Muslimeen United |
- Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara
- Panas!! Pencacai Haprak UMNOporno Pamerkan Wajahnya..
- PM Dihalang Memasuki Parlimen..
- BN gagal selesai banyak isu asas - Aziz Bari
- COrang ina ada sebab kukuh, mengapa kena pangkah “bulan”!
- Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah
Mahkamah Tinggi tolak rayuan Peguam Negara Posted: 25 Nov 2011 10:09 PM PST Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas. SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai. Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut. Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal 'menimbulkan keraguan munasabah' tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut. Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara 'spontaneous' (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut. 'Double standard' Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut. Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana. Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam. Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap 'double standard' Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat. Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan 'menghapuskan' Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi. |
Panas!! Pencacai Haprak UMNOporno Pamerkan Wajahnya.. Posted: 25 Nov 2011 10:08 PM PST Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya... Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari. |
PM Dihalang Memasuki Parlimen.. Posted: 25 Nov 2011 09:59 PM PST Peluang Terakhir Untuk Tentera Dan Kerajaan Sementara Mesir…A man holds an Egyptian national flag during a demonstartion against the Egyptian military council in Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed. Protesters chant slogans during a demonstration against the military council in Cairo's Tahrir square November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed. A man holds a sign during a demonstartion against the Egyptian military council in Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed. Egyptians stand on top of barricades surrounding the Interior Ministry near Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Egypt's ruling military council appointed Kamal Ganzouri on Friday as prime minister to form "a national salvation government" to replace the cabinet which resigned this week. Fireworks light up the sky over Egyptian protesters at Tahrir Square in Cairo during a mass rally demanding an end to military rule on November 25, 2011. Egypt's new prime minister Kamal al-Ganzuri, 79, is a former premier and veteran economist, but his appointment is not likely to satisfy mass calls for a fresh face to lead the country to democratic rule. CAIRO, EGYPT – NOVEMBER 25: Protestors gather in Tahrir Square for a mass rally on November 25, 2011 in Cairo, Egypt. Thousands of Egyptians are continuing to occupy Tahrir Square ahead of parliamentary elections to be held on November 28, 2011. Egyptian protesters hold a large national flag with Arabic writing that reads, "Jan. 25 revolution, Egypt," in Tahrir Square in Cairo, Egypt, Friday, Nov. 25, 2011. Tens of thousands of protesters chanting, "Leave, leave!" The Friday rally is dubbed by organizers as "The Last Chance Million-Man Protest," and comes one day after the military offered an apology for the killing of nearly 40 protesters in clashes on side streets near Tahrir over the last week. Egyptian protesters pray during a march in Tahrir Square in Cairo November 25, 2011. Egypt's ruling military council appointed Kamal Ganzouri on Friday as prime minister to form "a national salvation government" to replace the cabinet which resigned this week. An Egyptian girl makes the victory sign in Tahrir Square in Cairo, Egypt, Friday, Nov. 25, 2011. Tens of thousands of protesters chanting, "Leave, leave!" The Friday rally is dubbed by organizers as "The Last Chance Million-Man Protest," and comes one day after the military offered an apology for the killing of nearly 40 protesters in clashes on side streets near Tahrir over the last week. Penunjuk perasan halang PM baru Mesir masuk ParlimenPenunjuk perasaan, Ahmed Zahran berkata, tindakan itu dilakukan sebagai membantah pelantikan Kamal. Beratus-ratus penunjuk perasaan berdiri di luar bangunan tersebut yang terletak tidak jauh dari Dataran Tahrir, sambil melaung-laungkan slogan 'Pergi!Revolusi!Ganzuri merupakan saki-baki rejim!'. – AFP Lagi gambar di sini |
BN gagal selesai banyak isu asas - Aziz Bari Posted: 25 Nov 2011 09:58 PM PST JOHOR BARU, 26 Nov - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi. Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat. "Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi. Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik. Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut. Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan. Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit. Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya. Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. "Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi. Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat . "Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya. Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas. "Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya. |
COrang ina ada sebab kukuh, mengapa kena pangkah “bulan”! Posted: 25 Nov 2011 03:06 PM PST KEMAMAN - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol "bulan" pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang. Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah "jambatan" penghubung antara PAS dengan bukan Islam. "Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai "jambatan" kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November. Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang. Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat "Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting. "Sebab dalam tempoh 50 tahun Barisan Nasional memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan. "Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita (Pakatan Rakyat) tidak betul, anda (rakyat) boleh undi mana-mana parti yang anda suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara," jelasnya. Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai "Putrajaya" banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya. Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat. "Kita(Pakatan Rakyat) sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak 'menjejakkan' kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak 'kuasa' berada di Putrajaya. "Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan," tegasnya. Sementara itu, beliau mengakui, kaum Tionghua telah banyak berubah dan tidak lagi 'phobia' kepada PAS dan agama Islam. Menurutnya, sebelum ini orang Cina takut kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang PAS dan Islam. "Sebelum ini, kaum Cina takut sekali dengan parti PAS dan yang paling asas sekali 'ketakutan' mereka mengenai makanan, kebudayaan dan agama. "Kita (DHPP) yang memperkenalkan isu-isu, dasar dan prinsip-prinsip sebenar mengenai maklumat yang lebih tepat tentang parti PAS," ujarnya Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua DHPP Terengganu, Lip Woon Chang. -BO |
Projek IC 'cemari daftar pemilih' di Sabah Posted: 25 Nov 2011 02:51 PM PST Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih. Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI). Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang. Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno. Ahli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula. "Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu. Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah. Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000. "Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?" Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010. "Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya." -M'kini |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan