Rabu, 2 November 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


ROSMAH Kembali BERJAMBUL, Bertudung Ketika Tawaf Sahaja

Posted: 02 Nov 2011 08:02 AM PDT

Alahai la Rosmah.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Ku sangka 'bertundung' hingga kau pulang, rambut tersembul tetap dihati.

Ini adalah gambar Rosmah yang sedang bertanyakan khabar kepada seorang jemaah ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat Lembaga Tabung Haji di sebuah hotel di Mekah.


Ini pula gambar ketika Rosmah berjumpa dengan jemaah haji wanita yang lain. Tanpa rasa segan dan malu, dia sorang je yang 'berjambul' di musim haji ni.

Apa nak jadi la kau Rosmah...

Monorel Melaka TUTUP 48 JAM Selepas Rosak Semalam

Posted: 02 Nov 2011 05:22 AM PDT

MELAKA, 2 Nov -- Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad (depan) ketika memeriksa tahap keselamatan Monorel Pelancongan Melaka di Stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad (belakang).


Petugas Monorel Pelancongan Sungai Melaka, Razi Yahya (kiri) bersama rakan setugas Mohd Faiz Kamarulzaman (kanan) memeriksa tangga tali kecemasan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah di sini hari ini.

Perkhidmatan Monorel Melaka di hentikan selama 48 jam berikutan kerosakan yang di alami tengahari semalam. Monorel ini mengalami kerosakan pada pintu yang tidak tertutup rapat dan menyebabkan hasrat dua pelancongan Britain untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen. Monorel ini kerapkali rosak. Malah pada hari pertama ianya dilancarkan pun ia mengalami kerosakan.


Kredit : Bernama dan Malaysiakini

Akhrinya ROSMAH Menutup Rambutnya UNTUK TAHUN INI

Posted: 02 Nov 2011 01:22 AM PDT

MEKAH, 2 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertawaf mengelilingi Kaabah di sini malam tadi.

Kredit : Bernama

Alhamdulillah...akhirnya Rosmah BERJAYA juga menutup aurat rambutnya untuk tahun ini....: Author Faethal

Ust Azhar Idrus DILARANG Berkuliah Di KELANTAN

Posted: 02 Nov 2011 12:00 AM PDT

PENUH...suasana semasa majlis kuliah agama Ust Azhar Idrus di Masjid Wakaf Bharu pada 28/4/11 yang lalu : foto AkhiAkmal


Dengar-dengarnya Majlis Agama Islam Kelantan MAIK telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan Ustaz Azhar Idrus berkuliah di Kelantan atas alasan cliche - tiada tauliah.

Surat rasmi berkenaan perkara ini akan dikeluarkan oleh pihak MAIK kepada Ustaz Azhar dalam masa terdekat. Ini bermakna kuliah pada 24/11/2011 yang dijadualkan akan diadakan di Masjid Wakaf Bharu, Kota Bahru, Kelantan tidak dapat dijalankan dan akan ditukar ke tempat lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Bagaimanapun menurut PA Ustaz Azhar Idrus, Majlis Setiausaha Negeri Kelantan sanggup pada bila-bila masa untuk membantu menjalankan kuliah Ustaz Azhar di Kelantan. Mereka sanggup untuk menyediakan dewan-dewan di Kelantan untuk majlis kuliah Ustaz Azhar.

Bahasa mudahnya, Ustaz Azhar Idrus tidak dapat berkuliah di dalam Masjid kerana dihalang oleh MAIK kerana tiada tauliah, TETAPI boleh berkuliah di dewan-dewan serbaguna. Sedia maklum bahawa MAIK adalah di bawah kerajaan Negeri Kelantan, namun ramai pegawai-pegawai atasannya yang cenderung kepada UMNO.


Kredit : JKKK Fan Club

TERKINI : Usul Potong Elaun NAJIB, ROSMAH DITOLAK

Posted: 01 Nov 2011 09:25 PM PDT

Jam 11.30 tadi, di Parlimen suasana agak hangat kerana nantikan usul pemotongan elaun Najib dan Rosmah. Ramai Menteri, Timbalan Menteri dan backbencher yang hadir ke sidang Parlimen hari ini untuk menyelamatkan nasib gaji Najib daripada dipotong.

Tian Chua telah mengemukakan bahas dengan fakta bahawa Najib gagal menyelamatkan ekonomi negara, jadi menjadi kewajaran supaya gaji Perdana Menteri dipotong. Laporan Audit yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan bahawa lebihan belanja yang berlaku di dalam kerajaan menunjukkan kelemahan kerajaan Najib. Najib juga gagal menghapuskan rasuah di dalam agensi yang berwibawa seperti kes Ahmad Sabarni

Bagaimanapun hujah Tian Chua itu hanya dijawab oleh Nazri Aziz dengan kurang daripada 3 ayat. Dan selepas pengundian dibuat, seperti yang dijangka usul ini ditolak.

Sebelum itu Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen untuk membahaskan hari ini usul supaya gaji Datuk Seri Najib Tun Razak dipotong sebanyak RM 22,826.65, atau bersamaan dengan jumlah gajinya sebulan.

Beliau berkata walaupun ianya bermotifkan politik, namun dia membenarkan usul itu untuk dibahaskan dahulu.

"Penyokong Kerajaan telah dibenarkan untuk membahaskan usul untuk memotong gaji Ketua Pembangkang sebelum ini. Jika saya tidak membenarkan (usul) ini, maka saya akan dituduh double-standard, "katanya.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang telah memfailkan usul itu minggu lalu semasa meluluskan Bajet 2012 kerajaan dengan tambahan supaya gaji Perdana Menteri dipotong.

Ahli Parlimen Batu telah berkata bahawa "ini adalah serupa seperti usul tidak percaya dalam kepimpinan dan pentadbiran Perdana Menteri."

Ketika membentangkan usul itu hari ini, beliau memberi contoh seperti peningkatan dalam hutang negara kepada lebih 51 peratus daripada KDNK, kematian bekas pembantu DAP Teoh Beng Hock dan Pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed semasa di bawah jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, serta sekatan ke atas Julai 9 perhimpunan Bersih untuk reformasi pilihan raya.

Tiada ulasan: