Pahang Daily Online |
- Eksklusif: Video Parlimen, Mustapa Mohamad Nafi Dakwaan Fuziah Salleh, Beliau 'Jurucakap' Lynas!
- Panas: 400 Lagi 'Saman Felda' Di Chini, Tidak Puas Hati Manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit!
- Panas: Blogger Papa Gomo Kini Akhirnya Merajuk, Selepas Di Tegur Oleh Pemimpin UMNO BN Sendiri Yang Terlalu Kecewa Terhadap Tulisan Fitnahnya!
Eksklusif: Video Parlimen, Mustapa Mohamad Nafi Dakwaan Fuziah Salleh, Beliau 'Jurucakap' Lynas! Posted: 01 Nov 2011 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR, 1 Nov - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) menafikan dakwaan bahawa beliau ialah "jurucakap" syarikat pemprosesan logam nadir dari Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas). Malah, beliau menyifatkan dakwaan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) itu satu tuduhan berat dan tidak wajar. Mustapa berkata kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan telah menjalankan sesi penerangan kepada banyak pihak termasuk orang ramai berhubung isu tersebut. "Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang mula menerima dan memahami dasar kerajaan menerusi projek ini dan kerajaan akan mempergiatkan lagi proses penerangan ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada sidang Dewan Rakyat semalam, bagi menjawab pertanyaan Fuziah yang telah mencelah perbahasannya. Fuziah juga menyalahkan kerajaan kononnya tidak mengambil kira aspek keselamatan rakyat dalam projek itu. Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan tidak pernah meluluskan lesen kepada Lynas untuk memulakan operasinya di Gebeng dekat Kuantan, sehingga projek itu menepati syarat yang dikeluarkan oleh panel pakar antarabangsa yang dilantik kerajaan. Menurutnya, Menteri Petroleum dan Perlombongan Australia Barat Norman Moore juga memberi jaminan bahawa tahap radioaktif yang dihasilkan projek itu adalah sangat rendah. "Malah, saya juga mahu merujuk kepada apa yang telah disebut oleh ahli parlimen dari PAS sendiri iaitu Hulu Langat (Dr Che Rosli) yang merupakan pakar dalam bidang sains nuklear, bahawa projek ini lebih rendah radiasinya," kata beliau. [Isu Lynas sebenarnya akan menjadi "senjata makan tuan" kepada UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang terutamanya di negeri Pahang ini. Malah, sikap yang ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia terhadap isu ii juga dilihat tidak telus dan banyak rahsia yang cuba disembunyikan. Maka, rakyat yang tidak berdosa akhirnya akan menjadi mangsa, sedangkan mereka yang berkuasa kini selesa dengan faedah yang diperolehinya. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilihat punyai harapan cerah untuk kekalkan kuasa di parlimen itu. Tambahan pula dari risikan yang diperolehi jelas mengatakan 90% orang Cina menolak Lynas dan akan menyokong beliau pada PRU itu nanti. Ini belum termasuk perbalahan "kerusi parlimen Kuantan" antara UMNO dan MCA yang masih gagal diselesaikan. Jika MCA terus kekal di Kuantan maka "comfirm" Fuziah akan terus menang bergaya. Jika UMNO pula jadi calon disitu, maka "comfirm" majoriti undi Cina akan beralih kepada Fuziah termasuk dari kalangan ahli MCA sendiri. Nampaknya, Fuziah bakal bergelar Ahli Parlimen Kuantan untuk penggal kedua selepas Pilihnaraya Umum Ke-13 nanti. Itulah senarionya sekarang]. |
Panas: 400 Lagi 'Saman Felda' Di Chini, Tidak Puas Hati Manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit! Posted: 01 Nov 2011 03:48 AM PDT PEKAN, 1 Nov - Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu. Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG). Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran PKR Cabang Pekan di Markas PAS Felda Chini 3 semalam. Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Hj.Suhaimi Said (foto) berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama. "Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. "Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda," tulis Suhaimi di dalam blognya. Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi. Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi. Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia pada tahun hadapan. [Tindakan saman terbaru ini pasti akan membuatkan Felda semakin tertekan sekarang. Bairpun mereka melantik ramai peguam dari kalangan anak-anak peneroka untuk membela nasib peneroka itu sendiri. Namun, dek kerana kerja-kerja itu dilakukan oleh peguam terbabit dibawah Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) maka peneroka langsung tidak percaya mereka dibela. Sebaliknya pihak terbabit akan membela Felda itu sendiri. Inilah yang menyebabkan mereka ;ebih percaya kepada pihak lain termasuk Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pimpinan Mazlan Aliman untuk bertindak bagi pihak mereka. Namun, tidak diketahui, saman terbaru di Chini ini melalui ANAK atau pun dibuat sendiri oleh pihak PKR?. Adalah lebih baik ia dilakukan menerusi NGO dan bukan parti-parti politik, kerana ia nampak lebih adil kepada semua peneroka yang terlibat itu sebenarnya]. |
Posted: 31 Oct 2011 07:03 AM PDT Gara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair. Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang. Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi "Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!". Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa. "Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya. Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri. Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak. Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat. Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin. Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon. Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut. [Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan. Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu. Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti. Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN. Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya. Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini. Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan menentukan, akhirnya mereka "patah balik" dan perjuangkan kebenaran]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan