Pahang Daily Online |
- Parlimen: PM Najib Razak Umum Pinda Seksyen 15 AUKU, Benar Pelajar 21 Tahun Ke Atas Sertai Parti
- Panas: Rasuah, MB Di Gesa Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Libat Pengawai Kanan SPRM Pahang
- Pahang Jadi Negeri Pertama, Yang Bincang Secara Sistematik Usaha Membendung Isu Gejala Rasuah
| Parlimen: PM Najib Razak Umum Pinda Seksyen 15 AUKU, Benar Pelajar 21 Tahun Ke Atas Sertai Parti Posted: 23 Nov 2011 08:54 PM PST
[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Najib ini setidak-tidaknya boleh melegakan para peajar dan mahasiswa terbabit. Biar pun penuh helah dan sebagainya, namun Najib adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani membuat perubahan. Sama ada ia popular atau tidak mungkin bukan masalahnya. Apa yang penting rakyat secara majoriti sudah pasti akan melihat Najib bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Memang benar ada beberapa perkara yang masih gagal dilaksanakan sekarang ini, namun sebagai rakyat yang bijak berfikir kita harus sedar bahawa ada kalanya apa yang kerajaan buat itu boleh memberi kelebihan kepada rakyat. Maka itu, tidak perlulah kita terlalu melenting dan terus membangkang tidak tentu hala. Semoga perubahan ini akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan !]. |
| Panas: Rasuah, MB Di Gesa Siasat Dakwaan Salah Guna Kuasa Libat Pengawai Kanan SPRM Pahang Posted: 23 Nov 2011 03:33 PM PST ![]() KUANTAN, 24 Nov - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa menjalankan siasatan terperinci terhadap satu laporan yang kini telah tersebar berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Moh Samsuddin dan Timbalannya Ramli Hassan berhubung dengan dakwaan meminta sumbangan sebanyak RM60,000 (Enam Puluh Ribu) daripada Pejabat Menteri Besar Pahang itu sendiri pada Jun lalu. Peruntukkan terbabit khabarnya telah disalurkan ke akaun bank Kelab Sukan SPRM Pahang menerusi Bank Islam bertarikh 9 Jun 2o11. Dipercayaai semua Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan SPRM membantah perkara itu. Namun, ia tidak diendahkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit. Difahamkan juga wang tersebut telah digunakan untuk membiayai program SPRM Pahang dan SUK Pahang yang dirancang di Taman Negara Jerantut ketika itu. Persoalannya sekarang, jika perkara ini dilakukan oleh agensi kerajaan yang lain maka sudah pasti ia akan dianggap rasuah dan sudah pasti mereka yang terlibat akan dibawa ke muka keadilan untuk didakwa. Masalahnya, ke mana laporan berkaitan wajar dibuat sedangkan ia melibatkan Pengarah dan Timbalan SPRM Pahang sendiri?. Inilah yang memusykilkan ramai pihak sekarang ini. Justeru itu, Menteri Besar Pahang digesa melakukan siasatan terhadap laporan ini dan mengambil tindakan tegas atas apa yang berlaku. Tambahan pula baru dua hari lepas Adnan merasmikan Seminar Merempuh Cabaran dan Tingkatkan Hasil Negeri yang diadakan selama tiga hari di sini. Makanya, beliau harus laksanakan tanggungjawab itu walau pun terpaksa demi maruahnya. [Malah terdapat juga beberapa dakwaan yang ahli keluarga Pengarah SPRM Pahang juga ada mendapat kuota kawasan perlombongan di negeri Pahang sebelum ini. Langkah itu kononnya diambil bagi SPRM menutup beberapa laporan rasuah berkaitan beberapa ahli politik UMNO di negeri ini. Jika benar dakwaan itu, maka Pengarah SPRM Pahang perlu menjawab isu ini dan tidak wajar membiarkan rakyat terus tertanya dan dibelenggu misteri. Mana mungkin agensi yang sepatutnya menangani rasuah tiba-tiba terpalit pula dengan rasuah. Adnan perlu berani mengambil tindakan dan tidak wajar membiarkan isu ini terus berlarutan. Kita tidak mahu rakyat hilang keyakinan terhadap agensi terbabit gara-gara tindakan yang tidak sewajarnya ini. Semoga pihak lain mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku hendaknya. Jangan nanti orang kata kita "cakap tak serupa bikin" kerana ia lebih memalukan. Maka, lakukanlah tindakan berani sekarang !]. |
| Pahang Jadi Negeri Pertama, Yang Bincang Secara Sistematik Usaha Membendung Isu Gejala Rasuah Posted: 23 Nov 2011 02:59 PM PST
[Usaha membendung gejala rasuah harus dilakukan secara lebih tersusun dan bukan sekadara omongan kosong semata-mata. Ini kerana, masih ramai pegawai kerajaan terutamanya bagi mereka yang berkhidmat di Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD), Pejabat Tanah Dan Galiananan (PTG), Pejabat Perhutanan dan beberapa lagi agensi lain masih terlibat dengan rasuah. Malah, banyak dakwaan bagi permohonan melombing bijih besi, pihak pemohon dikatakan terpaksa merasuah enam jabatan yang berkenaan semata-mata untuk mempercepatkan laporan teknikal permohonan mereka. Ini semua sudah tidak dapat dibendung lagi. Bermula dari pucuk hinggalah ke akar umbi ia masih tetap berlaku. Itu belum termasuk rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di majlis tempatan terutamanya yang melibatkan Pengawai Penguatkuasa jabatan terbabit. Semua ini berlaku di depan mata sejak sekian lama dan Kerajaan Negeri Pahang perlu berani mengambil tindakan tegas terhadap semua ini jika benar bercita-cita ingin membendung rasuah itu sendiri. Apapun, kami ucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh mereka sekarang!]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan