Pahang Daily Online |
- Panas: Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan Pada PRU Lalu
- Suara Rakyat: Laporkan Masalah Anda Di Sini !!
- Eksklusif: Bongkar, 'Fakta Sebenar' Penyenaraian Felda Ke 'Bursa Malaysia' Yang Di Selindungi Dari Najib Dan Tidak Pernah Di Siarkan Media Pedana!
- Panas: Beranikah Najib "Bubar Parlimen" Ketika Ketelusan Pilihanraya Itu Masih Di Persoalkan !!
Panas: Ahli UMNO "Mengaku Mengundi" Di Enam Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan Pada PRU Lalu Posted: 11 Nov 2011 12:44 AM PST PEKAN, 11 Nov - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. "Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun. Patulah SPR dan Kerajaan tidak berani laksana sistem dakwat kekal, rupanya mereka mahu memudahkan permainan taktik kotor pada pilihanraya kita [Dengan kenyataan ini, maka fahamlah kita kenapa SPR dan kerajaan UMNO BN begitu takut untuk melaksanakan sistem celup dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, jutaan ringgit duit rakyat yang dibazirkan untuk membeli dakwat kemudian dibatalkan atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama untuk melakukan provokasi. Akhirnya ia dibatalkan, namun hingga kini tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa atas kesalahan yang berkenaan. Rupa-rupanya, ini kerja mereka. Sungguh malu dan hinanya melihat sebuah badan bebas yang sepatutnya melaksanakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama kepada rakyat tiba-tiba sanggup menjual maruah mereka seperti ini. Patutlah, SPR juga cuba mencari berbagai helah dan jalan untuk menafikan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 ini. Semuanya bagi memudahkan urusan penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh BN sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit menyatakan bantahan demi masa depan negara dan generasi akan datang. Apa guna kita mempunyai sebuah kerajaan yang menang dengan taktik kotor. Walhal mereka sebenarnya telah ditolak rakyat secara total. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti]. |
Suara Rakyat: Laporkan Masalah Anda Di Sini !! Posted: 11 Nov 2011 12:35 AM PST
Sudah Lima Hari Air Tiada Di Kg.Padang Indah "Sya mewakili penduduk tmn perumahan kg padang indah, jln sg lembing (dkt tmn impian) mohon penjelasan JBA Ktn, mengapa sehingga hari ini (11 nov ) sejak 6 Nov TIADA BEKALAN AIR, Apakah tindakan JBA yg telah buat? Apakah sokongan CF dari JBA kepada pemaju hanya PENIPUAN sahaja dengan membiarkan kami ditimpa masalah tekanan air yg rendah dan selalu terputus", Siti Sharinie, Kg.Padang Empat Tahun Masjid Kg.Razali Tiada Mesyuarat "MASJID AL GHAZALI...dh 4 tahun masjid ini tidak mengadakan mesyuarat agung. masjid ini di pengerusdikan oleh orang kuat UMNO dan AJKnya adalah di kalangan mereka shj. aktiviti amat lembab & kebersihannya amat mnyedihkan. Takkan masjid pun mahu di jadikn tmpt mncari publisiti sehingga takut nak buat mesyuarat agung. ckp org Pas mmpolitikkan masjid tp inilh hakikat yg sbnrnya..UMNO mmpolitikkn masjid & agama untuk kpntingan pribadi...wahai ajk masjid, tak takut ke akn azab Allah???masjid yg spatutnya di makmurkn tp mnjadi lesu hsil diterajui olh mereka yg gila pangkat & nama.." . Sash, Kg.Razali. Banyak Bonggol Sekitar Jalan Taman Perumahan
"Menyuarakan hal bonggol terlampau byk dan tinggi di setiap kawasan taman perumahan kuantan ini. Boleh bina bonggol utk keselamatan lalu lintas terutama kanak2 melintas namun jgnlah ia dibina terlalu byk dan terlalu tinggi sehingga kereta standard pun kadang tersangkut jadi jongkang jongket Mohon pelaksanaan menilai membina menyiapkan terbaik utk rakyat . Sekian terima kasih", Mamat Midin, Kuantan Jalan Maran-Sg.Jerik Di Abaikan Oleh Kerajaan "Saya adalah salah seorang pengguna jalan dari Maran ke Sg. Jerik, Maran Pahang. Jalan ini melintasi Kg.Kuala Sentul menuju ke Sg. Jerik dan terus ke bandar pusat Jengka atau terus ke Jerantut. Jalan ini asalnya adalah jalan utama yang menghubungkan Kuantan Raub, dan Kuala Lipis.Sejak jalan Jengka dan Kg. Awah dibuka menghubungkan bandar pusat Jengka jalan ini telah diabaikan langsung. Jalan ini telah diabaikan oleh pihak kerajaan sejak tahun 1995. Sekarang jalan ini semakin sempit kerana tidak diselenggara langsung oleh Kerajaan pusat dan yang anehnya orang-orang kampung yang saya faham adalah penyokong kuat UMNO tidak membuat aduan keatas kerosakkan jalan ini kecuali beberapa orang kawan2 saya yang tinggal di kampung ini memberitahu bahawa mereka dah bosan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak ambil tindakan walaupun aduan telah dibuat berpuluh-puluh kali. PDO boleh ler buat tinjauan dan mengambil video klip untuk ditayangkan kepada umum supaya sokongan UMNO di kawasan ini beralih kepada parti PAS atau mana-mana parti pembangkang. Sepanjang jalan ini yang melalui satu kuil yang besar di antara KG.Perenjak dan Kg. Jara dan Ulu Jempol mengancam lalu lintas situ apabila kenderaan bertambah. Pada saya ini bukan jalan raya tapi jalan kampung. Ini lah masalah Kerajaan Pahang yang tidak memperdulikan jalan2 lama sejak adanya LPT. Semua jalan lama telah diabai. Jom rakyat kita ajar Pahang dalam PRU13". Amin, Maran [Paparan diruangan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Kepada pihak yang ingin memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan bolehlah melaporkannya di ruangan yang disediakan dibawah ini, atau email terus kepada kami pahangdaily@yahoo.com. Pihak yang mengadu juga boleh memaklumkan kepada kami sekiranya kes berkenaan telah diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan untuk diwar-warkan pada ruangan ini. Semoga dengan adanya ruangan ini akan memudahkan rakyat Pahang dan Malaysia amnya menyalurkan aduan masing-masing secara online di sini, Terima kasih atas sokongan semua, semoga Pahang Daily Online akan menjadi portal rakyat yang digemari oleh semua pihak hendaknya, Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Salam perjuangan untuk semua]. |
Posted: 10 Nov 2011 12:27 PM PST Isu Felda kini semakin hangat bilamana saban hari semakin ramai peneroka menyaman agensi terbabit. Malah, mutakhir ini isu panas yang sering diperkatakan ialah tentang langkah penyenaraian Felda Global Ventures iaitu anak syarikat Felda yang dipercayai wujud dengan penuh kemusykilan itu mahu disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini. Malah, isu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dilantik memgepalai Koperasi Permodalan Felda (KPF) juga menjadi kontroversi. Semua ini seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap agensi terbabit sebenarnya. Maka, kami akhirnya terpaksa membuat beberapa pembongkaran "eksklusif" tentang penyelewengan yang berlaku terhadap agensi yang merupakan "tabung duit" kedua UMNO selepas Petronas itu. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan rakyat terutamanya masyarakat peneroka bahawa mereka kini berada dalam situasi yang amat berbahaya apabila individu yang tidak sepatutnya diangkat memimpin agensi terbabit. Untuk siri yang pertama ini kami akan mendedahkan beberapa fakta sebenar tentang penyenaraian Felda yang tidak pernah didedahkan oleh media arus perdana. Mereka diarahkan menyembunyikan segala fakta ini supaya peneroka percaya bahawa anak syarikat Felda itu berada di landasan yang benar apabila ia disenaraikan. Walhal, terlalu banyak penyelewengan akan terus berlaku jika isu Felda ini tidak dibongkarkan!. Menteri Koperasi Tidak Setuju Dengan Isa Samad Antara isu pokok yang perlu didedahkan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepengunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto) sendiri sebenarnya tidak tahu menahu dan enggan mengeluarkan surat arahan Menteri bertarikh ke belakang (back dated) untuk masuk campur isu rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) demi memenuhi nafsu Tan Sri Isa Samad (Pengerusi Felda) kecuali diarahkan Perdana Menteri. Campurtangan beliau dalam Koperasi Permodalan Felda bakal memberikan imej tidak baik, dianggap campur tangan politik kerajaan dalam sebuah koperasi yang aman dan berjaya serta bakal dibantah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa (www.ica.coop/al-ica) yang turut dianggotai oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Difahamkan beberapa lembaga pengarah Jawatankuasa Koperasi Antarabangsa dari Negara Kesatuan Eropah (EU) dan Afrika akan mengadakan kenyataan bantahan dalam hal ini tidak lama lagi. Berdasarkan potensi perkara ini bakal memburukkan imej negara dan menjejaskan peti undi Felda di Parlimen Bera (sekurang-kurangnya 14 peti undi Felda terlibat di bawah Parlimen Bera) maka Ismail Sabri akan terus mengambil pendirian berdiam diri dan tidak akan sokong usaha Isa Samad rampas kuasa Pengerusi Koperasi Felda walaupun dia jaja nama Perdana Menteri ke sana ke mari. Sabri Ahmad Berkomplot Untuk Menipu Peneroka Perjanjian Pajakan di antara Felda Global Ventures dan FELDA yang disorokkan dari diketahui warga Felda sekalian jelas menyatakan pajakan tanah terlibat dimana Tanah-tanah perladangan Felda yang diuruskan Felda Plantation berjumlah 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada Felda (Additional Existing Land) yang telah dibenarkan kerajaan negeri untuk dibangunkan. Contohnya tanah Felda sendiri digunakan Felda dan peneroka untuk tujuan pertanian, perniagaan, sukan, perumahan generasi kedua, resort-resort Felda, serta tanah di mana penyelidikan. Dalam perjanjian itu menyebut bahawa jika tanah tersebut sudah mendapat geran, ia akan diberikankepada Felda Global Venture secara automatik dan jika belum diberikan geran akan diserahkan kepada Felda Global secara 3 tahun secara penyambungan automatik sehingga 99 tahun. Jika peneroka-peneroka pada masa ini ada mengadakan aktiviti perniagaan, pertanian atau sosial di tanah Felda yang akan diambil alih Felda Global Venture, bersedialah untuk membayar sewa atau dirampas kembali tanah-tanah tersebut oleh Felda Global Venture bagi aktiviti yang mereka anggap lebih menguntungkan kepada kroni Isa Samad dan Datuk Sabri Ahmad (foto) selaku Presiden Kumpulan Felda Global. Tanah-tanah masa hadapan (Future land) yang bakal dibeli FELDA akan diserahkan kepada Felda Global Ventures. Malah, Struktur Pra-Penyenaraian Felda Global Venture telah direka khusus bagi menipu rakyat terutamanya peneroka dan kakitangan Felda. Struktur Penyenaraian tersebut adalah: Tujuan Struktur Pra-Penyenaraian yang direka ini adalah bagi mewujudkan situasi kononnya terdapat konflik kuasa Eksekutif apabila Pengarah Besar FELDA memegang kedua-dua jawatan Pengarah Besar FELDA dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan menggunakan alasan urus tadbir korporat yang baik (bukan menggunakan peraturan Suruhanjaya Sekuriti BSKL), Isa Samad merampas kuasa Pengerusi KPF melalui agenda khas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA yang diadakan semasa ketiadaan Pengarah Besar yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan. Struktur ini dirancang sendiri oleh Sabri Ahmad, bukannya FELDA mahupun Perdana Menteri sendiri bagi mewajarkan tindakan Isa Samad ini. Apabila dia menjadi Pengerusi KPF, perkara pertama akan dilakukan olehnya adalah meluluskan pelepasan pegangan ekuiti KPF di dalam Felda Holdings Berhad, merombak pengurusan dan lembaga pengarah serta mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahlinya selama ini. JIKA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MENAFIKAN PERKARA INI, SEBAIK-BAIKNYA TUAN-PUAN PENEROKA MEMINTA ISA SAMAD DAN SABRI AHMAD MEMINTA DITUNJUKKAN DAHULU SURAT PERJANJIAN PAJAKAN DI ANTARA FELDA DAN FELDA GLOBAL VENTURES SEBELUM PAJAKAN DIMULAKAN PADA 1.01.2012. JIKA ENGGAN, DISARANKAN TUAN-PUAN MENYAMAN FELDA DARI MEMBUAT KEPUTUSAN MERUGIKAN MASA HADAPAN PENEROKA DAN ANAK-ANAK DAN MEMOHON INJUKSI MAHKAMAH BAGI MENGHALANG TINDAKAN PAJAKAN INI DILAKUKAN TANPA SURAT PAJAKAN INI DITELITI DAN DAPATKAN PERSETUJUAN SEMUA PENEROKA MELALUI REFERENDUM Beliau juga akan menutup mata kakitangan dan peneroka iaitu ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda bahawa mereka bakal kehilangan 51% Saham dalam Felda Holdings Berhad iaitu Syarikat Utama yang mentadbir anak-anak syarikat Felda. Anak-anak syarikat ini tidak akan wujud tanpa usaha bersama pengurusan FELDA dan kakitangan dan Struktur Selepas Penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat akan jatuh kepada 30% sahaja dan 70% bakal diberikan kepada pelabur luar. FELDA pula disingkir keluar dari sebarang pemilikan dan hak dalam penyenaraian ini. Malah, hasil pelepasan hak Koperasi Permodalan Felda dalam anak-anak syarikat Felda dan pelepasan hak Felda dalam Felda Global Ventures dalam aktiviti dipanggil 'divestment' (lawan kepada investment) ini akan menghasilkan sedikit wang yang akan digunakan bagi aktiviti pemberian durian runtuh yang sangat tidak berbaloi jika dibandingkan pembayaran one-off durian runtuh VS pendapatan dividen 51% selama 99 tahun + kehilangan hak Felda dan peneroka terhadap anak-anak syarikat Felda + kehilangan pendapatan Felda sebanyak RM1.5 hingga 2.0 bilion. Kepada anak-anak Felda dan peneroka Felda yang celik IT, minta anda terangkan kepada ibu bapa dan rakan-rakan peneroka lain untuk memilih salah satu perkara diatas. (Sila klik pada imej diatas untuk besarkan imej) Tiga Bukti Isa Dan Si Sabri Cuba Menipu Peneroka Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 billion bagi meneruskan tujuan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka setiap tahun selama 99 tahun adalah BOHONG DAN PENIPUAN TERBESAR, kerana pertamnya tidak ada jaminan BERTULIS di mana-mana berkenaan sumbangan tersebut dalam Surat Pajakan Tanah Felda (Diminta Peneroka dapatkan Peguam bagi menuntut kepada Felda untuk meneliti Surat Pajakan ini sebelum 1.1.2012) seperti dijanjikan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Malah jumlah RM1 billion tidak cukup pun untuk peneroka berdasarkan perbelanjaan sebelum ini. Keduanya; Isa Samad dan Sabri Ahmad tidak akan meletakkan JAMINAN BERTULIS kerana ini mengurangkan minat pelabur dan kapitalis terhadap penyenaraian anak-anak syarikat Felda. Pelabur dan golongan kapitalis bermodal besar Cuma berminat memiliki segala pendapatan, tanah dan lain-lain aset Felda dan tidak berminat memberi SEDEKAH PERCUMA kepada Felda untuk peneroka. Ketiga; Segala kata-kata, janji dan jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad pada masa ini TIDAK LAKU kerana tidak mewakili Lembaga Pengarah Felda Global Ventures yang baru nanti apabila Felda Global Ventures disenaraikan. Isa Samad dan Sabri Ahmad sekadar bertaraf kontrak dan apabila masing-masing sudah kenyang akan pergi dan TIDAK LAGI BERTANGGUNGJAWAB terhadap kenyataan mereka sebelum ini. Sabri Ahmad sendiri pernah terlibat penyelewengan RM120 juta di syarikat Golden Hope Plantation Bhd (sebuah syarikat yang pada masa itu telah disenarai) yang disiasat oleh KPMG Forensics dan didapati bersalah sehingga dipaksa Lembaga Pengarah Sime Darby untuk meletak jawatan. Skandal Sabri Ahmad dan berita ini dilapor akhbar utama dan media alternatif sekitar Jun 2008 dan skandal salah laku Sabri Ahmad pernah ditanya oleh YB Wee Choo Keong di Parlimen, sila klik (SINI) dan (SINI) Tentang Isa Samad tidak perlu lagi didedahkan siapa beliau. Masih rasa selamatkah peneroka-peneroka Felda, kakitangan Felda terhadap dua individu utama ini yang muncul di semua media dan sesi penerangan yang meminta supaya mereka diyakini untuk ubah masa hadapan Felda? [Semua fakta-fakta ini akan terbukti jika terdapat wakil peneroka membuat laporan polis dan melantik peguam menyaman dan mendapatkan injuksi mahkamag menghalang Felda dari memasuki perjanjian yang meragukan dan melibatkan masa hadapan peneroka dan anak-anak. Juga minta peguam-peguam anda meminta Felda dedahkan secara telus berkenaan keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang mana lain diputuskan lain diberitahu oleh Isa Samad dan Sabri Ahmad semasa penerangan di media dan kepada himpunan peneroka dan kakitangan. Turut tertipu adalah pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pejabat Timbalan Menteri Felda sendiri tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana Isa Samad menjaja nama PM Najib merata-rata. Tunggu pendedahan eksklusif seterusnya "CEO Felda Global Ventures, Datuk Sabri Ahmad Dahulu Bencikan Campur Tangan Politik Tapi Kini Jilat Ludahnya Kembali". Jangan lupa sebarkan informasi ini kepada semua para peneroka serta generasi kedua Felda yang berada di seluruh dunia]. |
Panas: Beranikah Najib "Bubar Parlimen" Ketika Ketelusan Pilihanraya Itu Masih Di Persoalkan !! Posted: 10 Nov 2011 10:28 AM PST Hari ini, 11 November 2011 atau "11.11.11" adalah tarikh keramat yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Apatah lagi terdapat laporan mengatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) akan membuat pembubaran parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-13 dijalankan. Biar pun ada pihak yang kurang yakin dengan "spekulasi" ini. Namun, bagi mereka yang rapat dengan Najib sememangnya cerita ini seolah-olah ada kebenarannya. Tambahan pula ketika ini "petugas UMNO" di sana-sini sedang sibuk dibawa melancong di dalam dan luar negara. Semuanya bagi membolehkan mereka berbincang tentang persiapan pilihanraya yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara kita ini. Pertamanya kerana inilah pilihanraya yang bakal menguji kepercayaan rakyat terhadap Bajet 2012 yang dibentang Najib baru-baru ini. Keduanya, pilihanraya kali ini adalah gelanggang terbaik untuk rakyat melihat perubahan yang lebih besar dalam sistem pentadbiran negara. Jika dilihat kepada sokongan rakyat akar umbi ternyata ramai yang mahukan perubahan, tetapi ia bukannya bermakna mereka menyokong pembangkang. Perubahan yang dimaksudkan ialah mereka mahukan sesuatu yang terbaik buat rakyat. Apa yang jelas dapat dilihat, pilihanraya ini bakal menyaksikan pertembungan terhebat yang akan ditentukan oleh rakyat. Najib mungkin selesa di Parlimen Pekan, tetapi belum tentu rakan-rakannya yang lain di seluruh negara. Gelombang kebangkitan rakyat paling jelas dapat dilihat ketika Perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu. Mereka ternyata mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil, serta jauh dari sebarang penipuan dan penyelewengan. Soalnya, apakah jawatankhas untuk penambahbaikan yang ditubuhkan oleh parlimen sekarang bisa menjurus ke arah itu. Mana mungkin Najib akan bersetuju dengan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil, kerena kewujudan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu ternyata penuh dengan permainan politik kotor sejak sekian lama. Jika berlaku keadilan, maka sudah pasti riwayat BN akan berkubur pada Pilihanraya Umum ke-13 ini. [Makanya, jalan terbaik ialah mengadakan pilihanraya awal, sebelum jawatankuasa terbabit sempat membuat perubahan terhadap sistem pilihanraya itu sendiri. Justeru, ramai yang meramalkan PRU-13 pasti akan diadakan antara Februari dan Mac 2012 ini nanti. Namun, jika pembubaran berlaku hari ini (11.11.11), maknanya pilihanraya akan berlaku dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu. Malah, ramai yang melihat PRU ini adalah yang paling kotor dalam sejarah kerana BN pasti akan mempertahankan Putrajaya dalam apa jua cara sekali pun. Itulah janji Najib kepada peyokongnya sebelum ini. Pengakuan itu pasti akan direalisasikan dengan satu pilihanraya yang penuh dengan taktik dan penipuan. Jika tidak, harapan untuk BN meneruskan kuasanya selepas PRU13 pasti akan terkubur sebenarnya. Apapun, rakyat berhak menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib bagi menentukan pilihan mereka. Pastikan, masa depan generasi akan datang teruis terjamin dan terbela hendaknya. Sama-sama kita tunggu pengumuman bersejarah itu]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan