Khamis, 3 November 2011

PERAKITE

PERAKITE


PAS menentang isu Seksualiti Merdeka

Posted: 03 Nov 2011 08:19 AM PDT

PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.
Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.


"Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.


Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi manusia.


Menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga.


Menurutnya, sokongan PAS dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali.


"Dalam isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.


Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu.

Seksualiti Merdeka diharamkan

Posted: 03 Nov 2011 08:16 AM PDT

Ekoran pelbagai aduan diterima, Polis mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka', demikian diumumkan Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Sungai Besi.

Sehubungan itu Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November. Tindakan itu menurut Khalid dibuat atas tanggungjawab pihak keselamatan untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear akan berlangsung sehingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Banyak pihak berpandangan, ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ianya juga adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini. 

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Parti KITA lulus..Pakatan Rakyat tak boleh

Posted: 03 Nov 2011 08:13 AM PDT

Sikap pilih kasih Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak meluluskan penubuhan Pakatan Rakyat tetapi memberi layanan istimewa kepada parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) sedangkan proses permohonan kedua-duanya datang dari individu sama – Datuk Zaid Ibrahim, dipersoal.


Mencelah pada sidang Dewan Negeri Undangan (DUN) Selangor, Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata permohonan menubuhkan Pakatan Rakyat dihantar dua tahun dulu tapi tidak diluluskan ROS sehingga kini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Gombak, sebaliknya berkata ROS meluluskan permohonan parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) hanya dalam masa seminggu.
"Parti Kita, hantar seminggu terus lulus. Tapi kami(Pakatan Rakyat) sudah dua tahun hantar, sehingga sekarang masih tidak diluluskan lagi. ROS tidak berlaku adil dalam meluluskan permohonan itu kerana mengikut telunjuk Umno.
"Sepatutnya Sungai Pelek jangan tanya kami. Tanya kerajaan kerana asal melibatkan Pakatan, semuanya tidak dilayan," katanya ketika membidas Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) yang mengeluarkan kenyataan Pakatan Rakyat tidak sah daripada segi undang-undang.
Ee Wah berbuat demikian ketika mencelah perbahasan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang membahas prestasi Selangor lantaran menunjukkan prestasi mengkagumkan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini.
Untuk rekod, proses permohonan penubuhan Pakatan Rakyat dijalankan Zaid atas kapasiti Penyelaras Pakatan Rakyat bersama beberapa pemimpin parti gabungan, ketika beliau masih dalam KEADILAN. Selepas keluar parti, Zaid kemudian menubuhkan parti Kita.

Kenyataan Pendaftar Pertubuhan berbelit-belit

Posted: 03 Nov 2011 08:10 AM PDT

Pakatan Rakyat menafikan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru bagi mendaftarkan ia sebagai sebuah entiti.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sehingga kini ROS tidak membuat keputusan mengenai permohonan Pakatan yang dibuat sejak dua tahun lalu.
Beliau memetik Kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Osman kononnya pakatan rakyat tidak berusaha berbuat demikian.
"Mengapa Pengarah ROS boleh berkata begitu sedangkan permohonan lama belum ada keputusan," katanya dalam sidang media hari ini.
Saifudin berkata, selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti, jawatan beliau selaku Pengerusi Sekretariat untuk mengurus permohonan itu terbatal sebagaimana termaktub dalam perlembagaan pakatan.
"Kalau ROS kata dengan keluarnya Datuk Zaid, maka kena buat permohonan baru, sepatutnya permohonan lama direspon dengan mengeluarkan satu surat rasmi.
"Persoalannya sehingga kini kami tiada menerima apa-apa daripada ROS samada perlu membuat permohonan baru atau tidak," katanya.
Saifudin turut memberitahu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dilantik bagi menggantikan Zaid sejak Mac 2011.
"Sejak Mac 2011 setiap tiga hingga 4 minggu kami mengadakan pertemuan dengan pihak ROS termasuk menghantar 6 salinan meliputi undang-undang tubuh, logo, surat permohonan dan bayaran sebanyak RM30,"
"Oleh itu, majlis presiden pakatan yang bermesyuarat semalam menetapkan untuk menanti kenyataan terbaru dari pengarah ROS hasil sidang media yang kami buat hari ini sebelum membuat keputusan selepas itu," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Agong Sekretariat itu sejak dua tahun lalu menyifatkan tindakan ros itu berat sebelah.
"Semasa Zaid mohon pendaftaran Pakatan dan masih ahli PKR, Ros enggan lulus tetapi Ros luluskan pula pendaftaran parti KITA pimpinan Zaid dalam masa 2 minggu sahaja, ternyata keputusan Ros terhadap permohonan kami bersifat politik," katanya.

Pakatan ambil alih Putrajaya pada PRU13

Posted: 03 Nov 2011 08:08 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bercakap dalam satu temubual dengan agensi berita antarabangsa Bloomberg, Anwar menjangka kemenangan Pakatan pada PRU 13 itu sebagai 'kebangkitan Malaysia'.
"Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan," kata beliau dalam  temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.
Anwar memberitahu Bloomberg Pakatan bakal memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN termasuk di Johor dan Pahang, serta memperoleh kembali majoriti di lima negeri yang dimenangi pada 2008.
Selain itu beliau juga yakin Pakatan akan mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.
"Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini)," kata Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN.
Menurut Anwar, kebangkitan kuasa rakyat di Timur tengah kini sedang mara di Asia Tenggara menyaksikan perubahan politik di negara seperti Singapura dan Myanmar.
"Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu,"
"Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang," kata Anwar.

Rosmah tak beli apapun barang kemas

Posted: 03 Nov 2011 08:02 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan konon anak perempuannya berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

NONEOrang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan, katanya.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily.

NONESelain itu, laporan bertajuk 'Delegates go shopping and sightseeing' atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Tiada ulasan: