Pahang Daily Online |
Mana NGO Islam, Festival Seksualiti Merdeka 2011 Di Haram Tapi Miss Malaysia Pahang Di Halalkan! Posted: 07 Nov 2011 05:56 PM PST Ramai yang keliru dan terkejut dengan tindakan drastik kerajaan menangani isu "Festival Seksualiti Merdeka 2011" yang dikaitkan dengan Pengerusi Bersih 2 .0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan baru-baru ini. Malah Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia itu telah disiasat polis selama setengah jam berhubung penganjuran program tersebut semalam. Tambah mengejutkan, begitu banyak NGO yang kononnya prihatin terhadap agama Islam bangkit menentang dan mempersoalkan program tersebut. Walhal, telah didedahkan bahawa program yang sama telah bermula sejak 2008 lagi dan ia melibatkan anak kepada Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad iaitu Marina Mahathir sendiri dan Ambiga hanyalah dipanggil untuk merasmikan program tersebut sahaja. Namun, dek kerana beliau terlibat dengan gerakan untuk mendesaka kerajaan melaksana pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Maka beliau diserang, kononnya menjadi penaja acara seks bebas. Sedangkan program yang dianjurkan itu belum pasti sepenuhnya menjurus ke arah itu. Cuma persepsi media yang dimainkan oleh kerajaan menyebabkan Ambiga seolah-olah sudah bersalah dalam hal ini. Bila dilihat kepada begitu prihatinya pihak berkenaan termasuk NGO terbabit dalam hal ini, maka kita merasakan seolah-olah mereka jujur dan ikhlas berjuang untuk membela agama Islam itu. Namun, bila diperhalusi semula ternyata itu hanya;ah retorik semata-mata. Mereka bertindak kerana ada nama Ambiga dikaitkan dengan program tersebut. Bayangkan jika tiada nama Ambiga, maka sudah pasti program tersebut berjalan seperti biasa. Sebab itulah kita hairan bagaimana pihak penganjur program berkenaan begitu mudah mendapat permit setiap tahun bagi mengadakan progran tersebut. Apakah kerajaan dan NGO terbabit sedar semua ini. Anehnya, Miss Malaysia Pahang 2010 Di Halalkan Persoalannya sekarang, jika benar NGO berkenaan prihatin untuk menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. Maka, kenapa mereka tidak sama bangkit menentang dan membuat laporan polis terhadap penganjur Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" yang diadakan di Hotel Vistana Kuantan penghujung tahun lalu. Perkara itu sudah didedahkan kepada media, malah hangat diperkatakan sebelum ini. Namun, masing-masing menyepi tanpa berita. Tiada laporan polis dan tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan, pihak agama negeri hatta kerajaan negeri itu sendiri. Bukankah, ia jelas bertentangan dengan syariat Islam, malahan kesemua yang masuk bertanding itu ialah lelaki yang kini sudah berubah menjadi wanita. Malah, sebahagian besar daripada mereka sudah membuat pembedahan bagi menukar "alat kelamin". Acara yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuantan itu dikatakan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Lebih menggemparkan, acara tersebut turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri. Penganjur dikatakan memilih negeri Pahang sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak. Pertandingan ratu cantik mirip di Thailand itu terbongkar selepas video didedahkan di internet. [Apa yang memusykilkan kita ialah, kenapa pihak berkuasa termasuk mereka yang begitu berbangga kononnya memperjuangkan Islam tidak bangkit menentang acara ini dulu. Apakah dek kerana mereka takut lantaran program ini melibatkan seorang anak bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang dan bekas orang kuat UMNO di negeri ini gamaknya?. Maka itu, mereka tidak bangkit memperjuangkan Islam?. Begitu juga dalam kes "Festival Seksualiti Merdeka 2011" itu, kenapa sejak 2008 yang lalu mereka tidak menentang dan melatah. Apakah dek kerana ia dianjurkan oleh anak bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO maka ia "dihalalkan". Tetapi bila ia melibatkan pihak lain terutamanya yang tidak sealiran dengan mereka barulah mahu bangkit menentang?. Jika inilah pendirian Islam pihak terbabit, maka nyata dan jelas mereka hanya mahu mempolitikkan isu ini sebenarnya. Mungkin dengan cara ini, ia dapat menghilangkan sokongan umat Islam terhadap parti pembangkang pada Pilihanraya Umum nanti. Inilah motif tersembunyi mereka itu gamaknya]. |
Posted: 07 Nov 2011 05:25 PM PST Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang urusan haji yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Rosmah Mansor. Sebelum ini telah mendedahkan, Najib telah menaja beratus-ratus pemimpin masyarakat seperti Pengerusi JKKK, Tok Empat dan Ketua UMNO bagi kawasan Parlimen Pekan untuk tunaikan haji sedangkan ramai dikalangan mereka tidak berdaftar pun sebenarnya. Akibat tindakan itu, ramai jemaah haji telah terkandas untuk ke Tanah Suci, akibat kuota mereka telah "dicuri" oleh orang-orang Najib. Malah, ada yang telah sekian lama menunggu bagi menunaikan rukun Islam tersebut juga telah dinafikan hak mereka. Paling menyedihkan Tabung Haji dengan mudah mahu memulangkan wang mereka dan mahu digantikan dengan pakej Umrah, sedangkan mereka sebenarnya mahu menunaikan ibadah haji. Hak rakyat dinafikan dengan sewenang-wenangnya. Malah, kami juga ada mendedahkan bahawa memang Najib akan menjadikan pemergian haji mereka ini sebagai satu strategi untuk menancing undi rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Mereka mahu media arus perdana menggunakan sepenuh tenaga untuk melapor dan menayangkan gambar-gambar mereka ketika di Tanah Suci, kononnya mereka yang selama ini "menolak hukum Allah iaitu Hudud" sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Malah, kami turut bersama dengan pihak menegur tentang sikap Rosmah yang tidak mahu menutup aurat ketika mahu bertolak untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah. Walau pun ada yang marah dengan teguran tersebut, namunsebagai umat Islam kita layak untuk menegur pemimpin dan tidak terikat untuk "mendiamkan diri" hatta mereka mahu mengerjakan ibadah suci itu sekali pun. Teguran bukanlah untuk memalukan, tetapi ia sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama seperti mereka. Namun, ada pula dikalangan umat Islam yang kecewa dan mengatakan ada pihak yang cuba membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah, walhal mereka sendiri yang cuba menimbulkan polemik dan kontroversi dalam hal ini sebenarnya. Cuba lihat, kawalan amat ketat seolah-olah Najib dan Rosmah begitu "agong" ketika mengadap Allah untuk mengerjakakan ibadah haji di Tanah Suci Ini pula wajah seorang pemimpin besar Arab, Presiden Iran Ahmadinijed memang dia juga dikawal, tapi apakah sehebat Najib Razak gamaknya Gmbar yg penuh kontroversi menunjukkan pengawal dan tali "no crossing" merentangi keliling kawasan Najib dan Rosmah beribadah dalam masjid TPM Muhyiddin tersenyum kala Najib berduka semasa doa selamat untuk mereka berlepas ke tanah suci, cuba tengok "aurat" Rosmah Mansor itu Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji Perdana Menteri Akibat beberapa tindakan dan sikap media yang terlalu ghairah untuk mempromosikan kerja haji yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah, maka akhirnya perkara ini ditegur sendiri oleh seorang yang bertaraf "Mufti" pula. Terkini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. "Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataannya. Sebelum ini, dilaporkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Najib ialah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Zambry Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," kata Dr.Juanda lagi. [Ramai yang mempersoalkan perkara ini, namun segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah, kenapa harus membiarkan media begitu taksub membuat promosi haji Perdana Menteri dan isterinya itu?. Bayangkan, jika sesorang itu melakukan ibadah solat tidak ikhlas dan menunjuk-nunjukkan itu pun sudah tidak diterima oleh Allah. Maka, apakah tindakan media membuat laporan lengkap setiap pergerakaan mereka juga itu boleh dikira "menunjuk-nunjuk"?. Bukankah lebih afdal jika perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan awam. Media sepatutnya hanya melaporka tentang Perdana Menteri dan isteri membuat kerja haji sahaja. Tidak perlu sampai mengikuti setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka. Biarlah Allah yang menilai segalanya. Tindakan media ini jelas sekali telah memalukan Najib dan Rosmah sebenarnya. Media seolah-olah cuba membuat provokasi melampau terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Akhirnya terserlahlah begitu banyak persoalan yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Apapun, kita harapkan agar kedua-dua pemimpin ikhlas dan akan berubah selepas pulang dari Tanah Suci nanti. Semoga Rosmah akan menutup aurat dan lebih tawaduk lagi selepas ini hendaknya. Allah jua yang lebih mengetahui. Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah. Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak dan takabur. Maka jadikanlah iktibar apa yang telah berlaku ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan