Khamis, 3 November 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Boros, Najib hilang kelayakan terajui negara!

Posted: 03 Nov 2011 12:32 AM PDT

KUALA LUMPUR : Dato' Seri Najib Tun Razak tidak layak menerajui negara selaku Perdana Menteri kerana terlalu boros menggunakan dana wang awam.

Demikian kata ahli Parlimen Parit Buntar, Dr MUjahid Yusof Rawa mengulas isu pemborosan Najib dan ahli keluarganya menggunakan dana awam bagi tujuan peribadi.

Beliau ditemui di Pejabat Editorial Harakah ketika lawatan PAS Perak ke sini pada 3 November lalu.

"Perdana Menteri terlalu boros menggunakan dana awam untuk ke luar negara termasuk semasa urusan meminang di Kazakhstan.Lebih daripada itu, kita di Parlimen ada meminta penjelasan mengenai isu pembelian cincin RM24 juta oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

"Namun tiada jawapan.Mereka kata dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, tetapi mengapa dalam surat perakuan tidak dikenakan cukai?

"Jika sekadar untuk pameran sementara mengapa tidak dikenakan cukai?Sehingga kini isu ini tidak terjawab," kata MUjahid yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu Mujahid memaklumkan, Najib dan keluarga dilihat terlalu boros menggunakan dana awam dalam lawatan-lawatan ke luar negara termasuk dalam urusan peribadi.

PAS tidak membantah jika Najib ke luar negara atas dasar rasmi seperti rombongan ekonomi dan mencari pelaburan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kata Mujahid lagi.

Sebelum ini terdapat dakwaan mengenai Rosmah yang membelanjakan RM100,000 sehari untuk menyewa hotel di Dubai, katanya.

"Kita mahu bertanya daripada mana wang itu diperolehi.Terlalu bermewah," katanya.

Beliau memaklumkan, peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri sahaja menjangkau RM2 bilion dan ianya dibantah oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 di bawah pentadbiran Najib, hutang awam mencatat kadar kenaikan 12.3 peratus iaitu kenaikan sebanyak RM44.72 bilion dan menjadikan hutang berjumlah RM407.11 bilion pada 2010.

Mengulas isu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, ia merupakan lonjakan besar jika dibanding dengan jumlah sebanyak RM362.39 bilion pada tahun 2009.

Paling dikesali, pentadbiran Najib gagal mendedahkan elemen perjanjian dengan IPP walaupun beliau tahu TNB sudah mengalami kerugian sebanyak RM453 juta kerana TNB membeli dari IPP pada harga yang jauh lebih mahal.

Setiap tahun kira-kira RM19.7 bilion dibayar kepada IPP yang semuanya dikawal oleh kroni sedangkan risiko akhir akan ditanggung rakyat yang berdepan peningkatan harga elektrik mungkin dalam masa terdekat, katanya.

"Isu pentadbiran ekonomi, kadar inflasi yang tinggi dan tekanan kepada ekonomi rakyat. Kita menghadapi masalah ekonomi tetapi PM Najib Razak berbelanja besar untuk publisiti luar," ujarnya yang ditemui 3 November lalu,

Rakyat dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Najib dan isterinya (Rosmah) membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.

Parlimen pula sebelum ini turut diberitahu bahawa kos bagi penyelenggaraan rumah Najib dan timbalannya mencecah RM49 juta setahun.

Tiada ulasan: