwa umPORno dan malas berfikir untuk perubahan ekonomi dan generasi mereka sendiri. Banding je kesan 13 Mei terhadap nasib anak bangsa Melayu dengan perkara ni ye..... Jangan tak faham2 jer.... akal anak bangsa melayu yang memuja2 UMNO tu.... Fakta.... 13 Mei tu.... hehehehe.... satu hari jekan. Berapa ramai anak bangsa melayu yang mati dan merempat gara2 13 Mei tu..???? Read More / Baca Lagi >> |
Isu Wang Dalam Simpanan Polis Hilang: KPN Kata Beliau Malu...Pagar Makan Lembu..!!! Posted: 18 Nov 2011 07:58 PM PST Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berasa kesal dan malu berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM11,700 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Selasa lalu. Wang yang hilang itu adalah milik dua daripada tiga suspek kes samun membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah (SPRM) terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 15 September lalu. Ismail berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian itu mengikut prosedur sepatutnya dan pihaknya akan menyiasat secara adil.Read More / Baca Lagi >> |
1Lembu : Najib nampaknya gemar ke luar negara Posted: 18 Nov 2011 07:40 PM PST Ismail Dahlan Di manakah agaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada sekarang? Pada bulan lalu, Najib telah pergi China, Indonesia, Australia, Arab Saudi, dan kemudian kembali ke Arab Saudi lagi; dan kini beliau pergi ke Hawai!Adakah beliau sebenarnya hos kepada rancangan yang merantau dunia? Sama ada beliau adalah versi cantik atau hodoh hos Asha Gill bergantung kepada sama ada anda adalah sebahagian daripada 59% daripada rakyat Malaysia yang menyukai beliau (tetapi peratusan merosot dengan cepat) , atau sebahagian daripada 41% yang tidak! Dan dalam semua perjalanan ini Najib tidak mencapai sebarang matlamat selain daripada membazir wang awam. Bersama beliau dan yang terus mejadi bebanan pembayar cukai, adalah isteri beliau yang juga tidak popular, Rosmah Mansor. Lawatan Najib ke Arab adalah yang paling tidak berbaloi dan membazir dalam keadaan ekonomi kita yang makin teruk ini. Lawatan Najib ke Arab Saudi yang pertama adalah untuk upacara pengebumian Putera Mahkota Arab. Beliau sebenarnya boleh menghantar orang lain supaya kos perjalanan lebih murah untuk menghadiri pengebumian tokoh Timur Tengah itu. |
1Lembu : SPRM Rompak, Polis Curi Posted: 18 Nov 2011 07:33 PM PST Kegelojohan polis menangkap 13 orang aktivis Islam di Tawau Sabah ternyata melalaikan mereka sehingga sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai yang dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu, kini dilaporkan hilang dalam simpanan polis. Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Sabah, Haji Hamzah Abdullah ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi. |
Posted: 18 Nov 2011 07:32 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ikut pintu belakang. Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda. Read More / Baca Lagi >> |
Fakely popular Najib isn’t man enough for the PM’s job Posted: 18 Nov 2011 07:27 PM PST Isn't it odd that survey after survey released in the past week ostensibly indicates that Malaysian Prime Minister Najib Razak - he with the effeminate pink lips and holding on thanks only to a few hundred semi-literate voters in Pekan - continues to remain popular. It's more than a little difficult to swallow the results from such surveys, commissioned as they are by some moneybags, since Najib hesitates to secure his own mandate from the nation. Instead, he piggy-backs on the one obtained by Abdullah Badawi, his predecessor. This is indeed a contradiction in terms. For another, the surveys - some purportedly from opposition parties and some from the government-controlled universities - seem oblivious to the fact that he has so many skeletons in the cupboard that his conscience must surely be killing him, even if slowly, by now. |
BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah Posted: 18 Nov 2011 07:25 PM PST Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat. Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik. "Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >> |
Calon boleh menang: OK, tapi jangan jadi macam sarkas Posted: 18 Nov 2011 07:21 PM PST Bagaimanapun mereka masih berbelah bahagi dengan cadangan pucuk kepimpinan mahu meletakkan orang luar sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13. Ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah kerana ia melanggar tradisi parti meletakkan bukan ahli sebagai calon. Mereka mengulas kemungkinan BN meletakkan calon luar seperti Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Datuk Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Bharu dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang rajin turun padang di kawasan parlimen mereka. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar berpendapat kalau mereka ini calon-calon yang boleh menang, kenapa tidak letakkan mereka. Read More / Baca Lagi >> |
Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu Posted: 18 Nov 2011 07:18 PM PST Alangkah baiknya jika kita memiliki bandar seperti Oxford ini. Sebuah Bandar yang penuh dengan pusat-pusat pengajian. Hampir setiap manusia yang bergerak di bandar ini mempunyai kaitan dengan pengajian. Pelbagai tajuk yang pelik dan aneh dikaji. BBC Oxford juga ada kelainannya. Isu-isu yang dibincangkan sesuai dengan taraf keilmuan di bandar ini. Seminar itu dan ini begitu banyak dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Hampir semuanya percuma. Mereka biasanya tidak memperuntukkan tempat yang canggih dan anggun untuk berseminar. Cukup dengan satu ruang dalam pepustakaan ataupun selainnya yang boleh memuatkan beberapa puluh orang. Kebanyakannya tiada pembesar suara. Hanya kerusi, meja dan pembicara. Sebahagian seminar hanya beberapa belas orang. Ia tetap berlangsung dengan penuh diskusi pengetahuan. Saya sendiri cuba hadir dalam banyak seminar setiap minggu, samada yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan bidang saya. Read More / Baca Lagi >> |
MCLM: Najib perlu bebas 13 jika hargai ‘janji 15 Sept’ Posted: 18 Nov 2011 07:16 PM PST KUALA LUMPUR. 19 Nov — Tindakan polis menahan 13 individu, dipercayai ahli atau penyokong PAS, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan kegiatan gerakan militan di Sabah menjadi tanda tanya kredibiliti janji pentadbiran Najib dua bulan lalu bahawa mahu membawa transformasi politik. Sehubungan itu, Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan segera mengarahkan pembebasan kesemua 13 individu berkenaan selaras dengan janji 15 September — mahu membawa transformasi politik dengan memansuhkan akta-akta preventif dan tidak akan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya. Presiden MCLM Haris Ibrahim berkata, polis sewajarnya membebaskan mereka dengan segera selaras dengan pendirian mendukung janji-janji Najib September lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Suhakam gesa bebas 13, henti guna ISA hingga akta baru digubal Posted: 18 Nov 2011 07:11 PM PST November 19, 2011 KUALA LUMPUR, 19 Nov — Suhakam melahirkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan tindakan Putrajaya menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dakwaan kegiatan gerakan militan di Sabah awal minggu ini ketika ia sedang dalam proses memansuhkan undang-undang tersebut.Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan terbaru ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan