Pahang Daily Online |
| Zaid: Parti KITA, Tidak Akan Letak Calon Di Pekan Dan Pagoh Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !! Posted: 21 Nov 2011 03:04 AM PST
[Keputusan yang dibuat oleh KITA itu adalah tepat kerana Parlimen Pekan dan Pagoh adalah kubu kuat PM dan TPM. Makanya BN pasti akan menggunakan sepenuh tenaga dan jentera yang ada untuk memastikan pemimpin utama mereka itu menang besar pada PRU-13 ini. KITA lebih sesuai meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Melayu tetapi yang bertanding adalah kaum lain. Ini bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan adil tentang calon yang layak mewakili mereka pada PRU akan datang. KITA dilihat berpotensi menang anda ada calon yang berkaliber diletakkan oleh parti itu. Sokongan rakyat dijangka bertambah dan akan memperkuatkan lagi keazaman untuk membuat perubahan ke arah negara Malaysia yang lebih adil dan saksama]. |
| PKR Dedahkan Lebih Banyak Penyelewengan NFC Suami Shahrizat Guna Dana Awam Tunai Umrah ! Posted: 20 Nov 2011 11:55 PM PST ![]() KUALA LUMPUR, 21 Nov - PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan. Kali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (foto) berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah. Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan. Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. "Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya. Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua buah syarikat dari Singapura itu. [Nampaknya, isu NFC ini bakal menjerat Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil. Walau atas apa jua keadaan sekali pun. memang rakyat perlu tahu bahawa Shahrizat terlibat dengan projek suaminya itu. Penyelewengan terus didedahkan bagu membuktikan bahawa memang terdapat rahsia besar disebalik projek itu sebenarnya. Soalnya, kenapa ada pihak yang beriya-iya mahu pertahankan isu ini sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa memang ada penyelewengan yang nyata terhadap projek ini sebenarnya. Semoga rakyat dapat menilai dengan bijak isu ini dan melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang hendaknya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan