Rabu, 2 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Piket MTUC seluruh petang nanti (5 hingga 6.30 ptg)

Posted: 02 Nov 2011 09:20 PM PDT




: : KL – Jln Raja Laut depan KWSP
: : P PINANG Depan Hotel Pearl View
: : KEDAH Depan Sime Tyres International, Mergong
: : PAHANG Depan Masjid Negeri Kuantan.
: : JOHOR Depan Masjid Jamek Kg.Pasir Bt 5, Skudai.
: : N SEMBILAN Padang Majlis Perbandaran Seremban
: : PERAK Depan Bangunan MTUC, Perak.
: : MELAKA Depan Air Terjun, Air Keroh Jalan Bukit Beruang
: : KELANTAN Depan Trade Centre.
: : SABAH -Depan Hotel Tang Dynasty
: : SELANGOR Jln Barat, PJ : di hadapan TWU, Shah Alam : Seksyen 15 depan Proton, Klang : Bukit Rajah di hadapan Jaya Jusco, Telok Panglima Garang di hadapan Toshiba, Rawang : Jalan Utama Sg.Choh.

Nak tanya JAIS antara Ratu Pondan & Bob Lokman...mana nak kena sambaq api neraka..??

Posted: 02 Nov 2011 09:18 PM PDT

Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Agama?


Hebat negaraku kini… Program berbentuk maksiat tiada siapa yang menghalang.. tapi Program yang menjurus kepada Islam dihalang dengan berbagai alasan..

Bob Lokman kini sedang diburu oleh JAIS untuk ditangkap kerana kesalahannya mengajar agama tanpa tauliah.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir di barat Bangkok semakin buruk

Posted: 02 Nov 2011 09:16 PM PDT

Kawasan di barat Bangkok sekali lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi berikutan keadaan banjir di kawasan itu semakin buruk ekoran Sungai Chao Phraya melimpah dan kerosakan pada dinding tebatan banjir.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata paras air adalah satu meter lebih tinggi daripada dinding tebatan banjir di situ.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan kerosakan di 11 tempat pada dinding tebatan banjir dan kerja-kerja membaik pulih keseluruhan kerosakan itu dijangka siap pada 10 Nov.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Umno lapaq duit

Posted: 02 Nov 2011 09:14 PM PDT

Kenapalah Anwar Ibrahim pegi ambik manusia nama Zul Nordin ni jadi calon pilihanraya? Lebih baik ambik Puspha reformis jadi calon dari mamat ni. Arwah Tan Botak tu 100x lebih berakhlak Islami dari Zul Nordin haru ni. Kalau nak cerita Zul Nordin mintak duit ni, saya pun ada banyak cerita, tapi cukup lah dengan pendedahan Exco Kedah, Lim Soo Nee di bawah ini.

Ada pun permintaan RM21k tu terlalu tinggi. Biasanya kos akan diminta supaya calon bayar untuk "poster calon". Tapi kalau calon takda duit, boleh merayu pada PAS Kawasan dan mereka akan tolong carikan duit dahulu. Tapi saya tak rasa sampai RM21k. Ishh melampau. Saya biasa dengar calon2 PAS bertanding duit dalam poket cuma RM100. Mat Sabu bertanding di Kuala Kedah dulu pun, duit dalam tangan tak sampai RM200. Maka, Zul Nordin ni dianggap sebagai sebahagian dari PAS dan tidak mungkin PAS Kawasan akan meminta begitu banyak duit. Read More / Baca Lagi >>

Makkah Kena Jual.

Posted: 02 Nov 2011 09:12 PM PDT

Kehebatan Negara Tiada Tandingan - PM


MEKAH 2 Nov. - Perdana Menteri berkata, sokongan kerajaan yang kuat serta pengurusan yang cekap oleh pihak yang bertanggungjawab, menjadikan urusan umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji menjadi amat mudah serta efisien dan kehebatannya itu tidak dapat ditandingi negara lain di dunia.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia disebabkan kecekapan kerajaan serta pihak terbabit dalam mencari peluang serta usaha keras menghimpun dana,khusus bagi menambah lagi kemampuan dalam membantu umat Islam mengerjakan ibadah haji.

Read More / Baca Lagi >>

Kamalanathan: 'Tin kosong', hand-kisser, plagiarizer or brave new MIC hero?

Posted: 02 Nov 2011 09:11 PM PDT

Kamalanathan: 'Tin kosong', hand-kisser, plagiarizer or brave new MIC hero?The average Malaysian would have been perplexed to read that the MP for Hulu Selangor, P Kamalanathan, had drawn up a list of items for a fair election on his website which appears to have been entirely lifted from Bersih's demands.
Topping the list was a proposal that "a neutral government caretaker" be appointed once Parliament is dissolved for the general election.  Other 'initiatives' he presented at the second meeting of the Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reform was the use of inedible ink, reforming the postal ballot system, extending the campaign period and providing all political parties with fair access to the media.
Sucked DPM's hand
Now, why would an MP known to be a particularly sycophantic toady propose such ideas, even if it is plagiarized completely from Bersih?
Kamalanathan, for those who may not remember, shamed himself by bending down and kissing, practically sucking, on Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's hand.
Other Umno leaders who were there including another toady, Ahmad Maslan the information chief, were stunned. Muhyiddin was alarmed - would he get his hand back?
Read More / Baca Lagi >>

'Mat Rempit' Pulau Pinang permulaan anarki Umno yang menjelang PRU-13

Posted: 02 Nov 2011 09:08 PM PDT

'Mat Rempit' Pulau Pinang permulaan anarki Umno yang menjelang PRU-13Apa yang dilabel polis dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai "Mat Rempit"? Jika polis dan BN sedang amnesia, izinkan saya mengingatkan mereka semula -samseng jalan raya.
Pihak polis dan BN telah berkata bahawa orang ramai tidak perlu memuliakan istilah Mat Rempit kerana pembuli jalan ini tiada beza daripada samseng-samseng dan penjenayah. Mereka adalah gangguan dan ancaman kepada keamanan yang dicintai rakyat Malaysia.
Tetapi, apa pula yang berlaku di George Town?
Tidak ada sekatan dibuat ke atas samseng jalan raya yang dibenarkan untuk berkeliaran di jalan-jalan dan membuat tunjuk perasaan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang secara haram,(saya kira). Atau adakah mereka mendapat permit polis?
Read More / Baca Lagi >>

Pekerja Swasta Harus Risau Pindaan Akta Kerja

Posted: 02 Nov 2011 09:06 PM PDT


SHAH ALAM 3 NOV: Rakyat asing akan membentuk tenaga kerja terbesar di negara ini sehingga pekerja tempatan disisihkan jika pindaan Akta Kerja 1955 dikuatkuasakan.
 Pengerusi Kokus Parlimen Mengenai Pekerja, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keadaan ini bakal berlaku jika pindaan kontroversial itu diteruskan tanpa agenda perlindungan buruh tempatan yang jelas.
Abdullah Sani berkata tren semasa menunjukkan majikan mengenepikan tenaga kerja tempatan untuk pekerja asing yang sanggup bekerja dengan gaji yang murah, dan tanpa perlindungan undang-undang buruh.
Read More / Baca Lagi >>

TPM: Malaysia tak ke mana tanpa peniaga Cina

Posted: 02 Nov 2011 09:05 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memuji masyarakat perniagaan Cina yang menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan Malaysia.

"Untuk sekian lama, ahli perniagaan Cina tempatan kita telah menjadi pelabur domestik utama dan tidak salah bagi saya katakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada di tempat di mana ia berada hari ini," katanya disambut dengan tepukan gemuruh.Read More / Baca Lagi >>

AirAsia received RM249m subsidy for rural flights

Posted: 02 Nov 2011 09:01 PM PDT


KUALA LUMPUR, Nov 3 — AirAsia was paid RM249 million in public funds to subsidise the budget carrier's rural flight services in Sabah and Sarawak between August 2006 and September 2007, the government said today.
Deputy Transport Minister Jelaing Mersat also told Parliament that when Malaysia Airlines (MAS) took over the routes from the low-cost airline's subsidiary Fly Asian Xpress (FAX) in October 2007, "they needed less than half the amount of subsidy."
"Between August 1, 2006 and September 30, 2007, the subsidy paid to FAX was RM249 million.
"MASwings only needed less than half the subsidy as it is more organised and uses newer aircraft which cost less to maintain," the Saratok MP said.
Read More / Baca Lagi >>

ICC: Saif al-Islam may try to flee Libya

Posted: 02 Nov 2011 08:59 PM PDT

UNITED NATIONS, Nov 3 — The International Criminal Court is still receiving information that Muammar Gaddafi's son Saif al-Islam may try to flee Libya with the help of mercenaries, the court's chief prosecutor said yesterday.
Luis Moreno-Ocampo also said he was investigating whether the former Libyan leader and his spy chief ordered mass rapes as they battled an insurgency earlier this year. Gaddafi died shortly after his capture last month by the former rebels, now the government forces.
Moreno-Ocampo at a news conference in The Hague, June 28, 2011, on the arrest warrant issued for Gaddafi (left) and Saif al-Islam. — Reuters file pic
But Ocampo told the UN Security Council his investigations would not be confined to Gaddafi's forces. "There are allegations of crimes committed by NATO forces, allegations of crimes committed by NTC-related forces . . . as well as allegations of additional crimes committed by pro-Gaddafi forces," he said in a speech to the council.
"These allegations will be examined impartially and independently by the (prosecution)."
Read More / Baca Lagi >>

Soi Lek afraid to ask Umno why is Malaysia already an Islamic state

Posted: 02 Nov 2011 08:57 PM PDT

Soi Lek afraid to ask Umno why is Malaysia already an Islamic stateYet again, MCA is using its English daily to propagate garbage on the hudud issue to confuse and divide Malaysians.
Its boss, the scandal-tainted MCA president Chua Soi Lek is quoted by his party organ that the DAP must openly state whether it agrees that the implementation of hudud law will affect not only Muslims but also non-Muslims.
He is not only flogging a dead horse issue, he is just plain stupid.
The DAP is not the ruling government. The Barisan Nasional (BN) is the ruling party and that includes MCA.
BN-Umno-MCA has already declared Malaysia an Islamic state. So, why are you, Chua Soi Lek, not directing the questions to Umno instead?
It is because Malaysia is already an Islamic state that the Islamic authorities, like Jais, can raid a church without any valid reason or warrant. Why is MCA so quiet about this?
Ot is it because the action was conducted by Umno-controlled Jais? So, you don't have the guts to utter a word?
Read More / Baca Lagi >>

Subra: MTUC ada hak, boleh teruskan piket..menteri dah flip-flop dah..!!!

Posted: 02 Nov 2011 08:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhak meneruskan piket pada petang ini dengan menyifatkan bantahan dikemukakan badan induk sekerja sebenarnya "tiada isu."
Jelas beliau, tuntutan MTUC supaya Putrajaya menarik balik dan membatalkan pindaan Akta Kerja 1955 tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi perlindungan kepada pekerja.
MTUC akan mengadakan piket di 18 lokasi pada petang ini menuntut Putrajaya menarik balik dan membatalkan pindaan Akta Kerja 1955.
"Mereka (MTUC) boleh teruskan, itu bukan piket tapi ia perhimpunan. Saya daripada awal mengatakan itu hak mereka dan negara untuk berhimpun secara damai mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
"Mereka boleh teruskan dan dari segi yang dibangkitkan tiada isu kerana tujuan kita sama cuma pandangan yang berbeza. Kita sama-sama mahu beri perlindungan kepada pekerja cuma tafsiran sahaja yang berbeza," kata Subramaniam (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan dan Latihan Malaysia-Jerman di sini.



Asri: Seksualiti Merdeka perlu ditentang jika bela amalan songsang

Posted: 02 Nov 2011 08:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut melahirkan bantahan berkenaan Seksualiti Merdeka — yang sedang berlangsung sekarang — dengan menegaskan program itu patut ditentang jika membela amalan gay dan transeksual di Malaysia.
Penganjuran program itu mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik.
"Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang," kata Asri (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

Posted: 02 Nov 2011 08:51 PM PDT

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.
Read More / Baca Lagi >>

Hulurkan sumbangan, ringankan beban

Posted: 02 Nov 2011 08:44 PM PDT

TAWAU, 3 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) dan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah melancarkan usaha mengumpul dana dan tajaan bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Nur Ayu Farhana, 5, anak kepada mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Daramansyah Lamasa yang menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa bulan yang lalu.
Menurut ketuanya, Lahirul Latigu berkata bahawa pihaknya telah menemui Daramansyah atau lebih dikenali sebagai Abg Dai serta anaknya di Hospital Tawau, petang kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

JAIS: Jaga agama, jangan tangkap pendakwah

Posted: 02 Nov 2011 08:43 PM PDT

1. Terkilan benar perasaan saya apabila terpampang wajah sdr Bob Lokman di dada akhbar sebagai orang yang dikehendaki oleh JAIS untuk ditangkap malah waran tangkap telah pun dikeluarkan, sebagaimana terkilannya saya apabila pihak Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr. Abd Aziz Bari baru - baru ini. Apakah telah hilang budi bicara sang penguasa dalam negara ini ? Asal sahaja kuasa di tangan, biarpun hanya sekelumit dan sementara maka rakusnya tak ubah seperti mereka berkuasa selamanya.

2. Saya tahu, "dosa" Bob Lokman ialah kerana menyampaikan ceramah atau tazkirah tanpa tauliah. Begitulah peraturan yang ada. Mengajar tanpa tauliah itu salah menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS. Saya tidak mahu mempersoalkan peraturan tersebut kerana asasnya peraturan itu dibuat adalah untuk mengawal penyebaran dan kesucian agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Jais wajar raikan artis yang telah ‘berhijrah’

Posted: 02 Nov 2011 08:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik 'penghijrahan' beberapa orang artis yang kini berkecimpung di dalam bidang dakwah seperti Akhil Hayy, Wardina, Sham Kamikaze, Radhi Melissa, Azmil Mustapha, Iwan Dangdut dan ramai lagi selain Bob Lokman.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, kehadiran artis-artis itu telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh.
"Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah 'berhijrah' ini mendapat sambutan yang cukup hebat," ujarnya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Seksualiti Merdeka: Peranan semua pihak sangat ditagih

Posted: 02 Nov 2011 08:39 PM PDT

Di saat ramai sibuk membantah dan membicarakan tentang kedatanagn artis gay Elton John ke Malaysia pada 22 November ini, masyarakat Malaysia hari ini digemparkan dengan kemunculan satu program bernama Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya queer without feer yang mencerminkan tuntutn mereka supaya aktiviti songsang dapat dilakukan tanpa takut. Program gila ini adalah program berkala yang diisi dengan seminar, kempen, pertunjukan poster dan lain-lain.  Program ini juga mendapat sokongan dari beberapa NGO termasuklah Amnesty International Malaysia & Bar Council Malaysia Human Rights Committee. Lebih mengejutkan, mereka tanpa segan silu mewar-warkan slogan "ke arah Malaysia yang mesra LGBTIQ". LGBTIQ ini adalah akronim bagi lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex dan queer.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa Independan sokong ke Putrajaya

Posted: 02 Nov 2011 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen menyokong penuh cadangan ahli-ahli akademik supaya diadakan demonstrasi Putrajaya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap isu kebebasan akademik.
Presidennya, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata, memorandum dan petisyen bersolo ternyata tidak cukup untuk menundukkan ego pihak pemerintah untuk bertegas dalam isu kebebasan akademik.
Ini rentetan daripada peristiwa penggantungan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari, sekumpulan ahli-ahli akademik telah merancang untuk mengadakan demonstrasi menuntut kebebasan akademik di Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Cari kerja lain: Graduan ISMP bantah Muhyiddin

Posted: 02 Nov 2011 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 'cari kerja lain' sebelum ini telah menimbulkan kemarahan sekaligus mengguris hati ribuan graduan dan bakal graduan ISMP di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kampus-kampus lain.
Susulan dari ketidakpuashatian itu, hampir seribu mahasiswa UPSI telah mengadakan piket di perkarangan Sudut Pidato Universiti tersebut semalam sebagai tanda protes.
Read More / Baca Lagi >>

Gaya mewah Rosmah disenangi Umno

Posted: 02 Nov 2011 08:34 PM PDT

Di kalangan Umno sendiri, mungkin ada yang terkejut dengan gaya mewah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Tak kurang juga yang seronok melihat gelagat wanita nombor satu Malaysia itu bergaya. Umumnya, tidak siapa tahu daripada mana punca kewangannya untuk beliau berbelanja mewah.

Rosmah tentunya tidak sama dengan Tun Hasmah Mohd Ali atau pun Tun Jane Abdullah yang sebelum ini juga menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Mereka tidaklah kontroversi, teruk dan buruk perangai apatah lagi boros dengan gaya hidup melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz hanya mengkelukan lidah daripada menjawab pertanyaan Pakatan Rakyat tentang gaya hidup mewah Rosmah di dalam Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Tegur Khairul Fahmi: Elak Perkara Yang Datangkan Syubhah.....Apek perlu tinggalkan betina tersebut..!!!

Posted: 02 Nov 2011 07:43 PM PDT

Elak majlis hidang arak

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak. Read More / Baca Lagi >>

Sering tergendala: SPAD periksa monorel Melaka...!!!

Posted: 02 Nov 2011 07:41 PM PDT

melaka monorailOperasi Melaka Monorel dihentikan selama dua hari bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dilakukan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tindakan itu, selepas insiden sepasang pelancong dari Britain terkandas dalam monorel berkenaan dipercayai berpunca daripada kerosakan pada pam pintu sehingga menyebabkan sistem terhenti.

Ketua Pegawai Operasi SPAD, Azhar Ahmad berkata, kerja-kerja pemeriksaan itu akan dilakukannya bersama empat pegawai.
Read More / Baca Lagi >>

Rais: Mekanisme tangani jenayah siber diwujud

Posted: 02 Nov 2011 07:38 PM PDT

LONDON, 3 Nov — Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang diadakan selama dua hari dan berakhir semalam.
"Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain.
"Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya dipetik Bernama Online semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: