Sabtu, 12 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Chegubard, Bakal Dedah Dan Edar Risalah Cincin RM24 Juta Imelda Rosmah Di Kuantan Malam Ini

Posted: 11 Nov 2011 05:07 PM PST

KUANTAN, 12 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang akan mengadakan satu ceramah umum yang akan menampilkan Penyelaras Umum Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin (foto) bertempat di pejabat parti itu di Jalan Beserah dekat sini. Program yang bermula jam 9.00 malam itu juga akan menampilkan beberapa orang pemimpin lain seperti YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR dan selaku Ahli Parlimen Kuantan), Mustafa Kamil Ayub (Penyelaras NGO Memacu Arus Perubahan), Andansura Rabu (Timbala YDP PAS Indera Mahkota) dan Ahmad Jufliz Faiza (Peguam kes Allahyarham Baharuddin Bersih 2.0). Turut akan berceramah ialah Ahmad Nizam Hamid iaitu Pemangku Pengerusi PKR Negeri Pahang. Difahamkan program akan bermula secara tertutup pada sebelah petang dimana Majlis Perasmian dan Pelancaran MAP (Memacu Arus Perjuangan) Peringkat Negeri Pahang oleh Mustafa Kamil Ayub akan diadakan. Majlis akan diadakan di dalam Bilik Mesyuarat Pejabat Keadilan Negeri yang hanya akan disertai oleh Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa MAP Pahang yang telah dilantik bersama ahli-ahlinya. Sementara itu Badrul Hisham yang cukup popular dengan gelaran Chegubard adalah tokoh anak muda yang begitu lantang dan berani membongkarkan kepincangan yang berlaku terhadap beberapa pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, namanya mula panas apabila mendedahkan isu cincin RM24 juta dikatakan melibatkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini. Chegubard dan SAMM khabarnya akan turut mengedarkan risalah berkaitan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "Imelda Rosmah" berkenaan isu cincin berkenaan. Program anjuran bersama PKR Cabang Kuantan dijangka menarik perhatian ramai kerana ia diadakan diketika bahang pilihanraya yang kian terasa sekarang ini. Oleh itu orang ramai di sekitar kawasan Kuantan dijemput hadir pada malam ini.

[Kehadiran Chegubard ke Kuantan malam ini sememangnya adalah saat-saat yang amat dinantikan oleh rakyat sebenarnya. Tambahan pula beliau dilihat sebagai seorang tokoh anak muda yang tidak takut berhadapan dengan risiko dan begitu berani menyatakan pandangan atau kritikan terbuka terhadap pemimpin UMNO BN selama ini. Malah, dalam ceramah beliau sebelum ini ternyata ramai pihak yang begitu tertarik dengan apa yang didedahkan. Beliau punyai banyak maklumat berguna yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk dimaklumkan kepada rakyat. Oleh itu, orang ramai digesa tidak melepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan ceramah umum Chegubard yang pertama kalinya di Pejabat PKR Pahang ini. Banyak input dan informasi berguna pasti akan diperolehi].

Tiada ulasan: