Isnin, 14 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


NGO: Wajarkah Ia Di Tubuh Sedangkan Matlamat Asal "Perjuangan Parti" Masih Belum Terlaksana !

Posted: 13 Nov 2011 11:20 PM PST

KUANTAN, 14 Nov - Ramai pihak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang mempertikaikan tindakan beberapa kerat pemimpin yang menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam parti itu. Mereka hairan bagaimana pemimpin politik yang masih aktif berjuang dan mempunyai jawatan dalam parti tiba-tiba mahu bergerak menerusi NGO, sedangkan kerja-kerja dalam parti pun banyak yang belum diselesaikan oleh mereka. Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan PKR Pahang yang musykil dengan senario ini. "Masing-masing berlumba-lumba untuk menubuhkan NGO, sedangkan jawatan yang ada dalam parti sendiri pun mereka masih tidak mampu lakukannya. NGO yang sama hala tuju dengan perjuangan parti untuk apa?. Lainlah kalau NGO yang berjuang atas isu-isu tertentu seperti Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang ditubuhkan oleh Mazlan Aliman dari PAS untuk berjuang membela masyarakat peneroka Felda. Tapi, penubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Memacu Arus Perjuangan (MAP) dilihat tidak lebih untuk menyaingi parti itu sendiri sebenarnya", kata beliau. Sementara itu satu kenyataan oleh Refromasi Rakyat (FB) berbunyi "Nampaknya mereka yang kalah dalam pemilihan kepimpinan PKR yg lalu mula menubuhkan NGO. Tentulah ada udang sebalik batu. Adakah NGO tersebut boleh bantu kekuatan parti untuk menang Pru 13 atau untuk individu tertentu menang jawatan dalam parti akan datang? Nampaknya pejabat PKR pahang sudah jadi tempat mengumpul hasrat tertentu individu. Harap-harap kumpulan zaid tidak menjadikan pejabat itu tapak mengembang di Pahang". Kenyataan itu dibuat di wall facebook PKR Pahang sendiri berhubung dengan NGO Memacu Arus Perjuangan (MAP) yang telah ditubuhkan di Pahang secara rasmi pada 12 November 2011 yang lalu.


Mustafa Kamil Ayub sempat bergambar selepas penubuhan MAP malam itu

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Presiden MAP, Tuan Hj Mustafa Kamil Ayob. Pengerusi MAP Pahang adalah Razali Alias, merangkap Ketua Penerangan PKR Pahang. Malah timbul persoalan, ada pihak yang cuba untuk mengaitkan NGO terbabit dengan Datuk Zaid Ibrahim dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Jangan lupa mesir dan terbaru termasuk Libya tumbang bukan kerana parti politik sangat...tetapi perjuangan NGO yg bersatu lawan rejim yg zalim...Bukan pasal kalah dalam parti..jika begitu Jingga 13 di bawah Fariz Musa amacam? Kami bersama untuk benamkan rejim...jangan takut pada bayang sendiri.. jangan bimbang tentang kumpulan Zaid, wakilnya telah datang ke Pejabat kami tetapi hanya tak sampai 10 minit kerana kami tidak akan berunding dengan yang bukan Pakatan Rakyat. Kami juga sedia menerima dan meraikan Jingga 13 untuk ke bumi Pahang sama seperti kami raikan SAMM dan MAP...bahkan jika ada wakil dari MTUC sekali pun..." kata kenyataan itu kelmarin.

Ramai Kecewa, Ceramah Chegubard Terhad Gara-Gara Penganjur Mengundang Ramai Penceramah

Posted: 13 Nov 2011 10:26 PM PST

KUANTAN, 14 Nov - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum PKR di Pejabat Perhubungan Negeri di Jalan Beserah dekat sini Sabtu lalu, meluahkan rasa terkilan dengan sikap penganjur yang gagal memberi ruang yang lebih lama kepada Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) untuk berceramah. Ini berikutan ramai yang hadir pada malam itu mahu mendengar dengan lebih jelas lagi peneranga isu "Cincin RM24 Juta Rosmah Mansor", makanya bila masa tidak mencukupi ia menyebabkan Chegubard gagal memberi penjelasan sewajarnya. Menurut seorang penyokong PKR yang ditemui, beliau kecewa kerana penganjur mengundang begitu ramai penceramah untuk tempih masa tidak sampai tiga jam. "Ceramah yang sepatutnya dimulakan jam 9.00 malam itu terpaksa dilewatkan kerana kehadiran tidak mengizinkan ketika itu. Akibatnya ia dilewatkan dalam cuaca yang sejuk kerana sebelah petangnya hujan turun dengan lebat sekali. Saya hadir untu dengar penjelasan Chegubard, tapi agak hampa bila beliau hanya dapat bercakap sekitar 20 hingga 30 minit sahaja. Sedangkan dimana-mana program sekali pun Chebugard biasanya akan diberi tempoh yang lama sekitar 1 jam setengah untuk memperincikan penerangan beliau. Ini menyebabkan kami merasa tidak puas dan ada sesuatu yang tertinggal pada malam itu", katanya. Difahamkan, pada malam tersebut terdapat lima penceramah yang diundang iaitu YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR dan selaku Ahli Parlimen Kuantan), Mustafa Kamil Ayub (Penyelaras NGO Memacu Arus Perubahan), Andansura Rabu (Timbala YDP PAS Indera Mahkota) dan Ahmad Jufliz Faiza (Peguam kes Allahyarham Baharuddin Bersih 2.0). Mujurlah Ahmad Nizam Hamid (Pemangku Pengerusi PKR Negeri) tidak berceramah. Jika tidak sudah pasti masanya semakin terhad agaknya.


Empat penceramah menunggu ketika YB FuziahSalleh sedang berceramah

Chegubard sempat bergambar kenangan dengan orang kuat SAMM Pahang

[Sebagai pengajarannya, dalam satu-satu ceramah tidak perlulah penganjur mengundang begitu ramai penceramah sebenarnya. Pada malam itu, berikan lebih ruang kepada penceramah undangan dan penceramah tempatan hanyalah sebagai aluan semata. Tidak perlu masa yang lama kerana ia akan menyebabkan masa kepada penceramah undangan yang hebat-hebat itu terhad. Inilah yang berlaku kepada program PKR pada malam itu. Malahan, ketika Chegubard berceramah cuaca juga sudah tidak mengizinkan apabila hujan turun renyai-renyai. Sedangkan apa yang disampaikan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk cukup menarik perhatian sekali. Dengan suara yang tegas dan lantang, ia jelas menarik perhatian orang ramai. Tetapi apakan daya masanya terlahu terhad dan mereka yang mendengar kelihatan tidak puas sama sekali. Mujurlah Chegubard bijak mencuri ruang lagi untuk menyambung masa kira-kira sepuluh minit lagi untuk menghabiskan ceramah beliau. Walau bagaimana pun orang ramai terubat hati dengan cerita Rosmah apabila Chegubard mengedarkan risalah berkaitan secara percuma. Jadikanlah ikhtibar atas perkara ini hendaknya].

Tiada ulasan: