Muslimeen United |
- Muhyiddin UGUT RAKYAT KELANTAN
- Rakyat Patut Hukum Siapa Ahli Parlimen Yang Menyokong Rang Undang - Undang Yang Menindas dan Menutup Ruang Demokrasi
- PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti
- Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen
- Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkhianat Melayu.
- Media perdana tidak adil pada Kelantan
- Belum haji berbohong, lepas haji menipu
- Braheng Ali mengemis undi pos!
- Kelantan bubar Dun ikut Pusat
- TANAH : SATIM JANGAN ALIH ISU SEBENAR
- Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan
- SPR Jangan Menyibuk Urusan Parti Politik
- Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!
- Kaji semula kerusi runsingkan Najib
- Rakyat MESTI luluskan RUU Tukar Kerajaan
- Bukti kuat pilihanraya umum ke 13 bukan tahun ini!
Muhyiddin UGUT RAKYAT KELANTAN Posted: 24 Nov 2011 01:34 AM PST Dewan Pemuda PAS (DPP) menganggap kenyataan timbalan perdana menteri yang memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di Kelantan jika BN diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-13, sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat negeri itu. DPP berpandangan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menunjukkan keangkuhannya sebagai pemimpin negara kerana meletakkan syarat tertentu terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan bagi menyelesaikan masalah mereka. "Ia juga seperti suatu ugutan agar rakyat Kelantan mengundi BN dalam PRU ke-13, barulah masalah mereka dapat diselesaikan. "Manakala jika rakyat Kelantan terus mengundi PAS, kerajaan persekutuan akan membiarkan sahaja Kelantan terus dengan masalah ini," kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan oleh Malaysiakini. Kenyataan Riduan ini memang benar kerana sebagai seorang pemimpin negara Muhyiddin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang sama taraf dengan Ahli JKKK kampung. Kenyataan beliau jelas berbaur ugutan yang menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat dengan Umno dan Muhyiddin sendiri. Sepatutnya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, Muhyiddin sepatutnya berusaha untuk menyelesaikan semua permasalahan rakyat kerana semua rakyat mempunyai hak tentang apa juga yang dihalalkan oleh perlembagaan. Kerajaan pusat sewajarnya tidak mendiskriminasi rakyat yang tidak menyokong mereka kerana semua rakyat membayar cukai dan mempunyai hak yang sama serta bebas menyokong sesiapa sahaja yang disukai. |
Posted: 24 Nov 2011 01:33 AM PST Kenyataan Media Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 23 November 2011 Menyebut pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat kononnya bagi menjamin kebebasan berhimpun adalah retorik terbesar Kerajaan Najib Razak dalam merealisasikan apa yang dikata 'Transformasi Politik'. Memang ianya suatu transformasi, tetapi malangnya ia menuju ke arah yang lebih negetif apabila satu demi satu hak rakyat dinafikan terutamanya dalam tajuk berhimpun. Rakyat negara ini seolah-olah diijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah baru-baru ini menahan antaranya dikenali sebagai aktivis PAS. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, melihat pembentangan RUU ini sebagai satu perangkap yang licik. Tiada lagi perhimpunan akan diberi laluan kepada pihak yang dicop berfahaman politik yang menentang dasar kerajaan walaupun perhimpunan itu di dalam kawasan persendirian, maka tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan. Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah. SAMM menyarankan semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan setiap langkah kerajaan itu harus diterjemah dengan lebih berhati-hati kerana rakyat sudah muak untuk ditipu berkali-kali dan terus ditipu lagi. Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman secara halus akan menyekat ruang demokrasi buat rakyat. Inikah Transformasi politik yang dilaungkan oleh Najib Razak? Ia lebih mencengkam dan menafikan ruang demokrasi dari undang-undang sebelum ini (akta polis) sebelum ini. Akhirnya bila penguasa menggunakan undang-undang untuk menindas rakyat, perlawanan menjadi wajib. Lebih kuat rakyat ditekan dan dicengkam oleh regim pemerintah, maka secara langsung dan tidak langsung ia memupuk api kemarahan lalu semangat perlawanan itu meruncing ke penghujungnya. Rakyat harus sedar negara sedar mengundur kebelakang dalam perbagai bidang termasuk menutup ruang demokrasi. bangkit dan hentikan segera sebelum terlambat. Pergerakan anak muda SAMM berpendapat, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan ini satu lagi proses penipuan regim penguasa. Rakyat diseru bangkit. Ahli parlimen yang menyokong rang undang-undang seperti ini harus dihukum. Che'GuBard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) revolusi13 |
PM perlu isytihar Kelantan berhak dapat royalti Posted: 24 Nov 2011 01:24 AM PST KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum. Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan. Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut. "Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti. "Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu. Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor). Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa. Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal. Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan. Suruhanjaya siasatan Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia. Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyediakan ordinan yang dikemukakan untuk mengangkat ordinan darurat itu sebelum ini. -Hrkh |
Bil Perhimpunan Aman cetuskan demo di Parlimen Posted: 24 Nov 2011 01:23 AM PST Sambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Bebas untuk Berhimpun atau Free to Assemble Campaign (FAC) berhimpun di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum. "Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas. "Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini. Menurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat. Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit). Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan "Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun". "Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga. "Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam Menurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu. -M'kini |
Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkhianat Melayu. Posted: 23 Nov 2011 02:54 PM PST Lelaki yang sedang berucap diatas adalah Satim Diman, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN Seri Serdang yang juga Ketua Pembangkang Selangor, beliau dianggap sebagai pejuang Melayu oleh pencacai-pencacai UMNO.. Pejuang Melayu biasanya adalah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu yang mempertahankan apa saja hak Melayu baik adat resam, budaya, maruah dan juga tanah. Walau seinci sekalipun andaikata tanah milik bangsanya dicerobohi oleh bangsa asing, pejuang tersebut sanggup bermandi darah untuk mempertahankannya.. Dokumen yang disiarkan dibawah membuktikan bahawa Satim Diman bukanlah seorang yang layak untuk digelar sebagai pejuang Melayu tetapi lebih layak digelar sebagai Pengkhinat Melayu.. Dokumen yang pertama ialah permohonan kebenaran pindah milik tanah dengan lot nombor HSD 247 141 dan HSD 247 yang telah dibuat oleh UMNO Bahagian Puchong dimana Ketuanya adalah Satim Diman sendiri. Ianya menerangkan bahawa permohonan UMNO Bahagian Puchong telah ditolak kerana ianya melibatkan pindah milik tanah antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera. Selain itu ianya juga ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim demi mengekalkan kouta milik bumiputera.. Syarikat bukan Bumiputera yang dimaksudkan ialah Lagi Gemilang Development Sdn. Bhd. lihat dokumen di bawah pula.. Syarikat tersebut ditakrifkan sebagai Syarikat bukan Milik Bumiputera kerana 75% pegagnag saham dalam Syarikat tersebut dikuasai oleh individu atau pemilik bukan Bumiputera.. lihat dokumen di bawah.. Andaikata permohonan ini dilakukan ketika Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar Selangor sudah pasti tanah milik Bumiputera itu akan berpindah milik kepada bukan Bumiputera.. Jadi... wajarkah lelaki dibawah ini digelar sebagai Pejuang Melayu?? Dokumen yang lebih jelas sila lihat di sumber dokumen ini diperolehi, iaitu di SINI |
Media perdana tidak adil pada Kelantan Posted: 23 Nov 2011 02:48 PM PST KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap media arus perdana yang masih tidak berlaku adil terhadap kerajaan negeri dalam membuat laporan. Menurutnya, walaupun pelbagai program pembangunan dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), namun media 'menyembunyikan' laporan sebenar. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam yang melibatkan lima jajahan di sebuah hotel di sini tengah hari tadi. (Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan draf pembangunan kepeda Ketua Jajahan Kuala Krai, Ahmad Robert.) Lima jajahan terbabit ialah Pasir Putih, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jajahan Jeli. Menurutnya, cara berkenaan tidak ubah seperti lalat yang hanya gemar hinggap pada tempat kotor dan akhirnya membawa penyakit. "Kelantan sejak sekian lamanya bukan sahaja tidak diberi keadilan dalam laporan media arus perdana, sebaliknya sering menjadi bahan fitnah," ujarnya. Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur memandangkan negeri ini berkembang pesat dalam semua aspek termasuk jumlah penduduknya juga kian bertambah. "Pada tahun 2010 jumlah penduduk mencecah 1.46 juta orang berbanding hanya 1.31 juta pada tahun 2000," ujarnya. -Hrkh |
Belum haji berbohong, lepas haji menipu Posted: 23 Nov 2011 02:47 PM PST Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib. Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004. Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008. Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber". Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia. Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan". Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi? Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi? Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila. Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali. Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi. Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya. Oleh Ng Eng Kiat - Merdeka Review (Tajuk asal: Janji ditransformasi menjadi penipuan yang keji) *Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. |
Braheng Ali mengemis undi pos! Posted: 23 Nov 2011 02:50 AM PST Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ. "Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat. Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul. - M'kini"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya. Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN . Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN. Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya. 'Serban pun boleh terbang' Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam. "Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan." Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya. "Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum." "Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun. "Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni." |
Posted: 23 Nov 2011 02:48 AM PST KOTA BHARU, 23 Nov: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun. "Kalau kita buat berasingan segala 'iblis syaitan' sana akan tertumpu pada satu kawasan. "Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti," katanya. Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali. Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. |
TANAH : SATIM JANGAN ALIH ISU SEBENAR Posted: 23 Nov 2011 02:45 AM PST Dewan Pemuda Pas Puchong, melaui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan mengucapkan terima kasih YB Dato' Satim Diman kerana berani menjawab isu penyewelengan tanah di Science Park 2, Cyberjaya selepas Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan polis terhadap beliau kelmarin (20 Nov 2011). Menurut Rosharizan, "Apa mengecewakan Dewan Pemuda Pas Puchong adalah jawapan yang tidak konsisten daripada beliau (Satim). Akhbar Sinar Harian bertarikh 22 Nov 2011 bertajuk "Cubaan alih perhatian rakyat – Satim", hanya berani menyalahkan YAB Tan Sri Menteri Besar dan mencabar Dewan Pemuda Pas Puchong untuk mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk menutup pusat premis hiburan dalam membuktikan Dewan Pemuda menjalankan tugas dengan baik" katanya. Dewan Pemuda Pas Puchong melihat sedikit pun YB Dato Satim Diman tidak menjawab pertuduhan penyelewengan yang dikemukakan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar ke atas beliau sewaktu sesi penggulungan Bajet 2012 yang lalu menyatakan bahawa beliau (Satim) terlibat secara langsung dalam membuat transaksi berhubung jualan tanah di Science Park 2, Cyberjaya semasa pentadbiran BN pada tahun 2006. Tanah milik kerajaan Negeri itu dianugerahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pendidikan sains. Bagaimanapun Tan Sri Menteri Besar mendakwa tanah tersebut dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd dimana Satim adalah ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut. Tanah tersebut dijual pada harga RM 1.80 sekaki atau RM 6.5 juta, yang kemudian Nikmat Inai Sdn Bhd telah menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta sedangkan Nikmat Inai Sdn Bhd masih belum habis bayar lagi kepada PKPS. Menurut Rosharizan, "Ini isu sebenar mengapa Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan polis terhadap Satim dan mendesak supaya siasatan segera perlu dibuat sekiranya berlaku penyelewengan seperti yang didakwa oleh YAB Tan Sri Menteri Besar. Jadi siapa sebenarnya yang cuba mengalih perhatian rakyat ???." Tambah beliau lagi, "Sekiranya YB Dato Satim mencabar kami untuk mendesak Kerajaan Negeri untuk menutup semua premis hiburan di Selangor, Dewan Pemuda Pas Puchong juga mencabar Satim untuk mendesak dan memastikan negeri yang berada dibawah pemerintahan UMNO BN, yang berkuasa lebih 50 tahun untuk menutup semua premis hiburan terlebih dahulu, sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pemerintahan Dato Paduka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sewaktu dapat memerintah negeri tersebut dari tahun 1990 lagi. Buktikan UMNO BN juga hero dalam membincang isu premis hiburan ini." Rosharizan yang juga Penyelaras Dun Seri Serdang (N29) turut berharap agar rakyat tidak mudah tertipu dengan memilih pemimpin yang tidak mempunyai intergriti, mempunyai salah laku penyelewengan wang rakyat, bagi memastikan undi mereka benar-benar tepat dan terbela khususnya di Dun Seri Serdang dan Selangor amnya. "Sebab itu kami meminta supaya YB Dato Satim tampil memberi jawapan yang konsisten berkaitan dengan isu ini supaya beliau benar-benar bersih daripada pertuduhan berat ini" katanya. Sumber |
Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan Posted: 22 Nov 2011 06:34 PM PST Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat. Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu. "Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta. "Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," katanya. Menyusahkan Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan. "Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu. "Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya. Percepatkan ajal Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman. Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu. "Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," katanya. Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara. "Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu. Sementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun. "Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya dipetik portal berita itu di Parlimen, semalam. Lebih teruk Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun. "Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak. Semalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman. "Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat. Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis. Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan. Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
|
SPR Jangan Menyibuk Urusan Parti Politik Posted: 22 Nov 2011 06:31 PM PST Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak. DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak? Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan. DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya. DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi. Disediakan oleh; RIDUAN MOHD NOR Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysi |
Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!! Posted: 22 Nov 2011 03:03 PM PST Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato' dalam perkara ini? Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang. Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran. Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq. Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya. Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah. Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib. Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik". Surah Al Maidah:49 Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63 Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina. "Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20. Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang. Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan. |
Kaji semula kerusi runsingkan Najib Posted: 22 Nov 2011 02:56 PM PST DARI beberapa kenyataan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal, persefahaman antara komponen BN mahu dikaji semula – iaitu mana-mana kawasan yang Melayu majoriti, mestilah diletakkan calon Umno manakala, MCA, Gerakan dan MIC/PPP memerlukan "kajian semula". Shafie sudah banyak kali bercakap perkara yang sama dan dua lagi Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Hishammuddin Hussein juga pernah menyindir mengenai kawasan-kawasan yang diwakili calon-calon dari parti komponen, tidak semestinya dikekalkan, jika mahu melihat BN kembali memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Presiden MIC, Dato' Palanivel sudah menekankan, MIC tetap tidak akan berganjak dengan jumlah kerusi yang diperuntukan dan tidak mahu berbincang lagi untuk mengurangkannya walaupun dalam PRU12, Mac 2008 yang lalu, parti itu senasib dengan Gerakan, PPP dan MCA tewas banyak kerusi. Jadi, apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap di depan ahli-ahli Mubarak (Persatuan Bekas Wakil Rakyat) di Seri Perdana, 10 November lalu bahawa calon BN kali ini tidak kisah berapa usia mereka, berapa kali sudah bertanding, asalkan boleh menang, akan diletakkan sebagai calon. Ketika itu, tentunya ada bekas-bekas wakil rakyat yang merasakan Najib masih memerlukan mereka, kerana faktor umur bukan menjadi alasan bagi Najib hendak memilih calon – tetapi percayalah, PM Najib hanya "menanam tebu di tepi bibir" kerana bimbang jika bekas wakil rakyat bertindak melompat meninggalkan BN menjelang PRU13. Cakap-cakap Najib mengenai calon, tidak boleh dipegang sangat. Maklumlah, beliau hendak mengambil hati sesiapa sahaja yang berada di depannya. Maknanya, siapa audiennya, itulah lenggok beliau bercakap. Tetapi bila tiba pilihan raya kecil, di beberapa kawasan, lain nada ucapannya. Ambil contoh Pilihan Raya Kecil Kerdau, Melimau dan Tenang. Najib mengatakan BN memerlukan seorang yang berpelajaran, muda dan disukai pengundi. Tetapi apabila sampai masa Pilihan Raya Negeri Sarawak, Najib tidak mempunyai cukup keberanian menyebut BN memerlukan calon-calon muda dan disukai pengundi bagi mengelakkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkecil hati. Jadi, mana-mana calon yang sudah melebihi dua penggal, berusia lebih dari 60 tahun (usia pencen bagi penjawat awam), usahlah berangan-angan mahu menjadi calon dalam PRU13 akan datang. Najib berjanji "tidak kira berapa umurnya dan sudah berapa kali bertanding" hanya mahu meredakan keadaan panas politik dalaman BN. Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor misalnya, Najib hampir-hampir tidak mampu menyelesaikan masalah, apabila Palanivel dikatakan berkeras mahu menjadi calon di situ, sedangkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon lain, selain daripada Palanivel. Itulah sebabnya, ketika Timbalan Pengerusi BN membuat pengumuman calon, kelibat Palanivel kelihatan dengan alasan ada tugasan lain. Hakikatnya, dia tidak dapat menerima "campur tangan" Umno di dalam menentukan calon BN yang mewakili MIC. Apakah Umno berani bersuara untuk kerusi Parlimen Teluk Kemang yang lazimnya diwakili MIC tetapi kali ini, meletakkan calon Umno mewakili BN? Begitu juga dengan kerusi Parlimen Sungai Siput dan Klang? Begitu juga beberapa kerusi Dun yang agak panas, antaranya Dun Batu Caves yang secara tradisinya diwakili MIC tetapi kini rancak diperkatakan mahu diwakili calon Umno. Kebetulan calon MIC di Dun Batu Caves dalam PRU 12, T Mohan tewas kepada calon KeADILan, Amiruddin Shaari. Itu cerita MIC. Belum lagi cerita MCA yang tentunya berkeras tidak mahu bertolak ansur dalam mengurangkan jumlah kerusi yang mereka tandingi kerana rekod sebelum ini, dalam PRU 1999, undi pengundi Cina menyelamatkan BN daripada kehilangan banyak kerusi. Strategi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satu kawasan pilihan raya, pengundi Cina dikehendaki mewakili 40 peratus manakala pengundi Melayu 60 peratus. Ini kerana dalam isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari Umno, BN kehilangan banyak undi Melayu tetapi undi Cina betul-betul memberi BN peluang untuk berkuasa. Namun, strategi Dr Mahathir itu hanya sesuai untuk PRU 1999 dan ia sudah tidak relevan dalam PRU 2008 apabila undi Cina berpihak kepada Pakatan Rakyat dan di beberapa tempat, pengundi Melayu juga menolak BN. Nyata, dalam beberapa pilihan raya kecil ternyata pengundi Cina masih belum mahu kembali menyokong BN dan BN menang dengan undi Melayu yang dikatakan bertambah tetapi, mereka yakin undi India tidak merudum seperti PRU 12. Selagi Najib tidak yakin BN mampu mengutip 15 peratus sokongan di setiap kerusi Parlimen, Najib tidak akan mahu mencadangkan pembubaran Parlimen kerana memetik kata-kata Najib, bahawa PRU 13 adalah pilihan raya yang paling sengit. Dari 222 kerusi Parlimen, BN memerlukan 112 untuk kembali berkuasa. Setakat ini, TPM Muhyiddin dikatakan hanya yakin BN hanya mampu menang selesa di 90 kerusi dan 22 kerusi lagi dalam kedudukan 50-50. Itulah sebabnya, Muhyiddin diberi tugas oleh Najib supaya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi menang tetapi kemungkinan kalah jika berlaku krisis dalaman. Di Johor, khabarnya Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman memberi tumpuan khusus kepada 10 kerusi Parlimen yang dilihat kemungkinan tumbang, berdasarkan pengalaman kekalahan Parlimen Bakri dalam PRU12, 2008 yang lalu. Najib sendiri kurang yakin untuk menang semula Kedah dan ingatannya kepada ketuaketua bahagian di Kedah supaya berubah jika tidak mahu rebah, nampaknya tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kepimpinan di peringkat bahagian di sana. "Simpanan Tetap" Sabah dan Sarawak juga merunsingkan Najib ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak beberapa bulan lalu, tidak seperti yang diharapkan. |
Rakyat MESTI luluskan RUU Tukar Kerajaan Posted: 22 Nov 2011 02:51 PM PST Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bukan bertujuan untuk mengembalikan kebebasan dan hak Raykat untuk berhimpun, sebaliknya memperbanyakkan perkara yang 'Tidak Boleh' dilakukan. Secara tersembunyi atau tersirat, pihak polis diberikan tambahan kuasa dan Rakyat mendapati ruang untuk bersuara semakin disekat, antara lain, perhimpunan aman di jalan-jalan raya diharamkan sepenuhnya. Jika berterusan Rakyat dibodoh dan diperlembukan dengan pelbagai pelan transformasi Najib yang semakin menyekat dan menghalang hak dan kebebasan Rakyat, maka Rakyat tidak punyai pilihan lain selain meluluskan 'Rang Undang-undang Tukar Kerajaan Persekutuan' melalui peti undi dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti. Di dalam Buku Jingga telah digariskan pelbagai transformasi yang cukup jelas yang memang mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Rakyat memberikan mandat kepada PR mentadbir kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, InsyaAllah. Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun. Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Seksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:
Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000. Sebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci. Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari. Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah. Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama, tetapi butiran tidak ditakrifkan. Tempat larangan Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan. Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta. Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
|
Bukti kuat pilihanraya umum ke 13 bukan tahun ini! Posted: 22 Nov 2011 02:49 PM PST KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku. Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai. Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut. Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut. Demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini. Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan. Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan