Rabu, 9 November 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Gara-Gara Putrajaya, Akhirnya Ramai Individu Sudah Tergila-Gila Jadi Calon PKR Di Pahang

Posted: 08 Nov 2011 03:25 PM PST

Mungkin gara-gara kenyataa Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnnya Pakatan Rakyat bersedia untuk merampas Putrajaya pada Pilihanraya Umum akan datang maka ramailah yang kini mula berkira-kira dan berlomba-lomba untuk menjadi Wakil Rakyat, Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Kerajaan, Ahli Majlis dan sebagainya. Masing-masing sudah terlupa perjuangan asal parti iaitu untuk membela rakyat akibat keghairahan untuk menjadi calon sekarang ini. Senario ini jugalah yang melanda PKR Pahang. Laporan dari blog rasmi PKR Pahang pada 5 November lalu dipetik jelas menyatakan tentang sikap sesetengah individu yang beriya-iya benar memukul canang kononnya mereka adalah calon parti itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Sedangkan hakikatnya, pucuk pimpinan parti itu masih belum menentukan siapakah yang bakal menjadi calon sebenarnya. Dalam satu kenyataan di blog terbabit ada menyatakan "KEADILAN Pahang telah dapat mengesan beberapa kes tentang beberapa individu yang mengutip dana kononnya untuk dana Pilihanraya Umum nanti dan mengaku sebagai calon yang mewakili parti. Kes ini sedang dipantau dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang mengaku sebagai calon parti untuk mengumpul dana dari orang ramai. Untuk makluman, KEADILAN Pahang masih belum memutuskan sebarang calon bagi mewakili parti. Namun demikian, program parti tetap diteruskan dan usaha untuk mendapatkan dana pilihanraya adalah di atas inisiatif Ketua Cabang berkenaan dan semua AJK nya di atas nama parti bukannya di atas nama individu", menurut kenyataan itu.

Ramai Penyokong Keliru Isu Calon Sebenarnya

Kenyatan itu juga ada menyebut "sekiranya terdapat aduan dari mana-mana pihak tentang individu yang mengaku sebagai calon parti dan mengambil kesempatan untuk mengumpul dana bagi dirinya, parti akan menyiasat dan sekiranya terdapat bukti kukuh maka tindakan tegas akan diambil. Parti merasa bangga kepada Cabang-Cabang yang aktif mengadakan program bersama masyarakat dan berusaha untuk mendapatkan dana bagi parti. Semangat ini harus kita kekalkan dan kita tidak mahu mana-mana individu mengambil kesempatan. Kepada mana-mana pihak yang meragui tentang sebarang kutipan dana dari individu tertentu, sila berhubung dengan Ketua Cabang atau menghubungi Ibu Pejabat Parti bagi mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Pilihanraya, Sdr Zaidi Ahmad". Persoalannya sekarang, siapakah individu yang berkenaan agaknya?. Memang ada kedengaran pihak-pihak tertentu yang mengadakan program khas untuk mengisi dana untuk pilihanraya, tapi apakah dana itu untuk parti atau untuk individu terbabit tidak dikenalpasti sebenarnya. Kami amat terkejut dengan perkembangan ini kerana tidak wajar seseorang individu membelakangkan kepentingan partinya sendiri dan memandai-mandai mengatakan mereka ada calon pilihan. Sedangkan parti mempunyai beberapa lagi nama calon untuk dipilih sebenarnya. Malah, paling mengejutkan ada juga pemimpin tertentu yang sibuk berkempen dan merayu undi seolah-olah ketika ini adalah hari berkempen pilihanraya. Sedangkan PRU-13 masih belum diketahui tarikhnya. Akibat tindakan pihak berkenaan, ramai ahli parti yang tidak senang dan kecewa.

[Tidak wajar, pemimpin tertentu mengaku mereka adalah calon yang "diwahyukan" oleh pucuk pimpinan parti sedangkan perkara itu masih samar-samar. Akibatnya, kini PKR semakin bercelaru gara-gara ada pemimpin yang awal-awal lagi mencanangkan mereka adalah calon piliha pucuk pimpinan. Malah, ada juga yang mengaku sudah mendapat mandat dari Ketua Umum PKR sendiri untuk menjadi calon dan jika beliau tidak dipilih oleh parti mereka tidak teragak-agak akan mengkucar-kacirkan parti dan bertindak melompat semula ke UMNO. Inilah senario yang berlaku sekarang. Masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi calaon gara-gara membayangkan kedudukan mereka andai Pakatan Rakyat berjaya menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum nanti. Jika ini keadaannya, maka rakyat khuatir ia akan memecah-belahkan PKR sebenarnya. Inilah yang amat ditakuti rakyat dan sememanya sesuatu yang biasa dalam UMNO selama ini. Apakah PKR kini sudah meniru budaya lama mereka kembali. Difahamkan, keputusan calon PKR akan ditentukan oleh Pengarah Piliharaya mereka iaitu Azmin Ali sendiri. Maka, kemungkinan besar mereka yang sibuk berkempen sekarang ini merasa selesa kerana berada di pihak yang "menang" pada pemilihan PKR tahun lalu. Semua ini sememangnya jelas dan menjurus ke arah itu. Jika tidak berwaspada, pasti rakyat akan menghukum kelemahan mereka akhirnya].

Edisi Bisnes: Pelancaran Program Keusahawanan Gandi Kabuli Peringkat Negeri Pahang Jumaat Ini (11.11.11), Warga Kuantan Adalah Di Jemput Hadir

Posted: 08 Nov 2011 02:06 PM PST

KUANTAN, 9 Nov - Orang ramai adalah dipelawa untuk hadir ke Pelancaran Peringkat Negeri Pahang, satu Program Keusahawanan terbaru di pasaran iaitu Gandi Kabuli. Program ini baru saja dilancarkan dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari kalangan rakyat Malaysia. Program akan diadakan di Hotel Sentral iaitu bangunan lama Hotel Samudera River View milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) yang terletak di Jalan Besar dekat sini. Program bermula sekitar jam 9.00 malam dan akan berakhir beberapa jam selepas itu. Menurut penganjur, Mohd Fadzli Yusof berkata program ini masih panas dan semakin mendapat sambutan sekarang, lantaran itulah beliau mengambil iniseatif bersama rakan-rakannya untuk menganjurkan pelancaran program tersebut peringkat negeri Pahang pada tarikh keramat "11.11.11" ini. "Kami sengaja memilih tarikh itu kerana ia memberi makna yang cukup besar kepada sebahagia orang. Maka itu, kami mempelawa kepada mereka yang berminat menjadi usahawan dan tercari-cari peluang menjana pendapatan tambahan dengan bermodalkan paling minima hanya RM70 sahaja untuk hadir beramai-ramai pada malam itu nanti. Hadir mendengar dan anda tidak rugi apa-apa pun. Siapa tahu masa dan "timing" yang sesuaai untuk anda membuat pecutan sebagai usahawan ada bersama kami. Oleh itu bertindaklah sekarang", kata beliau.

[Peluang juga dibuka kepada semua pihak yang sedang menghadapi masalah kewangan, graduan menganggur atau sesiapa saja yang mahu menceburi bidang keusahawan secara sepenuh masa atau sambilan. Roadshow usahawan kabarnya akan diadakan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini, dan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi yang terawal dilokasi masing-masing bolehlah menghubungi talian 014-5343135 (Fadzli). Sila SMS untuk dihubungi bagi tindakan selanjutnya. Anda dipelawa untuk menjadi yang terawal di lokasi masing-masing kerana program yang bernaung di bawah sebuah syarikat bumiputera ini dijangka meletop ke seluruh negara dalam masa terdekat].

Tiada ulasan: