Sabtu, 5 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pro-BM group wants PPSMI scrapped immediately

Posted: 05 Nov 2011 09:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, Nov 6 — PPSMI (the teaching and learning of mathematics and science in English) remains abolished but a Bahasa Malaysia lobby group here is demanding Putrajaya discontinue the policy immediately instead of gradually phasing it out.
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) insisted that the government's continuance would indicate it is "not serious" with its plan to revert to using Bahasa Malaysia as the medium of instruction for the two subjects.
Its chairman Prof Dr Shaharir Mohd Zain pointed out that under Putrajaya's decision on Friday, PPSMI would only be completely phased out in nine years, during which time the government could still change its mind.
Muhyiddin announced on Friday that while PPSMI remains abolished, the government would allow those already studying under the programme to continue until they have completed their secondary school education. — file pic
"The government should follow the same strategy of implementing PPSMI ... otherwise it will send many wrong signals and indicate it is not serious or fully committed. "I think it is unfortunate that he (Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin) is doing something different from what most people expected him to do," the senior research fellow at Universiti Malaya (UM) told The Malaysian Insider.
He said it would take too long for the teaching and learning of science and mathematics in Bahasa Malaysia to be fully implemented and urged the government to make the switch immediately.
Muhyiddin, who is also the deputy prime minister, announced on Friday that while PPSMI remains abolished, the government would allow those already studying under the programme to continue until they have completed their secondary school education.
Read More / Baca Lagi >>

Tekanan Ekonomi : Aidiladha disambut sederhana di seluruh negara

Posted: 05 Nov 2011 08:55 PM PDT

Aidiladha hari ini disambut seluruh masyarakat Islam secara sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir ekoran keadaan cuaca yang diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri.

Biarpun kedatangan Hari Raya Korban tetap diraikan, beberapa negeri di utara tanah air yang sebelum ini dilanda cuaca buruk tetap berwaspada berikutan hujan yang diramal turun di sebelah petang.

Bagaimanapun, cuaca baik di kebanyakan negeri pada sebelah pagi membolehkan umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya diikuti ibadah korban dengan menyembelih lembu dan kambing dalam keadaan selesa.
Read More / Baca Lagi >>

RM250 : Buku bergambar 'Che Det' dilancar Khamis ini

Posted: 05 Nov 2011 08:53 PM PDT

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan melancarkan buku bergambar "Che Det" pada 10 Nov ini yang memaparkan detik-detik hebat dalam kerjaya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, melengkapi sebahagian usaha pendokumentasian sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

umno general assembly 240904 mahathir and wife at assemblyBuku dwibahasa yang mempunyai 418 halaman, diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, disusun sebegitu rupa agar ia dapat dijadikan bahan penghayatan terhadap tokoh-tokoh negara dan menjadi rujukan sejarah.

Buku itu mengandungi lebih daripada 470 gambar berkapsyen yang dirakam dari semasa ke semasa sejak Dr Mahathir, atau lebih mesra dikenali sebagai "Che Det" memegang jawatan Perdana Menteri dari 1981 sehingga beliau bersara pada 2003.
Read More / Baca Lagi >>

Sekolah Cina terus dibangun di sebalik prejudis

Posted: 05 Nov 2011 08:51 PM PDT

Sim Kwang Yang
Jika diajukan soalan kepada kebanyakan ibu bapa berpendidikan Cina di Malaysia apa isu yang paling penting membabitkan pendidikan anak-anak mereka, - mereka akan memberitahu anda bahawa ia adalah pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Khaled: Aziz Bari perlu henti jadi pensyarah jika mahu ‘politik’

Posted: 05 Nov 2011 08:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.
Justeru Menteri Pengajian Tinggi itu berkata Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.
Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.
Siasatan ke atas Aziz (gambar) dikritik banyak pihak sebagai tindakan mengekang kebebasan akademik.
"Saya menasihatkan Abdul Aziz Bari berhenti menjadi pensyarah kalau mahu memilih pentas politik," kata Khaled lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti

Posted: 05 Nov 2011 08:48 PM PDT

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

Jika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.
Read More / Baca Lagi >>

PPSMI: Bertenanglah dan lihat secara menyeluruh

Posted: 05 Nov 2011 08:46 PM PDT

PPSMI: Bertenanglah dan lihat secara menyeluruh Saya dapati hujah-hujah semasa yang diutarakan oleh kedua-dua pihak mengenai isu PPSMI mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris,menjadi ganguan politik. Ia menjadikan mereka yang bersaudara bertelagah dan mengalih perhatian kita daripada matlamat utama iaitu menghapuskan BN daripada berkuasa.
Penyokong telah mengatakan bahawa ini ia adalah suatu perkara yang harus dibanggakan kerana kita harus memperkasakan bahasa kebangsaan kita dan juga ia lebih praktikal memandangkan kejatuhan standard pencapaian akademik adalah disebabkan guru-guru yang tidak terlatih untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Di pihak membangkang pula, hujah mereka adalah betapa pentingnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa perdagangan antarabangsa dan kegagalan untuk menguasainya dalam Sains dan Matematik akan menghakis daya saing ekonomi negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Pengaruh Mahathir, Muhyiddin lembutkan pendirian terhadap PPMSI

Posted: 05 Nov 2011 08:45 PM PDT

Pengaruh Mahathir, Muhyiddin lembutkan pendirian terhadap PPMSI Walaupun beliau menafikan yang beliau telah berubah fikiran, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara dramatik melembutkan pendirian beliau semasa membentangkan peraturan baru yang dinanti-nantikan mengenai pengajaran Matematik dan Sains di sekolah-sekolah kerajaan.
Pada asasnya, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itua akan dilakukan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2017 bagi sekolah rendah dan pada 2021 untuk sekolah menengah.
Ini akan memberi ibu bapa sedikit ruang untuk bernafas, walaupun Muhyiddin memberi amaran bahawa ini tidak bermakna beliau menarik balik keputusan untuk menghapuskan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matapelajaran tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Bersediakah Melayu untuk terus berkorban

Posted: 05 Nov 2011 07:45 PM PDT

Ahmad Naim Tahir

6 NOV — Secara harfiah, tajuk itu terang-terangan lawan kata-kata keramat Hang Tuah, pahlawan Melayu terbilang yang kisahnya banyak dicatatkan dalam buku sejarah. Dulu, laksamana kata 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia', sekarang Khalid tulis buku dengan tajuk yang terbalik pula. Kalau belum baca, lebih kurang begini isi karya, penuh pendapat Khalid mengenai bangsa Melayu yang semakin 'dihilangkan' identitinya.
Penulisnya mengemukakan hujah mengenai nasib bangsa yang kian berpecah-belah, bertelagah, lebih banyak berdebat daripada muafakat, akhirnya orang lain yang bukan sebangsa beroleh manfaat.
Jangan salah sangka, kolum ini bukan ulasan buku, tapi sekadar mahu bercerita mengenai nasib orang Melayu. Pasal pengorbanan bangsa kita dari dulu, banyak beralah bukan sekali-sekala, tetapi selalu. Kebetulan juga hari ini umat Islam menyambut Aidiladha, hal korban juga tema utamanya.
Aidiladha membawa iktibar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengajar umat Islam taat perintah, beriman dan berserah kepada Allah. Berkorban ertinya sanggup memberikan dengan ikhlas sesuatu yang amat disayangi kepada orang lain. Natijahnya, sesuatu yang dikorbankan itu membuatkan orang yang memperolehnya pula mendapat manfaat.
Read More / Baca Lagi >>

Huru hara betul Muhyiddin, Guru dan Kementerian

Posted: 05 Nov 2011 07:37 PM PDT

"Macamanalah Muhyiddin nak mentadbir negara ni. Sedangkan Kementerian Pelajaran pun huru hara sekarang ni.

Dengan isu PPSMInya. Dengan isu ribuan bakal guru menganggur yang lepasan TESL, KPLI dan UPSI. Apa nak buat, Melayu Mudah Lupa.



Kisah Ramai Bakal Guru Mengamuk kat Muhyiddin di SINI
Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di SINI
Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di SINI
Read More / Baca Lagi >>

Dr M biarkan anak sokong “Seksualiti Merdeka 2011?” Mempromosi dan mengiktiraf pengamal seks songsang ?

Posted: 05 Nov 2011 07:36 PM PDT

 
Isu "Seksualiti Merdeka" sebenar sudah bertapak di Malaysia sejak 2008 lagi. Agak menghairankan kenapa baru sekarang kerajaan BN mahu menyekatnya.
Begitu juga isu murtad, ia dah lama berlaku, tut-tut baru ni kerajaan UmnoBn berselindung disebalik NGO membuat perhimpunan sejuta rakyat konon nak bantah gulungan bukan islam memurtadkan orang Islam.


Sepatutnya nak bercakap isu murtad bincanglah di parlimen, bukan di stadium!! Bab nak menegakkan hukum Islam ni orang Melayu (Islam) dah tentu sokong, tak payah nak berarak di stadium, bincang terus di parlimen bersama AP muslim mahupun bukan muslim. Perjuangan melaksanakan hukum Islam yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS sebelum ini sering di bantah oleh wakil2 Umno. Bila mereka ni nak buang perangai buruk itu entahlah!
Read More / Baca Lagi >>

Hukum Allah tidak Patut dipersoalkan

Posted: 05 Nov 2011 07:34 PM PDT

Oleh PAS Perak

IPOH, 5 Nov: Allah mengetahui tentang realiti dan kesesuaian hukum hudud kepada fitrah menusia kerana Allah yang menjadikannya.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin Endud berkata, kita hamba Allah tidak patut mempersoalkan perintahNYA.

"Hudud adalah hukum Allah yang sama kewajipannya ke atas umat Islam seperti solat, puasa, haji, nikah kahwin dan jual beli. Jika ada persoalan patutkah hudud dilaksanakan, adakah sesuai dengan keadaan sekarang, dan adakah sesuai dilaksanakan dalam keadaan masyarakat tidak memahaminya,  ia seolah-olah kita bertanya "Apakah pendapat anda tentang solat? Patutkah ia dilaksanakan? Adakah sudah cukup keimanan kita untuk menunaikan solat?." Ujarnya membidas kata-kata Ahli Parlimen Bebas, Dato' Zulkifli Noordin dalam satu rancangan bual bicara di stesyen TV kerajaan .

Read More / Baca Lagi >>

Haji mampu satukan ratusan bangsa dunia

Posted: 05 Nov 2011 07:30 PM PDT

ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilham.
Alhamdulihttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/0/00/Tuan_Guru_Dato%27_Seri_Haji_Abdul_Hadi_Awang.jpg/167px-Tuan_Guru_Dato%27_Seri_Haji_Abdul_Hadi_Awang.jpgllah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang masih lagi mempertemukan kita dengan hari raya Aidiladha ini. Suatu perayaan dalam agama Islam yang terkenal dengan ibadah haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam.
Sebahagian daripada kita ketika ini, sedang berhimpun di Padang Arafah daripada ratusan bangsa dan negara seluruh dunia, semuanya sujud kepada Allah SWT. Memberi makna yang jelas ketundukan kita kepada Pencipta iaitu Allah SWT dan melambangkan kesatuan Islam yang mampu menyatupadukan ratusan bangsa yang sangat majmuk di seluruh dunia.

Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah, telah menatijahkan kemenangan besar yang Allah berikan dalam berhadapan dengan pemerintah zalim Namrud pada ketika itu.
Read More / Baca Lagi >>

Khutbah Di Pagi Aidil Adha

Posted: 05 Nov 2011 07:25 PM PDT

Nota: Kalau malas baca semua, baca tulisan yang di tandakan saja... 
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah :
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"
Read More / Baca Lagi >>

The West Australian saja-saja hina Najib dan Rosmah?

Posted: 05 Nov 2011 07:24 PM PDT

Bila Datuk Ahirudin Attan tulis "David Jones is so much like our Metro or Jusco, perhaps just a little bit upmarket ..." dalam postingnya yang bertajuk "David Jones and Najib's daughter who was not here", saya tak berani membuat spekulasi bertulis.

Dalam posting bertajuk "Najib tidur dalam sidang sambil Rosmah berbelanja sakan?" saya hanya berani tulis seperti berikut saja:
Saya tidak syak apa-apa. Tetapi, seingat saya sudah dua kali Datuk Ahirudin Attan membikin posting yang menyusahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mungkin niatnya suci, ikhlas dan murni. Mungkin saya yang salah baca apa yang tersirat.
Saya tak berani tulis lebih-lebih. Saya yakin, Rocky memang bersungguh-sungguh menjaga hati dan kepentingan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga mereka. Walaupun orang kata macam-macam, saya tetap tak percaya Rocky berkerja untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjatuhkan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan

Posted: 05 Nov 2011 07:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.
Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.
Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>

AirAsia nafi buat ‘untung’ hasil subsidi khidmat luar bandar

Posted: 05 Nov 2011 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Tan Sri Tony Fernandes menafikan syarikatnya AirAsia telah memperoleh manfaat hasil RM249 juta dalam bentuk subsidi persekutuan yang dibayar kepada Fly Asian Xpress (FAX) bagi menyediakan penerbangan pedalaman empat tahun lalu.
Putrajaya berkata jumlah itu dibayar apabila FAX mengendalikan perkhidmatan udara kawasan luar bandar (RAS) iaitu penerbangan untuk komuniti luar bandar di Malaysia Timur antara Ogos 2006 dan September 2007, yang kemudian diserahkan kepada Malaysia Airlines (MAS).
"Fly Asian Xpress merupakan operator tunggal bagi RAS dan bukannya AirAsia Berhad. AirAsia Berhad tidak menerima sebarang faedah kewangan hasil operasi RAS," kata ketua AirAsia itu dalam tulisan blognya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Greek debacle or Najib and Ahmad Husni debacle

Posted: 05 Nov 2011 07:18 PM PDT

Greek debacle or Najib and Ahmad Husni debacleOn the 3rd of November, an interview with Malaysia's Finance Minister II, Ahmad Husni, which could only be described as baffling, appeared in the Star.
Malaysia, he declared, had enough funds to cushion the economy, should the European debt crisis hit the country. It was a strange statement considering that the European debt crisis, by which we suppose he means the Greek debt crisis, will without doubt hit Malaysia and the world in short order.
Ahmad Husni then went on to describe his sources of funds like a housewife pulling out cash from sugar containers and kitchen drawers. RM4 billion from the contingency fund, RM6 billion from Kumpulan Wang Amanah Nasional, 30 billion from trust funds and oh, we can sell off our landbanks. And after that, what will he sell? He has neither strategy nor plan, other than selling off all the nation's assets.
Where Malaysia needs a brilliant economist, we are foisted with 2nd rate accountants. Ahmad Husni is not the kind of person we need running Malaysia's Finance Ministry in this terrifyingly testing time for the global economy. Of course, we have Prime Minister Najib Razak as the Finance Minister I, but what could Najib possibly know about the economy?
Read More / Baca Lagi >>

Kamalanathan: 'Tin kosong', pencium tangan, plagiat atau wira MIC baru?

Posted: 05 Nov 2011 07:17 PM PDT

Kamalanathan: 'Tin kosong', pencium tangan, plagiat atau wira MIC baru? Rakyat Malaysia biasa mungkin akan bingung membaca senarai tuntutan untuk pilihan raya yang adil di laman web P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang nampaknya telah di plagiat daripada pihak Bersih.
Mendahului senarai adalah satu cadangan mengadakan "pemerintah sementara yang neutral" yang akan dilantik sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum. Lain-lain 'inisiatif' yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (SPA) mengenai Pembaharuan Pilihan Raya ialah penggunaan dakwat kekal, reformasi sistem undi pos,melanjutkan tempoh berkempen dan menyediakan akses kepada media dengan adil kepada semua parti-parti politik.
Read More / Baca Lagi >>

Senator atau sampah

Posted: 05 Nov 2011 07:16 PM PDT

Senator atau sampahDewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.
Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.
Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.
Read More / Baca Lagi >>

All eyes on Selangor's Budget: Will it be enough to stave off BN?

Posted: 05 Nov 2011 07:14 PM PDT

All eyes on Selangor's Budget: Will it be enough to stave off BN?Mentri Besar Khalid Ibrahim is due to table the Selangor Budget for 2012 on Wednesday, and he has already hinted that it will likely be a balanced budget despite pressure to dole out 'goodies' ahead of snap general elections widely expected to be held early next year.
However, Khalid can be relied on to unveil a slew of people-friendly measures directed towards affordable housing, senior citizens and its popular free water program.
"The trick is how to give out goodies without having to end up borrowing money, like the federal government has had to do. Generally, keeping a balanced or a slightly deficit budget is recommended given the uncertain economic times ahead. Things will surely get worse before they get better, so don't use all your bullets now," an economist at a bank-backed brokerage told Malaysia Chronicle.
Indeed, given the harsh criticism leveled at Prime Minister Najib Razak's RM232billion federal budget, Khalid can be expected to want to avoid the same mistake. Selangor financial adviser Anwar Ibrahim, a former Finance minister, will also play a moderating hand in the spending plan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih deja-vu: Police to quizz Ambiga over Seksualiti Merdeka

Posted: 05 Nov 2011 07:13 PM PDT

Bersih deja-vu: Police to quizz Ambiga over Seksualiti MerdekaIn a series of moves reminiscent of the Bersih crackdown, police have summoned Ambiga Sreenevasan, the movement's chief, for supporting the homosexual and transgender rights group Seksualiti Merdeka.
"It looks like Umno has run out of ideas again and is rehashing the Bersih script. Their objective is to discredit human rights which are a cornerstone of the reformasi (reform) movement," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"This is a calculated political ploy to turn public sentiment, especially amongst the Muslims, against the Pakatan Rakyat. Ambiga and Seksualiti Merdeka are just pawns in the Umno game. We strongly condemn the attempt to intimidate Ambiga."
Ambiga had agreed to open the annual Seksualiti Merdeka event slated for November 9 to 13, but has stated that she was not among the organising committee.
"I can confirm that Datuk Ambiga has been asked to go to Dang Wangi police station on Tuesday for questioning in connection with Seksualiti Merdeka," Malaysian Insider reported Bersih steering committee member Andrew Khoo as saying.
Read More / Baca Lagi >>

The cost of killing Gaddafi

Posted: 05 Nov 2011 07:12 PM PDT

The cost of killing Gaddafi In 2009 Libya was a friend to the US so much so that Libya allowed several US corporate giants to enter & approval was given for training of Libyan security personnel & civilians. These were the civilians that eventually became rebels given arms by the West to overthrow Gaddafi in a movement called liberating Libya .
Arming locals has become a new strategy to avoid deaths to coalition forces while NATO is tasked to take on the indiscriminate air strikes. So what has been the cost for killing a man who has ruled a nation for 42 years without debt to the IMF or the World Bank? It took 8 months for US-NATO to take over Libya, the pro-US Libyan Government may celebrate & rejoice but that celebration is as short-lived as the jubilations in Iraq & Egypt where the people are beginning to realize their country would have still been better off with Saddam Hussein & Hosni Mubarak!
Read More / Baca Lagi >>

Berkorban untuk tegak Islam

Posted: 05 Nov 2011 07:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS.
Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.
"Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah," ujarnya dalam perutusan sempena Idul Adha 1432H.
Katanya, arahan itu yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan.
Menurutnya, walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.
Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

ANDAI ANDA MATI SEKEJAP LAGI

Posted: 05 Nov 2011 04:20 PM PDT

Tiada ulasan: