Politiksukusakat |
Mahfuz cabar Najib pecat Shahrizat! Posted: 17 Nov 2011 08:36 PM PST WAN NORDIN WAN YAACOB KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dicabar memecat Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berikutan skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Cabaran itu dibuat Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Dato' Bung Moktar Radin yang mahu Shahrizat melepaskan jawatan. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Senan berkata, skandal RM250 juta bukan suatu isu yang kecil yang harus didiamkan oleh kerajaan. Sebaliknya ia adalah dana rakyat yang digunakan sewenang-wenangnya termasuk untuk pembelian kondominium mewah RM9.8 juta dan mencari keuntungan peribadi dengan simpanan tetap, katanya. Beliau hairan bagaimana projek RM250 juta itu boleh sewenang-wenangnya diberikan kepada ahli keluarga menteri kabinet, dan akhirnya menemui kegagalan. "Saya mencabar Najib selaku PM memecat Shahrizat.Kes ini berlaku sewaktu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin harus menjawab mengapa projek ini diberi kepada keluarga Shahrizat," katanya lagi. Menurut Mahfuz, kes ini memperlihatkan bagaimana suatu kelulusan pinjaman dan projek diberikan secara mudah kepada individu berkepentingan tanpa me,ihat risikonya. Akhirnya berlaku kegagalan dan penyelewengan yang hingga kini belum lagi disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun pihak berkuasa lain, katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula berkata, Shahrizat harus melepaskan jawatan segera dan pihak berkuasa harus menyiasat skandal tersebut. Ujar Mohd Firdaus lagi, kerajaan tidak boleh melindungi mana-mana pihak sekalipun menteri kabinet dalam isu penyelewengan wang awam. "Ini suatu isu yang sangat serius, yang harus disiasat dan pihak yang terbabit harus diambil tindakan segera," katanya. Sambil menyifatkan ia suatu kes yang mirip kepada Skandal PKFZ, Mohd Firdaus juga menyeru rakyat agar melihat kes ini sebagai suatu lagi sebab mengapa harus menolak BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Ini sebagai bukti BN hanya menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan peribadi," ujarnya. Sebelum ini, Bung Mokhtar ada menyatakan pendirian agar Shahrizat melepaskan jawatannya berikutan skandal RM250 membabitkan NFC. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab," kata Bung Mokhtar semasa berbahas di Parlimen 14 November lalu. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. "Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. |
You are subscribed to email updates from Politiksukusakat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan