Pahang Daily Online |
- Panas: Lombong Pecah Di Maran, Kerajaan Negeri Di Gesa Pantau Laporan EIA Dan Siasat Dakwaan Ada Berlakunya Kematian Dalam Tragedi Terbabit
- Panas: Rupanya "Anak Pemimpin UMNO" Sendiri Menjadi Dalang "Di Sebalik Penganjuran" Festival Seksualiti Merdeka Di Malaysia Sejak Tahun 2008
- Adnan Yaakob, UMNO Pahang Serahkan Kepada PM Tentukan Parti Mana Bertanding Di Kuantan
Posted: 04 Nov 2011 10:45 PM PDT Kerajaan Negeri Pahang digesa menyiasat satu laporan yang dipercayai telah disembunyikan maklumatnya daripada pengetahuan orang ramai berkaitan dengan berikutan kejadian sebuah lombong bijih besi milik Pheonix Lake Sdn. Bhd. di Sri Jaya, Maran baru-baru ini. Ia berkaitan dengan timbulnya cerita panas sejak akhir-akhir ini bahawa dalam kejadiann tersebut terdapat tujuh mangsa yang merupakan pekerja lombong berkenaan telah terimbus dan ditemui mati ketika kejadian. Persoalannya, kenapa ia perlu disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai jika kerajaan benar-benar ikhlas dan jujur dalam hal ini. Tidak diketahui kenapa maklumat itu disembunyikan, namun rakyat sewajarnya dimaklumkan tentang kebenaran hakiki dan tidak perlu ada perasaan takut oleh pihak terbabit untuk merahsiakannya. Dakwaan bahawa "ada kematian" dalam kejadian terbabit mula tersebar apabila ada beberapa pekerja yang takut dan mula menyampaikan maklumat tersebut. Anehnya, pihak media dihalang mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang melibatkan Lombong Bijih Besi terbesar di Asia Tenggara itu. Jika benar dakwaan ada kematian, maka kenapa ia harus disembunyikan?. Apakah kerana mahu menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam syarikat terbabit?. Dalam satu laporan yang dibuat oleh TV3 sebelum ini, wartawan mereka telah dihalang oleh pihak berkenaan untuk mendapatkan maklumat sebenar tentang kejadian. Malah, Menteri Besar Pahang ketika ditanya oleh media hanya mengucapkan tahniah kepada syarikat berkenaan kerana telah memberikan pampasan kepada penduduk (haram) yang dikatakan mendiami kawasan berkenaan. Namun, terdapat laporan daripada penduduk bahawa sebahagian daripada lombong berkenaan juga dipercayai "haram" kerana tidak mempunya "Mining Certificate"(MC) yang sah. Malah, mereka juga ragu-ragu dengan laporan yang dibuat oleh enam jabatan yang meluluskan kawasan terbabit sebenarnya. Maknanya terdapat rahsia besar yang cuba disembunyikan daripada rakyat dalam kejadian itu. Kenyataan MB Pahang yang dilihat lebih kepada pertahankan Syarikat itu pasti ada sesuatu yang tidak sepatut berlaku dibelakang tabir agaknya Apakah telah dilakukkan kajian Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada lombong seperti di bawah ini (foto)? Penarahan bukit secara terbuka seperti didalam gambar ini dengan untuk melombong bijih seperti ini kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang merosakkan harta benda dan memusnahkan hasil pertanian jika berlaku kejadian hujan lebat. Fail foto di SINI. Ramai yang keliru dengan laporan pihak berkenaan sebenarnya. Jika lombong yang terbesar di Asia Tenggara itu pun boleh pecah selepas mendapat khidmat nasihat enam jabatan termasuk JAS, maka itulah rakyat Kuantan sebenarnya terlalu takut dengan laporan yang sama dikatakan dibuat oleh JAS terhadap projek kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat Gebeng itu sebenarnya. [Susulan dengan itu Kerajaan Negeri Pahang digesa menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat laporan berkenaan kematian yang berlaku di lombong berkenaan. Biar pun ia tidak didedahkan kepada pihak media namun daripada maklumat yang diberikan oleh pekerja dan orang awam yang tahu kisah ini, ianya sepatutnya didedahkan agar menjadi tauladan kepada pengusaha lombong yang lain supaya lebih berhati-hati dengan isu seperti ini. Kita tidak mahu lebih ramai penduduk yang terlibat menjadi mangsa jika ia tidak ditangani dengan betu. Memang benar MB menyalahkan takdir atas apa yang berlaku, dan itu jugalah alasan yanga kan diberikan jika perkara yang sama berlaku kepada kilang Lynas kelak. Maka itu, rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk mengetahui kisah sebenar di sebaalik tragedi yang telah didedahkan oleh TV3 ini. Jika dirahsiakan, lama-kelamaan rakyat akhirnya akan tahu juga dan mereka akan mengatakan kerajaan menipu dan cuba menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat. Maka, bagaimana rakyat mahu menyokong mereka lagi pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?. Sudah pasti mereka akan buat undi protes. Apakah ini yang kerajaan negeri BN inginkan agaknya?]. |
Posted: 04 Nov 2011 08:32 PM PDT Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?. Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut. Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut. Maka, denga kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008. Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?. Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau. Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri sebenarnya?. Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan. Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan. Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marnia mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini. Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut. Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi). Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade" jika ia dianjurkan di negara-negara barat. Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 Patutlah kerajaan benarkan konsert Elton John (Gay) di Malaysia rupanya |
Adnan Yaakob, UMNO Pahang Serahkan Kepada PM Tentukan Parti Mana Bertanding Di Kuantan Posted: 04 Nov 2011 11:17 AM PDT KUANTAN 5 Nov - Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan parti komponen yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuantan dalam usaha merampas kembali kerusi itu daripada pembangkang. Pengerusinya, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) berkata, beliau sebenarnya tidak gemar untuk mengganggu formula yang telah ditetapkan pada pilihan raya umum lalu tetapi jika dengan mengubahnya boleh membawa kemenangan, maka ia perlu dilakukan. "Kuantan pada asalnya ditandingi UMNO, kemudian baru MCA. Kita ikut Perdana Menteri. Saya sendiri tak suka nak ganggu kuota. "Pada saya kalau berpandu pada kuota, kita boleh menang, jangan usik. Tetapi kalau dengan mengubah kuota itu kita boleh menang, maka kita kena ubah. Itu sahaja pendirian saya,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Aman Palestin oleh Yayasan Pahang di sini semalam. Sebelum ini Pengerusi MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker bersedia untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dengan UMNO tetapi mereka mendapat kerusi Indera Mahkota sebagai ganti. Sementara itu, Adnan berkata, apa yang pasti kerusi Parlimen Indera Mahkota akan terus ditandingi UMNO dan peluang untuk merampasnya dilihat cerah. Katanya, bagaimanapun untuk kerusi Parlimen Kuantan, ia akan menyaksikan satu tentangan sengit berikutan senario politik semasa termasuk isu kontoversi Lynas sekarang. "Daripada dua kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang di Pahang, Indera Mahkota cerah tetapi Kuantan akan menyaksikan persaingan sengit. "Kuantan kita kena lawan lebih sikit sebab isu pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas yang mendapat bantahan penduduk Cina yang mendakwa ia bahaya sedangkan tidak,'' jelasnya. Menurut Adnan, kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan perlu dimenangi semula BN kerana secara umumnya peluang untuk berbuat demikian lebih cerah kerana ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Daripada dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas, peluang dengan PKR lebih cerah. Jadi daripada 31 kerusi PKR yang menang masa pilihan raya lalu, dua adalah di negeri ini iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, maka kita pastikan ia kembali kepada kita dan ia bukan mustahil. "Apa pun kita sedang bersiap menuju pilihan raya. Bila pilihan raya kita tak tahu, macam mati juga, yang pasti ia berlaku, maka kita kena bersiap. Ini termasuk nak menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah seperti Semantan dan Beserah,'' jelas MB Pahang itu lagi. [Apa yang jelas dapat disaksikan ialah pembangkang (Pakatan Rakyat) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berpotensi besar untuk terus mengekalkan kuasa mereka di Parlimen Kuantan untuk penggal yang kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dilakukan terhadap suara rakyat terutamanya masyarakat kaum Cina yang 80% menolak kerajaan BN kerana tidak mendengar rintihan rakyat dalam isu Lynas. Soal pembangunan dan ekonomi yang lebih diutamakan, sedangkan majoriti rakyat tidak bersetuju kilang itu didirikan sebenarnya. Atas faktor itu juga, mungkin UMNO punya alasan kukuh untuk mengambil semula kuota kerusi Parlimen Kuantan daripada MCA. Namun jika isu ini gagal diselesaikan secara profesional, besar kemungkinan bukan saja parlimen dikekalkan malahan kesemua kerusi DUN dalam parlimen Kuantan juga boleh jatuh ke tangan pembangkang pada kali ini. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati sekarang jika tidak mahu sesuatu yang lebih buruk terjadi kepada BN PRU-13 nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan