Khamis, 17 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 'Mantan EXCO' Gesa Rakyat Negeri Pahang Tukar Kerajaan Jika Mahu Masa Depan Terjamin !

Posted: 17 Nov 2011 12:01 AM PST

KUANTAN, 17 Nov - Gara-gara tidak tahan dengan karenah dan sikap pemimpin UMNO BN Negeri Pahang yang kini semakin menyeleweng dan rakus merompak hasiil mahsul rakyat, maka bekas seorang Exco Kerajaan Negeri berharap agar rakyat Pahang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau yang telah bersara daripada politik dan menjadi exco pada zaman Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar itu berkata, rakyat wajib menukar kerajaan yang ada sekarang kerana jelas telah gagal mentadbir dengan baik dan semakin banyak menyelewengkan hasil mahsul negeri sekarang. Beliau yang begitu teringin melihat Kerajaan Baru mendiami Wisma Sri Pahang (foto) di sini berkata "Saya harap, rakyat tolak UMNO BN kali ini. Mereka sudah semakin teruk dan parah. Jika tidak ditukar, maka rakyat akan terus menderita mendapat "sisa-sisa" sebaliknya, isinya disapu oleh beberapa kerat pemimpin yang kini hidup mewah dengan hasil mahsul dan khazanah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat", kata pemimpin terbabit. "Semasa saya didalam Exco Kerajaan Pahang dulu, senarionya tidaklah seteruk ini. Namun kini, ia jauh berbeza. Negeri Pahang senantiasa berhutang dengan pusat, malah membentangkan Bajet Defisit sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi anehnya, beberapa kerat pemimpin yang ada hidup mewah dan dipercayai memiliki wang ratusan juta ringgit yang disimpan di bank luar negara. Mereka luluskan kawasan lombong bijih, kuari, balak, tanah dan sebagainya untuk kroni-kroni dengan sewenangnya. Malah, saya punyai bukti ada dikalangan exco dan wakil rakyat UMNO yang kini hidup mewah dengan duit lombong yang mereka nikmati selama ini", tambah beliau lagi.


Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya

"Sebab itu saya tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa membawa masuk projek berbahaya dan berisiko yang ditolak oleh negara dan negeri lain ke negeri ini. Sebab mereka mahukan pelaburan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat. Banyak kawasan lombong diluluskan sewenangnya kepada adik beradik dan ahli keluarga pemimpin tertentu. Senario ini bukan sahaja melibatkan pemimpin UMNO malah turut tempias kepada anak syarikat kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mentiga Corporation, LKPP dan sebagainya. Mereka jadikan agensi terbabit sebagai harta mak bapak mereka. Akhirnya rakyat Pahang merana, bil air diberi subsidi tetapi bayaran meningkat serta banyak lagi masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku di negeri ini. Rakyat miskin tetapi mereka dan beberapa kerat proksinya kaya raya!", kata pemimpin itu.

[Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang].

Panas: Setpol Najib, Sufian Awang Di Ramal Calon BN Yang Akan Melawan Fuziah Salleh Di Kuantan!

Posted: 16 Nov 2011 11:31 PM PST

Desas-desus dan spekulasi hangat yang mengatakan UMNO bakal mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA kini semakin hangat kedengaran. Rtaa-rata ahli UMNO kini membicarakan ke mana mahu dihantar Dato' Ti Lian Ker yang diura-urakan akan bertanding menentang Fuziah Salleh di parlimen itu. Harus diingat, Ti Lian Ker adalah bekas pemimpin kanan MCA yang dinadikan hak untuk bertanding pada PRU-12 yang lalu. Kini, apakah beliau bakal menerima nasib yang sama sekali lagi agaknya. Terdapat laporan dalaman mengatakan beliau kemungkinan besar akan mengambil alih kerusi DUN Teruntum jika UMNO bertanding di Parlimen tersbeut pada PRU-13 ini. Ti Lian Ker sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA bersedia melepaskan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO, dengan syarat ditukarkan "suka sama suka" dengan Parlimen Indera Mahkota. Kenyataan beliau itu menyebabkan kempimpinan UMNO Bahagian itu "melenting" terutamanya Dato' Hazmi yang diwar-warkan bakal bertanding di situ. Jika kedua-dua kerusi ini dtandingi oleh UMNO, maka sudah pasti MCA tidak punyai peluang lagi untuk berbuat demikian sebenarnya. Soalnya, siapakah calon UMNO bagi kerusi Parlimen Kuantan yang begitu berhajat untuk menentang Fuziah Salleh?. Terdapat maklumat mengatakan, calon yang telah dikenal pasti ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri iaitu Suffian Awang (foto). Beliau yang kini menjadi "Ahli Parlimen Angkat" yang menjaga kawasan Rompin selepas Dato' Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dulu. Suffian mendapat sokongan Perdana Menteri Najib Razak dan beliau juga adalah Exco Pemuda UMNO yang mendapat undian tertinggi pada pemilihan jawatan tersebut.

[Jika Suffian bertemu dengan Fuziah di Kuantan, pastinya satu pertembungan yang cukup sengit akan berlaku. Apakah beliau berjaya mematikan sokongan rakyat terutamanya kaum Tionghua terhadap Fuziah berkaita isu Lynas atau sebaliknya. Walau apapun yang terjadi ramai pihak meramalkan Suffian tidak berupaya menghalang sokongan rakyat terhadap Fuziah. Ini kerana beliau tidak tegas dalam isu Lynas yang menghantui rakyat Kuantan sekarang ini. Walhal, beliau pernah membangkitkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Exco Pemuda UMNO sendiri, namun menikus selepas itu. Melihat senario ini, siapa pun yang dipertaruhkan oleh BN untuk berentap dengan Fuziah Salleh di Kuantan mereka sudah pasti akan berhadapan dengan jalan sukar kali ini. Tambahan pula, kini Fuziah dianggap sebagai "Wira Rakyat" gara-gara memperjuangkan isu Lynas sejak sekian lama. Inilah yang amat ditakuti oleh mereka sekarang!].

Panas: Ibu Bapa Pelajar Kecewa, Di Saman Gara-Gara Mahu Ambil Bantuan Persekolahan RM100!

Posted: 16 Nov 2011 10:36 PM PST

KUANTAN, 17 Nov - Sebelum ini kita dikhabarkan TPM Muhyiddin Yassin kecewa dengan tindakan beberapa buah sekolah yang didakwa memotong sebahagian daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan. Malah beliau dengan tegasnya mengarahkan mana-mana sekolah yang terlibat agar memulangkan semula wang tersebut kepada ibubapa yang berkenaan. Namun, senarionya berbeza bagi ibubapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Teruntum dekat sini semalam. Rata-rata dikalangan mereka kecewa kerana, bantuan tersebut terpaksa dipotong gara-gara tindakan "tidak bijak" pihak berkuasa menyaman kenderaan mereka yang diletakkan diluar pagar sekolah terbabit. Menurut seorang ibu pelajar yang ditemui, beliau kecewa kerana tindakan tersebut menyebabkan wang yang diperolehi untuk perbelanjaan persekolahan anaknya terpaksa digunakan untuk membayar kompaun saman trafik antara RM30 hingga RM70. "Bayangkan, saya datang dari Gebeng meninggalkan waktu kerja kerana dimaklumkan pemberian wang hanya dibuat hari ini (semalam). Dah lar nak masuk ke dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan, maka sya terpaksa parking diluar pagar kerana melihat orang lain pun terpaksa buat begitu. Dalam masa tergesa-gesa terpaksa pergi ke kelas anak untuk ambil wang tiba-tiba dapat pula saman trafik", kata beliau.

[Pihak berkuasa sepatutnya faham dengan situasi semasa menjalankan tugas mereka. Malah, tinjauan kami ke sekolah terbabit juga mendapati memang benar ruang parking yang terdapat di dalam kawasan sekolah hanya dikhaskan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah terbabit. Ini menyebabkan ibubapa terpaksa meletakkan kenderaan mereka diluar pagar sekolah. Sepatutnya, pihak berkuasa faham dengan situsi ini. Mereka wajar bertimbangrasa dan mengambil kira masalah yang berlaku. Tidak perlu menggunakan kuasa sewenang-wenangnya biarpun ia berdasarkan kepada undang-undang itu sendiri. Ada kalanya kita perlu fikirkan masalah ibubapa berkenaan. Jika dapat RM100, kemudian terpaksa pula bayar saman bukankah ia akhirnya akan menyusahkan ibubapa terbabit sebenarnya. Paling mengejutkan, kami dimaklumkan pihak polis tidak pula menyamakan kenderaan yang diletakkan diluar pagar seklah itu hari ini. Sedangkan situasi yang sama disaksikan bila ibubapa berbondong-bondong datang ke sekolah untuk mengambul keputusan UPSR anak-anak mereka. Kenapa ada "double standard" dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan?. Jika ini keadaannya, maka tidak wajar ibubapa yang hadir semalam di saman atas kes yang sama. Di manakah keadilan?].

Koh Tsu Koon Tidak Mahu Bertanding PRU, Buat Pembaharuan Atau Pun Takut Hadapi Kekalahan

Posted: 16 Nov 2011 07:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Nov - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (foto) hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri. Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di sini, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan. Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan "Bergerak bersama rakyat'. "Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan. "Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada PRU ke-13 ini nanti," katanya. Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan UMNO adalah dalang di sebalik keputusan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang. "Saya fikir ia (keputusan itu) bukan kehendak (Koh) beliau... Jika tidak, beliau akan berundur sebagai presiden Gerakan selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008 dan sanggup pula terima jawatan menteri," kata Lim sambil melahirkan rasa simpatinya. "UMNO dapat apa saja yang UMNO hendak... itu caranya. Mereka menentukan segala-galanya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP. Menurut Lim, misi UMNO untuk menggulingkan Koh telah tercapai selepas kempen memburuk-buruk dan mencemarkan nama baiknya dilakukan sejak 2008 lagi.

[Belum pernah terjadi dalam sejarah seorang Presiden parti komponen BN tiba-tiba umumkan mereka tidak mahu bertanding dalam satu-satu pilihanraya. Apakah motif Koh Tsu Koon agakya. Mahu buat pembaharuan atau takut dengan kekalahan seperti yang terjadi kepadanya pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Nampak benar, beliau melihat rakyat terutamanya orang-orang Cina di Pulau Pinang kini menyokong penuh kepimpinan Lim Guan Eng di sana. Maka itulah, beliau gusar maruahnya tercalar jika dia memberanikan diri bertanding kali ini. Igauan buruk PRU-12 masih terpahat diingatannya. Maka beliau terfikir adalah lebih elok dia menjadi Senator seperti sekarang untuk berada dalam kabinet. Tapi, apakah beliau pernah terfikir andainya BN tumbang dan dimanakan kedudukan beliau?. Apapun, rakyat harus menghormati keputusan berani yang dibuat oleh Koh Tsu Koon ini. Siapakah lagi selepas beliau agaknya].

Tiada ulasan: