Pahang Daily Online |
- 'Stop Lynas Coalition' Jemput Orang Ramai Sertai Taklimat 'Tindakan Mahkamah' Terhadap Lynas !
- PDO Prihatin: Empat Lagi Laporan Suara Rakyat
- Nicol Dan Zulfadli Harumkan Nama Malaysia, Bila Jadi Juara Acara Sukan Peringkat Dunia Semalam
'Stop Lynas Coalition' Jemput Orang Ramai Sertai Taklimat 'Tindakan Mahkamah' Terhadap Lynas ! Posted: 06 Nov 2011 08:00 PM PST KUANTAN, 7 Nov - Stop Lynas Coalition (SLC) bersama 32 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, bakal mengadakan "Town Hall Meeting" bagi memberi taklimat kepada rakyat tentang tindakan mahkamah yang bakal diambil terhadap Lynas Corporation, iaitu syarikat Australia yang membina kilang memproses "rare-earth" di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Taklimat bakal diadakan di Restorang Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad bermula jam 8.30 malam ini. Justeru itu pihak penganjur mempelawa orang ramai terutamanya warga Kuantan yang prihatin dan membantah isu Lynas untuk datang beramai-ramai pada malam ini. Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas dengan lebih hebat lagi selepas ini, bila mana satu tindakan undang-undang pula akan diambil terhadap kegagalan mereka menghalang projek tersebut didirikan di negeri ini. Selepas sekian lama rakyat bangkit membantah dan terpaksa mendengar kenyataan dangkal daripada pihak-pihak tertentu tentang isu ini, maka sudah tiba masanya untuk kes berkenaan di bawa ke muka pengadilan. Jika ini berlaku, bermakna satu lagi episod bersejarah pasti akan terjadi selepas ini sama seperti kes kemenangan rakyat Bukit Merah (Perak) terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di sana dulu. Biar pun mengambil tempoh yang lama berhadapan dengan perbicaraan, namun akhirnya rakyat menang dan kilang tersebut terpaksa ditutup. Kini, rakyat Kuantan bakal menyaksikan satu lagi episod perjuangan yang lebih besar dalam usaha membantah kilang Lynas selepas segala usaha dipandang sepi oleh pihak kerajaan selama ini. Malah, mereka yang membantah pula dituduh menyeleweng fakta walhal seluruh dunia tahu tentang bahaya "rare earth" terhadap kehidupan manusia itu sebenarnya. [Umum masih ingat Kerajaan Negeri Pahang pernah dikalahkan dalam isu saman oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn.Bhd dan terpaksa membayar jutaan ringgit kepada pihak tertabit. Biar pun ia dinafikan oleh kerajaan, namun rakyat melihat segalanya dan yakin isu Lynas juga bakal berhadapan dengan tindakan yang sama. Namun, bezanya rakyat bukan mahu "wang" dari Lynas sebaliknya mereka tidak mahu kilang tersebut didirikan dan beroperasi di Kuantan. Difahamkan, saman akan bermula pada bulan Disember 2011 ini. Dengan tindakan ini, maka rakyat pasti akan melihat berbagai pembongkaran berserta dengan fakta penting untuk mengesahkan kenapa Lynas perlu dibawa keluar dari bumi Pahang sebenarya. Kehadiran malam adalah terbuka dan percuma]. |
PDO Prihatin: Empat Lagi Laporan Suara Rakyat Posted: 06 Nov 2011 07:57 PM PST Di Bawah ini disiarkan lagi laporan aduan Suara Rakyat ke Pahang Daily Online. Kepada mereka yang mengadu, sila berikan nama samaran, lokasi dan email lengkap untuk dihubungi oleh pihak kami. Harap Maklum - PDO. Kecewa Jalan Dari Simpang Awah Ke Tol Chenor "Minta pihak yang berwajib membaiki jalan dari simpang Pekan Awah ke Tol Chenor. Dah beberapa kali PRU umum berlalu tapi jalan tersebut masih ditakuk lama. ANAK PERKAP". Parsi Muhamad, KL Kesal Dengan Sikap Tidak Ambil Peduli JBA Maran "Tahniah PDO yang membuat insiatif ADUAN RAKYAT. Saya ingin membuat aduan di sini tentang sikap tidak ambil peduli JBA Maran. Paip air depan pintu masuk rumah saya sudah hampir 5 bulan bocor/pecah, namun tiada tindakan JBA Maran, begitu juga kebocoran di kawasan perumahan Permatang Shahbandar...saya telah menelefon dan membuat aduan lebih 5 atau 6 kali ke JBA Maran dan JBA Bandar Pusat... Air yang bocor dan membazir amat banyak dan sangat menyedihkan apa bila air bersih terbuang begitu sahaja selama 6 bulan..agak2nya hingga kini sudah boleh memnuhi 10 hingga 15 buah padang bola sepak... harap maklum". Dzulkifli Sharif, Bandar Jengka. 15 Tahun Menunggu Jawapan Permohonan Tanah "Bapa saya pernah memohon tanah dgn kerajaan negeri dan telah berjaya.Tetapi walaupun setelah semua kos telah dilangsaikan kepada pihak koperasi pembangunan tanah, sampai kini beliau masih belum dipanggil utk cabutan undi lot. Dari kawasan Sg Caru hingga ditukarkan ke kawasan Sg Pohol gambang. Masih senyap seribu bahasa. Dah berpucuk surat dihantar kepada Pentadbir tanah daerah serta kepada pihak koperasi pembangunan tanah. Dah dekat 15 tahun masalh tak selesai. Bila la agaknye bapa saya merasa dok atas tanah sendiri. Umor semakin meningkat.Pada siapa lagi saya nak mengadu?". Khairul, Kuantan Laporan Audit, JKM Tergamak Tipu Rakyat Miskin "Lapuran audit baru2 ini tidak jumpa ketirisan dalam JKM...yang mana banyak barang2 yang diberikan kapada orang2 miskin yang tak berkualiti contohnya: Mesin Jahit yang secondhand yang bolih diguna satu bulan...dah rosak kat bil tulis RM2,500. sedangkan harga yang terpakai Rm1,500. harap ambil kira siapa yang ambil untung ditengah2 kesesahan orang sedia susah....dan munkin ada banyak lagi...selain contoh ini' Selamat Hari Raya Korban" Tapi jangan korban wang Negara....!". AA, Malaysia |
Nicol Dan Zulfadli Harumkan Nama Malaysia, Bila Jadi Juara Acara Sukan Peringkat Dunia Semalam Posted: 06 Nov 2011 08:02 AM PST Nama Malaysia terus diharumkan dalam acara sukan, bila dua pemain negara berjaya menjuarai acara sukan peringkat dunia masing-masing semalam. Datuk Nicol David melakar sejarah baru skuasy wanita dunia apabila merangkul gelaran Terbuka Dunia untuk kali keenam berturut-turut di Rotterdam, Belanda. Ia sekaligus meleburkan rekod lima kali yang dipegang lagenda Australia, Sarah Fitz Gerald sejak 2002. Nicol selaku pilihan utama menang mudah ke atas lawannya yang merupakan pilihan kedua, Jenny Duncalf dari England 11-2, 11-5, 11-0 dalam tempoh 29 minit. Sementara itu bagi acara Badminton pula, Pemain remaja negara, Zulfadli Zukiffli mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain Malaysia pertama menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Remaja Dunia selepas menewaskan pilihan utama yang juga juara bertahan , Viktor Axelsen dari Denmark 21-18, 9-21, 21-19 di Taipei. Inilah dua athlet sukan yang telah mengharumkan nama negara semalam [Kejayaan yang dikecapi oleh kedua-dua athlet sukan Malaysia ini sungguh membanggakan. Tambahan disaat Umat Islam seluruh dunia sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha sekarang ini. Kejayaan Nicol memang sudah dijangkakan, tapi sayangnya sukan yang beliau sertai kurang popular bagi golongan biasa. Lantaran itu kejayaannya tidak seindah sukan-sukan lain yang menjadi kegilaan peminat seperti bolasepak dan badminton khasnya. Apapun, diharapkan agar Kementerian Belia Dan Sukan dapat mengembangkan lagi Sukan Squasy ini di sekolah-sekolah selepas ini. Ia sebagai langkah persediaan untuk mencari pelapis negara jika Nicol sudah bersara nanti. Apapun, kejayaan Zulfadhli amatlah membanggakan dan ternyata beliau bakal menjadi jaguh baru negara dalam acara badminton selepas Datu Lee Chong Wei bersara satu hari nanti. Apapun, syabas dan tahniah buat kedua-duanya. Malaysia boleh !]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan