Selasa, 15 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Satim Diman gadai tanah Selangor- Khalid

Posted: 15 Nov 2011 07:51 PM PST

SHAH ALAM 16 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri.
Tanah tersebut diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi pembangunan pendidikan sains, sebelum dijual kepada sebuah syarikat di mana Satim sendiri merupakan ahli lembaga pengarah.
Pendedahan tergempar itu dinyatakan Khalid semasa sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.
"Datuk Satim Diman jual tanah yang awalnya dimiliki PKPS, lepas itu  dijual kepada Nikmat Inai Sdn Bhd di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.
"Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin 'atas dasar' Bumiputera," Kata Khalid.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilik Jet Ada Kepentingan Dengan Kementerian Pertahanan?

Posted: 15 Nov 2011 07:46 PM PST

Oleh reformisanakmuda

"Jet, Rasuah, Zahid Hamidi
"Adakah itu salah?" Jawab Zahid Hamidi yang dituduh menaiki jet ke Arab Saudi dan mengambil isterinya untuk dibawa ke Jeddah menaiki jet yg sama.
Salah atau tak salah itu lain cerita... Tidak boleh ke Zahid pergi ke Arab Saudi menaiki penerbangan biasa (business class pun tak mengapa) dengan kemudahan yg tersedia ada? Awak tu menteri... bila menteri tumpang jet nak ke Arab Saudi pasti ada kepentingan peribadi pemilik jet tersebut...
Read More / Baca Lagi >>

Saham syraikat anak Najib menjunam 30 peratus

Posted: 15 Nov 2011 07:44 PM PST

Harga saham Harvest Court Industries Bhd menjunam hampir 30 peratus pada jam pertama dagangan pagi ini, selepas Bursa Malaysia, semalam meletakkannya sebagai 'sekuriti bertanda'.

NONEIni di sebalik seorang pemegang sahamnya, iaitu anak kedua Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib menafikan bahawa syarikat itu mendapat layanan istimewa daripada kerajaan.

Saham dan waran syarikat itu diniagakan pada RM1.50 dan RM1.27 masing-masing pada jam 9.50 pagi, iaitu jatuh satu pertiga harganya daripada RM2.13 dan RM1.81 yang dicatatkan semalam.

Dalam wawancara yang disiarkan di dua akhbar harian berbahasa Cina - Sin Chew Daily dan China Press - Nazifuddin menegaskan bahawa kerajaan tidak terbabit dengan projek-projek syarikat itu yang bernilai RM1.2 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Posted: 15 Nov 2011 07:43 PM PST

ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.
Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.
Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.
Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia  dibenarkan oleh demokrasi.
Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula  KITA  dan lain-lain.
Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal NFC: Rakyat bukan lembu

Posted: 15 Nov 2011 07:41 PM PST

Oleh Fairuz Azhan

16 NOVEMBER – Negara sekali lagi dikejutkan dengan skandal keji yang menyelweng wang rakyat. Kali ini ia melibatkan projek ternakan lembu yang diberikan kepada keluarga seorang menteri yang gagal mendapat hasil tetapi duit pula digunakan untuk membeli sebuah kondominium mewah.
Isu National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dipertahankan pula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar serta beberapa pemimpin UMNO lain.
Isu NFC ini terbongkar dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini. Sebanyak RM250 juta disediakan bagi projek ini di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menternak dan memproses daging lembu bagi memenuhi keperluan makanan domestik.
Namun demikian, seperti mana didedahkan Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak pekara yang meragukan tentang projek tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya UMNO penaung Melayu?

Posted: 15 Nov 2011 07:39 PM PST

Oleh T.K. Tan


16 NOVEMBER – Kepercayaan bahawa 'UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO' telah sebati dalam pemikiran kebanyakan orang Melayu sejak Merdeka. Bila waktu pilihan raya mengunjung, payah dicabar kedudukan UMNO-BN sebagai pilihan tunggal pengundi Melayu.
Apakah tanggapan tersebut masih sahih? Sesuatu mitos, bila berakar tunjang dalam pemikiran seseorang, sukar diubah ketetapannya.
Walau pun Malaysia kini mempunyai liputan dan kadar penggunaan internet yang cukup tinggi berbanding negara jiran serantau, kebergantungan dan tahap kepercayaan orang Melayu terhadap propaganda dan berita media kawalan pemerintah UMNO-BN masih kuat.
Apa puncanya yang menyebabkan anggapan bahawa UMNO itu penaung Melayu bertapak kukuh sehinggakan menjadi satu mitos yang sukar dikikis?
Read More / Baca Lagi >>

KOMAS alu-alukan komitmen Khalid untuk kukuhkan institusi demokrasi

Posted: 15 Nov 2011 07:37 PM PST

Pusat KOMAS mengalu-alukan langkah berani kerajaan Negeri Selangor apabila Menteri Besar Khalid Ibrahim membentangkan bajet 2012 di mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin berkata, RM5 juta akan diperuntukkan untuk mengukuhkan institusi demokrasi.

Jumlah ini adalah untuk program-program meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak-hak demokratik masing-masing; pendaftaran pengundi dan pemantauan pilihan raya.

Kami percaya bahawa tanggungjawab ini sudah lama tertangguh dan telah diabaikan oleh kerajaan Persekutuan - termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - yang seolah- olah beranggapan bahawa semua mekanisme pilihan raya yang sedia ada berjalan dengan lancar.
Read More / Baca Lagi >>

Kena Saman Lagi : 49 peneroka tuntut Felda, Felda Technoplant bayar RM6.75 juta

Posted: 15 Nov 2011 07:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Seramai 49 peneroka dari tiga kawasan Felda Palong dekat Gemas hari ini memfailkan saman ke atas Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd menuntut hak bayaran lebihan hasil sawit melibatkan RM6.75 juta — kes terbaru dalam siri tuntutan dibawa oleh peneroka ke atas agensi rancangan tanah sejak kebelakangan ini.
Dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pagi ini, plaintif menamakan Felda dan Felda Technoplant masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam writ saman mereka, peneroka-peneroka terbabit masing-masing menuntut bayaran lebihan hasil, selepas ditolak kos pengurusan RM900 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500, berjumlah RM150,000.00 setiap seorang.
Read More / Baca Lagi >>

Umno's brand of sex and money politics: How Islamic is it?

Posted: 15 Nov 2011 07:15 PM PST

Umno's brand of sex and money politics: How Islamic is it?From Port Dickson to Terengganu, Malaysians have been incessantly sated with juicy sex stories.  Some of these stories are made up of genuine ingredients that could perhaps be turned into thrillers but some others are void of the right constituents and evidence as they were  intentionally cooked up for political expediency.
In any case, Malaysian politics is always spiced with a lot of sex recipes for the people to devour. The sex prescription seems to be very popular among some self-seeking politicians to grab on or stay in power. In most cases, however, the one and only purpose of staging sexual plots on politicians is to debase their political career. This ploy has become a political cliché in Malaysian politics. The people on the street, though, are cheesed off with this kind of grubby approach to politics. They are much chagrined as to how one could even be appointed as senator just because the person keeps boxes of sex secrets or he spews out sex venoms to implicate a political  enemy.
Read More / Baca Lagi >>

The PSC so far shows MCA and Umno the worst obstacles to clean polls

Posted: 15 Nov 2011 07:14 PM PST

The PSC so far shows MCA and Umno the worst obstacles to clean pollsThe Parliament Select Committee, tasked to look into the election process in Malaysia, has begun public hearings and the Bersih 2.0 coalition has presented its case. An earlier attempt at keeping Bersih out of the hearing fell flat, with the coalition pushing forward to present its case. What has the PSC have to fear from Bersih? This is a question left unanswered, yet it was the case.
The flimsy argument that any written recommendations put forward to the PSC should not have the Bersih logo and that presentations can only be made by individuals and not as a coalition speaks of malice by the organisers. When others are allowed to present their case with seeming ease, why was another set of rules leveled at Bersih?
Nonetheless, in spite of all the obstacles put forward by Prime Minister Najib Razak's administration and Umno party, Bersih 2.0 and the rakyat (populace) are the clear winners in the battle to clean up the fraud so evident within the Malaysian election process.
Read More / Baca Lagi >>

Seperti Nak Usai Pukat Rusuk Yang Basah

Posted: 15 Nov 2011 07:01 PM PST

MUNGKIN ramai yang bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya Pengerusi Eksekutif NFC, Dr Mohamad Sallah tampil memberi penjelasan berhubung isu yang melanda dalam projek lembu gemuk yang heboh seharian dua ini. Dr Mohamad Salleh adalah orang terbaik untuk memberi penjelasan.

Kata Abdullah sebagai suami kepada Sharizat Jalil dan orang paling bertanggungjawab mengenai projek bernilai RM250 juta paling sesuai dan berhak untuk memberi penjelasan kerana dia tahu ke mana dan untuk apa duit itu diagihkan. Abdullah juga meminta pihak tertentu bertanya kepada Dr Mohamad Sallah dan tidak menyalahkan Sharizat. Tindakan Abdullah itu sepertti mahu membela Sharizat sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Dah Nak Padam : Koh Umum Pelan Kelangsungan Hidup Gerakan Khamis Ini

Posted: 15 Nov 2011 06:39 PM PST

Koh Umum Pelan Kelangsungan Hidup Gerakan Khamis Ini
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang berdepan dengan banyak kritikan, dijadual membuat pengumuman penting Khamis ini mengenai pelan kelangsungan hidup parti itu.
Koh yang menyatakan demikian kepada pemberita Selasa, berkata pengumuman itu akan termasuk pelan fasa pertama bagi pembaharuan dan perubahan Gerakan.
"Pada 17 Nov ini, saya akan buat pengumuman penting mengenai hala tuju Gerakan dan agenda Gerakan untuk rakyat Malaysia. Semua dijemput datang," katanya di lobi Parlimen di sini.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada pengumuman itu akan termasuk agenda kelangsungan hidup dirinya sendiri dalam parti, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Koh, yang telah menerajui parti sejak 2008, sering dikritik bagi kepimpinannya yang disifatkan sebagai "lemah dan berlembut" berbanding dengan pemimpin parti terdahulu.
Beliau turut menerima tekanan hebat daripada anggota parti untuk membuat keputusan tegas mengenai kedudukannya dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2012 Kem. Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Posted: 15 Nov 2011 06:33 PM PST

KKLW: Tawar 125 projek terbuka, dakwa rugi RM400j tak munasabah

Posted: 15 Nov 2011 06:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya telah membelanjakan lebih RM400 juta tahun ini atas alasan 67 projek tender terbuka tidak dikurniakan kepada pembida menawarkan harga terendah dan disyaki wujud amalan rasuah.
Minggu lalu Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham berkata, daripada 209 projek yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang 2011, kementerian hanya mengurniakan 129 projek termasuk hanya 68 ditawarkan secara terbuka.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjelaskan, kesemua penilaian tender telah dijalankan secara telus.
Read More / Baca Lagi >>

Kau Ingat Ko Anak Tok Sidang, Boleh Main Seks Sesuka Hati

Posted: 15 Nov 2011 06:10 PM PST

Oleh Pemuda Bkt Katil

ALOR GAJAH: Tindakan seorang pegawai syarak sebuah tanah rancangan Felda, di sini yang menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sebelum didakwa membebaskan mereka menimbulkan rasa kurang senang beberapa penduduk yang membuat laporan itu, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia awal 20-an bersama pasangannya berusia 18 tahun ditahan penduduk serta Imam satu Felda berkenaan selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah.

Penduduk, Qasha Umar, 28, berkata, penduduk terpaksa mengambil masa 30 minit sebelum menyerbu masuk ke dalam rumah disyaki selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat sepasang kekasih sedang berdua-duaan.

Gambar hiasan
Read More / Baca Lagi >>

Dah lu sakau baru nak mengaku

Posted: 15 Nov 2011 06:08 PM PST

Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka. Bagi pasangan yang bercadang menukar agama, mereka sepatutnya menyelesaikan terlebih dulu semua masalah berkaitan tanggungjawabnya. Setelah sembilan tahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Isnin mendedahkan bahawa ramai anggota jemaah menteri yang tidak bersetuju dengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.

Nazri yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini sebagai saksi ke-20 pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik berkata beliau sendiri ada membangkitkan keraguan dan berpandangan projek menelan belanja melebihi RM1 bilion itu berkemungkinan gagal.

Read More / Baca Lagi >>

Politik Sengal : Ceramah Anwar Dicemari Letupan Mercun

Posted: 15 Nov 2011 06:06 PM PST

imageBATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.

Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.

Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan.

Read More / Baca Lagi >>

Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Posted: 15 Nov 2011 05:58 PM PST

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

NONEDalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM Sambut Kehadiran BERSIH 3.0

Posted: 15 Nov 2011 05:56 PM PST


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
15 Nov 2011
Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil.
Setakat hari ini, kerajaan melalui agensi SPR dilihat masih tidak membuat apa-apa pendekatan awal untuk baik-pulih sistem pilihanraya terutamanya dalam aspek tuntutan yang tidak memerlukan perubahan akta seperti penggunaan dakwat kekal.
Read More / Baca Lagi >>

Isu NFC : Umno Sudah Tidak Boleh Di 'Overhaul' Lagi

Posted: 15 Nov 2011 05:53 PM PST

Kuala Lumpur, 15hb Nov 2011. Pelbagai isu telah melanda negara kita sejak daripada negara kita merdeka sehinggalah kepada hari ini. Sudah sekian lama kita dibebani dengan pelbagai isu , rakyat Malaysia sudah tidak mampu menanggung beban angkara sikap pemimpin tertentu yang memeningkan rakyat Malaysia.

Semalam kita mendengar bagaimana seorang ahli parlimen Penyokong Kerajaan meminta agar individu tersebut meletakkan jawatan dengan alasan Umno tidak mahu menjadikan individu 'tersebut' sebagai liabiliti kepada parti Umno.

Read More / Baca Lagi >>

Lembu Khalid disiasat, Lembu Sharizat SPRM senyap sepi

Posted: 15 Nov 2011 05:52 PM PST

Oleh: mohdnoorawang

"Kisah LEMBU DAN CERITA LEMBU ada yang lucu dan ada yang menipu, Ada lembu jantan dan ada yang lembu betina. Dulu lembu jantan yang dikorban pada hari haji dijadikan isu besar, kerana tuan lembu dikatakan oleh media bodoh UMNO ADA UNSUR RASUAH. Maka dengan segera media bodoh TV dan media cetak dan ngos bodoh membuat bising macam dunia sudah kiamat.

SPRM pun bangkit macam singa lapar menyiasat MB Selangor Tan Sri Khalid, akhirnya tiada rasuah yang berlaku. Tamat isu lembu MB Selangor. Kenapa tak bising ngos dan media PM Najib Razak korbankan lembu seramai 400 ekor lembu dengan kos hampir RM2 juta?.

Read More / Baca Lagi >>

Bahan Kempen Terbaru UMNO@BN....Khas Buat Orang Kampung..!!!

Posted: 15 Nov 2011 05:50 PM PST

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/391331_289806777720155_100000725040277_978274_1628688377_n.jpg

Terutama Melayu......Sampai mereka akan lupa manusia yang mengatakan 'Hudud tak sesuai' adalah manusia yang sama dalam gambar itu...Bijak2....

Pemuda dan pemudi Umno terlibat Kumpulan haram Genki 7

Posted: 15 Nov 2011 05:49 PM PST

Akhbar Harian Metro semalam 14 November 2011 memaparkan sebuah berita mengenai serbuan terhadap segerombolan kumpulan dan entity gangster di Sebuah resort kawasan Teluk Batik , Virgo Resort.

Penubuhan kelab yang dipanggil Genki (Generasi Kini) Seven kononnya mengadakan Hari Keluarga yang terdiri dari kalangan anak-anak muda yang majoritinya berbangsa Melayu.

'Hari Keluarga' yang diraikan dari kalangan bukan muhrim itu kononnya telah booking sebanyak 300 buah bilik hotel untuk mereka bermalam. Samada bermalam sesama jantina atau berlainan jantina, itu hanya mereka sahaja yang menentukan.

The best part is, majority yang terlibat dalam kumpulan Genki Seven itu merupakan ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO. Wahhhhh….. dahsyat pemuda pemudi UMNO hari ini, pandai mencari dana untuk menganjurkan Program yang melibatkan kos yang agak tinggi.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal NFC — Muhyiddin juga patut ditanya

Posted: 15 Nov 2011 05:46 PM PST

16 NOV — Senator Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno dan menteri, sudah terlalu penat diasak dengan pertanyaan mengenai apa yang dikenali sebagai skandal National Feedlot Corporations (NFC).
Tidak tahu bagaimana dia hendak menjelaskan kepada rakyat bagi membersihkan namanya supaya menjadi seorang menteri dan Ketua Wanita Umno yang bersih.
Yang payah baginya ialah syarikat ternak lembu dimiliki oleh suami dan anaka-anknya. Modalnya dipinjam dari kerajaan sejumlah RM250 juta. Setakat ini ternakan itu belum menunjukkan prestasi yang sepatutnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Menteri Pulau Pinang 'anti-Melayu', sejak zaman Chong Eu?

Posted: 15 Nov 2011 05:43 PM PST

Oleh Syed Imran
Kecuali  mendiang Tan Sri Wong Pow Nee, setiap seorang ketua menteri Pulau Pinahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghnD5eVlbD0ZW1fAxHwoHYBb_DHW9PfyoCY3lze_PZ-SLl1LCbemVNY5b2qLLBbvdRM_QmpqJ17E_zWMQox5gDElwIfXCnCdR8utKcKPkUhcOoeDnWWfjfzigMhYjdOQAkRhs88bRUfMI/ng tidak terlepas daripada dituduh 'anti-Melayu'.

Mendiang Pow Nee yang menerajui pentadbiran Negeri Pulau Pinang sejak Merdeka sehingga pilihan raya umum 1969, terlepas daripada tuduhan itu mungkin kerana sentimen orang Melayu tidak dipengaruhi politik perkauman yang tebal.
 
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: