Pahang Daily Online |
Nik Aziz Sifatkan Penganjuran Program Seksualiti Merdeka Permulaan Hancurnya Hidup Beragama Posted: 04 Nov 2011 06:18 AM PDT Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) menyifatkan penganjuran program 'Seksualiti Merdeka' yang hangat dipromosi beberapa NGO dan individu sebagai permulaan penghancuran terhadap kehidupan beragama. Nik Aziz berkata dengan program yang mengiktiraf kecenderungan seks songsang gay dan lesbian seperti ini harus ditentang dan dicegah. "Jika hak asasi untuk melakukan homoseks dibenarkan, maka adakah akan timbul pula hak asasi untuk mencuri, hak asasi untuk merompak, membunuh dan pelbagai lagi jenayah yang disandarkan ke atas hak asasi?. "Justeru, ia perlu dihalang dengan segala kemampuan yang ada," katanya. Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya 'Queer Without Fear' berlangsung sejak 1 Nov hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Program yang kononnya berteraskan perjuangan hak asasi manusia (human right), menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk amalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata bahawa Islam menjamin kemuliaan agama, nyawa, harta, akal dan keturunan daripada sebarang usaha yang mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia. "Sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi Pencipta alam ini iaitu Allah SWT. "Setiap akal waras manusia pasti akan menolak budaya ini untuk diamalkan dalam masyarakat," katanya. Nik Aziz berharap pihak kerajaan bertindak segera dalam menangani gejala songsang seperti ini. "Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan dari mana-mana pihak," kata MB Kelantan itu. [Teguran dan bantahan yang dibuat terhadap program ini jelas menunjukkan ia tidak sesuai diadakan di negara ini. Namun, sesuatu haru kita ingat kenapa pihak berkuasa gagal menghalang program ini ketika permohonan dibuat oleh pihak penganjur?. Bukankah, mereka perlu melalui beberapa proses sebelum ia diluluskan. Kenapa dibiarkan kemudian menjadi kontroversi seperti ini. Langkah awal itulah yang sepatutnya dilakukan sebelum isu ini dihangatkan. Sewajarnya semua pihak harus berhati-hati dalam meluluskan sesuatu program yang boleh menimbulkan kemarahan dari kalangan orang ramai selepas ini. Jangan, selepas diluluskan dan bila mendapat bantahan baru mahu mengambil tindakan. Bukankah mereka yang memohon telah dipanggil terlebih dahulu untuk membentangkan kertas kerja projek berkenaan. Bahkan penganjur juga perlu melaporkan segala aktiviti yang mahu dijalankan sepanjang program berkenaan. Maka, inilah yang berlaku sedangkan apa sebenarnya matlamat program tersebut langsung tidak kita ketahui secara lebih detail. Maka, inilah yang jadi akhirnya bila rakyat keliru dengan fakta sebenar]. |
Posted: 04 Nov 2011 01:39 AM PDT Apa sudah jadi dengan bekas Presiden Majlis Peguam (Bar Council) iaitu Datuk S.Ambiga Sreenevasan (foto) agaknya?. Baru sahaja beliau digungkan dan dianggap sebagai "wira rakyat" dek kerana keperihatinannya menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penambabaikan pilihanraya di Malaysia. Tiba-tiba, kini namanya "panas" dan menjadi "kotor" apabila dia didakwa terlibat menganjurkan satu program yang tidak boleh diterima langsung oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam di negara ini. Program Festival Seksualiti Merdeka 2011 dijangka akan bermula dari 1 hingga 13 November ini di Kuala Lumpur. Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. dijangka dirasmikan Ambiga sendiri. Susulan daripada itu, ramai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil menyuarakan bantahan mereka terhadap program ini. Malah, tindak ketinggalan juga bantahan dibuat oleh kepimpinan parti pembangkang sendiri terutamanya dari Parti Islam SeMalaysia (PAS). Masing-masing kecewa dengan tindakan "biadap" Ambiga ini sebenarnya. Malah, Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan juga secara jelas menyatakan PAS hanya menyokong Ambiga dalam bab-bab tertentu sahaja (termasuk Bersih 2.0) tetapi tidak kepada program yang mahu dianjurkan kali ini. Susulan bantahan tersebut, timbul persoalan sekarang apakah Ambiga layak untuk digelar pejuang rakyat?. Beliau yang sering dipertahankan oleh pemimpin pembangkang selama ini, kini menjadi "duri dalam daging" yang kembali menjatuhkan imej dan maruah pembangkang (Pakatan Rakyat) sebenarnya. Wajarkah Ambiga bertindak sedemikian tanpa merujuk kepada rakan-rakan yang lebih arif dalam bab tersebut. Langkah untuk memberi perhormatan kepada golongan Gay, Lesbian dan sebagainya jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal dan wajar ditentang oleh semua pihak. Kini Ambiga boleh dianggap sebagai pengkhianat negara, kerana sewenangnya menggunakan kedudukan yang ada untuk anjurkan sesuatu program yang jelas bertentangan dengan "norma kehidupan" manusia. Sebahagian daripada ahli NGO Perkasa yang telah mengadakan demontrasi aman selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur, membantah tindakan Ambiga |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan