Khamis, 3 November 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


SHAM KAMIKAZE, IWAN & UST AZHAR IDRUS Live Di Gong Badak

Posted: 03 Nov 2011 08:40 AM PDT

Sekarang sedang berlangsungnya Konsert & Tazkirah oleh Iwan Syahman (Iwan Dangdut), Sham Kamikaze dan Ust Azhar Idrus di Gong Badak. Difahamkan sambutan daripada pengunjung sangat-sangat menggalakkan. Di bawah ini sedikit gambar yang dapat dikongsikan untuk semua peminat Sham Kamikaze, Ust Azhar Idrus mahupun Iwan.


 Sham Kamikaze bersama Ust Azhar Idrus


 Iwan sedang membuat 'persembahan' LIVE di Gong Badak.


Sebuah program anjuran PAS Kuala Nerus

SAMM Johor Bersama Piket MTUC

Posted: 03 Nov 2011 06:33 AM PDT

SAMM Johor turut sama-sama berarak di dalam piket ini.

Piket Pekerja bersama MTUC secara besar-besaran telah pun berjalan secara serentak di hampir 22 lokasi seluruh negara bermula dari sejak pukul 4.00 petang tadi. Di Johor, piket ini diadakan di Pejabat Bahagian MTUC Johor, Jalan Mata Kucing, Batu 5, Kampung Pasir dan bergerak ke kawasan perhentian bas. SAMM Johor turut menyertai piket yang turut dihadiri hampir 150 orang pekerja yang menyuarakan bantahan mereka terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Mereka berhimpun dihadapan Pejabat MTUC sejak dari awal walaupun terdapat kekangan kerana ramai sedang bekerja pada ketika itu. Antara wakil SAMM Johor yang hadir adalah Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Asyraf Ismail beserta beberapa aktivis SAMM lain.

Disamping memegang hampir 5 kain rentang dan pelbagai placard, rata-rata pekerja melaungkan "Hidup Pekerja Hidup MTUC", "Tarik Balik" dan nyanyian lagu "Barisan Kita" yang diolah khas berkaitan pekerja. Tindakan ini dapat menarik perhatian orang ramai sehinggakan berlaku kesesakan jalanraya disitu.
Seperti keadaan cuaca yang agak memihak kepada pekerja, cuaca mendung dan kadang-kala gerimis menyebabkan majoriti yang hadir semakin bersemangat untuk meneruskan piket yang berakhir pada jam 6.30 petang.

Seperti mana yang dirancang oleh urusetia pengendali, piket ini berjalan dengan aman, lancar, mengikut masa dan boleh dikira agak berjaya dengan kehadiran dan kesedaran orang ramai.

HIDUP PEKERJA!!!
TARIK BALIK PINDAAN AKTA 1955!!!

Ketumbuhan TESTIKAL 90kg Lelaki Vietnam

Posted: 03 Nov 2011 12:50 AM PDT


Nguyen Dua Hai daripada Vietnam mempunyai ketumbuhan yang berukuran 1.2 meter diameter dan berat melebihi 90kg.

Pemuda 31 tahun berasal daripada bandar Da Lat ini tidak mampu bergerak dan hanya mampu tidur secara berdiri.

Ibunya yang berusia 61 tahun yang menjaga dan memenuhi segala keperluan anaknya ini. Dia memaklumkan kepada Tuoitrenews bahawa ia risaukan dengan kesihatannya yang semakin merosot dan andai tidak mampu lagi menjaga anaknya ini lagi.


Hai dilahirkan dalam keadaan normal namun mula mengalami pembesaran ketumbuhan ini tidak lama selepas itu. Ketika dia berusia empat tahun, kaki kanannya menunjukkan tanda-tanda tidak normal apabila lebih cepat membesar berbanding kaki kirinya.

Pada ketika usianya 17 tahun, ketumbuhan itu sudah seberat 25kg. Dia telah menjalani pembedahan pada lututnya di Hospital Besar Lam Dong . Bagaimanapun doktor di hospital berkenaan gagal mendiagnosis dirinya menghidap kanser.

Kisah Pemimpin Pergi Haji DIBALING BATU

Posted: 02 Nov 2011 07:15 PM PDT


Soghang pomimpin yang jahat laie kuek monipu rakyat ey poie monunai an haji. Poie pun guno duit rasuah. Sampai yo aghi melontar jamrah dio tetibo jadi heghan pasal setiap kali di baling ey batu tu...mesti batu tu datang balik kono kek dio. Setolah bebeghapo kali dio cubo melontar tetibo tedonga satu bisikkan kek telingo ey `BOSS....KITO SESAMO SETAN PUN TAK KAN NAK BALING JUGAK` - Ujang


Kisah ini tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup, mahupun yang sudah meninggal dunia. : Author Faethal

Tiada ulasan: