Jumaat, 18 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sukan: Chong Wei, Bakal Bertemu Musuh Tradisi Lin Dan Pada Separuh Akhir Terbuka Hong Kong

Posted: 18 Nov 2011 02:24 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Nov - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dengan mudah layak ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram, pada perlawanan suku akhir hari ini. Seperti diramalkan, Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dengan mudah mengenepikan saingan dalam masa 31 minit dengan keputusan 21-16, 21-13 pada kejohanan bernilai AS$250,000 (RM791,301). Bagaimanapun, Chong Wei dijangka menghadapi saingan getir apabila bertemu dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan separuh akhir esok. Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, turut melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan Shon Wan Ho dari Korea Selatan, 21-15, 21-18 dalam masa 40 minit.

Panas: 'PAS Pahang' Di Berikan Tempoh Seminggu Siasat Dakwaan Ada Ahlinya Terlibat Projek Lynas

Posted: 17 Nov 2011 10:20 PM PST

KUANTAN, 18 Nov - PAS Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Lynas Corporation iaitu kilang memproses rare-earth yang kini dibantah oleh parti itu. Jika sebelum ini PAS pernah mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat gara-gara tindakan beliau mengeluarkan kenyataan terbuka di TV3 yang bertentangan dengan dasar parti itu dalam isu Lynas. Maka, kini mereka wajar melakukan tindakan yang sama terhadap pihak terbabit. Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata demikian kepada pihak kami pagi tadi. "Saya sudah memberi tempoh sebulan kepada pihak terbabit supaya menarik diri daripada berurusan secara rasmi dengan Lynas. Namun, dari maklumat .. tiada tindakan dibuat. Makanya, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan pihak terbabit jika mereka terus berdegil.", kata Shukri. Beliau yang merupakan salah seorang penentang Lynas yang bergeras atas nama aktivis kecewa dengan senario yang berlaku. "Saya sanggup menggadaikan nyawa beberapa kali untuk berhadapan dengan mereka. Malah, saya hampir dipukul serta digertak dengan bermacam-macam ugutan oleh mereka. Tanpa sebarang kewangan saya hadir, malah membuat liputan meluas isu Lynas di blog, facebook dan sebagainya. Tiba-tiba ada pula manusia yang hipokrit, depan menentang belakang sapu projek. Saya tidak boleh terima semua ini. Kita marah kerajaan apabila ada laporan menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Israel yang kita tentang. Kini, ada orang kita yang tergamak mengadaikan maruah dengan membolot projek dengan Lynas. Sedangkan dibelakang mereka menentag projek tersebut. Saya juga ada maklumat mengenai anak-anak pemimpin PAS juga ada yang bekerja dengan syarikat terbabit. Kenapa ini berlaku?. Maka, saya harap PAS Pahang siasat kes ini dengan segera. Jika tidak sudah pasti ia akan jadi isu besar pada PRU akan datang", kata blogger terbabit.


Rakyat tertipu membantah Lynas bila ada orang tertentu tiba-tiba dapat
projek dan tergamak khianat kepada perjuangan mereka selama ini
[Pendedahan panas oleh blogger terbabit sememangnya amat dinantikan oleh rakyat. Mereka tidak mahu mereka yang tidak jujur, hipokrit dan khianat kepada kepercayaan rakyat mewakili mereka dalam memperjuangkan isu Lynas. Jika mahu main projek dengan Lynas, pihak yang berkenaan digesa meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu demi maruah dan harga diri. Dikala rakyat sibuk berjuang menentang dan membantah Lynas, mereka bersama-sama berjuang dan mahu Lynas dihalau keluar dari bumi Pahang. Rupa-rupanya dalam masa yang sama mereka dapat untung besar atas projek tersebut. Apakah ini cara perjuangan Islam, menipu untuk kepentingan duniawi. Isu ini pasti akan menyentam semangat perjuangan mereka yang berkobar-kobar mahu Lynas dihentikan. Kini terdedah akhirnya ada pihak yang menipu dalam perjuangan. Isu ini bukanlah melibatkan parti tetapi hanya sikap individu tertentu semata-mata. Namu, harus diingat ada orang dalam kepimpinan PAS sendiri tahu tentang perkara ini dan kenapa mereka harus berdiam diri. Apakah mereka rela dana perjuangan PAS Pahang disalurkan daripada duit Lynas?. Maka, buat tindakan segera demi maruah parti serta kepercayaan rakyat terhadap isu yang cukup kontroversi ini hendaknya].

Kuliah Maghrib: 'Ustaz Azhar Idrus' Bakal Berada Di 'Masjid Al-Fattah', Batu Tiga Kuantan Isnin Ini

Posted: 17 Nov 2011 12:04 PM PST

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (foto) dijangka mengadakan Kuliah Maghribnya di Masjid Al-Fattah, Batu Tiga Kuantan pada Isnin, 21 November 2011 ini. Seperti biasa, kuliah beliau pasti akan menarik perhatian ramai pihak kerana unsur humor yang dibawanya dalam setiap kali menyampaikan kuliah. Bulan lalu, beliau mengadakan kuliahnya di Masjid Syaidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih yang dihadiri oleh ribuan peminatnya. Kini, beliau bakal muncul kembali dan pastinya akan mengupas beberapa lagi topik yang menarik. Kepada orang ramai yang berada di sekitar Kuantan dan kawasan yang berdekatan, bolehlah hadir beramai-ramai untuk mendengar kuliah tersebut nanti. Seperti biasa, kuliah Ustaz Azhar akan diakhiri dengan soalan-soalan daripada orang ramai. Justeru, kepada yang mahu mengajukan soalan mereka bolehlah berbuat sekarang dan hanya membawa serta menyerahkan soalan itu kepada pihak penganjur pada hari itu nanti. Kami menjangkakan kuliah beliau kali ini pasti mendapat sambutan lebih hangat, memandangkan masjid berkenaan terletak di jalan utama Gambang ke Kuantan. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakan-rakan anda. pdo

Panas: PKR Pahang Kini 'Dalam Dilema' Tentukan Calon Sesuai Untuk Bertanding Di DUN Semambu!

Posted: 17 Nov 2011 10:12 AM PST

KUANTAN, 18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang kini khabarnya sedang menghadapi dilema mahu meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu pada Pilihanraya Umum akan datang. Ia berikutan ada pihak tertentu yang kini sudah mula berkempen dengan "memukul canang" kononnya ada individu tertentu telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk menjadi calon disitu. Pakatan Rakyat dijangka menang besar di kerusi DUN Semambu kali ini berikutan sentimen isu Lynas yang kian menghantui rakyat sekarang ini. Dijangkakan gelombang kebangkitan dan bantahan projek itu akan dinatijahkan pada kertas undi PRU-13 nanti. Lantaran itu jugalah perletakkan calon memainkan peranan penting kerana ia akan menentukan sokongan rakyat terhadap parti terbabit sebenarnya. DUN Semambu kini diwakili oleh Pang Tsu Ming (BN) yang menewaskan calon PKR iaitu Nancy Khong Saw Gek dengan majoriti 2,136 undi. Pang mendapat 10, 300 undi sementara Nancy hanya mendapat 8,164 undi. Biar pun BN menang di DUN itu, namun mereka tewas di kerusi Parlimen Indera Mahkota apabila Azan Ismail (PKR) menang terhadap Salamon Ali Rizal (BN) denagn majoriti 1,027 undi pada PRU-12 lalu. Jika dilihat kepada percaturan terkini, BN berkemungkinan besar akan berjaya merampasa kerusi parlimen tetapi mereka akan kehilangan dua kerusi DUN iaitu Beserah dan Semambu. Ia berikutan pertambahan undi pos apabila sebuah Pengkalan Marin telah di bina berhampiran Pelabuhan Tanjung Gelang. Namun, melihat kepada gelombang penolakan rakyat terhadap projek Lynas, kemungkinan besar penambahn jumlah pengundi ini gagal menyekat suara rakyat yang mahukan perubahan. Cuma masalahnya sekarang, siapakah calon PKR bagi kerusi DUN Semambu?. Difahamkan, antara nama-nama panas yang dijangkan bertanding di situ ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Lee Chean Chung (Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota). Biar pun ada nama-nama lain, namun meritnya lebih kepada kedua-dua nama terbabit. Soalnya siapakah yang akan bertanding di situ sekarang. Difahamkan, Chean Chung kini sudah menjalankan kempen dan gerak kerja secara agreasif bagi membuktikan beliau adalah calon yang paling layak bertanding di situ. Beliau mendapat skongan daripada beberapa orang pemimpin kanan PKR yang rapat dengan Pengarah Pilihanraya, Azmin Ali. Malah, orang kanan Azmin di Pahang iaitu Zakaria Abd Hamid kini sedang sibuk berkempen setiap minggu di Parlimen Indera Mahkota. Kemungkinan besar beliau adalah calon "paling sesuai" bertanding di situ.

[Jika dilihat kepada populariti, ternyata nama Dato' Fauzi lebih menonjol jika dibandingkan dengan Lee Chean Chung seorang anak muda yang baru melakukan gerak kerja dan berpindah kembali ke Kuantan selepas dikhabarkan bakal bertanding di DUN Semambu. Kin segalanya terletak ditangan pucuk pimpinan parti untuk menentukannya. Malah difahamkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun ke DUN Semambu awal Disember ini. Kemungkinan besar beliau akan memberi isyarat siapakah yang paling layak bertanding di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Apa yang pasti, siapa pun yang bakal terpilih sudah pasti ia akan menimbulkan konflik dalam parti itu sebenarnya. Ini kerana krisis Dato' Fauzi dan Azan sebenarnya masih gagal diselesaikan hingga kini. Lee Chean Chung kini dilabelkan orang Azan selepas memangku jawatan Ketua Cabang apabil Azan dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu tahun ini. Siapa pun yang terpilih, pasti "undi protes" akan berlaku dan ia menjadi kelebihan kepada BN. Namun harus diingat, kemungkinan besar DUN Semambu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRU kali ini. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada pihak ketika jika isu dalaman PKR gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin. Justeru, PKR perlu berhati-hati menentukan siapakah calon paling layak di DUN Semambu jika bercita-cita hendak merampas kerusi itu dari BN kali ini. Apapun, selamat berjuang !!].

Tiada ulasan: