Khamis, 3 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MP PAS Pokok Sena: GST lepas Pilihanraya .. Jangan Beri BN Menang?

Posted: 03 Nov 2011 09:19 PM PDT

Jingga 13 bersama pekerja berpiket tentang pindaan akta kerja di shah alam

Posted: 03 Nov 2011 09:17 PM PDT

Mat Sabu Di Gopeng Perak - Part 1

Posted: 03 Nov 2011 09:16 PM PDT

Occupy Protesters Disavow Oakland Violence?

Posted: 03 Nov 2011 09:13 PM PDT

The deadly sins of Umno

Posted: 03 Nov 2011 09:11 PM PDT

Jacob Sinnathamby

NOV 4 — Every day a layer of deception is peeled away from the men and women who govern this country and who have a choke grip on our fate. The ongoing Parliament session and the reaction to the Auditor-General's Report and the campaign of lies against Lim Guan Eng's son have led me to think more deeply about Umno and what motivates them to behave and think and speak in the manner they do.
For ease of reference, I will list out the characteristics of Umno (and here I mean the leaders of the party) and will call them the deadly sins of Umno.
1) Pride. This characteristic flows through Muhyiddin Yassin to Khairy Jamaluddin. The Umno leader has no or little humility, he believes that he is a self-made person and is entitled to every position, privilege he has, not for a moment stopping to accept that it is through God's grace that he is an elected representative.
Pride is manifested in this party where NO ONE owns up to a mistake and says sorry. Did Muhyiddin or Khairy say sorry for jumping on the wrong bandwagon and perpetuating an untruth against a 16-year-old boy?
Read More / Baca Lagi >>

RM2j rangsang kerjaya siswazah anak S'gor

Posted: 03 Nov 2011 09:09 PM PDT

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) memperuntukkan RM 2 juta untuk menganjurkan "Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor" untuk melatih dan memudahkan siswazah anak Selangor memperoleh pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Bagi tahun 2011, sejumlah RM600,000 diperuntukkan untuk membiayai yuran penyediaan kursus dan latihan kepada siswazah. Baki RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan kursus sepanjang tahun 2012.Read More / Baca Lagi >>

Islam dan Homoseksualiti

Posted: 03 Nov 2011 09:07 PM PDT

Islam dan Homoseksualiti"Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam….." [3:159]
Perbahasan mengenai homoseksualiti dan Islam bukanlah perkara asing dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir. Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana. Sayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam.
Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera. Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja. Kita mudah untuk mengharamkan dan menghalalkan sesuatu tanpa berfikir panjang dan mengambilkira situasi dan keadaan semasa. Jika ia tidak halal pasti ianya haram dan begitulah sebaliknya. Ketahuilah Islam lebih luas dari masjid dan surau kita.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen

Posted: 03 Nov 2011 08:55 PM PDT

KOTA BHARU, 4 Nov: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum.
"Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan orang Seletar: Siapa yang endah?

Posted: 03 Nov 2011 08:52 PM PDT

Golongan minoriti sering dipinggirkan oleh pemimpin (kerajaan) dan masyarakat dengan sebab "mereka tidak bernilai untuk diendahkan".  Tidak kira daripada segi perancangan pembangunan mahupun peruntukan kepada mereka.  Lebih teruk lagi, mereka selalu menjadi mangsa diskriminasi.  Apatah lagi masa depan mereka?

Begitulah masalah yang dihadapi oleh sekumpulan komuniti minoriti yang bilangan mereka tidak melebihi 2,500 orang, yakni orang Seletar (orang asal - orang laut) yang mendiami di sekitar Selat Johor.

Orang Seletar, berlainan dengan orang asal yang mendiami di hutan, banyak bergantung kepada laut untuk kesinambungan hidup mereka.  Disebabkan bilangan mereka yang kecil, mereka selalu diabaikan.  Satu contoh yang ketara adalah keadaan kemudaan asas - tiada kemudahan air, elektrik, pendidikan dan kemudahan kesihatan yang lengkap - disediakan kepada komuniti orang Seletar.
Read More / Baca Lagi >>

Belanja urus T'ganu tertinggi seluruh negara

Posted: 03 Nov 2011 08:49 PM PDT


Dr Syed Azman Syed Ahmad
Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010.

Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.

Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Empat saman UKM harap Kabinet mansuh Seksyen 15 AUKU

Posted: 03 Nov 2011 08:44 PM PDT

(Dari kiri) Woon, Hilman, Ismail dan Azlin Shafina meminta agar keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin dihormati. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap kerajaan pusat akan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu ini dengan memansuhkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa mengekang hak menyertai politik dengan aktif. "Kepada penggubal-penggubal perundangan Malaysia, kami menggesa agar mereka berpegang kepada doktrin pengasingan kuasa dan keluhuran undang-undang.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Piket MTUC Seluruh Negara - 3-11-2011

Posted: 03 Nov 2011 08:41 PM PDT

Najib Pakai Tangkal Tunai Haji?

Posted: 03 Nov 2011 06:48 PM PDT

muka_hadapan

PAPARAN muka depan Utusan Malaysia  menggegarkan negara apabila gambar Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri, mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya. Tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai 'pendinding' atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan. Mengapa Najib perlu memakai tangkal untuk mengerjakan haji sedangkan beliau sendiri telah dikerumuni dengan puluhan pengawal peribadi sama ada dari Malaysia atau yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi. Adakah Najib tidak yakin keselamatannya dilindungi oleh Allah sepanjang berada di Tanah Suci waima di depan Baitullah? Najib perlu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian.

Lensa : Makkah Ketika Musim Haji

Posted: 03 Nov 2011 06:39 PM PDT


Panggilan Haji Telah Tiba Lagi

Sempena hari jumaat yang mulia ini marilah kita lihat keadaan Kota Makkah ketika musim haji. Anda semua dah pasang niat? Kalau belum takpe.

Read More / Baca Lagi >>

Seksualiti Merdeka : Disifatkan syirik, murtad

Posted: 03 Nov 2011 06:37 PM PDT

Disifatkan syirik, murtadKUALA LUMPUR - Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.
Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.
"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.
"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.
Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.
"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.
"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya.
Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.
"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.

- Utusan

Cucu Natrah Pulang Ke Terengganu......

Posted: 03 Nov 2011 06:35 PM PDT

Nama Natrah kedengaran kembali selepas tidak disebut langsung sejak kali terakhir kedatangannya ke Malaysia, 10 tahun lalu. Namun kali ini beritanya diiringi khabar yang menyentuh hati sesiapa saja yang pernah menelusuri kisah suka duka wanita Belanda ini menerusi penulisan Datin Fatini Yaacob, bekas wartawan Dewan Masyarakat pada lewat 1980-an – Natrah sudah meninggal dunia.

Generasi hari ini mungkin tertanya-tanya siapa Natrah? Apa istimewanya wanita ini sehingga berita kematiannya mendapat liputan meluas media tempatan, kelmarin.

"Beliau sememangnya istimewa kerana Natrah akan terus hidup dalam sejarah Melayu dan Islam. Isunya sentiasa relevan dan menjadi penanda aras kepada undang-undang Islam," kata Fatini ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini.Read More / Baca Lagi >>

MACC's quick peep into RM56,000 binoculars finds 'nothing wrong'

Posted: 03 Nov 2011 06:24 PM PDT

MACC's quick peep into RM56,000 binoculars finds 'nothing wrong'Nov 3 - Would you pay RM56,350 for a product which costs only 3% of that price, RM1,940 to be exact?
And would anyone accept without fuss a product of lower quality, which would have actually cost 50 percent less?
While the answer to both is not in the affirmative, these questions are far from hypothetical. They are being raised following revelations in the Auditor-General's latest report about purchases made by the Marine Park Department.
Yet, the Malaysian Anti-Corruption Commission's deputy chief Shukri Abdul said that the commission had found nothing wrong in the purchase.
At the centre of the issue are two pairs of night vision binoculars bought at RM56,350 each. A check by the Auditor General found that they could have been purchased at only RM1,940 each.
Read More / Baca Lagi >>

Kata Dua Daripada Rakyat kepada Barisan Nasional

Posted: 03 Nov 2011 06:20 PM PDT

Padah Jika Pilihan Raya Mengejut Sebelum Penambahbaikan Pilihanraya  Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, namun kenyataan umum terus dikeluarkan oleh ahli Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.
Read More / Baca Lagi >>

Seksualiti Merdeka: NGO Islam tetap mahu demo, Pemuda PAS batal

Posted: 03 Nov 2011 06:15 PM PDT

Pembela tetap meneruskan protes yang dirancang meskipun Seksualiti Merdeka telah diharamkan oleh pihak berkuasa. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan Islam termasuk Pembela mahu meneruskan demonstrasi berkaitan Seksualiti Merdeka di Masjid Negeri Shah Alam petang ini manakala Pemuda PAS pula memutuskan untuk membatalkan tindakan mereka yang dirancang untuk diadakan di Kampung Baru di sini. "Demonstrasi (di Masjid Negeri) tetap diteruskan," kata Pembela dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Dalam kenyataan terdahulu, Pembela berkata pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penaja dan penyokong program yang telah merencanakan agenda gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
Read More / Baca Lagi >>

Budaya merendahkan kemanusiaan

Posted: 03 Nov 2011 05:03 PM PDT

Aziz Jamaludin Mhd Tahir

4 NOV — Ketika umat Islam seluruh dunia sedang bersiap sedia mengamati perjalanan sanak saudara mengerjakan haji, rakyat Malaysia gempar dengan program yang disokong oleh lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan menganjurkan Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur sepanjang dua minggu sebaik sahaja bermula November.
Maka ramai yang marah, kerana November pada tahun ini adalah bulan umat Islam melaksanakan tanggungjawab kemuncak dalam kehidupannya sebagai seorang muslim yang beriman. Mereka mengharapkan ibadat itu akan mengampun segala dosa lalu, tetapi segelintir mereka yang terbabit dalam program tersebut mengumpul dosa yang paling dilaknat Islam.
Sememangnya semua agama amat memandang keji kepada perlakuan sedemikian kerana ia mencemar kehidupan dan merendahkan martabat seorang manusia yang berakal dalam bingkai tamadun keinsanan.
Golongan yang menyanjung dan mengamalkan perlakuan songsang — lesbian, biseksual, gay, dan trangender (LBGT) — sejak permulaan sejarah lagi menerima kutukan yang maha dahsyat.
Read More / Baca Lagi >>

KWSP wajar bersikap telus elak perasaan curiga pencarum

Posted: 03 Nov 2011 05:00 PM PDT

4 NOV — Sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan menguruskan dana wang simpanan pekerja, sudah tentu apa saja laporan berkaitan pelaburan atau pinjaman membabitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik perhatian umum, khususnya di kalangan pencarumnya. Apabila beberapa portal berita memetik Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan mendedahkan bahawa terdapat 13 pinjaman diluluskan kepada syarikat tertentu mempunyai status "meragukan", sudah tentu orang ramai ingin mengetahui lebih mendalam apa yang sebenarnya berlaku. Laporan itu juga menyatakan sejumlah RM7.3 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM21.3 bilion lagi kepada satu peminjam yang dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit daripada Agensi Penilaian Malaysia Berhad.
Read More / Baca Lagi >>

Di Kelantan, hudud indikator aliran sokongan Melayu PRU-13

Posted: 03 Nov 2011 04:56 PM PDT

Nik Aziz: Kini masa untuk bertindak. — Foto oleh Choo Choy May
KOTA BARU, 4 Nov — Kejayaan atau kegagalan PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud, yang sekali lagi menjadi isu kontroversi di Kelantan, akan menjadi indikator bagi sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan dipanggil dalam waktu terdekat, kata ahli-ahli politik tempatan. Parti Islam itu terus menuding jari ke arah kerajaan pusat atas kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu yang digubal pada 1993. Usaha itu terpaksa ditangguhkan ekoran satu surat daripada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Bahasa Melayu kini diperkosa, tidak dimartabat

Posted: 03 Nov 2011 04:52 PM PDT

Oleh: rozmal

"Memang elok ada disediakan laman sesawang yang menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai mengenai banjir di musim hujan sekarang ini. Tapi kenapa guna nama "Public InfoBanjir". Nak kata Bahasa Melayu pun tidak, nak kata Bahasa Inggeris pun tidak. Kenapa orang Melayu tidak yakin dengan bahasa mereka sendiri?

Macamana nak salahkan bangsa lain, syarikat swasta, papan iklan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul jika jabatan kerajaan sendiri macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus. 

Read More / Baca Lagi >>

Dialog Kedai Kopi 2Malaysia

Posted: 03 Nov 2011 04:51 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin

KELMARIN, saya mengadakan dialog kedai kopi 2Malaysia tanpa dirancang dengan seorang kawan yang pernah bekerja di bawah saya di akhbar New Straits Times selama lebih 20 tahun.Kami pernah diseret ke mahkamah kerana tulisannya mengenai pembekalan kepada Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998.


Saya katakan 2Malaysia kerana kita adalah dua individu daripada dua bangsa berlainan. Dia berbangsa Punjabi dan saya Melayu. Ramai orang Malaysia keliru antara Punjabi dan Benggali. Mereka kerap mencampuradukkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.. Hanya di Malaysia.

Posted: 03 Nov 2011 04:50 PM PDT


Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya.


Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan.

Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu..
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: