Jumaat, 4 November 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Kenderaan CheguBard Dilontar BUNGKUSAN PAKU Di Jambatan P.Pinang

Posted: 04 Nov 2011 11:29 AM PDT

Semalam ada beberapa program yang dihadiri oleh CheguBard di antaranya pada jam 8.45 malam ialah program Majlis Makan Malam mengutip dana PR DUN Bukit Tengah yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Juru.

CheguBard bersama Mat Sabu dan Tian Chua di Dewan Serbaguna Kg Juru.


Program seterusnya ialah Ceramah Umum memperkenal booklet Cincin RM24.45j dan Pemborosan Imelda Rosmah Peringkat P.Pinang di Bukit Gedung. Bagaimanapun selepas selesai program tersebut, berlakunya satu insiden jahat dan khianat kepada CheguBard yang sememangnya berniat untuk mencederakan dan boleh juga membawa maut.

Insiden itu berlaku ketika kereta yang dinaiki CheguBard di dalam perjalanan pulang dari tapak ceramah dan sedang melalui jambatan Pulau Pinang. Ketika itu sebuah kereta Waja telah memotong kereta yang dinaiki CheguBard lalu membaling dengan sebungkus paku sebelum memecut laju. Dipercayai tindakan itu berniat untuk mencederakan CheguBard. Lebih buruk lagi, jika bungkusan paku itu mengenai tayar kenderaan yang dinaiki CheguBard dan menyebabkan ia hilang kawalan - boleh mengakibatkan kematian.

Syukur tiada sesiapa yang tercedera di dalam insiden ini. Namun ada beberapa perkara yang menjadi persoalannya...
Siapakah dalang disebalik serangan ini ?.
Apakah motif serangan ini...adakah ia bermotifkan politik atau sekadar jenayah biasa bermotifkan kecurian?
Jika serangan ini untuk menghentikan kenderaan CheguBard dan kemudiannya disamun, apa perlunya kereta Waja itu memecut laju selepas melontarkan bungkusan paku?
Adakah serangan ini memang ditujukan kepada CheguBard atau kebetulan kenderaan CheguBard yang menjadi mangsa?

ROSMAH Masih Berjambul, NAJIB Lagi Hebat Dari Presiden Iran

Posted: 03 Nov 2011 11:31 PM PDT


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca. Hari ini aku ingin menjawab persoalan seorang teman dan sahabat seperjuangan yang berpendapat bahawa tidak wajar perkara 'kawalan keselamatan' kepada delegasi Perdana Menteri Malaysia dan Isteri yang ketat dan istimewa dibangkitkan kerana ianya adalah SOP (standard of procedure) kerajaan Arab Saudi.

Tetapi sebelum itu, untuk tatapan rakyat Malaysia yang berada di tanahair yang begitu rindukan untuk menatap tatapan wajah Najib dan Rosmah tersayang. Di atas adalah gambar saat pasangan bahagia itu menjamu selera dipejabat Tabung Haji di Mekah. Alhamdulillah...nikmat rezeki makanan yang Allah kurniakan sangat mewah dan istimewa. Tapi sayang...Rosmah masih 'berjambul' disaat menjamu rezeki Allah di Mekah al-mukarramah.

Berbalik kepada persoalan sahabat Akhi Fairuz yang terkilan dengan rakan-rakan facebook yang pro pembangkang membangkitkan isu Najib dan Rosmah yang diberikan layanan istimewa mengerjakan Haji di Mekah. Menurut pendapatnya, gambar Najib dan Rosmah yang dikawal puluhan pengawal keselamatan (mungkin polis/ tentera di sana) dicanang di kebanyakan blog dan dikongsikan di facebook telah dijadikan isu. Sedangkan itu semua SOP yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi supaya kedua-dua mereka tidak mengalami masalah dan jika apa-apa berlaku mereka perlu bertanggungjawab. Setiap kepala negara akan dijaga sebegitu. (Perdana Menteri atau Presiden).


Antara dua darjat

Satu saja jawapan saya. Mungkin benar SOP itu diamalkan oleh kerajaan Arab Saudi. Namun jika ada penolakan tawaran kawalan itu seperti yang dilakukan oleh Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad ia juga boleh dilakukan. Rasanya tidak perlu taraf kawalan yang setaraf seorang Raja/Sultan/Agong (walaupun sebenarnya tidak perlu, kerana kita di sana, di hadapan Allah semuanya sama saja). Apa perlunya kawalan ketika mengerjakan ibadah haji. Dimana rasanya kemanisan mengerjakan haji. Adakah kawalan itu dibuat sehingga dikepung sebegitu kerana takut berlakunya kecurian. Apa perlunya membawa wang yang banyak ketika bertawaf sehingga takut dicuri. Dan bila takut dicuri, bermakna masih ada rasa takutkan 'harta' berbanding takutkan Allah ketika berada di hadapan kaabah.

Entah mengapa, saya merasakan seandainya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengerjakan haji sekalipun baginda tidak akan menuntut layanan dan kawalan seistimewa Rosmah dan Najib. Saya tidak tahu mengapa, tetapi hati saya merasakan begitu. Mungkin Sultan Kelantan juga akan mencontohi seperti mana Presiden Iran mengerjakan haji.

Apapun didoakan semoga keduanya mendapat haji mabrur. Dan bukannya haji marlboro atau maberuk!.


Kredit foto : Bernama, TPUnmasked

Menu Rakyat 1Malaysia, RM4.00 Lauk Tambah PERCUMA

Posted: 03 Nov 2011 08:42 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe melawat ke premis program Menu Rakyat 1MALAYSIA di restoran Do Re Mi Chicken Rice, hari ini.

Kelihatan pengusaha restoran, Yap Chow Hai (kiri) menambah lauk sambil diperhatikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, (KPDNKK), Mohd Nasir Noryakin (dua, kanan).

Kredit : Bernama




Lagi projek membodohkan rakyat. Bukan main lagi kempen makanan 1Malaysia. Jika sebelum ni Najib, kali ni KPDN pula main peranan. Tengoklah harga kat banner tu. Paling mahal RM4.00. Dalam RM4.00 tu tuan kedai siap tambah lauk lagi dalam pinggan Tan Lian Hoe.


Cuba rakyat marhaen makan...ada tambah-tambah lauk camtu ke?.
Tapi bila pemimpin makan...RM4.00 siap tambah lauk PERCUMA.
Bagus la tu. Transformasi Berjaya.
Tranformasi taik kucing!.


: Author Faethal

RAMAI SANGAT Di Gong Badak - Sham Kamikaze

Posted: 03 Nov 2011 05:34 PM PDT


Petikan gitar daripada Sham Kamikaze malam semalam


Ustaz Azhar Idrus menyampaikan tazkirah agama.


Iwan turut membuat persembahan.


Aura daripada ketiga-tiga panel, menarik ribuan pengunjung yang hadir.


Kredit : KerabuBersuara

Tiada ulasan: