Khamis, 10 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Bongkar: Kerajaan BN "Cakap Tak Serupa Bikin"!, Mereka Memang Telah Pun Bertindak Kurangkan Ribuan Kakitangan Awam Di Negara Ini Rupanya

Posted: 10 Nov 2011 07:19 AM PST

Isu pengurangan kakitangan awam kini semakin hangat diperkatakan. Ia sebenarnya dipanaskan oleh media arus perdana gara-gara kenyataan seorang pemimpin DAP, Tony Pua yang telah disalah tafsirkan oleh pihak terbabit. Akhirnya rakyat ditakutkan, kononnya jika mereka memilih pembangkang maka sudah pasti perkara ini akan dilaksanakan. Tambah mengejutkan lagi ada pula yang mencabar Pakatan Rakyat memasukkan perkara itu ke dalam buku "Jingga" bagi dinilai oleh rakyat. Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata tiada pengurangan kakitangan perkhidmatan awam di negeri-negeri yang ditadbir Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) membuktikan ia tidak pernah menjadi dasar yang dipersetujui. Beliau berharap kakitangan perkhidmatan awam tidak perlu risau mengenai perkara itu kerana tidak ada sebarang persetujuan mengenai pengurangan kakitangan perkhidmatan awam dalam Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama kerajaan BN pula terus menyerang pembangkang dengan menggunakan berbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menyuarakan bantahan atas isu ini. Semuanya dirancang dengan rapi agar rakyat secara totalnya menolak pembangkang pada Pilihanraya Umum akan datang ini. Soalnya sekarang, apakah kerajaan UMNO BN benar-benar serius dalam hal ini?. Benarkah mereka amat prihatin dengan nasib kakitangan awam dan tidak akan mengecilkan saiznya apatah lagi mengurangkan jumlah mereka?. Maka, kami telah berjaya bongkarkan satu kes yang terjadi kepada sekumpulan kakitangan awam yang terbabit itu sebenarnya.

Kerajaan Mansuh 2,625 Jawatan Pengajar Di IPTA

Ternyata, isu ini sengaja dipolitikkan bagi menakut-nakutkan rakyat sebenarnya. Kami mempunyai bukti kukuh bahawa kerajaan telah awal-awal lagi melaksanakan "pengurangan kakitangan awam" itu sebenarnya. Ia dilakukan selepas saja Bajet 2012 dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Kes terjadi kepada 2,625 orang Pengajar Sementara Gred DA41 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (AWAM) di negara ini. Malah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memansuhkan 2,667 jawatan pelbagai skim dan gred di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Malah, surat bertarikh 25 Ogos 2011 daripada JPA yang dihantar kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi jelas mengatakan "Perakuan Pemansuhan Jawatan Berikutan Perlaksanaan Perkhidmatan Awam Yang Kejat Di Kementerian Pengajian Tinggi". Pihak KPT juga telah dinasihatkan supaya tidak membuat pengisian terhadap semua jawatan yang diperakukan untuk dimansuhkan itu dan keputusan tersebut adalah muktamad. Manakala, perakuan bagi pemansuhan jawatan tersebut bagi tujuan pengeluaran surat kelulusan perjawatan adalah bermula dari tarikh 1 September 2011 yang lalu. Berdasarkan kepada keputusan terbabit semua Institusi Pengajian Tingga Awam diarah menamatkan jawatan itu.


Bukti, inilah surat yang telah dihantar oleh JPA kepada KPT tentang isu ini

Bukti, inilah surat rasmi yang telah dikeluarkan oleh Universiti Malaya itu
Salah satu IPTA yang berkenaan iaitu Universiti Malaya telah menghantar surat rasmi kepada pihak yang berkenaan baru-baru ini yang antara lain menyatakan dengan jelas bahawa mereka yang terlibat ditamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengajar Gred DA41 di universiti berkenaan dan jawatan tersebut juga dimansuhkan berdasarkan arahan oleh kerajaan itu. Difahamkan juga dalam surat tersebut dimaklumkan bahawa satu taklimat pembekuan dan pemansuhan jawatan telah diadakan pada 12 Oktober 2011 iaitu lima hari selepas Najib membentangkan Bajet 2012 (7 Oktober). Taklimat dibuat oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia (BSM) universiti terbabit dengan wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PT) dan surat bertarikh 20 Oktober 2011 tentang pemansuhan jawatan Pengajar Gred DA41 telah dimaklumkan. Akibat tindakan tersebut ramai dikalanga "mangsa" yang terlibat kecewa dan terkejut. Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka hairan dengan keputusan kerajaan itu, sedangkan dalam masa yang sama baru sahaja mengumumkan kenaikan gaji jawatan mereka pada pembentangan Bajet 2012 yang lalu. Tiba-tiba mereka diarahkan berhenti malah jawatan mereka juga turut dimansuhkan. Lebih teruk lagi sebahagian besar dari kalangan mereka sudah pun berkhidmat begitu lama dengan beberapa buah IPTA terbabit. Inilah yang kengecewakan mereka.


Bukti, inilah jumlah mereka yang terlibat mengikut IPTAmasing-masing
[Keputusan kerajaan itu jelas sekali telah menganiaya nasib mereka. Tambahan pula ada dikalangan mereka yang telah membuat pinjaman perumahan dan peribadi dengan beberapa buah institusi kewangan di negara ini. Daripada bergaji sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan kini mereka akan berhadapan dengan satu "detik hitam" dalam kehidupan mereka apabila terpaksa bergelar "penganggur terhormat" dalam masa terdekat ini. Sepatutnya kerajaan mencari alternatif lain kepada mereka yang terbabit agar diserapkan ke agensi kerajaan lain, bukan dengan menamatkan perkhidmatan mereka sesuka hati. Bayangkan, mereka yang terlibat tiba-tiba hilang pekerjaan dan terpaksa mencari kerja sama seperti graduan menganggur yang lain. Kenapa bakat dan kepakaran mereka diabaikan begini sahaja. Kini kerajaan pula menuduh DAP mahu mengurangkan kakitangan awam, padahal mereka awal-awal lagi sudah melaksanakan tindakan tersebut sebenarnya. Justeru, rakyat diminta menilai "cakap tak serupa bikin oleh Kerajaan Malaysia ini. Jika ini keadaannya, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menolak BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Mereka sengaja memainkan isu, sedangkan mereka yang yang melakukan perbuatan tersebut sebenarnya].

Muhyiddin, AUKU Boleh Dihapus Jika Mahasiswa Tumpu Pelajaran Dan Tidak Di Ganggu Pihak Lain

Posted: 10 Nov 2011 04:35 AM PST

PUTRAJAYA 10 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto) berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) boleh dipinda atau dihapuskan sekiranya mahasiswa memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran tanpa "digagahi" oleh pihak lain. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini, kerajaan memperkenalkan AUKU pada 1971 disebabkan oleh beberapa insiden, dan pengenalan akta itu ialah supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran di universiti serta kolej dan tidak "diganggu" dengan kegiatan luar. "Saya nak soal balik? Adakah anda sudah bersedia atau tidak? (terlibat dalam politik dan pada masa sama tumpukan terhadap pelajaran). Kalau ya, kenapa tidak. "Mungkin kerajaan tak perlu akta (AUKU) kot atau pun kita meminda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana suatu kuasa perundangan. "Ini kerana saudara dan saudari sudah kata tahu apa yang patut dibuat dan kerajaan tidak perlu bimbang bahawa kami (mahasiswa) akan menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran. Ini pandangan kasar saya," katanya apabila diminta beri pandangan pada sesi soal jawab sempena Konvensyen Integriti Nasional di sini, hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun, mempersoal sama ada mahasiswa sudah bersedia dan cukup matang untuk membuat keputusan sendiri yang bijaksana "tanpa dipengaruhi" pihak lain.

[Kenyataan Muhyiddin ini jelas sekali bercanggah dengan apa yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini. Apa yang jelas ialah AUKU digunakan untuk mengekang pelajar dari terlibat dengan parti pembangkang, sebaliknya jika mereka berjinak-jinak dengan UMNO ia tidak jadi masalah. Ini adalah bukti jelas bahawa AUKU hanyalah alat politik kerajaan untuk menghalang generasi muda menyokong pembangkang di negara ini. Kita rasa aneh bila kerajaan sewenangnya menubuhkan Kelab UMNO Luar Negara tanpa rasa bersalah, sedangkan mereka jelas berpolitik dan menyalahi akta yang mereka perkatakan itu. Nampak benar mereka sebenarnya takut orang muda membawa perubahan. Sebaliknya jika menyokong aspirasi kerajaan ia tidak menjadi halangan. Lantaran itulah tidak wajar kerajaan mengawal minda pelajar dengan AUKU. Mereka sepatutnya bebas membuat pilihan mana yang terbaik untuk masa depan. Mahasiswa bebas berfikir dan berhak menyuarakan pandangan mereka tentang politik negara kerana mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan. Tambahan pula rata-rata dikalangan mereka sudah mencapai umur 21 tahun dan layak mengundi. Jika AUKU terus digunakan, maka akan lahirlah mahasiwa yang jumud dan tidak mempunyai jati diri terhadap masa hadapan negara kita ini akhirnya].

Panas: Ramai Terkejut 'Rosmah' Masih Kekalkan Imej Jambul Tersembul Biar Pun Baru Balik Haji

Posted: 09 Nov 2011 09:01 PM PST

Ramai yang ternyata terkejut dengan penampilan terbaru Hajjah Rosmah Binti Mansor (foto), isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Hj.Najib Tun Razak, selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji di Mekah baru-baru ini. Masing-masing tidak percaya dengan apa yang disaksikan. Ternyata Rosmah masih terus engkar dengan arahan Allah agar wanita Islam "menutup aurat", biar pun dikatakan baru mendapat hidayah apabila melaksanakan tuntutan agama Islam itu. Sepatutnya Rosmah tampil dengan imej yang lebih Islamik dan tidak lagi "terdedah jambul" seperti sediakala. Tambahan pula, beliau baru balik dari Tanah Suci. Namun, apa yang berlaku sebaliknya. Rosmah ternyata tidak mahu tunduk dengan larangan Allah yang dituntut dalam agama Islam. Dengan ini, maka terserlahlah kepada rakyat bahawa apa yang dihebahkan semasa mereka mengerjakan haji itu sememangnya "hanyalah untuk mengaburi mata rakyat" semata-mata. Segalanya mungkin bertujuan untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Islam bahawa mereka sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Media ditugaskan membuat provokasi besar-besaran aktiviti haji yang dilakukan oleh kedua-duanya. Sikap keterlalun media ini akhirnya menjerat diri apabila banyak persoalan dan adengan yang memualkan berlaku semasa Najib dan Rosmah di Tanah Suci. Kawalan ketat ala tentera yang dilakukan seolah-olah mereka berada di zon peperangan jelas sekali menunjukkan ketakutan pemimpin terbabit hatta berada di tempat suci umat Islam itu. Dengan penampilan terbaru Rosmah ini juga, maka rakyat berhak membuat kesimpulan bahawa beliau sebenarnya memang tidak mahu berubah dan tetap macam biasa walaupun kini berstatus "Hajjah". Semoga rakyat dapat menilai, apakah ini cara isteri pemimpin Islam yang mahu diagung-agungkan itu agaknya?


Aneh, Rosmah masih kekalkan imej "jambul tersembul" selepas balik haji


Rosmah perlu selalu dengan nasihat alim ulamak dalam kehidupan beliau

[Ramai yang pasti kecewa dengan penampilan terbaru Rosmah ini sebenarnya. Malah, ada juga yang tidak terkejut dan memang sudah menjangka "itulah Rosmah Mansor". Rakyat juga tertanya-tanya, apakah ilmu yang diperolehi oleh beliau semasa di Tanah Suci Mekah, jika perkara sekecil itu pun beliau tidak mahu memanfaatkannya. Bukankah menutup aurat itu adalah WAJIB dalam Islam. Makanya, beliau sepatutnya selalu mendengar tazkirah daripada alim ulamak agar akur dengan tuntutan Islam. Kita juga hairan kenapa Menteri Agama, Jamil Khir Baharom sendiri gagal untuk mentarbiah Rosmah ketika berada di Tanah Suci. Apakah beliau redha dengan semua ini?. Jika itu keadannya, maka umat Islam di seluruh Malaysia perlu bangkit menyedarkan rakyat bahawa sememangnya suami kepada Rosmah telah gagal memberi didikan agama kepada isterinya. Maka apakah layak beliau menjadi pemimpin sebuah negara Islam seperti Malaysia ini. Lakukan perubahan pada PRU13 nanti].

Kenyataan 'Mufti Pahang' Mengelirukan, Program Luar Tegur Tapi Maksiat Depan Mata Di Diamkan !

Posted: 09 Nov 2011 10:59 AM PST

KUANTAN, 10 Nov - Ramai pihak terutamanya orang Islam di negeri ini terkejut dengan kenyataa yang dibuat oleh Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (foto) yang berkata bahawa sebarang kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis boleh menjurus seseorang muslim itu kepada murtad. Dalam satu kenyataan, beliau dengan jelas berkata hubungan sejenis atau songsang amat ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada pupusnya manusia sejagat. "Kegiatan bertentangan dengan agama membawa seseorang itu kepada murtad," katanya kepada pemberita, kelmarin. Abdul Rahman mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dikecam dan mendapat bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil-wakil agama di dalam negara. Beliau menasihatkan umat Islam menghindari perilaku songsang, malah, katanya menyokong program sedemikian pun dilarang sama sekali. "Hubungan sejenis tidak dibenarkan Islam dan di Pahang ini tidak mahu adanya kumpulan lelaki yang menolak perempuan dan sebaliknya," tambah beliau. Abdul Rahman menasihatkan semua pihak termasuk ibu bapa menjaga anak-anak daripada terlibat dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah. Persoalannya sekarang, apakah kenyataan beliau itu ikhlas atas sekadar mencari publisiti murahan. Ini kerana, beliau sehingga sekarang ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah, Miss Malaysia Pahang 2010 yang sudah beberapa kali kami dedahkan sebelum ini. Malah, kami juga pernah mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan tentang isu ini jika tidak mahu digelar "syaitan bisu" oleh umat Islam. Kenapa program itu beliau boleh mengeluarkan kenyataan, sebaliknya program yang sama "kegiatan songsang yang bertentangan dengan agama Islam terutama membabitkan hubungan sejenis" yang berlaku dalam negeri sendiri diabaikan?. Bukankah acara memalukan terbabit berlaku di dalam negeri Pahang sendiri yang mana beliau adalah Mufti Negeri yang wajar mengeluarkan kenyataan terhadap program terbabit. Namun, sehingga kini beliau menyepi dan membisu sahaja.

Timbul kekeliruan, bila agaknya Mufti Pahang mahu ulas isu lepih panas ini

[Maka itu, beliau tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan tentang Festival Seksualiti Merdeka 2011 sebenarnya. Masakan "kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata tak nampak". Justeru itu, umat Islam di Pahang diminta menilai apa yang berlaku di depan mata mereka ini hendaknya. Kita tidak mahu ada pemimpin agama yang hanya "bersuara" untuk kepentingan politik semata-mata, sebalinya menikus bila ia boleh menggugat kedudukannya. Jika inilah keadaannya, maka sia-sia sahajalah nasihat yang beliau berikan terhadap penganjur Festival terbabit. Mufti Pahang harus ingat bahawa beliau bertanggungjawab sepenuh dengan kegiatan maksiat yang berlaku dalam negeri ini. Kenyataan beliau seperti ini menyebabkan umat Islam bertambah keliru, seolah-olah apa yang berlaku di Pahang itu dihalalkan oleh pihak yang berkenaan. Tambahan pula, dipercayai ada anak bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang dan merupakan pemimpin UMNO juga turut terlibat dalam program tersebut].

Memang Tiada Lagi Ruang Bersuara Dalam UMNO Dan Muhyiddin Bakal Menjadi Mangsa Selepas Ini

Posted: 09 Nov 2011 10:32 AM PST

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir UMNO, kata Muhd Lukhman Ghani, Pegawai Khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga AJK UMNO Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh UMNO. Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran UMNO serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri. "Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam UMNO, mungkin dia duduk di nombor lima atau enam," katanya. Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya UMNO tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'. Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. "Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta Ahli Parlimen Bebas yang mengutuk pembangkang. "Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden UMNO. "(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam UMNO. Sambil menyifatkan Muhyidin tidak faham maksud Ku Li, Lukhman berkata ruang itu mula tertutup selepas penubuhan UMNO baru, semasa era pimpinan bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah sekarang. Ku Li semalam mendakwa beliau terpaksa menubuhkan Amanah kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO. Ianya termasuk ruang untuk bercakap sewaktu Perhimpunan Agung UMNO diberikan syarat yang ketat termasuk perlu mendapat kelulusan pimpinan parti itu.



[Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh Ku Li itu memang ada kewajarannya. Ternyata UMNO sengaja mengajar ahli dan pemimpinnya agar tunduk dengan apa saja yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. Menegur bereri mencari "nahas" dan kemungkinan besar akan terus "dipinggirkan". Jika tersilap hari bulan mungkin akan terus "dipancas" oleh pihak terbabit. Akhirnya jadilah ahli UMNO yang masih lagi "yes man" dan mengiyakan apa saja kebobrokan yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Biar tahu segalanya, namun apakan daya mereka telah dikunci mulut dan lidah untuk berkata-kata dan menegur. Amalan ini sudah dipraktikkan sejak sekian lama dan inilah yang menjadi barah kepada mana-mana ahli UMNO. Akhirnya mereka menikus dan tidak berani untuk berkata apa-apa, sekadar menyokong apa saja yang tidak dipersetujui mereka demi kelangsungan politik masa depan. Inilah yang kita lihat sekarang, lantaran itulah pemimpin atasa bebas melakukan apa saja yang mereka suka termasuk dalam isu-isu membelakangkan rakyat sebenarnya].

Tiada ulasan: